Laman Webantu   KM2A1: 5024 File Size: 4.6 Kb *



PM, Phileo Allied dan Pos Malaysia
By Posmen Tua

20/7/2001 10:03 am Fri

[Sekali sekala kita siarkan suara rakyat marhain dalam bentuk yang asli kerana ia lebih menggambarkan penat jerih kehidupan ini akibat dikerjakan oleh sang kroni. Alam reformasi siber melayu memang kaya dengan khazanah ilmu yang menggoncangkan kerajaan yang ada sehingga Rais Yatim terpaksa merangka peluru kedua setelah peluru yang lalu tidak mengena. Kita dengar apa kata posmen tua yang jauh mengembara dalam bahasa pasar pula....
- Editor
]


PM, Phileo Allied dan Pos Malaysia

Bila kita dengar PM ada cakap pasal Pos Malaysia, ada rasa caya tak caya pasal anaknya tu terlibat dengan Pos yang sudah swasta tu. Semaklah dekat pendaftar perniagaan, ahli lembaga pengarah, memang nama anaknya tak de. Tapi dulu-dulu kita dah dengar anaknya ada libatkan diri di belakang Pos Malaysia. Ada orang kata anaknya pegang pos laju. Ada pula orang kata anaknya belakang Odasaja. Ada pula orang kata anaknya ambil Sistem Maklumat Posnet dan macam-macam lagi. Apa bendanya ni. Kalau tak ada orang tak cakap. Masakan daun bergoyang jika angin tak de.

Kita yang tak pandai ni pun tahu jugak Phileo Alied yang beli Pos 800 juta tu kepunyaan seorang Cina. Tapi orang kata tu proksilah tu. Proksi sapa lagi, kalu tak Mokhzani atau Mirzan. Bukan main kelentong lagi PM nak tipu kita semua. Boleh blah lah. Satu Malaysia dah tahu anak PM ada libatkan diri dengan berniaga dengan kerajaan. Tentulah macam tu sebab bapak dia pegang semua. Bapak dia pegang kewangan, bapak dia jadi PM pegang Malaysia lagi. Apa nak tipu-tipu. Kata saja belakang Phileo Alied tu anak dia. Memang PM ni haprak sungguh?

Ada juga kita dengar baru ni pegawai-pegawai pos habih naik pangkat. Semua pengurus negara jadi Timbalan Pengurus Besar. Apanak jadi tak tahu lah. Kalu gitu ada lebih 20 orang T.P.Besar. Buat apa ramai-ramai macam tu. Entahlah. Pangkat besar-besar. Gaji besar-besar. Kerja belum tahu. Kawan dengar T.P.Besar gaji 10,000 sebulan. Belum lagi campur elaun. Kereta pun besar. Perdana. Percuma. Servis pun percuma. Ingat harta Pos harta dia orang ka. Orang bawah kerja teruk-teruk siang malam. Angkat karung mel sampai patah pinggang. Berpeluh tengah panas. Tambah lagi ada yang accident, meninggal pulak tu. Tiba-tiba depa hentam duit pos. Ingat Pos kepala bapak depa punya. Kalau orang bawah mogok tahulah dia orang. Satu hari pun cukuplah. Ribut satu Malaysia. Ingatkan Phileo Alied ambil alih adalah ubah sikit. Pi mai pi mai tang tu jugak. Macam Tan Sri Zainol dulu. Memang dia kroni mamak tu. Apa nak buat. Tapi bila swasta sepenuh kononnya mudah terbit saham ikut pintu belakang, auta mamak tu. Walhal anak dia kenyang. Bedebah.

Pegawai-pegawai depa pun sama. Itu macam juga. Gaji besar-besar. Kereta besar-besar. Sekali dapat bonus boleh beli kancil seorang sebiji. Inilah keadilan? Pulak tu yang naik pangkat yang bawah-bawah pun kena jadi kawan depa. Kalau tak kawan jangan haraplah. Kroni kata orang sekarang. Kalau tak ada kroni, sampai tualah lu jadi kerani, jadi posmen. Tapi kalau ada kroni, ikut bontot pegawai, kerani ada SPM pun boleh jadi pegawai kumpulan A. Boleh jadi pengurus. Pengurus Negeri (Timbalan Pengurus Besar). Hebat, hebat sungguh orang Pos.

Bila buat laporan prestasi, kalu bukan kroni, markah rendah. Kalau kroni boleh bagi 101 par 100. Ini macam ka. Apa ni adil ka. Ini pegawai mahu terap Islam ka, mahu tiarap Islam. Konon mahu ISO 9000 dalam pengurusan Islam. Tapi cakap tak serupa bikin?

Balik-balik posmenlah yang cari wang tengah paneh, tongah hari. Lepas tu pegawai habis lantak. Elok benar kalu BPR siasat pasal Pos ni. Banyak sangat buat tak betul. Dulu masa Tan Sri macam-macam cerita. Masa Dato' Annuar pun macam-macam cerita. Memang dasar swasta tu tak guna. Orang banyak juga susah. Yang kenyang Mahathir dan anak beranaknya. Tapi kenapa orang Melayu ni tak sedar. Kena tipu mamak. Dah dua puluh tahun. Masih tak sedar? Kesian. Kesian

Baiklah tahun 2004 kita undi B.Alternatif. Mungkin hal begini akan berubah. Kawan pun tak pasti. Tapi kita harap gitulah.

Posmen Tua
19.7.2001