Laman Webantu   KM2A1: 5032 File Size: 11.0 Kb *



TAG SP 217: Apakah Sumbangan Mahathir Kepada Malaysia?
By SK Wong

21/7/2001 4:00 am Sat

[Kita tidak menilai keunggulan seseorang itu dengan membilang apa yang tampak secara lahiriah sahaja. Pemimpin yang unggul akan disukai oleh semua rakyatnya. Tetapi Mahathir semakin dibenci termasuk oleh ahli partinya sendiri. Sebab itulah mereka tidak memperdulikannya ketika majlis ulangtahunnya. Ramai meyokong Mahathir kerana inginkan sesuatu untuk diri mereka walaupun itu menjejaskan orang lain yang sepatutnya menerimanya. Beginilah cara Mahathir bekerja.... Mereka tiada pilihan kerana sudah diikat agar terlalu bergantung kepada Mahathir untuk hidup. Mereka menjadi oportunis kerana sikap dan polisi Mahathir jua.

Tindak tanduk Mahathir kebanyakannya lebih menguntungkan dirinya dan kroninya dari semua rakyat yang ada. Sebab itulah mereka cepat kaya tanpa banyak berusaha dan cepat pula muflis bila musibah melanda. Sekarang inipun mereka dulu yang dipulihkan semula. Itupun dengan menggunakan dana milik rakyat dengan Mahathir membiarkannya sahaja. Bila rakyat dan ahli parti sendiri mula bising (BBM, MTUC) atau tragedi menimpa (Kg Medan) barulah dia datang menjenguknya - jika tidak jangan haraplah dia sudi mendengar kritik pembangkang sebagaimana yang berlaku dalam kes Perwaja.
- Editor
]


Terjemahan SPAR-03-040


http://www.malaysiakini.com/Letter/ 2001/07/2001071908.php3

Malaysiakini


Apakah Sumbangan Mahathir Kepada Malaysia?

(What did Mahathir do for Malaysia)

SK Wong - US.

Beberapa artikel terbaru oleh Dr. Farish A Noor dan Prof. Ramasamy mengenai Mahathir dan Mahathirism merupakan perdebatan yang menjelekkan (boring discourse). Apa yang lebih saya minati ialah bukannya bagaimanakah Mahathir sampai setakat ini, tetapi apakah yang sudah dilakukannya kepada negara kita ini? Ini yang seharusnya menjadi ukuran kita ataupun 'the bottom line'. Apakah sumbangan Mahathir terhadap para petani, para nelayan, guru-guru, anggota polis, para pelajar, pembayar cukai, pribumi, masyarakat India, pemilik kereta dan lain lain lagi?

Tukang apologis Mahathir memang cepat menonjolkan segala projek mega yang berjuta harga pembikinannya sebagai sumbangan manusia ini.

Dia mungkin merupakan pengkritik berbisa terhadap Barat, tetapi bukankan dia juga orangnya yang mudah berpusing balik dan merapati pihak yang dikutuknya? Dia mudah menuduh orang lain sebagai pelaku 'jenayah' yang dia sendiri gemar melakukannya (seperti mencetuskan budaya benci, menuduh Suqui sebagai komunis, sedangkan satu tahun kemudiannya dia juga yang berdakapan dengan Fidel Castro) Semua peraturan dan undang-undang mesti dikuat-kuasakan terhadap orang lain kecuali dirinya dan para kroni. Dengan kata mudah si bedebah ini adalah seorang hipokrit.

Ramai dari kalangan penyokong kuatnya yang sudahpun kurang yakin terhadap pentabdirannya sejak empat tahun yang lalu masih lagi menabur benih harapan agar Mahathir rujuk ke pangkal jalan dan memimpin negara ini ke jalan yang benar. Mereka masih beranggapan dia masih mampu memimpin negara ini. Setiap berlakunya kepincangan mereka akan perjelaskan dengan rayuan bahawa dia manusia biasa juga. Inilah yang menghibakan. Setiap kali tindakannya itu menjadi lebih menjijikkan dan tidak lagi mampu dipertahankan, akan ada manusia yang meminta maaf di belakangnya dan berkata: 'biasalah...dia manusia juga... sedangkan lidah lagi tergigit...!!!'

Pernahkah Mahathir mencuba selesaikan masalah banjir negara? Apakah cara mengagihkan khazanah negara untuk dibalun oleh para kroninya itu satu idea terbaik untuk mewujudkan satu masyarakat kapitalis Melayu yang boleh diharapkan dan berkeyakinan tinggi? Dialah perdana menteri 'PM', setiap kali dia membuat khilaf, kita yang menerima padahnya.

Kalau benarlah dia yang terbaik untuk kita, membuatkan saya menggigil memikirkan apalagi yang akan kita hadapi. Berapa banyak lagi gajah putih (projek) ? Berapa banyak lagi ampangan Bakun? Betapa pula banyaknya 'bailout' para kroni? Bagaimana pula dengan harga tol yang akan dinaikkan lagi? Apa pula kisah warga pelajar yang tidak berkelulusan? Apakah semakin banyak penangkapan ISA? Bagaimana pula dengan kebanjiran yang semakin kerap? Apa kisah wang royalti yang disamun itu? Banyakkah lagi pembelian ala Nanyang? Bagaimana pula nasib Melayu yang tidak tahu bersyukur dan haprak? Ya Allah selamatkan kami.....

Kalau adapun sumbangan yang saya nampak daripada pentadbiran Mahathir ialah dasar pintu terbuka kepada pelaburan asing untuk kemudahan pembuatan. Akan tetapi kita tidak lagi mempunyai keunggulan dalam bidang itu berbanding negara membangun yang lain kerana China sudah pun membuka luas pasarannya dan tenaga buruhnya yang murah itu. Begitu juga dengan India yang mempunya bekalan tenaga jurutera perisian komputer yang melambak untuk menyeluruhi dunia sedangkan kita masih mengharapkan teknologi kelas dua yang telah dihumbankan oleh negara maju.

Setelah mengharungi taufan politik selama dua puluh tahun dan masih lagi bertenaga walaupun wujudnya bersepah masalah yang menghantuinya, menunjukkan Mahathir adalah seorang ahli politik yang pintar. Tetapi apakah begitu juga kepintarannya sebagai seorang pemimpin? Ini memerlukan penilaian mengikut kriteria yang berbeza. Ghandi tidak pernah menjadi perdana menteri India walaupun untuk satu hari, tetapi dia adalah seorang pemimpin yang tulen. Ghandi disanjungi dan diabadikan kerana dia mendahulukan India daripada kepentingan dirinya sendiri baik dari segi keuntungan peribadi mahupun kepentingan nama.

Kalaulah Dr. Mahathir benar-benar mahu dikenang oleh rakyat negara ini, beliau hanya perlu mengembalikan keluhuran undang-undang itu ke pangkuan badan kehakiman negara. Letakkan Perlembagaan negara itu di mercu kehormatannya. Dia harus memimpin melalui teladan, bukannya melalui dikri ataupun mandat. Kalau ini membawa erti yang dia pun mesti ditakluki oleh undang-undang, relakanlah. Sekarang ini dia tidak dipertanggungjawabkan kepada sesiapa melainkan dirinya.

Kita tidakpun memerlukan kewujudan Menara Kembar Peteronas untuk mengingatinya? Kita dipaksanya dihantui oleh ISA, AUKU, pemenjaraan Anwar Ibrahim, Akta Percetakan dan Penerbitan, antara lainnya.

Alahai.....dia sudah pun mencecah 76 tahun. Mungkin kini dia sudah terfikir tidak mempunyai peluang lagi dikenang oleh sejarah sebagai pemimpin terunggul di negara ini, tetapi dia masih boleh dikenang sebagai manusia yang banyak buat kerja haprak.

Monumen yang hebat-hebat adalah pembikinan rakyat untuk pemimpin mereka, bukannya pembikinan pemimpin untuk diri mereka sendiri.

Tamat

Terjemahan SPAR-03-040





Asal:

Thursday July 19

What did Mahathir do for Malaysia?

SK Wong - US

5:26pm, Thu: Recent articles by Dr Farish A Noor and Prof Ramasamy on Dr Mahathir Mohamad and Mahathirism to me is a boring discourse. What I am interested in is not how he got to be the way he is, but what he has done to our country - the bottom line. What has he done for the farmers, fishermen, teachers, policemen, students, taxpayers, indigenous people, Indian Malaysians, car owners, labourers, etc.?

Mahathir's apologists are always quick to attribute the various high profile mega projects to his name.

He may have been a stern critic of the West, but often he does an about-face turn and court the very elements he scorns so. He often accuses others of 'crimes' he himself commits (like inciting hatred, likening Suqiu to communists, then one year later hugs Fidel Castro). All the rules and laws only seem to apply to others except for him and his cronies. In short, he is a hypocrite.

Many of his long-time supporters who may not be very sanguine about his governance in the past four years still hold out hope that he may turn over a new leaf and steer the country back to the right path. They still think he is the best person to lead our country. Any shortcoming is explained away with the appeal that he is only human. This is pathetic. When his actions become more and more indefensible and difficult to justify, they fall back on 'to err is human'.

Did he even attempt to solve our annual flood problem? Is handing the nation's resources to a handful of cronies his idea of creating a more self-reliant and confident Malay capitalist class? He is the PM - when he errs, we pay the price.

If he is the best we have, I shudder to ask what more is installed for us. More white elephants? More Bakun dams? More crony bailouts? More toll rises? More underqualified students? More ISA arrests? More uncompetitive national cars? More Petaling Jaya Selatan incidents? More annual floods? More reneging on oil royalties? More Nanyang takeovers? More castigating the Malays as ingrates and haprak? God help us.

The only true contribution I see from his administration is opening our doors to foreign investments to set up manufacturing facilities. But the lead we have over other developing countries is eroding fast as China opens up her vast market and cheap labour and India with her largest pool of software engineers in the world while we continue to rely on second-hand technologies discarded by developed countries.

Having weathered political turmoil for 20 years and still going strong despite the litter of problems prove that he is an astute politician, but a leader? That requires another set of criteria. Gandhi wasn't the PM of India even for a single day, but he was a true leader. Gandhi is immortalised because he put India before his personal gains or fame.

If Dr Mahathir wants to be remembered, the only thing he needs to do is to put the laws back into the hands of judiciary. Put the Constitution back on the pedestal. Lead by example, not by decree or mandate. If that means he is subjected to the same laws, then so be it. At present, he is accountable to no one but himself.

We don't need the Petronas Twin Towers to remember him by. We have the ISA, Universities and Colleges University Act, Anwar Ibrahim's incarceration and Printing Presses and Publications Act, among others.

Alas, he is already 76. Perhaps he thinks it doesn't stand much chance for him to go down in history as the most enlightened leader, at least he will be remembered as the one who has built most stuff.

The greatest monuments are those that the people build for their leaders, not those that the leaders build for themselves.