Laman Webantu   KM2A1: 5038 File Size: 17.6 Kb *



TAG SP 218: LIKAS SEGERA - Pindaan Berahsia Untuk Menghalalkan Pengundi Hantu?
By Kim Quek

21/7/2001 7:33 pm Sat

[Jika BN parti yang bermaruah ia tidak sepatutnya mencalunkan Yong lagi di Likas. Sepatutnya Yong dikambing-hitamkan sahaja kerana dia telah menang disebabkan pengundi hantu. BN nampaknya tidak mahu pemilihan semula parlimen di kawasan itu yang mengakibatkan ia merebak ke seluruh negeri Sabah nanti. Inilah antara lain tujuan pindaan itu. Rakyat dan Mahkamah tidak boleh mempertikaikan lagi senarai daftar SPR itu WALAUPUN MEMANG UJUDNYA PENGUNDI HANTU. Kerajaan telah memberikan immunititi kepada SPR yang kemudiannya telah memberi imuniti kepada pengundi hantu. Sikap sebegini akan menyebabkan kebanjiran pendatang asing sehingga menggugat keselamatan negara jika tidak masalah sosio budaya dan ekonomi. SPR nampaknya sudah menjadi seperti polis yang tidak boleh dipertikai sesiapa kejujurannya. Padahal mereka manusia yang boleh silap juga. BN sebenarnya telah menodai kesucian demokrasi negara ini. - Editor]

Terjemahan: SPAR-08-007


Pindaan Berahsia Untuk Menghalalkan Pengundi Hantu?

(Sneak Amendment to Legalise Phantom Voters?)

Oleh: Kim Quek

20.07.2001.


Nampaknya ada usaha secara berahsia oleh Perdana Menteri, dengan sekongkolan pihak media, untuk melaksanakan satu pindaan kepada Perlembagaan yang membabitkan hak istimewa kerakyatan tanpa menarik perhatian umum. Ini akan mencetuskan pelbagai implikasi yang antara lainnya menjamin pengundi hantu itu tidak lagi digugat oleh undang-undang. Bayangkan implikasinya terhadap puluhan ribu pengundi hantu ini yang merupakan pendatang tanpa izin daripada Filipina dan Indonesia yang kini tertumpu di Sabah.

The Sun keluaran semalam (19 Julai) merupakan hanya satu akhbar yang menerbitkan kisah ini. Ia telah mendedahkan usaha meminda Perlembagaan Persekutuan (Artikel 119) yang menjamin setiap daftar pengundi yang diwartakan tidak boleh lagi dicabar di mahkamah. Sayangnya tidak ada lagi sebarang tulisan mengenai perkara ini di mana-mana mediapun pada hari ini.

Namun pada hari ini, beberapa akhbar yang menyentuh fasal pindaan kepada perlembagaan yang menyangkuti pendaftaran pengundi telah memengapkan sama sekali bahagian yang paling utama kepada pindaan itu: sesuatu daftar pengundi, apabila diwartakan, adalah di luar bidang kuasa mahkamah. Sebaliknya, akhbar-akhbar ini sengaja menyiarkan beberapa kenyataan yang mengelirukan daripada Mahathir, yang bertujuan untuk menyungkup kenyataan yang sebenar daripada pengetahuan umum. Mahathir telah disebut sebagai berkata:

'Pindaan itu adalah perkara biasa dan tidak ada apa-apa yang radikal. Sekarang ini terlalu banyak soalan dan ketidak-tentuan. Pindaan itu nanti akan menjadikan pendaftaran pengundi itu menjadi lebih jelas lagi.'

Mahathir juga manyatakan betapa tujuan utama pindaan itu ialah untuk membolehkan pendaftaran pengundi dilaksanakan sepanjang tahun.

Dengan hal demikian, dengan memberikan fokus kepada peraturan baru yang membolehkan pendaftaran itu, dan dengan adanya persekongkolan media untuk mengalihkan perhatian kepada tujuan sebenar dilakukan pindaan itu, Mahathir bercadang untuk mempercepatkan usaha melaksanakan pindaan itu tanpa banyak masalahnya.

Tidak ada satu perkataanpun yang disebut mengenai isu yang lebih penting lagi apakah dikira sah dan menepati keluhuran undang-undang usaha menolak hak semakan semula secara perundangan terhadap kesahihan setiap daftar pengundi, ataupun apakah wujudnya dalil yang memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SP) menerima pendaftaran pengundi itu sebagai satu usaha yang begitu keramat sehingga membolehkannya mengatasi undang-undang negara ini?

Memang tidak dinafikan betapa para wartawan di negara ini mempunyai kebijaksanaan yang berpada untuk mengenal-pasti beberapa unsur yang penting dalam segala pindaan ini dan juga kepentingan besar yang menyumbang kepada semangat perlembagaan itu dan prinsip demokrasi negara. Jika demikian, kenapakah perkara ini sengaja dilaksanakan secara senyap-senyap dengan menyelinap usaha itu dan cuba mengalihkan perhatian dengan tujuan untuk mengelirukan masyarakat yang ada? Seandainya ini bukannya satu kolusi (sama ada secara sukarela ataupun paksaan) di mana kuasa yang sedang memerintah cuba mensabotaj demokrasi negara ini, apakah pula halnya? Ini adalah satu contoh yang paling jelas betapa hinanya dunia kewartawanan masa kini, setelah disuap selama berdekad lamanya oleh pemerintahan yang autokratik sehinggakan akhbar-akhbar tempatan sudah menjadi tukang ulang yang taat setia kepada tuannya, sehingga sanggup dihamba-abdikan.

Berbalik kepada isu di atas: Kenapakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diberikan kuasa yang sungguh mutlak, sehingga tidak perlu lagi dikaji semula segala kerjanya? Jawapannya 'pasti tidak', waima dalam satu demokrasi yang lebih maju, di mana Suruhanjaya Pilihanraya diberikan penuh kebebasan dan martabatnya memang tidak dipertikaikan. Alasannya adalah jelas kerana ia tidak dikira bersesuaian dengan konsep demokrasi yang mengamalkan kedaulatan undang-undang. Tidak ada satu keputusan eksekutif yang boleh mengatasi undang-undang, apatah lagi kalau ia menyangkuti hak utama yang termaktub dalam perlembagaan akan hak demokrasi membuat pilihan terhadap penubuhan sesebuah kerajaan.

Di Malaysia, apabila kedaulatan undang-undang itu diragui, dan SPR kerap diuliti pelbagai skandal, sebarang usaha untuk memperkasakan Suruhanjaya Pilihanraya itu harus dilihat sebagai satu usaha yang tidak kena pada tempatnya. Ia harus dilihat sebagai hanya satu usaha terdesak untuk memudahkan usaha jijik menghalalkan segala pendaftaran puluhan ribu nama pengundi hantu di Sabah, seperti yang dikesan dalam penghakiman mahkamah yang bersifat sebahagian 'mercu gunung airbatu' yang masih tenggelam di samudera kepalsuan.

Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai satu rekod paling buruk kerana mudah diperkotak-katikkan oleh parti yang memerintah. Apabila diambil-kira kejijikan perangai parti yang memerintah dalam mengamalkan segala penipuan dan putarbelit dalam pilihanraya, membuatkan kita menggeletar memikirkan apa yang akan jadi seandainya kuasa mutlak diserahkan bulat-bulat kepada Suruhanjaya Pilihanraya. Bagaimanakah rakyat Malaysia boleh berpuashati dengan keraguannya apabila melihatkan betapa mudahnya SPR memutarbelitkan daftar pengundi Sabah dengan pengundi hantu? Apakah maknanya proses pilihanraya negara ini apabila pengundi hantu terbabit dan menjadi penentu dalam sesuatu pilihanraya yang sengit tandingannya? Kita masih tidak lupa akan proses pilihanraya yang sudah tercemar kerana parti yang memerintah sengaja menyalahgunakan kuasa segala institusi dan sumber dan media massa untuk memihak hanya kepadanya. Termasuklah penipuan yang memang bersahaja.

Mahathir telah menggunakan alasan yang terdapat dalam 'keraguan dan soalan' mengenai daftar pengundi itu untuk mengemukakan cadangan pindaannya. Tetapi alasan demikian memang tidak ada gunanya. Disebabkan ketiadaan mekanisma semakan semula yang membuatkan wabak mendaftarkan pengundi hantu itu menjadi begitu menular dalam daftar pengundi sehingga menyebabkan 'soalan dan keraguan' seperti yang disebutkan oleh Mahathir. Dengan menolak hak semakan semula mengikut undang-undang (yang merupakan semakan semula yang mutlak dan terakhir) seperti yang dicadangkan oleh Mahathir itu, segala mekanisma semakan semula SPR yang sememangnya lemah itu akan lebih tergugat lagi. Ia boleh disamakan dengan perbuatan mencurahkan minyak kepada api yang marak menyala.

Masalah SPR ialah ia tidak bebas, tidak bermaruah dan tidak cekap. Ia terlalu mudah mengampu parti yang berkuasa; UMNO, yang baru sahaja didapati terlibat oleh penghakiman mahkamah memainkan peranan besar dalam kerja-kerja jijik menggunakan pengundi hantu dalam pilihanraya di Sabah.

Dalam penghakiman yang terbaru yang memansuhkan keputusan pilihanraya Likas, Hakim Muhammad Kamil telah memberikan bukti yang terperinci menunjukkan senario yang amat menakutkan begaimana sebuah kerajaan yang ganas sanggup menggunakan segala taktik kotor untuk menjejaskan kedaulatan negara semata-mata kerana mahu terus berkuasa. Kempen besar-besaran telah dilancarkan untuk mendaftarkan pendatang tanpa izin sebagai pengundi semata-mata untuk memperteguhkan kekuatan undi parti yang memerintah. Dalam proses melaksanakan kerja jijik ini, martabat institusi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan Pendaftaran Negara, dan polis telah tercemar, hanya kerana mahu menjayakan kerja-kerja haprak dan haram ini. Bantahan rasmi kepada kewujudan puluhan ribu pengundi hantu ini telah ditolak dan diperlekehkan dengan mudahnya, sedangkan semua kerja jijik itu amat bertentangan dengan undang-undang pilihanraya. Dengan demikian, rakyat Sabah sedang dihantui ancaman besar yang menggugat keselamatan dan hak demokrasi mereka disebabkan adanya ramai pendatang tanpa izin yang kini berlakon dan berlagak seperti rakyat dan pengundi yang sah. Semua ini adalah gara-gara perbuatan UMNO yang tidak menghormati undang-undang dan sengaja memperlekehkan kesejahteraan rakyat Sabah.

Apabila diambilkira semua keadaan ini, bukankah satu keaiban kepada demokrasi kita seandainya kita biarkan pindaan sedemikian dilakukan kepada Perlembagaan negara di mana kuasa Suruhanjaya Pilihanraya yang tidak terkawal itu menjadi begitu berbisa seiras kuasa polis yang tidak terhad dan jijik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun ISA.

Kim Quek.

Terjemahan: SPAR-08-007




Asal:


SNEAK AMENDMENT TO LEGALISE PHANTOM VOTERS?
(Urgent Message for Voters in Likas)

20.07.2001

There appears to be a sneak attempt by the Prime Minister, with collusion from the press, to make a major amendment to the Constitution affecting vital citizenship right without attracting public attention. Among other implications, this amendment will place phantom voters beyond the reach of law, many tens of thousands of them consisting of illegal Philippine and Indonesian immigrants are now concentrated in Sabah.

Following the solitary revelation by the Sun yesterday (19th July) on imminent amendment to the Federal Constitution (Article 119) to make a gazetted electoral roll beyond judicial challenge, there is a black out of news on the subject proper of this issue in the press today.

The few newspapers that touch on the subject of constitutional amendment to voter registration today have completely omitted the mention of the most important part of the amendment, which is that a electoral roll, once gazetted, is beyond the jurisdiction of the court. Instead, they carry misleading statements from Mahathir, which have the effect of hiding the truth from the public. Mahathir was quoted as saying:

'The amendments are only routine and nothing radical. Currently, there are too many questions and uncertainties. The amendments will make voter registration more definitive.'

Mahathir also stated that the main thrust of the amendments was to allow voter registration to take place all year round.

And so, by focusing attention on the new rule of year round registration, and with the complicity of the press to cover up the vital part of the amendment, Mahathir hopes to ram through the amendment without much ado.

Not a word was mentioned on the all important issue of whether it is right and constitutional to bar judicial review over the legality of an electoral roll, or whether there is the slightest justification to make the authority of the Election Commission in accepting voters so sacrosanct that it is above the law of the country.

There is no doubt that the journalists in this Country have sufficient intelligence to recognize the most important element of these amendments and the great significance it bears on the spirit of our Constitution and the principles of democracy. Then why all the silence, or beating around the bush to mislead and deceive the public? If this is not collusion (whether voluntary or involuntary) with the ruling power to sabotage our Constitution and democracy, then what is? This is a classic example of the degraded state that the local press has found itself in, after decades of corrupt autocratic rule, where the local newspapers are either voluntarily sycophantic or browbeaten to play servile roles.

Back to the issue. Should the Election Commission be given such absolute power, beyond judicial review? The answer would be a resounding no, even in an advanced democracy, where the election commission is truly independent and its integrity beyond reproach. This is because such an idea is simply incompatible with the concept of democracy and the rule of law. No executive decision should be above the law, least of all one concerning the paramount constitutional right in a democracy - the right to choose a government. Besides, there is no conceivable justification for it.

In the context of Malaysia, where the rule of law is dubious, and its Election Commission riddled with scandals, the proposal to so empower the Election Commission can only be construed in the poorest of light. It is nothing less than a naked attempt, among other implications, to legalise the tens of thousands of phantom voters in Sabah, found in a recent court judgment to be 'only the tip of the iceberg'.

The Election Commission's miserable track record of complete subservience to the wishes of the ruling party, combined with the ruling party's notoriety in perpetuating election abuses and frauds, makes the prospect too dreadful to contemplate, should the Election Commission (EC) be entrusted with such absolute authority. Where can Malaysians look for redress when the EC stuffs the electoral roll with phantoms like what it has so successfully done in Sabah? Will there be any more meaning left in our election process, when phantom voters often become the arbiters in tightly fought elections, keeping in mind that our elections are already stripped of their democratic meanings due to ruling party's heavy abuses of government institutions and resources and mass media to work exclusively in its favour, not to mention the habitual frauds?

Mahathir has used the excuse of current 'questions and uncertainties' in the electoral roll to justify his proposed amendment. But such excuse is self-defeatist. It is precisely due to the lack of an efficient review mechanism that the phantom voter scourge has crept into the electoral roll, thereby causing 'questions and uncertainties' referred to by Mahathir. Hence, by removing judicial review (which is the ultimate review) as proposed by Mahathir, EC's already weak review mechanism will be fatally weakened. It is like pouring oil to extinguish a fire.

The problem with our EC is that it lacks independence, integrity and efficiency. It is too eager to play fiddle to the ruling power UMNO, which unfortunately was found in a recent court judgment to have played a significant role in the massive phantom voter scam in Sabah.

In the recent Judgment nullifying the Likas election, Justice Muhammad Kamil has given detailed evidence, outlining the frightening scenario of what a ruthless government hell bent to gain political power can do to undermine the country's own sovereignty. Massive campaigns have been carried out to register illegal immigrants as voters for the sole purpose of bolstering the ruling party's electoral strength. In the process of doing so, the integrity of government institutions such as the Election Commission, National Registration Department and the police are destroyed in order to accommodate these illegal exercises. Official objections to tens of thousands of phantom voters have been ruthlessly brushed aside with impunity, in clear contravention of the election laws. Needless to say, Sabahans are now facing looming threats to their security and democratic rights from the formidable presence of these illegal immigrants, now posing as citizens and voters, thanks to UMNO's lawlessness and callous disregard to the people's welfare.

In the light of these circumstances, is it not suicidal to our democracy by allowing such an amendment to our Constitution whereby the unbridled authority of the Election Commission becomes comparable to the unbridled power of the police under the abominable Internal Security Act?


Kim Quek.