Laman Webantu   KM2A1: 5044 File Size: 9.8 Kb *



TAG SP 220: FEER - Satu Wajah Di Media [Nanyang / NST]
By Lorien Holland

22/7/2001 11:52 am Sun

[NST sekarang sudah semakin bermasalah sebab itulah khabar angin mula menelah. Ini menunjukkan kebencian rakyat sudah sampai ke tahap yang memudaratkan mereka kerana bersekongkol dengan kerajaan. Sepatutnya Nanyang mengambil iktibar dari kekerutan di NST. Rakyat sudah semakin bijak untuk menilai berita dan mengajar akhbar. Apakah itu kerana kesan memoir Said Zahari yang penuh dengan nostalgia?

Kami di KM2 ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Said Zahari kerana buku itu banyak mengajar mereka yang kurang ajar. Tidak sia-sia penjara itu dilalui dan buku itu ditulis kerana ramai seperti sudah dapat menyelaminya. Soalnya bilakah wartawan NST akan mengikuti jejaknya? Lebih baik terjun sebelum kapal itu karam di lautan yang penuh dengan jerungnya.

Sila baca catatan penterjemah di penghujung rencana siapa yang turut bersekongkol menyangga NST sekian lama dan bagaimana agaknya wajah sekarang setelah NST jatuh dengan teruknya? - Editor]


FEER

Issue cover dated 26 July, 2001.

Satu Wajah Di Media

(A Portrait in Mixed Media)

Oleh: Lorien Holland

Surat khabar Malaysia menjadi bahan berita pula kali ini. Pada bulan Mei, akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau menyebabkan kehangatan apabila sebuah parti politik utama Cina membeli bahagian saham yang membolehkan parti itu menguasai Nanyang Press Holdings. Kini, ada sumber desas-desus mengatakan bahawa saham New Straits Times Press akan dijual untuk dikuasai oleh Telekom Malaysia. Dua-dua kaunter itu memang patut diamati akan kemajuannya, walaupun demikian para pengamat menasihatkan agar berwaspada.

'Kami sengaja jauhkan saham-saham media,' kata Edmund Cheah ketua pengarah KL Mutual Funds, salah satu kumpulan amanah saham swasta yang terbesar di Malaysia. 'Fundamental sesebuah syarikat itu bukannya senang untuk dinilai, apatah lagi dengan pembabitan politik yang lebih menyulitkan.'

Walaupun demikian, pengamat lain berkata kedua-dua urusan niaga itu berkemungkinan besar menaikkan garisan pendapatan kedua-dua akhbar yang terlibat. Nanyang yang boleh berbangga dengan purata pulangan sekitar 14.2% selama lima tahun, penjualannya akan membawa penyatuannya dengan The Star Publications yang dikuasai oleh MCA.

Pengurusan baru di New Straits Times Press dijangka memberi fokus pada urusan penerbitan kumpulan itu dan membantu menyekat menurunnya edaran akhbar dan juga pendapatan daripada pengiklanan. Harga saham NSTP sudah mula melonjak sebanyak 22% sejak satu minggu yang lalu berasaskan jangkaan ia dijual. Sahamnya sekarang dipasarkan pada sekitar 3.04 ringgit (0.89). Namun masih ada kerunsingan mengenai masalah politik di masa hadapan. (Catatan: Saham NST pernah bertakhta pada kadar RM19.00 - penterjemah)

Pada Mei 31, pembelian Nanyang oleh MCA telah mencetuskan kemarahan masyarakat Cina sehinggakan parti itu kini mahu menjualnya semua keseluruhan pembelian mereka. Perundingan dengan bakal pembeli masih menghadapi jalan buntu, sedangkan MCA melalui bahagian pelaburannya terpaksa membuat tawaran mandatori untuk membeli saham pegangan yang ada di tangan pelabur eceran sebelum berakhirnya Julai ini. Peraturan ini perlu dipatuhi kerana MCA telah membeli lebih daripada tiga puluh peratus saham syarikat itu. Harga saham syarikat ini sedang bertahan pada tahap 5.20 ringgit.

Penjualan saham NSTP memerlukan keizinan Kementerian Kewangan dan Telekom Malaysia menafikan adanya sebarang rundingan mengenai pembelian itu. Lagipun, NSTP memerlukan seorang pembeli untuk CAHB, Commerce Assset Holding, dalam usahanya untuk mengurangkan bebanan hutangnya. Bayaran faedah terhadap hutang ini adalah sekitar 80 juta ringgit ($21 million US dollar) setiap tahun. Inilah yang menyebabkan keuntungan operasi NSTP selalu ditulis dengan dakwat merah.

Kedua-dua penerbitan menghadapi zaman yang tidak menentu: harga kertas yang semakin meninggi dan pendapatan daripada iklan yang semakin meluntur disebabkan kegawatan ekonomi. 'Pada keseluruhannya keadaan industri tidak juga berubah walaupun ada kemungkinan ia akan mula pulih enam bulan dari sekarang seandainya ada pemulihan ekonomi negara pada bahagian akhir suku tahun ini,' kata Jeffrey Tan seorang pengamat media untuk KAF-Seagrott Research di Kuala Lumpur.

Seandainya keadaan industri pulih, NSTP berkemungkinan turut pulih juga dan berkemungkinan besar akan muncul seorang bakal pembeli CAHB tidak lama lagi. Demikian catatan kertas penyelidikan Merril Lynch. Namun demikian, penjualan CAHB tidakkan mampu merobah nasib kumpulan itu, walaupun nanti adanya satu pengurusan yang baru yang diterajui oleh Telekom Malaysia, ia tidak juga memberikan keghairahan kepada para pengamat seperti yang diselidiki oleh 'The REVIEW'.

'The REVIEW' berpendapat New Straits Times, pada langkah awalannya haruslah mengenepikan persepsi awam bahawa ia terlalu rapat dengan kerajaan. Harga sahamnya pun dikira mahal oleh banyak pihak apabila dibandingkan dengan harga pasaran calon utama pasaran, The Star Publications.

Tamat.

Catatan Penterjemah:

Berapa banyakkah saham NST yang dibeli dulu pada kadar RM19.00 sesaham dan masih lagi dalam simpanan Tabung Haji, KWSP, KWAP, Tabung Angkatan Tentera dan sebagainya???? - penterjemah.


Terjemahan: SPAR-??-??





Asal:

KM2 5025

http://www.feer.com/0107_26/p053money.html

The Far Eastern Economic Review
Issue cover-dated 26th July 2001

A Portrait in Mixed Media

Malaysian newspapers have recently been at the heart of political squabbles--which are in turn tied up with big business deals and a potential shakeout in the industry

By Lorien Holland

Malaysian newspapers have been making the headlines themselves recently. In May, the Chinese-language Nanyang Siang Pau got temperatures rising when the main Chinese political party bought a majority stake in Nanyang Press Holdings. Now, industry sources are saying that a controlling stake in the English-language New Straits Times Press may be sold to Telekom Malaysia. Both counters are worth watching for future movement, but analysts advise caution.

"We tend to shy away from media stocks," says Edmund Cheah, executive director of KL Mutual Funds, one of Malaysia's largest privately owned unit trusts. "The fundamentals of a company are difficult enough to read, and with politics involved, it is even harder."

Nonetheless, other analysts say that both deals could eventually bolster the bottom line of the newspapers concerned. For Nanyang, which already boasts an average return of 14.2% over the past five years, the sale could lead to closer affiliation with the English-language The Star--Star Publications is also controlled by the Malaysian Chinese Association, or MCA.

For the New Straits Times Press, new management could refocus the group's publications and help stem losses on circulation and advertising revenue. In fact, NSTP has seen its share price rise by 22% in the past week on expectations of the sale. Its shares are currently at around 3.40 ringgit ($0.89). But there remain significant political uncertainties ahead.

In Nanyang's case, the May 31 purchase met such strong resistance in the Chinese community that the MCA that bought it has offered to sell its entire stake. As negotiations with potential buyers have not made much progress, the MCA's investment arm will still have to make a mandatory general offer to all minority shareholders before the end of July, because it bought more than one-third of the company. That prospect has kept the share price stable at around 5.20 ringgit.

As for NSTP, its sale has yet to get the seal of approval from the Ministry of Finance, and Telekom Malaysia denies that negotiations are currently under way. In addition, NSTP will need to find a buyer for its stake in financial-services company Commerce Asset Holding, or CAHB, in order to reduce its heavy debts. Interest payments on those debts currently run at around 80 million ringgit ($21 million) a year, and recently pushed even the operational profit of NSTP into the red.

To add to short-term uncertainties, both publications are facing industry-wide difficulties: high newsprint costs and falling advertisement revenues as a result of the economic downturn. "Industry-wide, the situation is not improving, but the upside could be six months down the line if there is an economic recovery in the fourth quarter," says Jeffrey Tan, media analyst for KAF-Seagroatt Research in Kuala Lumpur.

If that upside does emerge, then NSTP could see its situation improved, as a potential buyer for its CAHB stake is rumoured to be on the horizon, according to research papers from Merrill Lynch. However, the sale of CAHB itself will not be enough to turn the group around, and even the prospect of a new management team under Telekom Malaysia failed to excite analysts polled by the REVIEW, who said the New Straits Times must first overcome a perception that it is too closely linked with the government. Its share price is also seen by some as expensive compared with that of the market leader, Star Publications.