Laman Webantu   KM2A1: 5045 File Size: 8.5 Kb *



TAG SP 221: Aliran - Mengimbau Gelora Silam MCA
By Dr. Francis Loh

22/7/2001 11:46 am Sun

[Sejarah MCA menunjukkkan parti itu asyik bergelora sahaja. Pelbagai muslihat digunakan untuk mencengkam suara sehingga asyik berpecah sahaja. Kini seolah-olah hanya Ling yang berkuasa sepenuhnya menentukan segala-galanya. Demokrasi dalam MCA sudahpun berkubur sebenarnya. Dalam kes Nanyang, dia melangkah dulu baru bertanya. Itu bermakna dia tidak menghargai pandangan ahli MCA yang telah memberi mandat kepadanya. Akibatnya MCA berpecah lagi dan kali ini amat parah kerana sayap pemuda dan wanitanya sudah menggeleng kepala. Kalau ya pun tanyalah dulu mereka kerana MCA itu bukan miliknya seorang sahaja. Tanpa mereka Ling tidak akan kekal berkuasa. Mereka mengkritik kerana mereka tidak mahu MCA dilihat sebagai musuh masyarakat Cina. Walaupun tulisan Nanyang itu pedas ia membina agar MCA tidak teralpa. Dengan menelan Nanyang MCA sudah menghiris perasaan masyarakat Cina. Itu buruk padahnya. Baru sahaja sebulan Nanyang sudah tidak selaku dulunya. Itu petanda sesuatu yang lebih dahsyat di masa depan bakal menimpa..... - Editor]


Aliran

Mengimbau Gelora Silam MCA

(MCA's Fractious Past)

oleh: Dr. Francis Loh

Pada awal 1950-an, sekumpulan pemimpin pelapis yang diketuai oleh Dr. Lim Choen Eu, Too Joon Hing, Yong Pung How, Tan Suan Kok dan Ng Eng Teong telah bersekongkol dengan H.S. Lee untuk mencabar tonggak parti yang merupakan Ong Yok Lin, Tan Siew Sin dan beberapa tauke ternama yang bersatu menyokong Tun Tan Cheng Lock yang sedang mengharungi usia tuanya. Pada 1959, MCA telah berpecah belah dan perbalahan itu hanya reda apabila Lim dan sekutunya keluar daripada parti itu untuk menubuhkan United Democratic Party. Kemudiannya, dengan sokongan beberapa temannya beliau menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Pada pertengahan 1960-an, salah seorang pengasas pergerakan pemuda yang merupakan ketua Persatuan Guru-guru Sekolah Cina, telah memimpin satu kumpulan ahli yang dianggap radikal untuk keluar daripada MCA.

Pada 1971-1973, satu kumpulan lagi yang dipimpin oleh Lim Keng Yaik, Alex Lee, Paul Leong, Tan Tiong Hong dan T.C. Choong yang juga dianggap kumpulan pendesak telah menganjurkan satu usaha melaksanakan reformasi dalam parti yang mahukan amalan demokrasi. Mereka telah dikalahkan oleh muslihat kumpulan yang lebih berpengalaman pimpinan oleh Tan Siew Sin, Lee Siok Yew, Kam Woon Wah, dan Lee San Choon yang menguasai jentera parti dan mempunyai hubungan rapat dengan UMNO. Kumpulan pendesak itu akhirnya keluar daripada parti untuk menganggotai Gerakan.

Salah seorang daripada mereka Michael Chen yang kekal dalam MCA akhirnya mencabar Lee San Choon untuk jawatan presiden MCA pada 1979, Michael Chen tewas dan membawa perkara itu ke mahkamah. Akhirnya beliau pun tinggalkan MCA untuk menganggotai Gerakan.

Antara 1983-85, selepas Lee melepaskan jawatan presiden parti, berlaku pula satu perlawanan antara pemangku presiden Neo Yee Pan dan ketua MCA Wilayah Persekutuan, Tan Koon Swan sehingga membuatkan parti itu berpecah dua. Neo bertindak dengan memecat dan menggantung ahli dan juga cawangan dan bahagian parti. Tan bertindak mengemukakan saman dan injungsi mahkamah. Muncullah dakwaan dan tuduhan pengundi hantu dan ahli hantu oleh kedua-dua pihak sehingga mendesak persidangan mesyuarat luar biasa parti pada 1984 yang memberikan kemenangan kepada kumpulan Tan. Tan tidak dapat bertahan lama kerana dia telah terlibat dengan skandal Pan-El yang berakhir dengan beliau dipenjarakan. Dalam kemelut ini, Ling Liong Sik dan Lee Kim Sai telah bersekongkol dengan Tan Koon Swan. Mereka muncul kemudiannya sebagai Presiden dan timbalan presiden pada 1986.

Pada 1990, Lee Kim Sai cuba menjatuhkan Ling. Satu pertandingan terbuka dijangkakan ketika itu tanpa sebarang silu dan malu lagi. Tetapi, kemelut itu terpaksa dibatalkan pada saat terakhir. Pada 1996, Lee tewas dan disingkirkan dan digantikan oleh Lim Ah Lek sebagai timbalan presiden yang baru.

Pelbagai siri konflik dalaman parti yang bersambung-sambung dan berakhir dengan pemecatan ataupun perletakan jawatan menunjukkan betapa rapuhnya amalan demokrasi dalam parti. Namun, presiden parti mampu merangkul kuasanya. Seperti juga presiden UMNO, presiden MCA juga diberikan kuasa yang luas untuk melantik pemimpin parti menjawat tertinggi. Ini termasuk jawatan setiausaha agung, bendahari agung, dan banyak jawatan tinggi yang lain lagi. Yang menariknya, presiden hanya perlu merujuk kepada majlis penasihat presiden dan tidak perlu mendapatkan pandangan majlis jawatankuasa pusat ataupun dewan perwakilan untuk membuat keputusan yang penting-penting. Begitulah yang terjadi kepada projek pembelian Nanyang Press Holdings Bhd. yang melibatkan RM230 juta.

Tamat.

Terjemahan: SPAR-??-??





Asal:

Aliran Monthly

http://www.malaysia.net/monthly/2001/5d.html

MCA's Fractious Past

by Dr Francis Loh

In the late 1950s, a group of Young Turks led by Dr Lim Chong Eu, Too Joon Hing, Yong Pung How, Tan Suan Kok and Ng Ek Teong allied themselves with H.S. Lee and challenged the party stalwarts comprising Ong Yoke Lin, Tan Siew Sin and the towkay leaders gathered around Tun Tan Cheng Lock, who was in his waning years. By 1959 the party was badly divided and the conflict was only overcome when Lim and his allies departed from the party (to form the United Democratic Party, and subsequently with others, the Parti Gerakan Rakyat Malaysia).

In the mid-1960s, one of the founders of the Youth wing, Sim Mou Yew, also head of the Chinese Schools Teachers Association, led a group of radicals out of the party.

>From 1971-73, yet another group led by Lim Keng Yaik, Alex Lee, Paul Leong, Tan Tiong Hong and T.C. Choong, branded also as the Young Turks for calling for reforms and democratisation of the party were outwitted by the old guard led by Tan Siew Sin, Lee Siok Yew, Kam Woon Wah and Lee San Choon, who controlled the party machinery and maintained close ties with UMNO. These Young Turks then left the party to join Gerakan.

One of them, Michael Chen, who remained behind in the MCA later challenged Lee San Choon for the presidency in 1979. Chen lost but took the matter to Court. Chen too left the party and joined Gerakan.

Between 1983-1985, after Lee had resigned as president, a protracted struggle between acting president Neo Yee Pan and FT chief Tan Koon Swan split the party right down the centre. Neo resorted to expulsions and suspensions of members and even entire branches. Tan filed legal suits and court injunctions. There were allegations of phantom members and phantom voters by both sides and an extraordinary general meeting was called in 1984 wherein Tan's faction emerged victorious. But Tan did not last long as he was prosecuted and jailed over the Pan-El affair. In the wake of this crisis, Ling Liong Sik and Lee Kim Sai, who had allied with Tan, emerged as the new president and deputy president respectively in 1986.

In 1990 Lee mounted a challenge against Ling. A no holds barred contest was in the offing when it was averted in the eleventh hour. In 1996, Lee was eased out and replaced by Lim Ah Lek as MCA's new deputy president.

This unending series of internal party conflicts, often resulting in expulsions or resignations suggest that there is a lack of democracy in the party. Through the years, the party president has been able to concentrate power. Like the UMNO president, the MCA president is also vested with the power to appoint other party leaders to top posts. This includes the secretary-general, treasurer-general, national organising secretary and his deputy, five other central committee members, the heads of the national-level bureau, and the chairpersons of the 13 state liaison committees. Increasingly, the president only consults the presidential council rather than the central committee or the general assembly even when making very important decisions, as in this case involving the RM230 million takeover of Nanyang Press Holdings Bhd.