Laman Webantu   KM2A1: 5047 File Size: 5.0 Kb *



TAG SP 222: FEER - Mahathir Impikan Jemputan Rumah Putih
By FEER

22/7/2001 12:28 pm Sun

[Mesti ada sebabnya Mahathir begitu kepingin untuk menemui Bush. Dan mesti juga ada sebabnya Bush menjual mahal dengan tidak melayan Mahathir. Sebagai Presiden yang baru Bush perlu memikirkan implikasinya. Bukankah Mahathir baru sahaja menemui Castro?

Bush hanya akan mengundang kemarahan rakyatnya kerana Mahathir baru sahaja bertemu Castro dan menangkap pelajar dengan ISA. Mahathir tidak berguna di sisi Bush kerana hanya mencemarkan imejnya sahaja. Malangnya Mahathir masih tebal muka ingin bertemu juga.

Dulu Mahathir, Dollah Badawi dan Hamid Albar begitu kuat mengutuk Fadhil Nor menemui Downer tetapi cuba lihat sekarang bagaimana terdesaknya Mahathir ingin menemui Bush sampai meminta-minta bertemu secara berahsia. Nampak sangat Mahathir sudah tercekik sekarang sehingga merayu-rayu meminta. Sakit ekonomi agaknya kerana rezab tak naik-naik juga setelah dicuba segala macam cara...
- Editor
]


FEER Issue cover dated: 26 July, 2001.

Mahathir Impikan Jemputan Rumah Putih

(Mahathir Eyes the White House)

Perdana Menteri Mahathir Mohammad sudah semakin terdesak mengimpikan satu jemputan daripada White House untuk membuat lawatan ke Washington. Sejak beberapa bulan yang lalu, dia telah mengirimkan tiga pucuk perutusan kepada Presiden George W. Bush, termasuk satu pucuk di mana dia memberikan tahniah kepada presiden itu kerana caranya menyelesaikan kemelut pesawat pengintip Amerika dengan China pada April lalu. Demikian cerita yang dibocorkan oleh para diplomat Asian yang berpengkalan di Washington. Sebaik sahaja meletusnya perkara itu, Mahathir telah menunjukkan simpati terhadap China dengan berkata: 'tidak ada satu negara pun yang suka diintip.'


Mahathir telah juga menghantar tiga orang perutusan khas ke Washington - mantan duta Malaysia di PBB Razali Ismail, mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin (sebelum beliau bersara) dan Menteri Luar Syed Hamid Albar - untuk berjumpa dengan pasukan dasar luar Bush, dengan tujuan mengenal-pasti sama ada pentadbiran baru itu berminat untuk memperbaharui hubungan dan cuba merisik sama ada satu lawatan boleh dilaksanakan. Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri telah mengambil langkah yang belum pernah dilakukannya sebelum itu dengan meningkatkan hubungan dengan Amerika Syarikat. Tetapi itulah yang dilakukannya apabila bertemu dengan Commander Ketumbukan Amerika di Asia-Pasifik, Adm. Dennis Blair dan Duta Lynn Pascoe.

Sebelum itu perhubungan diplomatik ternyata dingin selepas Mahathir mengaibkan dan menangkap mantan timbalannya Anwar Ibrahim pada 1998, hingga mencetuskan kritikan pedas daripada timbalan presiden Amerika, Al Gore. Selepas bertemu Pascoe, Mahathir memberitahu para wartawan bahawa dia telah memberitahu duta Amerika itu bahawa: 'kami rasa kami mampu memperbaiki hubungan dengan pentadbiran baru dan melupakan segala perselisihan yang sudah lalu.'

Tamat.

Terjemahan: SPAR-??-??





Asal:

KM2 5018

http://www.feer.com/0107_26/p010intell.html

INTELLIGENCE

Issue cover-dated July 26, 2001


Mahathir Eyes the White House

Malaysian Prime Minister Mahathir Mohammad is getting almost frantic in his efforts to wrangle an invitation to visit the White House. In recent months, he has sent three letters to President George W. Bush, including one in which he congratulated the new president on his handling of the surveillance aircraft incident with China in April, according to Asian diplomats in Washington. Right after the incident, Mahathir had seemed to sympathize with China, telling the press that "no country likes to be spied on." Mahathir has also sent three envoys to Washington--former UN Ambassador Razali Ismail, Finance Minister Daim Zainuddin (prior to his recent retirement) and Foreign Minister Syed Hamid Albar--to meet Bush's foreign-policy team, check whether the new administration was interested in improving relations and take a sounding on whether a visit might be possible. Back in Kuala Lumpur, the prime minister has taken unprecedented steps to improve relations with the U.S. by meeting with U.S. Asia-Pacific Commander Adm. Dennis Blair and Ambassador Lynn Pascoe. Relations soured after Mahathir fired and arrested his deputy Anwar Ibrahim in 1998, prompting criticism from U.S. Vice-President Al Gore. After his meeting with Pascoe, Mahathir told journalists that he told the American envoy that "we feel we could probably improve our relationship with the new administration and do away with whatever differences we have had."