Laman Webantu   KM2A1: 5050 File Size: 23.9 Kb *



TJ SP MGG: Politik Yang Berubah Wajah [PAS]
By M.G.G. Pillai

23/7/2001 8:18 am Mon

[PAS sanggup mengubah gaya penampilan mengikut arus semasa untuk mendekati rakyat - khususnya golongan muda dan professional yang kini semakin meminati perjuangannya. Sekaligus ini membimbangkan Umno yang sering memperlinya. PAS bukan milik orang yang mahir ugama sahaja. Sebab itulah PAS kini sudah semakin bijak dan matang bertindak.

Perubahan dalam PAS ini akan menyebabkan parti itu lebih mudah didekati khususnya oleh mereka yang terlalu melihat persepsi sehingga merasa janggal untuk mendekati parti itu. Sekarang kejanggalan itu sudah tiada lagi. Inilah yang meresahkan Umno sekarang ini. - Editor]


Terjemahan: SPAR-02-004


Politik Yang Berubah Wajah

(Artikel asal: The Changing Face Of Politics)

Oleh: MGG Pillai

Di satu majlis sambutan Hari 'French Bastille' pada 14 Julai, saya terpandang satu pemandangan yang tidak pernah saya lihat selama 30 tahun : Subky Latiff dari PAS, yang telah meninggalkan dunia kewartawanannya dan pakaian kotnya untuk menceburkan diri di dalam bidang politik, mengenakan pakaian kot yang bukan menjadi lumrahnya dalam keadaan panas berlengas, di dalam taman yang luas di kawasan French Jalan Ampang. Kami telah berkawan lebih lama dari itu, kami bertemu semasa saya di Bernama, menyertainya selepas meninggalkan Reuters dan selepas tujuh tahun di Singapura, manakala beliau di Utusan Malaysia, di mana beliau belajar dengan cepat dan dengan idea ganjil yang masih dikekalkannya, mudah pula berjenaka, dan saya yang sering dihantui oleh idea-idea seperti selalu, kami berdua sama-sama berminat dengan sesuatu yang tersembunyi lebih dari berita itu sendiri.

Beliau terjun ke dunia politik, membina reputasi dengan tidak menunjukkan emosi biarpun di tengah-tengah beberapa kekalahan di dalam pilihan raya-beliau kalah kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mahathir Mohamed, di Kubang Pasu pada tahun 1999, merupakan orang penting sebuah parti politik yang tidak disenangi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Beliau adalah orang biasa di dalam parti, tidak pernah membuat kesilapan, tetapi beliau juga seorang tokoh parti yang cemerlang, apabila wartawan-wartawan dan diplomat-diplomat singgah menemuinya untuk berbual-bual. Kehadirannya yang menonjol itu disusuli oleh suaranya yang kuat dan lantang apabila menggunakan mikrofon.

Hampir setahun saya tidak melihatnya. Kali terakhir adalah semasa ia memakai pakaian lumrahnya iaitu baju Melayu dengan kopiah putih. Menurutnya, ia memakai kot kerana pihak yang mengundang telah menetapkan etika pakaian sedemikian. Saya sendiri tidak mengikut etika pakaian yang ditetapkan dan berbatik seperti biasa. Saya memberikan komen terhadap pakaian modennya itu, dan katanya beliau tidak mahu mengecilkan hati tuan rumah. Sebenarnya, ia adalah lebih dari itu. Ia adalah satu tanda bahawa PAS, dengan imej fundamentalisnya yang menonjol, sedang menyediakan dirinya untuk pergi lebih jauh lagi. Entah kenapa, membincangkan tentang negara Islam dengan berpakaian moden begitu, di dalam bahasa diplomasi moden, adalah lebih mudah diterima berbanding dengan kata-kata yang lebih sederhana keluar dari seorang Ustadz seperti Haji Hadi Awang.

Sebaliknya, pesaing utama PAS, UMNO, terus berpegang kepada wawasan sekularnya dengan melakukan perundingan-perundingan tertutup di kalangan ahli-ahli fundamentalisnya. Ia cuba untuk menandingi Islam yang dibawa oleh PAS dengan mewujudkan ciri-ciri sekular yang tidak mendalam. Tetapi sebenarnya tanpa menaruh sebarang harapan untuk melihat kepercayaan itu menjadi kenyataan. Adalah menakutkan bagi barisan pembangkang yang disertai oleh PAS dan DAP, kerana itu akan lebih menyukarkannya untuk mencabar penguasaan UMNO. Pengaruh PAS semakin meningkat bukan kerana prinsip Islam yang diperjuangkannya itu adalah lebih baik, tetapi kerana ia mempunyai parti yang dibentuk sebegitu kukuh dengan petugas-petugas parti yang mengikuti jejak Subky, mengenepikan kekalahan peribadi bagi memastikan kekuatan parti untuk membentuk kerajaan pada satu hari nanti.

Tiada sebarang parti lain yang mempunyai dedikasi yang tinggi seperti itu. Agen-agen pilihan rayanya terlatih dan penuh bersedia. Mereka sangat mahir tentang undang-undang pilihan raya, malah mungkin lebih mahir lagi dari pegawai-pegawai pilihan raya, mereka juga tidak akan bertolak-ansur dengan perkara yang karut-marut dan ini dapat menghalang perkara seperti itu dari terjadi. Mereka mengadakan kelas-kelas di mana peraturan-peraturan pilihan raya dibincangkan dengan panjang lebar sehingga setiap orang benar-benar memahami perkara tersebut. Barisan Nasional mengabaikan perkara ini kerana yakin akan dapat mengalahkannya dengan mudah.

Masalah peti-peti undi yang tiba lewat bukanlah satu isu buat PAS : undi-undi tersebut adalah tidak sah dan tidak termasuk di dalam pengiraan kerana ini disebut di dalam undang-undang dan agen-agennya sudah sedia maklum akan seksyen tersebut. DAP dan Keadilan kehilangan banyak kerusi akibat dari sesuatu yang dibayangkan lebih dari sebab-sebab yang lain. Yang paling jelas sekali adalah kerusi Lembah Pantai di mana Zainur Zakaria dari Keadilan sepatutnya menang; tetapi ketibaan sebuah peti undi yang ajaib beberapa jam selepas pengiraan telah menukar keputusannya. Sepatutnya ia tidak boleh dibenarkan masuk tetapi hanya segelintir di dalam Keadilan tahu tentang peraturan-peratuan pilihan raya untuk mencabarnya.

Inilah perbezaan yang besar terdapat di dalam politik Malaysia. Selain dari PAS, tiada siapapun yang memberikan perhatian tentang perkara-perkara asas politik pilihan raya. Ini memberikan laluan besar kepada Barisan Nasional. Apabila arus pendapat umum tidak lagi dapat dipengaruhi, sejak 1998 akibat tindakan UMNO yang tidak menguruskan dengan sewajarnya hal berkaitan dengan Timbalan Presidennya, Dato'Seri Anwar Ibrahim, maka parti yang terancang dengan baik sekali yang mendapat sambutan hangat. Beginilah caranya bagaimana PAS dapat bersaing dengan begitu cepat sekali. Ia mempunyai bilangan pengikut-pengikut yang sangat setia, yang sedar akan kedudukannya di mata dunia, berusaha untuk naik ke atas semata-mata berbekalkan kecekalan dan ketabahan, semangat yang tidak luntur dek kekalahan, malah jauh sekali untuk merangkul sokongan majoriti sehinggalah pada suatu hari, ia berjaya bertapak di Kelantan pada tahun 1990, dan di Terengganu pada tahun 1999.

Fokus inilah yang merunsingkan parti-parti yang kurang bersedia, sama ada di dalam barisan kerajaan sendiri mahupun pihak pembangkang. DAP dilanda ketakutan dengan keputusan pilihan raya yang telah menjejaskannya, tetapi ia sendiri tidak bersungguh-sungguh berusaha mempersiapkan dirinya bagi menghadapi tipudaya pilihanraya - kekalahan Lim Kit Siang dan Karpal Singh di Pulau Pinang memberi ingatan. Bercakap sahaja tidak akan dapat menjamin kemenangan pada pilihan raya. Sayang sekali DAP tidak menerima pelawaan dari PAS untuk membantu melatih agen-agen pilihan rayanya. Kejayaan hanya datang apabila seseorang itu benar-benar bersedia untuk bertarung.

Keyakinan PAS yang luar biasa merupakan satu lagi perkara yang membimbangkan. Sebelum setiap sidang Parlimen, Ahli-ahli Parlimennya akan bertemu dan berbincang tentang isu-isu, membangkitkan perkara-perkara yang perlu dibincangkan, dan hadir ke dewan persidangan dengan penuh persediaan. Ini akan berjalan pada setiap hari dewan bersidang yang tidak pernah ditinggalkan oleh setiap Ahli Parlimennya. Tidak ada satu parti politik pun yang saya tahu ada membuat persediaan yang sebegitu rapi. Dalam pada ia menguatkan tapaknya, ia juga bergerak cergas di luar. Dengan kesabarannya, dan secara berterusan, ia membina jambatan penghubung, mengubah persepsi rakyat kepadanya, menukar penampilan dari baju Melayu kepada 'Saville Row suits', kepercayaannya tidak lagi dipersoalkan, dan pada suatu hari kaedah penyelesaiannya juga diterima.

Melalui jalan yang sama, Parti Bharatiya Janata (BJP) berjaya memegang tampuk pemerintahan di India. Tiada yang luar biasa tentang ahli-ahlinya, kecuali mereka menggerakkan parti, dan ramai pula yang benar-benar yakin dengannya, telah cukup bersedia untuk bekerja mencapai matlamatnya. Wang bukanlah matlamat mereka, keyakinan mereka telah mewujudkan satu alam baru. Ia telah membimbangkan dunia ekonomi bebas yang telah sebati dengan kita sebelum ini. Manusia menjadi takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya, dan tidak akan cuba menempuhinya kecuali dengan panduan dari seseorang yang mereka kenali dan percayai.

Barisan Nasional dan UMNO, sebagai sebahagian dari lanskap bagi mereka yang berumur kurang dari 45 tahun, dengan segala kepincangannya, korupsi, keangkuhan, semakin tidak relevan, masih lagi leka. Ia mempercayai yang golongan kelas menengah masih gembira bersama mereka, ahli-ahli perniagaan masih lagi senang berurusan dengan mereka kerana ia boleh mengaut sebarang projek yang tidak sepatutnya diterima. Pekerja biasa, walau bagaimana susah sekali pun kehidupannya, tidak akan mahu sistem yang sedia ada diolah semula untuk menambahkan lagi rasa curiga dan ketakutan di pihaknya.

Kekuatan yang tidak mudah dipatahkan bagi yang memegang tampuk pemerintahan adalah manifesto pilihanraya yang sangat berguna untuk memastikannya terus memerintah bagi penggal-penggal berikutnya. Namun Barisan Nasional dan penaung utamanya, UMNO, telah terperangkap di dalam keangkuhan, kumpulan orang-orang yang berpengaruh, pentadbiran diktator. Penyokong utamanya, orang-orang Melayu, lari meninggalkannya, berkeras mengatakan bahawa UMNO telah mencabar nila-nilai kebudayaan yang telah diterapkan di dalamnya sejak mula-mula ditubuhkan lagi.

Secara tiba-tiba, politik Malaysia tidak lagi dikuasai oleh Barisan Nasional. UMNO berada di dalam kehancuran, orang-orang Melayu tidak lagi peduli sama ada ia akan dapat bertahan pada pilihanraya yang akan datang, tidak selagi Perdana Menteri, Dato' Seri Mahathir Mohamed masih lagi memegang kuasa. Beliau melihat UMNO seperti di ambang kemusnahan, dan tidak akan melakukan apa-apa pun untuk menghalangnya. Beliau menunggu dengan sabarnya, seperti orang yang menunggu buah durian yang masak untuk gugur sendiri, dan beliau memang bersedia untuk menunggu selama mana yang dia mahu.

Politik Malaysia, walaupun nampak stabil pada zahirnya, seringkali pula berubah-ubah. UMNO yang sering mendabik dada sebagai parti orang Melayu berada di dalam bahaya kerana ia telah lama dipupuk dengan sikap yang tidak sepatutnya. PAS dengan perjuangan Islamnya, ciri-ciri antitesisnya, tampil memenuhi ruang yang kosong ini. Sama ada ia berkemampuan melakukannya tidak menjadi persoalan sekarang. Sebenarnya UMNO yang merasai bimbang tentang hal itu, dan kebimbangan untuk kehilangan kuasa. Itulah yang menyebabkannya mula mendekati sekutu bukan Melayunya yang selama ini diperlakukan bagai lembu dicucuk hidung itu.

Penguasaan Melayu tidak dapat disekat lagi, dan UMNO tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan semula sokongan itu. Barangkali ia tidak dapat melakukannya. Ia tidak mempunyai pengikut-pengikut dengan hati nurani penguasaan Melayu yang sanggup memperbaikinya. Kebanyakannya telah dikaburi dengan kekayaan luar jangkaan dari perbendaharaan negara yang pernah dimiliki oleh Malaysia 20 tahun yang lalu. Tetapi apa yang naik pasti akan turun semula. Dan penduduk-penduduk tetap Malaysia Boleh ini sekarang sedang menuju ke arah kebangkrapan. Mereka ini, seperti yang dapat difahamkan, tidak mempunyai masa untuk teori-teori dan pemulihan polisi-polisi yang telah gagal.

Masyarakat Cina dapat melihat keadaan ini dengan lebih jelas dari orang-orang lain. MCA tidak boleh memberikan maklum balasnya dengan barisan pemimpinnya yang telah tercela. DAP tidak boleh tampil ke hadapan bersuara lantang mewakili orang-orang Cina di dalam barisan pembangkang disebabkan rasa bimbangnya terhadap agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi kedua-dua MCA dan DAP, dengan Gerakan ketinggalan di belakang sebagai di tempat ketiga, benar-benar terperangkap dengan para penyokong mereka, kerana membenarkan mereka diperalatkan, dan bertindak secara tergesa-gesa dan dalam ketakutan.

Konsep Islam adalah sesuatu yang cukup ditakuti oleh orang-orang Cina yang merasakan mereka telah memahaminya, dan memberikan reaksi untuk menyokong para pemimpin mereka. Tetapi ia tidak dilakukan dengan pemikiran yang sewajarnya atau kajian. Jadi, hasilnya, seperti di India, hanyalah sebagai kaedah sementara bagi menghalang sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ini adalah kerana segala yang telah diperkatakan dan dilaksanakan, bagi kedua-dua UMNO dan PAS yang mempunyai agenda tentang Islam, ia hanya berkaitan tentang bagaimana untuk melaksanakannya yang menyebabkan mereka menjadi lawan. Ternyata kedua-dua parti itu mempunyai pandangan berkaitan dengan penguasaan Melayu Islam. Tidak perlu dipersoalkan tentang itu.

Namun hanya PAS yang berusaha untuk menonjolkan dirinya, seperti sekarang ini, sebagai pembawa pandangan moden Islam. Ini dihalang oleh ahli-ahlinya yang lebih ekstrim yang mendesak agar perlaksanaan yang tidak kurang dari amalan Syariah Timur Tengah dibuat, dengan undang-undang Hudud dilaksanakan secara keterlaluan. Ahli-ahli PAS yang modenlah yang telah berjaya mengekang perlaksanaan ini. Dengan kemasukan beramai-ramai golongan professional Melayu di dalam jawatan-jawatan parti, menjadikan perkara ini dapat dibendung. Baju kot yang dipakai oleh Subky Latiff pada 14 Julai itu membayangkan pemikiran itu. PAS menukar rentaknya bagi menarik perhatian mereka yang mungkin pernah marah terhadap prospek tersebut.


Terjemahan: SPAR-02-004

Asal:

The Changing Face of Politics

At the French Bastille Day reception today (14 July), I saw a sight I had not for 30 years: PAS' Subky Latiff, who abandoned journalism and his lounge suit for politics, in an unaccustomed lounge suit in the sweltering heat, in the spacious gardens of the French compound in Jalan Ampang. We have been friends longer than that, we met when I was at Bernama, joining it after leaving Reuters and seven years in Singapore, and he at Utusan Malaysia, he erudite and with the touch of whimsy he retains, prone to practical jokes, and I as ever with a bee in my bonnet, both interested in the undercurrents, more than the news itself.

He went on into politics, building a reputation for stolidity amidst electoral failures -- he lost to the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, in Kubang Pasu in 1999, an important backroom boy in a political party the rest of Malaysia loves to hate. He is a party apparatchik, make no mistake, but he is also its best face, when journalists and diplomats diplomats drops in for a chat. His commanding presence comes with it a stentorian voice which comes to life in front a microphone.

I had not seen him for almost a year. The last time he was in his customary white skullcap and baju Melayu. He was in a lounge suit, because he said the invitation had insisted on it. I was improperly dressed, as usual, in batik. I commented on his sartorial modernity, and he said he would not want to insult his host. It is more than that. It is a sign that PAS, with its pronounced fundamentalist image, readies itself for the centre stage. Somehow, talking of an Islamic state in a three piece suit is, in the language of modern diplomacy, more acceptable than more moderate words from an Ustadz as Haji Hadi Awang.

Conversely, PAS's arch rival, UMNO, holds to its secular vision by private concessions to its fundamentalist members. It tries to outbid PAS's Islam by a superficial secular presence. But without the confidence to see its beliefs through. It is frightened of an opposition front which has PAS and DAP, for that would uncomfortably challenge UMNO's dominance. PAS is on the ascendancy not because its brand of Islam is the better, but because it has a well-woven party with party workers in the Subky mould, putting their personal defeats to ensure a party that could one day form the government.

No other party has that dedication. Its election agents are the best prepared. They know the elections laws inside out, better often than the elections officers, is there to brook no nonsense, and little nonsense takes place. They hold classes in which the elections regulations are discussed ad nauseum until every one knows what it is about. The National Front ignores this in the belief it would thump through with ease.

The problem of ballot boxes arriving late is not an issue where PAS stands: they are nullified and not part of the counting because the laws provide for it and its agents know the sections by heart. DAP and Keadilan lost enough seats by electoral deux et machinas than any other cause. The clearest is the Lembah Pantai seat which Keadilan's Zainur Zakaria should have won; but the miraculous arrival of a ballot box hours after the counting changed the tide. It should not have been allowed, but few in Keadilan knew the elections regulations to challenge it.

This is the big difference in Malaysian politics. Apart from PAS, no one bothers about the nitty gritty of electoral politics. This gives the National Front a headstart. When the tide sways away, since 1998 over how UMNO mishandled its deputy president, one Dato' Seri Anwar Ibrahim, it is the best organised party that moves in. This is how PAS got into the mainstream so dramatically. It has a collective fanaticism of the believer, knows the world is stacked against it, moves deliberately to rise to the top by sheer grit and stamina, unswayed by defeats, chipping away at majorities until one day, in 1990 in Kelantan and in 1999 in Trengganu, it seizes power.

It is this focus that unnerves lesser prepared parties, in the government and opposition. The DAP is frightened of its electoral sway; but it itself did little to prepare itself for such electoral sleight of hands where they stood -- the Lim Kit Siang and Karpal Singh defeats in Penang come to mind. Words alone cannot ensure electoral success. It is a pity DAP did not accept PAS's offer to train its election agents. Peace comes only when one is prepared for war.

The remarkable PAS confidence is another frightening worry. Before every parliamentary session, its MPS meet to discuss the issues, raise discussion points, and come to the chamber well prepared. This happens day in day out every day of the session that its MPs are never taken unawares. I know of no political party that prepares so thoroughly. While it firms its home ground, it reaches out. Patiently, persistently, it builds bridges, changes its public perception, moving artlessly from baju Melayu to Saville Row suits, its beliefs unquestioned, and one day its solutions acceptable.

In the same way, the Bharatiya Janata Party (BJP) rode to power in India. There is nothing unusual amongst its members, only that those who ran it, and many who believed in it, were prepared to work for it. Money was not the cause of that belief, it is a new world shaped by their beliefs. It frighteningly challenges the laisse faire worldview we have become accustomed to. People are afraid of the unknown, and would not peer into it unless guided by someone they know and trust.

The National Front and UMNO, part of the landscape of those under 45, for all its faults, corruption, arrogance, rising irrelevance, is believed. The middle class is happy with them, the business man willingly works with them for he could make more from any projects he receives than he should. The average worker, however hard his life, would not want it reordered to add doubt and fear into his equation.

The unbending strength of incumbency is a powerful election manifesto to return it to yet another term in office. But the National Front and its principal patron, UMNO, is stuck in its groove of arrogant, oligarchic, dictatorial governance. Its principal supporters, the Malays, move away from it, insisting UMNO defied the cultural imperative that put it there in the first place.

Suddenly, Malaysian politics is not one in which the National Front dominates. UMNO is in tatters, the Malay cares not if it survives the next election, nor if the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed remains in office for the rest of his life. He sees UMNO in a lemming-like dash to disaster, and it would do nothing to prevent it. He waits patiently, as a man waiting for the ripe durian to fall, and he is prepared to wait as long as he wants.

Malaysian politics, despite the superficial stability, is in flux. UMNO's vaunted Malay Dominance is in danger because it was nurtured with the care it should have been. PAS's Islamisation, its antithesis, moves to fill the coming vaccum. Whether it would is not what matters now. It is UMNO's fear of that, and of losing power. Which is why it reaches out to the non-Malay partners it led by the nose all these years.

Malay Dominance comes unstuck, and UMNO does not know how to turn it around. It probably cannot. It does not have the men with the conscience of Malay Dominance accepted unquestioningly to repair it. Most had been seduced with unexpected riches from the national casino that Malaysia was for twenty years. But what goes up must come down. And these denizens of Malaysia Boleh now head for the bankruptcy courts. They have, understandably, no time for theories and fine-tuning of failed policies.

The Chinese community sees this clearer than most others. The MCA cannot respond with the flawed leaders it has. The DAP cannot step forward stridently to be the Chinese voice of the opposition coalition because of its gut fear of PAS's Islamic agenda. But both MCA and DAP, with Gerakan lagging a distant third, are caught flatfooted with their supporters, for having led them up the garden path, and react in haste and fright.

Islamisation is a bugbear that the Chinese think they understand, and react to back their leaders. But it is not done with thought or study. So, it is at best, as in India, a temporary means to prevent the inevitable. For when all it said and done, both UMNO and PAS have Islamisation in mind, it is only in how to implement it that brings them into opposition. There is both parties an unchallenged view of Malay Islam domination. Neither questions that.

But it is only PAS that attempts to project itself, as now, of a modernist view of Islam. it is constrained by its more extreme members who demand nothing short of the Middle Eastern sharia practices imposed, with the hudud laws implemented in its extremity. It is the modernist PAS member who holds the trump card. With the hordes of Malay professionals who rush into its ranks, it has to be. That lounge suit Subky Latiff wore on 14 July reflects that thinking. PAS shifts gears to attract those who once would have been angry at the prospect.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my