Laman Webantu   KM2A1: 5062 File Size: 14.0 Kb *



TDPWN 13: B21 - B27 Banyak Kes Tipu Hingga Khalid Sendiri Tertipu
By Khalid Jafri

24/7/2001 10:34 am Tue

Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

[Buku oleh Khalid ini semakin lama semakin membosankan. Dia lebih kelihatan melakukan kerja potong dan tampal sahaja. Tidak ada sebarang analisa pun dilakukan oleh beliau. Patutlah Daim tidak bimbang dengan kandungan buku ini kerana ia tidak begitu terperinci. Sepatutnya Khalid menceduk dari laman free malaysia kerana ia lebih tepat, lebih tajam dan mengandungi banyak fakta dan analisis. Mengapa dia tidak berbuat begitu?

Khalid juga tidak menyebut pun kes Datuk Harun dalam bukunya ini. Nampak sangat dia tidak habis atau sengaja tidak mahu mengkaji kerana itu akan terpalit kepada perdana menteri.

Umumnya buku ini menggambarkan betapa sempitnya minda Khalid Jafri. Jika kita membandingkan tulisannya dengan tulisan-tulisan di laman free malaysia, nampak jelas Khalid Jafri tidak begitu tahu apa yang ditulisnya kerana tidak mengupas semua isu. Contohnya kenapa rasuah begitu menggila di zaman Mahathir sedangkan Mahathirlah yang sekian lama menjaga polis-polis itu? Dia tidakpun mengkaji kenapa meningkatnya jenayah oleh polis sendiri di zaman Mahathir. Dia juga tidak menyebut hakim-hakim yang telah disuap agar penyangak terlepas lari.

Penulis adalah seorang yang meneliti dan menghalusi, tekun mencari dan berfikir serta rajin berwaras dan amat berhati-hati, jika tidak dia sebenarnya masih belum menulis lagi.... Bau sahaja belum mencukupi sebab itulah isu perlu dikupas agar dapat dirasa pahit dan manisnya satu persatu. Jika tidak tulisan itu hanya akan melekat di buku dan gagal mencapai maksudnya itu - untuk melekat di minda pembaca buku sehingga mereka bangun dan pergi memburu. - Editor]



Mukasurat 157 - 163

BAB 21

Kerjasama Interpol dan Aseanapol

(Artikel yang disauk daripada Bukit Aman).

Pada peringkat awal cawangan ini ditubuhkan hanya untuk memberi pengkhususan terhadap kes-kes jenayah perdagangan. Ketika itu, dua pegawai berpangkat Penguasa Polis (PP) dan Penolong Penguasa Polis (PPP) dipinjamkan dari cawangan lain untuk menganggotainya di Bukit Aman bagi mengawasi kes-kes jenayah yang masih disiasat oleh pegawai-pegawai di peringkat daerah dan negeri.

Bagaimanapun berikutan peningkatan kadar jenayah ini dan dianggap sebagai satu ancaman yang boleh menggugat sistem kewangan dan ekonomi negara dan sukar dibendung, Kerajaan telah meluluskan waran penjawatan 179/76 bagi mewujudkan Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan di peringkat Ibu Pejabat dan Kontinjen.

Cawangan berkenaan ditubuhkan pada bulan Ogos 1962, apabila ancaman jenayah perdagangan mula terserlah. Kemudiannya, Ketua Polis Negara Tun Mohd. Hanif Omar telah mencadangkan perwujudan Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan yang telah diluluskan pada 1 Januari 1976 melalui warang perjawatan 179/76.

Dekad 80-an kian memperlihatkan berbagai skandal jenayah perdagangan yang boleh menggoncang sistem kewangan dan ekonomi negara. Antaranya skandal BMF dan Pan-El. Pada Oktober 1986, keanggotaan cawangan CSJP telah ditambah sebagai persediaan menghadapi ancaman yang lebih mencabar.

Keperluan kepada pembesaran cawangan ini ternyata semakin mendesak berikutan timbulnya masalah Institusi Pengambilan Deposit dan Koperasi. Kerajaan telah meluluskan pembesaran Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan (CSJP) pada 1 januari 1989 melalui waran perjawatan 39/89 bagi menambahkan jumlah anggotanya menjadi 117 orang termasuk pegawai, anggota pangkat rendah dan kakitangan awam.

Ekoran daripada itu, organisasi cawangan ini telah disusun semula mengikut pengkhususan, iaitu Pasukan Pertama; Untuk kes-kes yang melibatkan bank dan institusi kewangan. Pasukan Kedua; melibatkan koperasi, Insittusi Pengambilan Deposit dan Insuran. Pasukan Ketiga: bagi kes-kes syarikat dan korporat. Pasukan Keempat; melibatkan pemalsuan, wang palsu, kad kredit, pasaran saham dan, komoditi serta lain-lain.

Di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, CSJP bertanggungjawab menyiasat kes-kes jenayah perdagangan dirancang (Organised Economic Crime) kes yang melibatkan kerugian lebih RM1 juta, kes yang melibatkan beberapa buah negeri dan kes yang menarik perhatian atau yang melibatkan orang kenamaan.

Memandangkan cawangan ini dikehendaki bertindak secara pro-aktif, strukturnya telah dirombak semula pada 1 Februari 1992 mengikut pengkhususan yang pasukan pentadbiran bertindak sebagai Unit Pentadbir, Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, Perakaunan dan Pengesahan Aset, Unit Perundangan dan Pendakwaan, Unit Risikan, Pencegahan, Soal-Siasat.

Pasukan A: terlibat dalam penyiasatan kes kes bank, institusi kewangan, pengambilan deposit, koperasi dan insuran. Pasukan B, bertindak dalam penyiasatan kes-kes korporat dan syarikat. Pasukan C: dalam penyiasatan kes-kes yang melibatkan kad kredit, wang palsu, pemalsuan, komoditi dan pelbagai.

Menyentuh mengenai bidang kuasanya, PDRM secara umumnya telah diamanahkan sebagai agensi utama bagi penguatkuasaan undang-undang. Tanggungjawabnya adalah untuk mencegah dan mengesan penjenayah seterusnya menangkap dan mendakwa pesalah.

Kes-kes jenayah perdagangan biasanya tertumpu kepada kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan serta kesalahan-kesalahan teknikal di bawah akta-akta lain dan merupakan di bawah bidang kuasa CSJP.

Badan-badan lain yang terlibat membantu penyiasatan penyiasatan kes ini ialah seperti Pendaftar Syarikat, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan penglibatan mereka hanyalah sebagai regulatory body yang menentukan segala peraturan dipatuhi. Sementara BPR hanya bertanggungjawab terhadap kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan awam.

Sebagai langkah meningkatkan potensi cawangan ini dalam memerangi jenayah perdagangan yang bergerak seiring dengan kecanggihan professionalisme dan teknologi, CSJP sentiasa anggotanya prihatin kepada had-had kuasa mereka.

Perkembangan semasa juga telah memaksa CSJP menggunakan pendekatan yang menitik-beratkan aspek pro-aktif, iaitu tindakan yang boleh mencegah sebarang penyelewengan sebelum ia boleh menggugat sistem dan iklim ekonomi negara di samping tindakan-tindakan reaktif.





Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

Mukasurat 164 - 167


BAB 22

Lesapnya RM 1.149 Bilion


Perangkaan jenayah Perdagangan bagi Tahun 1985-1992 Pekerjaan OYDS/Tangkapan.

Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan (CJSP) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mencatatkan sejumlah 37,570 kes membabitkan kerugian sebanyak RM 1,149 bilion akibat kecurangan oleh individu atau sindiket dalam jenayah kolar putih atau jenayah sekonomi bagi tempoh tujuh tahun lepas.

Cawangan tersebut tidak mencatatkan butiran terperinci mengenai jumlah kesalahan yang dilakukan. Namun kebiasaanya, kesalahan jenayah kolar putih yang tinggi jumlahnya ialah kes penipuan. Ini diikuti dengan pecah amanah dan pemalsuan.

Walaupun perangkaan jenayah perdagangan bagi tahun 1985 hingga 1992 (lihat jadual memperlihatkan peningkatan yang agak mendatar namun jumlah kes terbabit amat
membimbangkan)

Berdasarkan kepada perangkaan tahun 1992 sahaja, pekerja syarikat merupakan kelompok terbesar terbabit dalam jenayah perdagangan (512). Diikuti peniaga (267), kakitangan awam (100), penganggur (39), pengarah (31) dan peguam (14). Manakala lain-lain kes adalah sebanyak 1,430.

Apa yang jelas, majoriti penjenayah perdagangan ini terdiri dari individu yang berpendidikan, berjawatan tinggi serta berpengaruh.

Kes Tipu Angka Tertinggi:

Kes-kes yang membabitkan penipuan telah mencatatkan angka paling tinggi berbanding dengan lain-lain jenayah kolar putih di ibu negara, sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Sumber dari Cawangan Jenayah Perdagangan Kuala Lumpur, mencatatkan sebanyak 226 kes penipuan telah disiasat dan ini merupakan 52.5 peratus daripada jumlah keseluruhan jenayah berkenaan yang mengakibatkan kerugian lebih 4 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 153 kes berjaya diselesaikan dan 50 orang ditangkap.

Manakala jenayah yang mencatatkan jumlah kedua terbesar ialah pecah amanah iaitu sebanyak 79 kes telah disiasat dan semuanya berjaya diselesaikan (membabitkan RM2.3 juta).Jenayah pecah amanah oleh korporat pula, mencatatakan empat kes yang melibatkan kerugian lebih RM 2 juta.

Keseluruhan jumlah jenayah kolar putih sepanjang tempoh berkenaan ialah sebanyak 430 kes dan 337 kes daripadanya berjaya diselesaikan yang membabitkan kerugian berjumlah RM8.9 juta.

Jenayah seumpama ini agak sukar untuk dibenteras dan adalah menjaadi tanggungjawab seluruh pihak untuk mencegahnya. Penjenayah terlibat adalah orang yang tidak diduga. Mereka mungkin sahabat mahupun saudara terdekat. Oleh itu, kita harus berwaspada ketika berurusan dengan sesiapa sahaja.




Bab 23 - 25:

Bab 23:

Perasuah Adalah Anjing Jijik

(Muka Surat 169-185)

Bab ini dimuatkan dengan rakaman wawancara Ketua Pengarah BPR Datuk Ahmad Zaki Hussin (yang sudah bersara) dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan pada 1 Oktober 2000.

Bab 24:

Tiba Di Perut Dikempiskan Tiba Di Mata Dipejamkan

(Muka Surat 186-197)

Petikan daripada ucapan Rais Yatim, Menteri Pakar bakar Jambatan yang disiarkan di majalah MASSA 30 November, 1996)

Bab 25:

Melahirkan Masyarakat Bebas Rasuah

(Muka Surat 198-204)

Bab ini disauk daripada Majalah MASSA 30 November 1996.





Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

(Muka Surat 206 - 209)


BAB 26

Rasuah Di Malaysia

Berdasarkan markah yang diberikan oleh 'Transparency International' (TI) kedudukan Malaysia kini berada di tangga ke-26 daripada 54 negara. Bagaimanapun markah tersebut dikatakan tidak mencerminkan keadaan rasuah sebenar di negara ini.

Ini memandangkan jumlah negara terbabit dalam penyenaraian tersebut telah bertambat daripada 42 kepada 54 buah negara. Mengikut indeks rasuah 1996, Malaysia diberi markah sebanyak 5.32 markah iaitu lebih baik berbanding 1995 dengan 5.28 markah.

Sepanjang tahun lalu seramai 97 penerima rasuah telah didakwa mengikut Seksyen 4(a) Akta Pencegahan Rasuah 1961 berbanding pemberi rasuah yang dituduh mengikut seksyen yang sama. Daripada jumlah itu seramai 76 disabitkan kesalahan.

Begitu juga dari segi aduan atau maklumat yang diterima turut menunjukkan peningkatan. Sejak awal tahun ini sehingga September lalu, (hooohooo hooo!!!! apa punya kiraan masa ni Khalid Jafri????) BPR telah menerima 6,475 maklumat berhubung amalan rasuah tetapi 2,540 daripada aduan itu dikategorikan sebagai surat layang kerana tidak disertakan nama mereka yang membuat aduan.

Sehingga Ogos 1996 lalu, seramai 76 penerima didakwa mengikut Seksyen 4(A) dan 42 lagi mengikut Seksyen (b). Daripada itu seramai 70 orang disabitkan kesalahan.

Kes paling banyak membabitkan tangkapan pemberi rasuah dicatatkan oleh polis trafik. Sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 444 kes sudah dilaporkan Dalam tempoh yang sama juga seramai 120 orang awam dan 122 kakitangan kerajaan ditangkap berhubung amalan rasuah.

Peningkatan amalan rasuah di negara ini boleh dilihat berdasarkan maklumat yang diterima oleh BPR. Di mana pada tahun 1976, BPR menerima sebanyak 5,912 maklumat atau aduan berhubung kes rasuah dan jumlah itu meningkat kepada 8,505 tahun lalu.

Sementara dari segi tangkapan yang dibuat pula turut menunjukkan peningkatan. Antara 1976 dan 1986, sebanyak 1,913 tangkapan dibuat manakala antara 1986 dan 1995, ia bertambah kepada 2,910 tangkapan. Ini bermakna siasatan BPR menunjukkan peningkatan sebanyak 3.7 peratus setiap tahun sejak 20 tahun lalu.

Bagi tahun 1996 bermula Januari sehingga akhir Jun, BPR telah menahan seramai 186 orang kerana pelbagai kesalahan rasuah di seluruh negara dan 96 atau 51.6 peratus daripada jumlah itu adalah orang awam, 89 orang (47.8 peratus) merupakan kakitangan kerajaan dan seorang ahli politik. Kira-kira 5.4 peratus daripada kakitangan kerajaan yang ditahan tersebut merupakan kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional dan bakinya merupakan kumpulan sokongan.

Sementara itu penangkapan BPR antara 1991 sehingga 1995 mendapati seramai 855 pegawai awam ditangkap kerana terbabit dalam rasuah. Jumlah tersebut adalah 55.4 peratus daripada jumlah keseluruhan tangkapan sebanyak 1,543 orang. Daripada 855 pegawai awam tersebut 75 peratus daripadanya adalah orang Islam.


Bab 27:

Bebaskan Pasaran Dunia

Muka surat 210 - 226

Artikel ini berupa sedutan ucapan Perdana Menteri kesayangan Khalid Jafri ketika mesyuarat Agung ke-26 Meyuarat Ekonomi Lingkungan Pasifik (PBEC) di Seoul pada 24 Mei 1993.




Demikian berakhirnya segala penulisan yang mengikut babnya. Ia bermula dengan Bab Satu di mana ucapan Mahathir memulakan hidangan Khalid dan diakhiri dengan satu ucapan Mahathir sebagai penutupnya.

Terdapat dua bahagian lagi dalam sajian haprak buku ini. Ia mengandungi Bahagian 'Periskop' dan Gambar-gambar perempuan bercoli. Mungkin kos mencetak buku ini ditaja oleh pembuat Coli jenis Jeans.


[Kami di KM2 ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengirim (TupaiMas) yang telah bersusah payah menyalin buku Khalid Jafri ke laman web kerana isi buku ini tetap berguna untuk mengenal siapa Khalid Jafri yang sebenarnya serta siapa Daim mengikut 'kajian'nya. Mungkin buku ini lebih mengenakan Khalid Jafri sendiri dari orang yang ingin diperkenakannya.... - Editor]