Laman Webantu   KM2A1: 5063 File Size: 8.7 Kb *



TDPWN 14: B1 - Periskop - Dalil Kenapa Zam Tidak Layak Menjadi Senator
By Khalid Jafri

24/7/2001 10:15 am Tue

Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

Periskop 1

[Sebagaimana yang kita terangkan, walaupun tajuk buku ialah mengutuk Tun Daim, tujuan Khalid Jafri sebenarnya ialah mencemuh orang-orang yang dimusuhinya seperti Zainuddin Maidin, sedangkan dia sedar ZAM ialah kaki ampu Mahathir yang paling besar. Khalid juga mengambil kesempatan menyampaikan amanat khas Mahathir dengan mancaci beberapa orang tokoh PAS. Kita akan siarkan bahagian periskop ini tanpa sebarang suntingan untuk menunjukkan betapa besarnya peranan si bedebah ini merosakkan pemikiran orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Beberapa tajuk 'periskop' itu kita ubah suai untuk menyerlahkan maksud sebenar penulisan Khalid.

- Tupaimas.]




Periskop 1:

(Muka Surat 227-237)

DALIL KENAPA ZAM TIDAK LAYAK MENJADI SENATOR

(Orang Yang Tidak Berjasa kepada UMNO Mendapat Tempat Dalam Kerajaan)

Menteri Pendidikan Musa Mohamad dan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Zainuddin Maidin (ZAM) telah menimbulkan pertanyaan di kalangan pendokong-pendokong UMNO atas perlantikan mereka dalam kerajaan.

Mereka berpendapat Musa dan Zam tidak ada jasa langsung dalam parti UMNO bagi membolehkan mereka dilantik dalam kerajaan.

'Walaupun perlantikan itu atas kuasa Perdana Menteri, namun kami tidak senang hati sedangkan ramai lagi orang-orang yang berjasa pada UMNO boleh dilantik,' kata mereka.

Kecuali Musa, Zam langsung tidak ada kriteria akademik untuk ditonjolkan. Beliau hanya lulus darjah enam sekolah Melayu. Tanggungjawab yang diberi dalam Kementerian Penerangan ialah mengawasi media asing sedangkan beliau sendiri bercakap bahasa inggeris pelat Kedah. Tentu sukar nak beri 'press conference' dalam bahasa Inggeris terutama di depan wartawan asing. Dalam percakapan Melayu pun Zam masih menyebut 'beliu' bukan beliau, 'Shengapor' bukan Siingapore.

Sorry Zam, hang dok di Utusan, depa tak peduli, hang baguh tak baguh janji Utusan keluak. Hang main pasai isu bahasa hang kena tendang. Cuma bila hang tak keja, hang tak jual rojak pakai kain plekat depan panggung Royal, Alor Stak, kerana hang dah banyak duit royalti tulis buku pasal Dr. Mahathir. Tapi hang bikin buku Awang Selamat tak patut kebas royalti kerana tulis Awang Selamat sebahagian dari kerja hang yang dibayar gaji oleh Utusan. Hang pun ikut Daim jadi korup.

Utusan Publication & Distributors adalah penerbit buku Awang Selamat. Hang jadi pengerusinya, hang sendiri arahkan terbit dan hang sendiri luluskan pembayaran royalti. Begitu juga dengan buku 'Mahathir Di Sebalik Tabir'. Utusan hantar hang ke London selama dua tahun buat research nak tulis buku sejarah hubungan Britain-Malaysia. Hang kebas gaji dan segala perbelanjaan selama dua tahun, tapi buku yang hendak tulis tak pernah terbit. Sebaliknya hang nak bodek Dr. Mahathir hang balik dari London hang tulus pasal dia. Sepatutnya hang tidak boleh ambil royalti atas buku Dr. Mahathir itu kerana diganti dengan buku yang tak mampu hang tulis hubungan Britain-Malaysia (terlampau tinggi akademiknya kot). Setelah Utusan keluarkan wang yang banyak membelanjakan hang di Lonong.

Bodek punya bodek, hang dapat Timbalan Pengerusi Eksekutif Utusan. Tapi bukan Dr. Mahathir yang lantik hang, hang bodek Daim kerana Daim pegang Media gantikan tempat Anwar Ibrahim.

Hang jadi Timbalan Pengerusi Eksekutif pun, hang duduk buta. Utusan nak lingkupkah, wang Utusan diselewengkah hang jadi tunggul saja.

Selama lima tahun, Azizi Meor Ngah jadi Pengarah Eksekutif Utusan hampir-hampir memusnahkan syarikat kepunyaan UMNO itu. Azizi yang hanya berkelulusan Planting Management Diploma pernah menjadi Manager Estate Kumpulan Guthrie kemudian masuk Utusan sebagai CEO.

Azizi membelanjakan peruntukan RM20 juta dari Utusan kononnya mahu terokai bidang-bidang baru bagi memajukan Utusan. Ini termasuk melabur dalam beberapa buah syarikat di samping menubuhkan banyak anak syarikat. Akhirnya, satu senpun tidak menguntungkan.

Dari banyak maklumat yang menggambarkan betapa bijaknya Azizi apabila beliau membeli Syarikat Forum Exposition Sdn. Bhd. (FE) berharga RM8.00 sesaham dengan penguasaan 70% bernilai RM4.00 sedangkan syarikat ini cuma ada aset kerusi dan meja sahaja. Syarikat yang hendak bankrap itu telah diselamatkan oleh Utusan dan Utusanlah membayar gaji pekerja-pekerja FE termasuk CEO Jessi Leong. Setelah diambilalih oleh Utusan, FE terus mengalami kerugian dan pengurusan baru (apabila Azizi keluar dari Utusan) telah membeli baki 30% saham yang dipegang oleh Jessie Leong dengan harga RM1.00 sesaham semata-mata untuk menendang Jessie keluar.

Seperkara yang amat ketara sekali apabila Azizi membeli mesin cetak Web Heidelberg dengan harga RM 18 juta sedangkan dengan model yang sama dibeli oleh Ultimate Print Sdn. Bhd cuma RM 12 juta sahaja. Enam juta ringgit masuk poket Azizi.

Agak-agak sudah cukup selesa, sebelum meninggalkan Utusan, Azizi pun buat rancangan baru dengan menjual sebuah anak syarikat Utusan On Line kepada Asia On Line sebanyak 49 peratus dengan harga RM12 juta.

Alih-alih sahaja Aziz menjadi CEO Asia On Line bila beliau berhenti dari Utusan.

Yang amat ketara sekali, bila Azizi berhenti dari Utusan beliau telah membeli Mercedes SLK 280 dengan harga RM700,000 dan membeli rumah di Bukit Damansara.

Sekarang ini Azizi menjadi Pengerusi FAMA. Apa pula rancangan baru yang boleh melibatkan peruntukan kewangan FAMA.

Tempat Azizi di Utusan telah diambilalih oleh Mohd. Nasir Ali, Pengarah KL City Corp. yang merupakan nominee Naimah, isteri ketiga Daim.

Bagaimana pula kedudukan Pengerusi Ekskutif Utusan Tan Sri Kamarul Ariffin? Tutup mata pekakkan telinga ke? Jagalah harta benda UMNO tu sikit, jangan sampai beli coli 'triumph' di London pun masuk dalam bil Utusan. Sudahlah segala tambang, penginapan percutian keluur negeri dibayar oleh Utusan, datang pejabat pun malas hanya 3 hari seminggu. Tidak risaukah Tan Sri, 'turnover' Utusan tahun lalu sebanyak RM317 juta atapi keuntungannya cuma RM2 juta. Itupun Utusan terpaksa jual bangunannya sendiri yang sudah siap di Wangsa maju berharga RM59 juta. Kalau tidak Utusan rugi RM 57 juta.

Kerana isteri Mat Salleh, Tan Sri ambil dua pakar orang putih untuk jadi Pengarah Pemasaran dan Pengarah Teknikal di Utusan Printcorp dengan bayaran gaji RM40,000 sebulan setiap seorang tidak termasuk apartment, kereta pejabat dan elaun arak (keraian). Fungsi Pengarah Pemasaran itu ialah mencari job cetak dari luar negeri, tapi habuk pun tarak. Begitu juga Pengarah Teknikal yang kepakarannya lebih rendah dari juruteknik anak tempatan sendiri, bila mesin rosak si Mat juga yang uruskan.

Bagaimana pula hutang baru yang Utusan pinjam dari bank sebanyak RM100 juta. Pinjaman dicadangkan nak buat bangunan baru untuk menempatkan semua kakitangan di Bangi tetapi duit tersebut telah digunakan untuk urusan lain.

Kasihan semua kakitangan Jabatan-Jabatan Pengarang, kilang pentadbiran, iklan, pengedaran bertungkus-lumus bekerja siang malam untuk menaikkan penjualan Utusan, sehingga Rosminah terpaksa beli coli di pasar malam. Khalid Mohamad tak larat lagi nak cukur janggut, kerana memikirkan apa pula berita untuk besok. Munir dah habis ikhtiar kerana tak ada hantu lagi nak buat cerita dalam Mastika. Sekarang ni banyak buku dari hantu.

Jadi Utusan kena cari Pengurusan yang cekap, dinamik yang boleh membuat perancangan yang boleh memberi kemajuan dan menjamin masa depan kakitangan, bukan nak godek wang Utusan masuk poket sendiri. NUJ Utusan patut buat laporan polis supaya penyiasatan dapat dilakukan demi menjaga periuk nasi mereka juga. Nanti orang penggil NUJ, Nominee Union Journalist.





[Ada banyak sebab Mahathir memilih Zam walaupun dia telah banyak merusakkan Utusan sebagaimana yang ditulis oleh Khalid. Khalid sepatutnya menulis kenapa Mahathir memilih Zam walaupun Zam banyak melakukan kerusakkan - barulah pecah terbongkar semua tembelang.

Zam memiliki sesuatu yang amat diperlukan oleh Mahathir di saat ini kerana laman web begitu berbisa sekali. Perhatikan bagaimana Zam menyerang Malaysiakini kerana di situ terserlah beberapa tujuan Zam mendapat tempat di hati diktator 'baik' ini. - Editor]