Laman Webantu   KM2A1: 5064 File Size: 2.2 Kb *



TDPWN 15: B2 - Periskop - MB Selangor Macam Kaduk Naik Junjung?
By Khalid Jafri

24/7/2001 11:34 am Tue

Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

[Ramai yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba Khir Toyo pun menjadi sasaran Khalid Jafri. Ada yang berpendapat tulisan ini bukan cetusan Khalid Jafri tetapi seseorang yang mengupah Khalid Jafri.... kerana perjuangannya belum selesai lagi. - Editor]


Periskop 2

(Muka surat 239-240)


MB Selangor Macam Kaduk Naik Junjung?

Tidak sampai setahun jagung jadi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo dikatakan sudah naik tocang, macam kaduk naik junjung.

'Kalau tak percaya telefonlah buat temujanji sudah pasti jawapannya mengecewakan,' kata kawan yang membawa seorang pelabur dari Peranchis kerana hendak menanam modal di Selangor. Beliau telah cuba beberapa kali tak dapat.

Penulispun menelefon kepada setiausaha MB Selangor bernama Selamat Dollah. Selepas memperkenalkan diri beliau bertanaya kasar, 'apa hal nak jumpa MB.' Saya jawab, biarlah saya bincang dengan MB. Selamatpun terus meletakkan telefon, sehingga lebih sebulan saya tunggu tidak ada jawapan. Bila telefon beberapa kali tidak diangkat.

Barulah saya faham. Bukan MB yang sombong, pegawai-pegawainya yang berlagak lebih daripada MB kerana itu kita lihat ramai pemimpin tidak popular kerana si bahalul sebenarnya macam kaduk naik junjung. Tapi macam mana nak jumpa MB kalau tidak hubungi balacinya? Kawan saya beritahu pelabur dari Paris itu telah ditawarkan oleh Kerajaan Singapura membuka kilang buat peluru dengan modal lebih 1 bilion ringgit.

Menteri Besar itu dan rombongannya telah pergi ke Jerman mencari pelaburan dalam produk herba dan farmasi. Bukankah ini satu pembaziran wang rakyat? Beberapa banyak nilai pelaburan yang boleh dibawa balik di bidang ini? Saya sedang siapkan buku pembabitan korupsi dalam Negeri Selangor melibatkan ramai pegawai-pegawai kerajaan dan anggota exconya.