Laman Webantu   KM2A1: 5065 File Size: 10.9 Kb *



FeU: Negara Yang Bermaruah??
By Dr Nologareng

24/7/2001 7:30 pm Tue

[Mahathir sebenarnya mencipta dan memajukan tipudaya sejak berkuasa. Kemajuan yang dicernanya lebih berbentuk silapmata untuk menonjolkan keunggulan sedangkan negara tidak memerlukan itu semua kerana bukan itu yang menentu maju mundurnya bangsa. Ia hanya memajukan kroni dan kebanjiran pendatang asing sahaja.

Martabat bangsa tidak naik dengan membina menara atau mengirim seorang dua menjelajah dunia kerana bukan disitu terletaknya maruah kita. Kita hanya menjadi satu bangsa haprak yang ditertawakan sahaja kerana membina dan menongnkosi sesuatu yang besar dan tidak berguna sedangkan pulangannya (viability) hampir tiada. Jika tidak Petronas akan membina lagi berdozen menara. Mengapa tidak itu dilakukannya? Bukankah Petronas sedang tercekik sebenarnya? - Editor]

FeU

https://members.tripod.com/e-umno/feu_alahaimm_04.html


Negara Yang Bermaruah

Oleh: Dr. Nologareng


'Kebahagiaan tidak akan datang melayang. Pengorbanan dan usaha diperlukan bukan daripada orang lain, tetapi dari diri kita sendiri. UMNO dan ahli-ahlinya harus faham hakikat ini jika kita benar-benar inginkan kebahagiaan. Kelemahan kita menyebabkan kemunduran kita. Mungkin orang lain juga menjadi penghalang tetapi adalah lebih baik kita mengatasi kelemahan kita daripada kita mengeluh tentang apa yang kita katakan sabotaj oleh orang lain.' - Petikan kata-kata KERAmat MahaHaprak pada tahun 1982.

Ulasan:

Memang lah lidah itu tidak bertulang. Apatah lagi jika ianya bercabang. Tentu saja kata-kata bak menanam tebu di bibir saja - TIDAK BOLEH DIPERCAYAI!!. Manis tetapi hanya tingal kata-kata. Maruah bagi mahathir adalah kemenangan peribadinya yang berterusan ataupun tiada langsung penentangan samada dari rakyat maupun dari ahli partinya sendiri. Apakah ukuran maruah mahathir tatkala merancang kemusnahan keji ke atas DSAI dengan tuduhan yang sungguh memalukan dan menjatuhkann martabat dan maruah negara. Bagaimana pula dengan kerosakan peribadi DSAI atas tuduhan yang sedemikian? Pedulikah mahathir?

Mahathir adalah pakar dalam mengakrobatikkan lidahnya. Selama 20 tahun kemahiran itu digunakan dan telah berjaya mendoktrinkan Melayu Pelupa dalam Umno. Segala kata dan hujahnya umpama SABDA junjungan bagi mereka. Beliau menggunakan material sebagai umpan dan juga alat menjerut temali kerandut mereka. Akhirnya jiwa dan roh mereka tergadai kepadanya. Mereka menjadi abdi yang berlumba mengambil hati dan menjilatnya demi emas sebahara.

Bagaimana boleh kita menerima dan menyanjung orang yang sentiasa saja berbohong dan berdusta dalam kapasiti seorang Menteri Perdana. Seorang Umarak sepertinya tidak boleh melakukan kesalahan dan berbohong kepada rakyat sepertimana seorang raja kelentong. Seorang yang bermarwah mesti berani bertanggungjawab atas segala perlakuannya dan tidak meletakkannya ke atas bahu orang lain. Dr Mahathir amat berlawanan dari apa yang diucapkannya.

IKUT APA YANG SAYA SURUH, JANGAN IKUT APA YANG SAYA BUAT!!!

Beliau sentiasa menyuruh rakyat terutamanya ahli Umno untuk berkorban dan tidak menyalahkan orang lain. Pengorbanan diikuti usaha yang bersungguh adalah kunci kebahagiaan. Itu katanya, apakah beliau juga melakukan apa yang diarahnya?. TIDAK - Mahathir hanya umpama SIKETAM yang menyuruh anaknya berjalan betul, sedang ia sendiri mengesot ke tepian - membaham segala harta dan khazanah milik rakyat. Golongan yang UNTUNG hanyalah kaum keluarga dan kroni rapatnya!! Melalui kuasa yang ada pada Menteri Perdana, beliau mencurangi AMANAH.

Ironisnya Mahathir adalah seorang yang sangat suka menyalahkan orang lain dalam sejarah 20 tahun pemerintahannya. Telunjuknya akan segera menuding mencari kambing hitam. Memang dia suka orang lain berkorban untuk dirinya. Pergolakan politik dan ekonomi yang berlaku dalam negara semuanya disebabkan oleh orang lain. Kalau masalah politik, ditudingnya pembangkang atau ahli parti yang tidak sehaluan. Manakala kejatuhan ekonomi pula George Soros yang menjadi petualangnya.

Sebolehnya dia mahu rakyat jelata terus menerima apa saja alasan yang diberikannya sepertimana ahli Perwakilan Umno mengangguk dan menepuk gembira segala apa yang beliau dustakan, hatta menghina, mencerca dan memalukan bangsa mereka sendiri. Sepatutnya sebagai politikus yang di ambang senja, ia mesti mengambil tanggung jawab mengaku kesilapan pentadbirannya sehingga negara ditimpa malang!- bukan sepertimana yang diceramah oleh beliau di hadapan Perwakilan gembalaannya itu. TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT!!!!

PETAKA EKONOMI MENYERLAHKAN KERAKUSAN MAHATHIR & KRONI

Selama 10 tahun terakhir pemerintahannya, kita diwar-warkan dan disogok dengan berita dan projek kemajuan untuk rakyat dari kerajaan yang perihatin-kununnya!. Dia juga menekankan peri pentingnya kemajuan itu dicapai sehingga meletakkan ?deadline? Was-was 2020. Lalu berkumandanglah lagu, sajak, iklan serta cenderamata sebagainya yang menghebahkan minda dan iltizam tinggi Menteri Perdana. Kita rakyat jelata, kata itu semua AUTA belaka!!!

Pembangunan apa pun mesti bermula dari prasarana yang cukup lengkap dan tegap. Tetapi Menteri Perdana telah berauta sehingga seluruh rakyat Umno menjadi tinggi cita-cita. Lalu dihantar pelbagai rombongan dan ekspedisi untuk nampak rakyat selari dengan wawasan yang hebat tak terperi!! Gunung Everest, Kutub Utara dan pelayaran SOLO Azhar Mansur (khabarnya MURTAD di lautan) digunakan sebagai hujah negara sudah bersedia berdiri sama tinggi dengan negara maju!! Kemudian menganjur pula Sukan Komanwel dalam keadaan EKONOMI SEWEL!!

Sebenarnya Menteri Perdana hanya sebuah 'peti nyanyi' cuma!! Rakyat Umno belum tahu cerita sebenarnya. Yakuza, Chinese Triad, Mossad dan sebagai berdiri dibelakangnya - seraya memerah kerandut 'anu'nya! Lalu terhasillah pelbagai projek dan rencana. TIDAK PERCAYA??? Kita sambung cerita?..

Kenapa dengan DAYA BUMI, MENARA KL, MENARA KEMBAR KLCC, LITAR F1, PUTRAJAYA dan sebagainya? Apakah negara tidak cukup maju jika tidak ada PROJEK GAJAH PUTIH itu? Rakyat malaysia tidak malu sekiranya antena radio diletak atas bukit bukannya Menara KL. Singapura tidak mundur walau tidak punya Litar lumba FI malah meninggalkan kita jauh dari sudut ekonomi. Apakah kita ke belakang jika tak punya KLCC?? Apakah syarikat minyak Exxon di Amerika Syarikat tidak cemerlang kerana pejabatnya tidak mencakar langit?? Apalah hebatnya segala projek yang dibuat itu akhirnya menyebabkan negara BERHUTANG dengan jumlah yang mengerikan itu!!??

Apakah pula keuntungan untuk rakyat yang memerah keringat menyumbang kepada pendapatan negara? Nelayan, petani, buruh kasar dan sebagainya adalah tenaga tulang empat kerat yang saban hari berbakti mengumpul kekayaan negara. Apakah kerajaan menyediakan biasiswa seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan? Apakah kerajaan tidak boleh menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan secara percuma?? Besar sangatkah nilai duit itu sehingga membiarkan rakyat yang malang menjadi pariah dalam akhbar memohon belas ehsan???? Kita bertanya SIAPA pula yang memperolehi kebahagiaan dari projek-projek tersebut???

MAHATHIR TERJERUT KERANDUTNYA

Bermodalkan buku Delima melayu yang asalnya berbahasa Inggeris dan cerita-cerita kebajikan kliniknya serta peranan kitul-kitul balacinya memberi laluan yang mudah dan senang untuk dia bertakhta. Tidak pernah ia bertanding secara lelaki tulin. Peristiwa pertembungan dengan KU LI menjadi hujahnya.

Namun dalam kelicikan yang sebegitu pun, Mahathir akhirnya terjerat dengan permainan politik antarabangsa. Kunun dengan dasar Pandang ke Timur akan menaikkan martabat ekonomi negara. Akhirnya yang berlaku ialah kita terjerut dengan Samurai dan yakuza! Apa pentingnya Menara KLCC, kalau bukan untuk memunggah khazanah untuk Jepun dan Korea serta seorang dua PENGKHIANAT negara termasuk dirinya. (Jangan lupa anaknya Mirzan mendapat kontrek perabut di bangunan tersebut melalui syarikat Artwright!!) Apa berlakukah pemindahan Teknologi seperti yang diwar-warkan?? Bukankah semua pekerja itu adalah BURUH ASING dari Indonesia, Burma dan Bangladesh!!!?? Banyak cerita yang menyedihkan berlaku kepada pekerja Bumiputra di situ.

Bukankah mengarut dan HAPRAK Menteri Perdana Malaysia??!!!

Dia sendiri yang mengarah ahli parti untuk tidak menyalahkan orang lain! Bagaimana pula sikap dan tindak-tanduknya setelah pemecatan DSAI? Sampai naik majai dibuatnya ketika menonton televisyen nasional terutamanya rancangan berita. Asal ada saja Perhimpunan Ahli Umno atau majlis anjuran KERAjaan yang mendapat liputan media, habis dibantai dan diseranahnya Barisan Alternatif dan juga Anwar Ibrahim.

Dia meminta rakyat menghormati demokrasi, tetapi dia sendiri yang mencela dan mencemuh rakyat Kelantan dan Terengganu apabila mereka memilih Barisan Alternatif. Bagi Diktator keparat yang macam ini, sistem demokrasi HANYA selagi kemenangan berada di pihak BN. Sebab itulah dia sering melaungkan akan ketidakcekapan pehak Alternatif. Dia sering mengatakan hanya BN yang layak memerintah dan huru-hara akan berlaku jika BA menang.

Jika sebaliknya berlaku iaitu barisan Alternatif menang, habis punah segala peruntukan demokrasi akan dilanggari dan ditutup salurannya. Pembatalan Royalti minyak, subsidi petani dan berbagai lagi keonaran dibuat oleh Menteri Perdana bernama mahathir A/L Mohamed Iscander Kutty. Dia tidak takut dan gentar walau melanggar Perlembagaan kerana PDrM adalah balaci dan anjing tunggangannya - Norian Mai adalah seekor Rotweiller yang telah diupah dengan lesen stesen minyak dan sebagainya. Begitu juga Rahim Nor!! Apatah lagi Hanif Omar yang kini menjawat Penghulu Besar casino di Genting lantaran tidak berjumpa ayat AlQuran mengharamkan judi!!

Kemunduran Orang melayu yang terjadi sekarang adalah kerana dasar pemerintahan Mahathir sendiri yang secara halus memastikan Melayu lemah, sepertimana juga langkah yang dilakukan British dulu. Dengan itu senanglah diumpan dan dipergunakan semaunya. 20 tahun suatu tempoh yang amat lama dalam pemerintahan, namun dia masih belum puas dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Apa lagi yang dia mahu? Sebuah tugu ingatan sebagai Menteri Perdana yang HAPRAK?? Hmmm??.

Dr Nologareng