Laman Webantu   KM2A1: 5068 File Size: 14.8 Kb *



TAG SP 224: Pindaan Daftar Pengundi Bakal Menghakis Hak Demokrasi
By Mavis Puthucheary

24/7/2001 10:03 pm Tue

[Apa yang menarik SPR dilapurkan telah membersih lebih setengah juta pengundi hantu pada bulan November lalu. Mengapa itu tidak dilakukan sebelum pilihanraya umum dulu? Apakah SPR terlalu sibuk sehingga ia tidak mampu membuang pengundi hantu? Kes ini sudah lama tetapi dibiarkan sahaja kerana tiada hakim berani mencabarnya sehinggalah Likas menjelma.

Dengan meminda perlembagaan kerajaan akan memberikan imuniti kepada SPR sedangkan rekod khidmat SPR begitu diragui. Malah sikap SPR di Likas baru-baru ini masih mencurigai. Langkah ini akan menghakis demokrasi kerana SPR tidak boleh dipertikaikan lagi walaupun memang ujud pengundi hantu nanti. Sepatutnya kerajaan memberi kuasa yang lebih kepada mahkamah bukannya kepada pihak yang ditegur mahkamah. Nampak sangat BN begitu terdesak dan termalu oleh kes Likas sehingga ia mahu mengunci terus mahkmamah agar tidak dapat menempelaknya lagi. - Editor]

Terjemahan: SPAR-09-022


http://www.malaysiakini.com/Letter/2001/07/2001072110.php3


Pindaan Daftar Pengundi Bakal Menghakis Hak Demokrasi

(Amendment to electoral roll will erode democratic rights)

Oleh: Mavis Puthucheary


Menurut akhbar The Sun Khamis lalu, kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengharamkan sesiapa juga dari mencabar daftar pengundi pada masa-masa hadapan. Ini bermakna bukan sahaja daftar pengundi untuk pilihan raya kecil Likas tidak boleh dicabar di mahkamah undang-undang, bahkan kita juga tidak akan dapat mencabar semua daftar pengundi pada masa-masa akan datang.

Seandainya pindaan tersebut diluluskan, hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berhak untuk menentukan siapa yang mengundi dan siapa yang tidak boleh mengundi. Sesiapa sahaja dari kita yang layak mengundi dan mendapati nama masing-masing hilang dari daftar pengundi, tidak akan dapat mencari penyelesaian di mahkamah undang-undang. Sebaliknya, daftar tersebut mungkin mengandungi nama-nama mereka yang tidak layak mengundi.

Kejanggalan di dalam daftar pengundi telah dikenalpasti bukan sahaja oleh parti-parti pembangkang malah di dalam kerajaan dan SPR sendiri. Pada 1 Febuari 1995, Perdana Menteri sendiri menyatakan dalam laporan The New Strait Times bahawa prosedur menyelaraskan pendaftaran nama-nama pengundi perlu dikaji semula bagi memastikan keadilan. Pada masa itu, sejumlah 4500 nama-nama tambahan yang ditemui telah dimasukkan ke dalam daftar pengundi negeri Kelantan. Didapati bahawa 'perilaku yang tidak bertanggung jawab itu dilakukan oleh seorang individu, tetapi tiada tindakan boleh dikenakan kerana nama yang tercatat di borang-borang adalah palsu'. Pada masa yang sama, nama-nama yang didapati hilang dari daftar pengundi itu didakwa sebagai nama ahli-ahli UMNO.

Menjawab satu soalan yang diajukan kepada beliau, Dr. Mahathir Mohamad tidak menafikan kemungkinan terdapat orang dalam yang terlibat memandangkan sesetengah kakitangan mungkin mempunyai fahaman politik mereka sendiri. Kewujudan pengundi-pengundi hantu iaitu mereka yang mengundi menggunakan kad pengenalan orang yang telah meninggal dunia atau menggunakan kad pengenalan palsu, telah menjadi satu masalah yang diketahui ramai dan berbagai usaha telah dibuat bagi membendung bilangan pengundi-pengundi hantu yang berleluasa.

Dalam bulan November tahun lalu, pengerusi SPR yang akan tamat tempoh jawatannya melaporkan bahawa beliau telah membersihkan daftar pengundi dari 570,000 nama, di mana 224,000 darinya terdiri dari pengundi-pengundi hantu yang telah meninggal dunia (NST, 12 Nov.2000). Di Sabah sahaja pihak SPR telah membuang lebih dari 81,000 pengundi hantu dari daftar pengundi selepas ia menggunakan talian terus (online) untuk berhubung secara langsung dengan Jabatan Pendaftaran Negara (NST, 10 Nov. 2000).

Hanya selepas desakan yang kuat dari umum berkaitan dengan pengundi-pengundi hantu yang berleluasa barulah SPR bersedia untuk mengkaji masalah tersebut. Tanpa tekanan ini, tidak ada jaminan bahawa SPR akan menjalankan usaha untuk membersihkan daftar pengundi terutama sekali apabila perkara tersebut berada di luar bidang kuasa mahkamah nanti.

Hujah-hujah seterusnya dari Datuk Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menghalalkan pindaan tersebut adalah ia perlu dilakukan untuk mengekalkan imej dan kewibawaan SPR sebagai satu badan yang bebas dan berkecuali.

Hakikatnya adalah di sebaliknya. Pada masa-masa lalu walaupun kebebasan SPR telah terhakis, kewibawaannya sebagai badan berkecuali tidak terjejas ke tahap yang serius. Sekalipun masalah-masalah berkaitan dengan nama-nama pengundi yang hilang dan pengundi-pengundi hantu telah berlaku dari masa ke semasa, kewujudan mahkamah rayuan sebagai jalan terakhir untuk digunakan oleh mereka yang berpendapat pilihanraya tidak berjalan dengan adil, telah menyumbang kepada keyakinan masyarakat umum terhadap pilihanraya.

Kecacatan dalam daftar pengundi telah diterima dengan fikiran terbuka sebagai kesilapan manusia yang tidak dapat dielakkan manakala keputusan pilihan raya telah dapat diterima oleh kebanyakan rakyat, dan ini bukanlah satu sumbangan yang kecil terhadap kestabilan politik yang dapat dinikmati oleh negara ini.

Apabila pindaan itu diluluskan, walau bagaimanapun, sudah pasti kewibawaan SPR sebagai satu badan berkecuali akan terjejas dengan teruk dan menimbulkan kesan yang serius terhadap sistem demokrasi kita yang sudah lemah itu.

Mungkin inilah masanya untuk menilai semula sistem pilihanraya sebagai satu kaedah untuk megesahkan kuasa pemerintahan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan seorang pengerusi bebas bagi SPR yang menikmati jaminan keselamatan sepanjang tempoh jawatan tersebut disandang dan beberapa perlindungan dari manipulasi politik, setelah beberapa tahun pindaan-pindaan dibuat terhadap Perlembagaan telah mengurangkan kuasa dan kebebasan pengerusi tersebut.

Pesuruhjaya-pesuruhjaya yang sebelum ini memegang jawatan tersebut sehingga mencapai umur 65 tahun kini terpaksa menunggu kelulusan badan perundangan terhadap perlantikan mereka di mana, dalam sistem berparlimen kerajaan, ia bermakna kerajaan yang memerintah sekarang. Oleh kerana tidak berlaku sebarang pertukaran kerajaan pada peringkat pusat, ini bermakna bahawa perlantikan pengerusi SPR dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti yang berkuasa.

Setelah beberapa tahun parti yang memerintah berjaya memperolehi majoriti dua pertiga bagi membolehkannya meminda Perlembagaan, maka adalah tidak mustahil juga buat parti yang memerintah untuk meminda Perlembagaan bagi mengurangkan lagi kuasa-kuasa SPR. Kini bukan SPR yang menentukan bilangan kerusi-kerusi di dalam setiap negeri berdasarkan populasi atau bagaimana persempadanan pilihanraya perlu dibuat, tetapi parlimen.

Sehingga kini, walau bagaimanapun, pertikaian berkenaan dengan kejituan dan kesahihan daftar-daftar pengundi dan cara pilihan raya dilaksanakan telah diserahkan kepada budibicara mahkamah. Dengan pindaan ini, kuasa mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian seperti ini akan dilenyapkan. Di dalam konteks ini ia boleh dilihat sebagai satu lagi usaha untuk membunuh sistem demokrasi kita.

Di atas semua alasan-alasan ini kita perlu mengambil apa juga langkah bagi menghalang pindaan ini dari diluluskan. Ini bukan hanya melibatkan perkara politik atau prosedur. Ianya amat penting kepada keseluruhan sistem demokrasi kita dan kestabilan politik yang kita telah kecapi.

Sekiranya tidak ada keyakinan terhadap cara demokrasi kita untuk memilih pemimpin-pemimpin, adalah membimbangkan seandainya mereka yang terkilan menggunakan cara yang tidak berpelembagaan untuk menyuarakan bantahan mereka. Terdapat banyak contoh di sekeliling kita yang memperlihatkan bahawa apabila keyakinan rakyat terhadap sistem politik telah terhakis, keganasan dan berbagai bentuk sikap politik yang tidak diingini akan tercetus.


Terjemahan : SPAR-09-022




Asal:

Malaysiakini

Saturday July 21

Amendment to electoral roll will erode democratic rights

By: Mavis Puthucheary

Petaling Jaya

5:33pm, Sat: According to The Sun newspaper on Thursday, the government plans to amend the Federal Constitution to make it illegal for anyone to challenge the accuracy of the electoral roll in the future.

Not only will it not be possible for the electoral roll for the Likas by-election to be challenged in a court of law, but we will not be able to challenge all future registers of voters.

If such an amendment is passed, it will be left to the Elections Commission to decide who can vote and who cannot. Those of us who are qualified to vote may find our names missing from the register and will not have any recourse in a court of law. In contrast, the register may contain names of persons who are not qualified to vote.

Irregularities in the registration of voters have been recognised not only by the opposition parties but even within the government and the Elections Commission.

On Feb 1, 1995, the Prime Minister himself stated in a New Straits Times report that procedures governing the registration of voters needed to be reviewed to ensure fairness. At that time, it was discovered that 4,500 extra names had been added to the Kelantan state register. It was discovered that "the irresponsible act was the work of one person, but no action could be taken as the name in the forms was false". At the same time it was claimed that names of Umno members were missing from the electoral rolls.

To a question put to him, Dr Mahathir Mohamad "did not deny the possibility of an inside job since some officers may have their own political inclinations". The existence of phantom voters, that is, persons voting using identity cards of dead persons or using fake identity cards, has been a problem that is well known and various efforts have been made to reduce the extent of phantom votes.

In November last year, the outgoing chairperson of the Elections Commission reported that he had cleansed the electoral rolls of 570,000 names, of which 224,000 consisted of deceased voters (NST, Nov 12, 2000). In Sabah alone the Commission had struck off from the electoral rolls the names of more than 81,000 phantom voters after it went online with the National Registration Department (NST Nov 10, 2000).

It was only after considerable public concern was raised over the extent of phantom voters that the Elections Commission was forced to look into the problem. Without this pressure, there is no guarantee that the Elections Commission will make the effort to clean up the electoral rolls especially as the matter will now be outside the jurisdiction of the courts.

The argument advanced by Datuk Rais Yatim, minister in the Prime Minister's Department for the amendment was that it was necessary in order to preserve the image and credibility of the Elections Commission as an independent and neutral body.

In fact, the reverse is true. In the past although there has been some erosion in the independence of the Elections Commission, its credibility as a neutral body has not been seriously undermined. Although problems with regard to missing voters and phantom voters have occurred from time to time, the fact that the courts have provided a final court of appeal for those who have felt that the elections have not been fair has contributed to public confidence in the elections.

Glitches in the electoral roll have been accepted in good faith as genuine human errors and the outcome of the elections has been accepted by the majority of people, contributing in no small way to the political stability that the country has enjoyed.

Once the amendment is passed, however, there is a real danger that the credibility of the Elections Commission as a neutral body will be seriously undermined with serious consequences to our already frail democratic system.

Perhaps this may be the time to take stock of our electoral system as a means for legitimating power. Although the Federal Constitution provided for an independent chairperson of the Elections Commission who enjoyed security of tenure and some protection against political manipulation, over the years amendments to the Constitution have reduced the chairperson?s powers and independence.

Commissioners who previously held office until they reached the age of 65 years now have their appointment subject to the approval of the legislature which, in a parliamentary system of government, means the government of the day. As there has not been any change in government at the federal level, this has meant that the appointment of the chairperson of the Elections Commission is made by the leaders of the party in power.

Over the years with the success of the ruling party in gaining the two-thirds majority necessary to amend the Constitution, it has been possible for the ruling party to amend the Constitution to reduce further the powers of the Elections Commission. Now it is not the Elections Commission which decides the number of seats in each state according to the population or how constituency boundaries are to be drawn, but Parliament.

Until now, however, disputes with regard to the accuracy and genuineness of the electoral rolls and the conduct of the elections have been left to the courts. With this amendment the powers of the courts to settle disputes of this nature will be taken away. In this context it can be viewed as yet another nail in the coffin of our democratic system.

For these reasons we need to take whatever action to resist the passing of this amendment. This is not purely a political or procedural matter. It is fundamental to our whole democratic system and the political stability that we have enjoyed.

If there is no trust in the democratic way we choose our leaders, there is a real danger that those who feel aggrieved will resort to non-constitutional means to register their protest. We have enough examples around us of how the erosion of public confidence in the political system can bring about violence and other forms of undesirable political behaviour.