Laman Webantu KM2A1: 5073 File Size: 9.8 Kb * |
Bailout Renong: Akhirnya Mahathir Akui Syarikat Kroni Punca Ekonomi Merudum By Tarabulsi 25/7/2001 6:13 pm Wed |
TKite: http://www.geocities.com/tk200us/julai/tarabulsi82.htm
Akhirnya Mahathir akui syarikat2 kroni punca ekonomi merundum
Setelah lama menuding jari ke arah Soros dan lain-lain pihak,
akhirnya Dr Mahathir dengan sendiri secara tidak langsung
mengakui bahawa dasar kronisma adalah punca utama berlakunya
kemerosotan ekonomi yang bermula sejak Julai 1997 dan berlarutan
hingga ke hari ini. Kata perpatah Inggeris 'truth will prevail', iaitu
kebenaran itu akhirnya akan menjadi nyata jua.
Pada minggu lepas pihak kerajaan telah mengumumkan hasrat untuk
mengambil alih (atau bailout) satu lagi syarikat kroni, iaitu Renong
Bhd yang tidak terbayar hutang sebanyak RM13 billion. Renong ada
hubungkait yang rapat dengan UMNO malah dikatakan sebagai 'flag
ship' UMNO dalam dunia perniagaan. Dalam menjelaskan mengapa
Renong perlu diselamatkan, Dr Mahathir telah mengakui bahawa
salah urus dan hutang Renong yang berbillion itu telah mengheret
Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) turun dengan teruknya.
Hutang-hutang syarikat-syarikat kroni seperti Renong, Berjaya
Group, Land & General, YTL, Maxis dan lain-lain yang berbillion
ringgit dan tidak mungkin terbayar tanpa bailout oleh kerajaan kini
diakui sebagai menakutkan pelabur asing untuk datang melabur.
Tidak dinafikan bahawa George Soros dan lain-lain pelabur-pelabur
asing turut mencetuskan krisis kewangan pada Julai 1977. Tetapi
sebenarnya George Soros dan pelabur-pelabur asing telah
cepat-cepat lari keluar dari BSKL kerana mereka melihat kerajaan Dr
Mahathir telah membangunkan 'bubble economy' yang akan
meletup pecah pada bila-bila masanya. Rakyat dilalaikan dengan
kemewahan yang palsu yang sebenarnya berteraskan pinjaman wang
secara sewenang-wenangnya dari luar negeri (yang menurut
sesetengah pihak berjumlah US$360 billion, iaitu hampir satu trillion
ringgit). Kerajaan dan syarikat kroni-kroni telah memboroskan duit
pinjaman tersebut dengan melaksanakan projek-projek mega yang
diinginkan sangat oleh Dr Mahathir, seperti pembinaan KLCC Twin
Towers, yang menelan berbillion ringgit tetapi tidak ada pulangan
ekonomi, malah membebankan negara dengan hutang yang terlalu
banyak. Soros dan pelabur-pelabur asing juga melihat bahawa
syarikat-syarikat kepunyaan kroni-kroni regu Mahathir-Daim
kesemuanya telah menyalahgunakan wang pinjaman dari luar negara
hampir satu trillion ringgit itu yang dijamin oleh bank-bank
tempatan. Oleh kerana dana asing ini disalah urus (termasuk dibawa
keluar dan dimasukkan kedalam akaun-akaun persendirian di luar
negeri) maka bukan sahaja syarikat-syarikat kroni menuju ke arah
bankruptcy, tetapi bank-bank tempatan yang menjadi penjamin ikut
bersama lingkup. Dan duit rakyat yang digunakan dari
sumber-sumber seperti Petronas, EPF dan Tabung Haji (dan juga
dari budget kerajaan sendiri) untuk membailout syarikat-syarikat
kroni tersebut tidak dimenafaatkan dengan betul tetapi dilarikan juga
sebahagiannya ke akaun-akaun bank persendirian di negara-negara
Barat. Soros dan pelabur-pelabur asing merasakan bahang ekonomi
Malaysia sudah panas (overheating) sejak pertengahan 1996 lagi.
Dan keadaan telah bertambah runcing apabila Anwar Ibrahim yang
ketika itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
telah mula mengorak langkah untuk menyekat regu Mahathir-Daim
dan kroni-kroni dari meneruskan merompak wang dan hartanah
negara sewenang-wenangnya atas nama membangun ke arah
pencapaian Wawasan 2020. Keberanian Anwar Ibrahim membentang pindaan kepada Akta
Rasuah semasa beliau memangku jawatan Perdana Menteri telah
dibaca dengan tepatnya oleh George Soros dan pelabur-pelabur
asing sebagai bermulanya langkah oleh Anwar Ibrahim untuk
membersihkan ekonomi dari gejala penyelewengan, pecah amanah,
rasuah, nepotisma dan kronisma yang sudah menjadi 'trademark'
pemerintahan Dr Mahathir. Langkah Anwar Ibrahim itu semestinya
akan berkesudahan dengan konflik antara beliau dengan regu
Mahathir-Daim. (Anwar Ibrahim seterusnya dikhianati, diaibkan
dengan tuduhan yang keji tanpa bukti dan dihukum penjara selama
14 tahun oleh mahkamah yang corrupt dan mengikut telunjuk Dr
Mahathir). Maka George Soros dan pelabur-pelabur asing telah cepat-cepat
lari keluar dari BSKL pada Julai 1997 apabila keadaan kelihatan
terlalu panas. Tidak boleh disalahkan mereka. Kalau faktor Soros
tidak wujud sekali pun, ekonomi Malaysia pasti akan merundum akibat
dari projek-projek mega Dr Mahathir dan juga budaya pecah
amanah, rasuah, salah urus wang, dasar membolot kekayaan,
nepotisma dan kronisma yang sudah menjadi 'darah daging'
pemerintahan Dr Mahathir dan UMNO-BN.
Pada 23 Julai, 2001 telah diumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan
membeli sepenuhnya United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang
hampir bankrupt itu dengan harga RM3.67 billion. UEM adalah anak
syarikat kepada Renong Bhd, dan keputusan kerajaan untuk
menguasai sepenuhnya UEM diakui sebagai langkah permulaan untuk
seterusnya mengambil alih Renong Bhd yang juga hampir bankrupt
dengan hutang tidak terbayar sebanyak RM13 billion itu (billion dan
bukannya juta). Bailout UEM oleh kerajaan sebenarnya adalah satu lagi
pengkhianatan wang rakyat oleh rejim Dr Mahathir. Menurut
sesetengah orang Petronas, kononnya dua tiga tahun dahulu Dr
Mahathir telah mengarahkan Petronas untuk menghulur beberapa
billion ringgit 'wang ihsan' (kononnya berjumlah RM17 billion)
untuk membantu UEM dan anak syarikatnya PLUS. Wang tersebut
diberi oleh Petronas secara ihsan dengan tidak perlu dibayar balik
untuk membolehkan UEM dan PLUS menjelaskan pinjaman dari
dalam dan luar negeri yang dipinjam untuk membina lebuhraya
Utara-Selatan dan lain-lain lebuhraya. Kalau betul dakwaan ini maka
timbul pertanyaan ke manakah perginya 'wang ihsan' yang
berbillion ringgit yang diberi oleh Petronas itu. (Ke dalam saku
orang-orang UMNO atau akaun-akaun bank mereka di luar
negeri?). Dan kemana pula perginya duit bayaran tol yang
berjuta-juta dipungut setiap hari. Mengapa UEM masih lagi perlu
dibailout? Kalau betul sejumlah RM17 billion 'wang ihsan' diberi oleh Petronas
kepada UEM dan PLUS maka timbul lagi pertanyaan - kenapa
bayaran tol tidak diturunkan. Bukankah 'wang ihsan' Petronas itu
duit rakyat. Dan bukankah ianya secara implikasi bermakna
Lebuhraya Utara-Selatan dan lain-lain lebuhraya sudah menjadi milik
rakyat dan PLUS hanya mengurusnya bagi pihak rakyat. Maka kadar
tol sepatutnya dikurangkan dan bukannya dinaikkan yang telah
membebankan rakyat. Pada hari isnin 23 Julai, 2001 Dr Mahathir telah hadhir sendiri di
Parlimen untuk memberi jawapan kepada pertanyaan pembangkang
mengenai bailout UEM dan Renong. Dr Mahathir menafikan ianya
suatu bailout atau pun berunsur politik wang, mahu pun rasuah.
Menurut Dr Mahathir keputusan untuk membailout Renong dan
UEM adalah untuk menyelamatkan pekerja-pekerja dan bukan
'towkay-towkay'. Jawapan ini sangat tidak memuaskan. Kalau
hendak menyelamatkan pekerja-pekerja mengapa kerajaan Dr
Mahathir tidak turut berusaha untuk menyelamatkan lebih kurang
30,000 pekerja-pekerja di sektor perbankan yang bakal
diberhentikan kerja atas alasan mereka jatuh 'redundant' ekoran
pergabungan bank-bank? Mengapa wujud 'double standard' ini?
Tolong jawab wahai Mahathir. Menurut sesetengah pihak, sebenarnya bank-bank yang telah dan
akan digabung itu lebih dari berupaya dan mampu untuk mengekalkan
kesemua pekerja-pekerja yang sudah jatuh 'redundant' itu.
Memandangkan bank-bank berkemampuan dan keadaan
kemelesetan ekonomi akan menyulitkan pekerja-pekerja yang hendak
dibuang itu untuk mendapat perkerjaan lain, maka sepatutnya
'downsizing exercise' atau mengurangkan tenaga kerja bank itu
tidak diteruskan. Tetapi pemegang-pemegang saham telah menuntut
diambil kesempatan dari pergabungan itu untuk membuang
pekerja-pekerja bank untuk memastikan keuntungan dividen yang
banyak. Tatkala hendak menyelamatkan syarikat-syarikat kroni seperti
Renong, pandai pulak Dr Mahathir berhelah kononnya bailout
tersebut adalah untuk menyelamatkan pekerja-pekerja. Tetapi bila
lebihkurang 30,000 pekerja-pekerja bank akan dibuang kerja, tidak
pula Dr Mahathir gunakan lojik yang sama untuk menyelamatkan
mereka. Malah Dr Mahathir dan UMNO-BN diketahui telah
menyebelahi pihak pemegang-pemegang saham bank.
Seperti yang disebutkan diatas, Dr Mahathir telah hadhir sendiri di
Parlimen. Tindakan Dr Mahathir itu agak luar biasa kerana beliau
jarang hadhir di Dewan Rakyat bagi sesi jawab lisan. Lazimnya beliau
akan menyuruh Pak Lah atau salah seorang Timbalan Menteri
menjawab bagi pihak beliau. Memandangkan sudah begitu lama beliau
tidak menjawab sendiri pertanyaan jawab lisan di Parlimen, maka ada
yang terfikir mungkin Dr Mahathir 'buang tabiat'.
Dan jawapan-jawapan beliau terutamanya mengenai gejala politik
wang dan bailout syarikat Renong begitu melalut dan macam
budak-budak. Dr Mahathir lebih memesong kepada tuduhan bahawa
PAS merasuahkan syurga di akhirat nanti. Balik-balik
jawapan-jawapan Dr Mahathir memesong kepada 'rasuah syurga'
tersebut. Memang betul kata salah seorang Ahli Parlimen PAS
bahawa Dr Mahathir melalut? dan mungkin juga buang tabiat???
Allahu 'alam. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi 3 Jamadilawal, 1422 |