Laman Webantu   KM2A1: 5074 File Size: 10.8 Kb *



TAG SP 225: FEER - Malaysia Hadapi Kemelesetan Yang Membimbangkan
By S. Jayasankaran

25/7/2001 5:14 pm Wed

[Malaysia nampak segar dan tidak terjejas jika kita membaca kelentong kerajaan kerana mereka menggunakan angka ekonomi yang tidak begitu menggambarkan kemelesetan itu. Padahal kita sudah mula sakit awal tahun ini lagi bila rezab negara menyusut dengan banyaknya. Ini telah mengheret ekonomi dan menekan ringgit kerana ekspot amat memerlukan ringgit yang kompetetif sekarang kerana permintaan global IT sudah semakin berkurang. Selagi ringgit tidak dibebaskan selagi itulah beribu-ribu pekerja kilang akan tergugat dan dibuang kerja kerana operasi kilang sudah semakin tidak menguntungkan.

Paras hutang lapuk (NPL) yang meningkat juga turut membimbangkan sehingga ada analis yang berpendapat satu lagi bank mungkin akan lingkup jika gejala ini berterusan. Pasaran hartanah yang merosot teruk dan kolateral saham menyebabkan bank tergugat sebab itulah cukai levi hartanah dikurangkan tahun ini dan rancangan 'pembersihan' di BSKL dilakukan. Inilah bahana pembinaan hartanah yang berlebihan (dan mengabaikan perumahan kos murah) serta fokus yang berlebihan kepada sektor IT sedangkan pasaran sudahpun tertepu. Jelaslah kerajaan Mahathir amat tidak berwawasan kemajuan tetapi menempah tiket untuk negara kemuflisan. - Editor]


FEER: Far Eastern Economic Review

Malaysia Hadapi Kemelesetan Yang Membimbangkan

(A Sense of Malaise)

Oleh : S. Jayasankaran

Kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi di Malaysia mula membimbangkan. Pada 12 Julai, Singapura mengumumkan penguncupan ekonomi tahunan sebanyak 10.1% pada suku kedua tahun ini. Negara itu kini disebut oleh para penganalisis sebagai berada di dalam apa yang dipanggil kemelesetan dari segi 'teknikal' - penguncupan pada dua suku tahun yang berturut-turut. Berita tersebut telah menyebabkan dollar Singapura menurun kepada paras 11 tahun lebih rendah berbanding dengan dollar US, sekaligus mencetuskan kebimbangan bahawa Malaysia, yang prestasi ekonominya sering dibayangi oleh prestasi negara jirannya, mungkin akan menjejaki jalan yang sama tidak lama lagi.

Pertumbuhan eksport Malaysia adalah, seperti mana Singapura, didorong oleh barangan elektronik. Permintaan semakin berkurangan di US, yang merupakan pasaran terbesar buat kedua-dua negara itu. Para penganalisis yang berpengkalan di Singapura mula membunyikan tanda amaran tentang ekonomi Malaysia dan juga negara mereka sendiri.

Ahli-ahli ekonomi di Broker Saham UOB Kay Hian di Singapura berkata bahawa kesuraman ekonomi yang berlarutan di US akan mengurangkan dengan banyaknya pertumbuhan setengah tahun merentasi benua itu, memberi amaran bahawa ekonomi Malaysia juga bakal merudum. Sementara itu, SG Securities di Singapura telah menurunkan ramalan pertumbuhannya bagi Malaysia untuk tahun 2001 kepada 0.7% dari anggaran sebelum itu pada kadar 2.5%.

Di Kuala Lumpur, mereka yang mempercayai bahawa kemelesetan sedang berada di ambang pintu masih kecil bilangannya. Ekonomi Malaysia tumbuh pada kadar 3.2% pada suku pertama tahun 2001, dan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, kini juga merangkap Menteri Kewangan sejak peninggalan Daim Zainuddin, menjangkakan pertumbuhan itu akan meningkat naik pada suku tahun kedua.

Pada zahirnya, angka-angka tersebut kelihatan agak meyakinkan. Inflasi berada pada kadar 2%, dan pengangguran pada 3.1% - paras yang hampir sama seperti di dalam tahun 2001. Kadar faedah masih rendah. Kadar wang tiga-bulan - yang dijadikan ukuran pada industri tersebut - berubah-ubah di antara 3% dan 3.3%, sementara kadar pinjaman asas (Base lending rate), yang bersamaan dengan kadar utama US, adalah 6.7%. Hutang luar agak rendah pada kadar 51% dari Hasil Kasar Dalam Negeri (GNP) tahun lalu berbanding dengan 58% pada tahun 1999. Kadar wang simpanan berada hampir pada 40% dari GNP, merupakan salah satu yang tertinggi di dunia.

Walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap ringgit masih ada. Sungguhpun rizab pertukaran asing dikatakan telah pun stabil, berada pada $26.3 bilion dalam bulan Jun, para penganalisis lebih tertumpu kepada penurunan matawang di seluruh kawasan baru-baru ini. 'Bank Negara cuba melengah-lengahkan masa tetapi tekanan ke atas ringgit semakin meningkat,' kata Manu Bhaskaran, ketua pakar ekonomi SG Securities di Singapura.

Sejak bulan Januari, terdapat spekulasi yang meluas bahawa ringgit, yang ditetapkan pada kadar 3.80 bagi setiap dollar US semenjak bulan September 1998, mungkin terpaksa diturunkan nilainya untuk mengekalkan persaingan bagi eksport Malaysia. Walaupun Bank Negara telah bersungguh-sungguh menafikan kemungkinan itu, tekanan ke atas matawang ringgit masih berlaku.

Lebih dari itu, kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) di dalam sistem perbankan sekali lagi meningkat. Dalam bulan April, NPL merangkumi 12.9% dari keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan, melebihi paras 10% dalam bulan Januari. Gan Kim Khoon, ketua penyelidikan di Arab-Malaysian Securities di Kuala Lumpur, menganggarkan 'berdasarkan kes yang paling teruk' bahawa NPL mungkin mencapai paras 18.8% pada suku pertama tahun hadapan. Sekiranya ramalan ini menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya sebuah bank Malaysia terpaksa disuntik modal sekali lagi.

Sementara itu, kadar pengangguran dijangka akan terus meningkat. Terdapat lebih dari 3000 kes yang dibuang kerja dalam bulan Mei, empat kali ganda dalam jangka masa yang sama tahun lepas. Lebih banyak penyusunan semula struktur dan pengurangan kerja dijangkakan berlaku dalam bidang perbankan dan industri-industri pembuatan pada tahun ini memandangkan kedua-duanya terpaksa melalui penggabungan yang memeritkan. Dalam bulan Mei, suasana kelam-kabut tercetus selepas sebuah hospital kerajaan di utara negeri Perak mengiklankan sebanyak 500 kekosongan jawatan, telah menarik beribu-ribu orang hadir ke temuduga.

Dengan latar belakang ekonomi yang tidak menentu, kerajaan sendiri telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi merangsang penggunaan dalam negara dan memastikan agar ekonomi tidak terlalu bergantung kepada pengeksportan.


Terjemahan: SPAR 09-??-??




Asal:


http://www.feer.com/0107_26/p054econmon.html

ECONOMIC MONITOR: MALAYSIA

A Sense of Malaise

By S. Jayasankaran

Issue cover-dated July 26, 2001

The possibility of a recession is beginning to loom in Malaysia. On July 12, Singapore announced an annualized economic contraction of 10.1% in the second quarter. The city-state is now in what analysts call a "technical" recession--two consecutive quarters of quarter-on-quarter contraction. The news sent the Singapore dollar to an 11-year low against the U.S. dollar, and sparked fears that Malaysia, whose economic performance often mirrors that of its neighbour, could soon follow suit.

Malaysia's export-led growth is, like that of Singapore, driven by electronics products. Demand is slowing in the United States, which is the biggest market for both countries. Singapore-based analysts are beginning to sound warning bells about the Malaysian economy as well as their own.

Economists at stockbrokers UOB Kay Hian in Singapore say that the protracted economic slowdown in the U.S. will drastically slash second-half growth across the border, tipping the Malaysian economy into recession. Meanwhile, SG Securities in Singapore has downgraded its 2001 growth forecast for Malaysia to 0.7% from a previous estimate of 2.5%.

In Kuala Lumpur, those who believe recession may be looming are still in the minority. Malaysia's economy grew by 3.2% in the first quarter of 2001, and Premier Mahathir Mohamad, now also finance minister since the departure of Daim Zainuddin, expects it to keep up momentum in the second quarter.

On the face of it, the numbers look quite reassuring. Inflation is running at 2%, and unemployment at 3.1%--roughly the same levels as in 2000. Interest rates remain low. Three-month money rates--the industry benchmark--are fluctuating between 3% and 3.3%, while the base lending rate, equivalent to the U.S. prime rate, is 6.7%. External debt is relatively low at 51% of GNP last year compared with 58% in 1999. The savings rate, at almost 40% of GNP, is one of the highest in the world.

Nonetheless, there are still fears for the ringgit. While the country's foreign-exchange reserves have stabilized somewhat, standing at $26.3 billion in June, analysts point to the recent slide in currencies accross the region. "The central bank has bought time but, going forward, the pressures on the ringgit are rising," says Manu Bhaskaran, chief economist for SG Securities in Singapore.

Since January, there has been widespread speculation that the ringgit, pegged at 3.80 to the U.S. dollar since September, 1998, may have to be devalued to maintain the competitiveness of Malaysian exports. While the central bank has emphatically denied the possibility, the pressure on the Malaysian currency hasn't gone away.

What's more, the proportion of nonperforming loans in the banking system is once more on the increase. In April, nonperforming loans made up 12.9% of total loans, up from just 10% in January. Gan Kim Khoon, head of research at Arab-Malaysian Securities in Kuala Lumpur, estimates "on a worst-case basis" that nonperforming loans could hit 18.8% by the first quarter of next year. If this prediction comes true, at least one Malaysian bank may have to be recapitalized.

Meanwhile, unemployment is expected to rise. There were more than 3,000 layoffs in May, four times more than in the same period last year. A further wave of restructuring and job cuts is expected in the banking and manufacturing industries this year as both undergo painful consolidation. In May, chaotic scenes ensued after a government hospital in northern Perak state advertised 500 vacancies, attracting thousands of people for interviews.

Against such a background of economic uncertainty, the government has its work cut out to stimulate domestic consumption and wean the economy off its dependence on exports.