Laman Webantu   KM2A1: 5082 File Size: 16.4 Kb *



TAG SP 226: KQ - Pengambil-alihan UEM Yang Penuh Ilusi
By Kim Quek

26/7/2001 7:13 pm Thu

[Pengambil-alihan UEM nampak sahaja baik tetapi ia ia sebenarnya terselit maksud untuk menyelamatkan Halim Saad dari tercekik oleh hutangnya itu. Sebab itulah Sheriff sengaja tidak menjawab soalan itu. Ini menunjukkan tiada ketelusan kerana ada muslihat yang terancang.

Kes ini menunjukkan penswastaan ciptaan dan wawasan Mahathir telah memudaratkan negara. Syarikat gagal diurus sebaiknya kerana tiada tekanan jika tersesak di mana-mana kerana kerajaan akan datang membantunya jua. Sepatutnya kepincangan seperti pemberian tender dan wang pinjaman itu dikaji agar ia tidak berulang kembali. Tetapi Mahathir takkan ke situ kerana dia pun tumpang sekaki. Jika tidak dia takkan bersahabat sebegitu lama dengan Daim dan cuma berpisah bila kebisingan itu sudah tidak dapat dibendung lagi...
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-08-008


Pengambil-alihan UEM Yang Penuh Ilusi

(Illusions From UEM Takeover)

Oleh: Kim Quek

[Catatan Penterjemah: Inilah yang disebut oleh Qalam Kencana sebagai projek Tikus Mahathir membaiki labu.....!!!!]

Kerajaan telah sengaja memacu pergerakan pasaran saham dengan kiasan bahawa usaha pengambil-alihan UEM-Renong adalah usaha pemulihan segala penyakit yang menghenyak Bursa Saham Kuala Lumpur, selama ini.

Dengan memomokkan Halim Saad dan menggembar-gemburkan kepincangan Kumpulan Renong sebagai lambang kronisma Malaysia, Mahathir merencana untuk menarik kembali minat para pelabur agar yakin bahawa keadaan sudah semakin pulih, sebaik sahaja Halim dipengapkan dan UEM-Renong dikekang di bawah penguasaannya. Pelbagai isyarat sudahpun dikeluarkan bahawa segala gelagat memanjakan segelintir taikun dan hartawan sudah sampai ke zaman penamatnya. Ini adalah satu isyarat betapa kerajaan sedang mencuba mengamalkan ketelusan agar para pelabur merasa lega untuk melabur dengan selesa.

Sebenarnya Halim hanya merupakan seorang proksi kepada pihak yang lebih berkuasa di atasnya dan sudah tentu tidak merupakan kunci rahsia untuk menyelesaikan masalah yang ada. Lagipun kronisma tidak mudah berlalu begitu sahaja melainkan wujud perubahan yang besar dalam dasar kerajaan menguruskan aset dan sumber yang ada di negara.

Sebagai awalan, amalan memberikan kontrak kerajaan yang lumayan dan projek penswastaan yang beribu juta harganya tanpa tender yang sempurna seharusnya digantikan dengan tender terbuka yang disaluti peraturan tertentu; dan Badan Pencegah Rasuah mestilah dipindahkan daripada dikuasai oleh Perdana Menteri kepada sebuah institusi kerajaan yang benar-benar bebas, yang dilengkapi dengan kuasa perundangan yang mencukupi dan bertanggungjawab hanya kepada Parlimen.

Tanpa beberapa perubahan di atas, segala tindakan memomokkan Halim dan penstrukturan UEM-Renong akan hanya dilihat sebagai satu bentuk PR ataupun usaha seranta untuk mendapatkan sokongan untuk menggiatkan pasaran saham.

Keadaan adalah lebih dahsyat daripada itu. Ini adalah satu usaha menyelindungi niat sebenar untuk menyelamatkan Halim sekali lagi. Kali ini, bom asap dilontar untuk menyamar usaha menyelamatkan beliau daripada membelanjakan berbilion ringgit secara begitu sahaja (selama ini kita jangan lupa bahawa dia hanya merupakan khadam suruhan yang memegang proksi sahaja). Mengikut satu perjanjian pada awal 1998 dulu Halim dikehendaki melunaskan perjanjian 'put option' yang dipersetujuinya untuk membeli 32% saham Renong daripada UEM pada harga yang dipersetujui ketika itu secara tunai bernilai 3,200 juta ringgit (3.2 bilion ringgit, TUNAI). Perjanjian ini adalah satu bencana besar kepada Halim kerana harga pasaran 32% saham Renong sekarang hanya bernilai 600 juta ringgit berasaskan harga penutup pada RM 0.80 sesaham. Ini bererti Halim akan kerugian sebanyak 2.6 billion ringgit.

Kini, muncul pula jentera pelaburan kerajaan Khazanah Nasional yang membuat tawaran untuk mengambil-alih UEM dengan syarat penerimaan tawarannya itu tidak kurang daripada 90%. Tawaran ini bertujuan memudahkan pengunduran UEM daripada penyenaraian, sekaligus memudahkannya lenyap daripada radar penelitian orang awam.

Senanglah kerja-kerja UEM memberikan kemudahan kepada Halim untuk dikecualikan daripada menepati perjanjiannya itu, dan dengan demikian menyelamatkan beliau daripada melunaskan berbilion wang tunai dan menanggung kerugiannya.

Apabila dikemukan soalan penting apakah kemungkinan Halim akhirnya diminta juga melunaskan put-option seandainya pengambilalihan Khazanah itu berjaya, Sheriff Kassim, Pengarah Urusan Khazanah telah bertindak memberikan jawapannya yang merewang-rewang. Dia cuma mampu memberikan jawapan bahawa perkara itu akan ditangani pada satu hari nanti. Mahathir ternyata lebih berterus terang dalam isu ini. Dia telah dilaporkan oleh akhbar yang mencetuskan soalan sama ada Halim akan bertanggungjawab melunaskan perjanjian put-option yang merupakan bebanan hutang itu.

Mahathir telah menjawab: 'kalau kita ambil-alih, saya fikir kita ambil-alih hutang itu sama. Takkan kita ambil-alih aset dan tidak ambil-alih hutangnya.' (Straits Times 24th Mei). Ini bererti Mahathir sudahpun memberikan penentuan betapa Halim tidak perlu memenuhi janjinya dengan UEM.

Kalaulah niat sebenar bukannya menyelamatkan Halim seperti yang dinafikan oleh pihak yang berkuasa, kenapakah Khazanah bertegas agar UEM ditarik daripada penyenaraian di BSKL? Alasan rasmi bahawa cadangan itu bertujuan memudahkan kerja-kerja penstrukturan adalah alasan haprak yang tidak boleh diterima-pakai. Lagipun, setiap kerja yang mematuhi peraturan bursa saham dan hukum-hakamnya akan hanya memanjangkan tempoh penstrukturan itu dan tidak menyekatnya. Sebaliknya banyak perkara yang menyeronokkan akan dinikmati apabila pengambilalihan itu dihadkan kepada kuasa menguasai syarikat sambil memeram status penyenaraiannya. Selain menjimatkan beribu juta wang rakyat marhaen (kini dianggarkan sebanyak RM3.8 bilion) proses penstrukturan yang menyeluruh boleh dijadikan contoh pemulihan keyakinan melalui urusniaga yang telus dan pembabitan awam yang maksima. Adalah jelas, seandainya kerajaan betul-betul mahukan kebangkitan keyakinan pelabur dalam pasaran, kerajaan seharusnya memilih opsyen yang baru disebut itu dan bukannya opsyen pilihannya yang sebenarnya bertujuan menyelamatkan Halim Saad sekali lagi.

Secara kebiasaannya, sebuah pasaran saham merupakan satu gambaran kasar akan keadaan kesihatan ekonomi dan suasana politik sesebuah negara. Masalah yang menghantui Malaysia sekarang ini menjurus kepada kepimpinan politik yang haprak. Kegagalan pucuk kepimpinan menyedari dan menyelesaikan masalah struktur yang amat lemah itu telah menyumbang kepada krisis kewangan dan ekonomi yang menjahanamkan rantau ini. Malaysia belum lagi pulih daripada musibah itu. Malahan, Malaysia telah dihenyak oleh kereputan yang terus menular dengan pantas di semua bidang kehidupan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana itu, kedudukan Malaysia dalam beberapa indeks sejagat telah menggelonsor dengan aibnya, sama ada dalam pentadbiran badan kehakiman negara, hak asasi manusia, persaingan ekonominya ataupun pendidikan.

Adalah sesuatu yang amat malang kepada Malaysia, apabila Perdana menteri mempunyai hanya satu jenis jawapan kepada setiap bantahan terhadap cara pentabdirannya, dan jawapan itu berbentuk: peningkatan tekanan dengan menggunakan segala hukum-hakam yang disauk daripada sekumpulan senjata undang-undang dan perundangan yang telah diperkasakannya sejak dua dekad mencengkam kuasa.

Inilah yang kita lihat selama ini melalui cara undang-undang yang mendera dan menghina itu dikuatkuasakan untuk menangkap dan mengganyang serta menyiksa dan memenjarakan para pembangkangnnya. Senario politik tanahair yang semakin gawat ini telah menjadi lebih buruk lagi apabila Perdana Menteri masih menunjuk-nunjuk sikap kepala batu beliau menyerang orang asing dengan menuduh mereka sebagai penyangak matawang, penjajah dan secara terbaru pula menyerang segala unsur kewujudan pasaran terbuka dan globalisasi. Semua gelagat beliau ini, terus melunturkan keyakinan para pelabur, sama ada mereka itu pelabur asing ataupun tempatan, dan sama ada pelaburan itu merupakan aktiviti terus ataupun pelaburan portfolio.

Apabila kita analisa pengamatan ini, tindakan terkini untuk mengambil-alih UEM bolehlah dianggap sebagai satu lagi proses mega menyelamatkan para kroni, dan segala kesan menyemarakkan keyakinan itu hanyalah satu fatamorgana yang berbentuk khayalan dan ilusi sahaja.

Kim Quek.

Terjemahan: SPAR-08-008




Asal:


ILLUSIONS FROM UEM TAKOVER

24.07.2001

The Government has been orchestrating a market hype that its current move to re-structure UEM-Renong is the ultimate remedy to the malaise that has plagued the Kuala Lumpur Stock Exchange.

By building up Halim Saad as the bogeyman, and by capitalizing on his Renong Group's notoriety as symbol of Malaysia's cronyism, Mahathir hopes to convince investors that all will be well, once Halim is put away and UEM-Renong is reined in under his control. The message is out that the days of dubious government favouritism towards selected tycoons are over, and transparent governance is in, and investors should feel at ease to invest.

But the truth is Halim is but a proxy for the powers that be and therefore not a key to the solution, and cronyism will not go away unless there is a fundamental change in government policy in managing the assets and resources of this Country.

For a start, the present practice of awarding billions of ringgit of government contracts and privatized projects without proper tenders must be replaced by transparent tenders with clear-cut parameters; and the Anti-Corruption Agency must be transformed from a mere arm of the Prime Minister to a truly independent body, packed with adequate legislative muscles and answerable only to Parliament.

Without introducing the above changes, the present exercise of Halim bashing and UEM-Renong restructuring can only be viewed as a PR effort to drum up support for the stock market.

In fact, it is worse than that. It is a camouflage to the real intent, which is to bail out Halim again, this time, to save him from having to dump billions of ringgit down the drain (all the time not forgetting his role as proxy to the powers that be). Halim is obligated under a put option committed in early 1998 to buy 32% of Renong from UEM at the agreed amount of 3,200 million ringgit cash. This commitment is a financial disaster for Halim, because the market value of 32% of Renong is now only 600 million ringgit at the last closing price of RM 0.80 per share, thus requiring Halim to loose the whopping amount of 2,600 million ringgit.

In comes government investment arm Khazana Nasional which offers to take over UEM on condition that acceptance to its offer is not less than 90%. This is to facilitate UEM's delisting, allowing it to disappear from the radar screen of the public. And UEM will then be at better ease to exempt Halim from honouring his put option, saving him billions of cash and losses.

To the vital question of whether UEM will eventually ask Halim to pay up his due under the put option if the take over is successful, Sheriff Kassim, Managing Director of Khazana was evasive in his answer, merely saying that the issue will be dealt with later, while Khazana was concentrating on the immediate task of taking over and de-listing. On the same issue, Mahathir appears to be more forthright. He was quoted by the press to have raised the question of 'whether Halim could be made liable for the put option which is considered a debt.' Mahathir further said: 'If we take over, I think we take over the debts as well. We can't take over the assets and not take over the debts'. (Straits Times 24th July). Mahathir has therefore implied that there is no need for Halim to meet his obligation to UEM.

Mahathir's statement is of course incorrect, for he has confused Halim's personal liability to UEM as UEM's own liability. Halim's liability to UEM will not disappear automatically upon Khazana's take over of UEM, though UEM may decide to rescind its earlier decision to accept the put option given by Halim, thereby freeing Halim of this liability. Mahathir's error aside, his muddled headed answer nevertheless has inadvertently allowed an insight into the truth behind this take over - freeing Halim from billions of ringgit of liabilities and losses.

If the intention is not to bail out Halim as the authorities would want us to believe, then why must Khazana insist on de-listing UEM? The official justification of gaining a freer hand to carry out the re-structuring is unacceptable, as compliance with stock exchange rules and regulations may only lengthen the re-structuring time somewhat but cannot obstruct it. On the hand, advantages galore if the take over is limited to securing only a controlling interest while keeping UEM's listed status. Apart from saving billions of ringgit of cash for the people's coffers (present cost is RM 3.8 billions), the entire restructuring process can be turned into a confidence-building showpiece through transparent dealings and maximum public participation. Through this process, the market can even be rejuvenated in a limited sense. It is therefore obvious that the latter option is the automatic choice, if the intention is to instill and regain public confidence in the stock market, and not to bail out Halim.

The stock market is to a large extent a reflection of the political and economic health of a country. The problem with Malaysia is its deteriorating political leadership. Due to the leadership's failure to recognize and address the structural weaknesses that have in the first place caused the recent financial and economic crisis that has ravaged this region, Malaysia has not recovered from it. In fact, Malaysia has suffered rapid deteriorations in all fronts in the past few years, causing its ranking in various international indices to slip very badly, whether it is in the administration of justice, human rights, economic competitiveness or education.

To the misfortune of Malaysia, Prime Minister Mahathir seems to have only one answer to dissenting voices to his rule, and that is: increased repression by using laws from the formidable arsenal of repressive legislations that he has built up in his 2 decades of rule, as shown recently by the trigger happy manner in which these repressive laws are increasingly abused to punish and imprison his opponents. Compounding the worsening political scenario locally, is the PM's recalcitrance in attacking foreigners as anything from rogue traders to colonizers, and more lately, extending these attacks to embrace market liberalization and globalisation. These developments have of course further eroded investors' confidence in this Country, both foreign and local, direct and portfolio investments.

Looking from this perspective, the present exercise to take over UEM can only be viewed as another massive bail out of cronies, and its supposed confidence boosting effect is but a mirage.


Kim Quek.