Laman Webantu   KM2A1: 5083 File Size: 13.6 Kb *



TAG SP 227: Time - Malaysia Di bawah Naungan Mahathir
By Nick Papadopoulos

26/7/2001 8:40 pm Thu

[Mahathir sudah semakin tidak popular kerana enggan mengakui kesilapannya serta amat tidak bertolak ansur menundukkan sesiapa yang mencabarnya. Akibatnya kebencian terhadapnya semakin meluap-luap di dalam diam. Itu termasuk dikalangan ahli Umno sendiri sebab itulah dia merungut agar ditaati walaupun membenci dalam perhimpunan agung baru-baru ini.

Majlis ulangtahun Mahathir itu menampakkan sesuatu yang mengaibkan - dia sudah tidak diperduli oleh pengampunya sendiri di negeri tradisi yang sukar ditembusi pembangkang. Ini menunjukkan mereka datang bukan keranamu Mahathir tetapi keranamu makanan dan paksaan.
- Editor
]


TIME Asia

Malaysia Di bawah Naungan Mahathir

Oleh: Nick Papadopoulos

Mahathir Mohamad, pemimpin Malaysia berusia 75 tahun yang sering mencetuskan kontroversi, merayakan ulang tahun ke 20 beliau berkuasa pada hari Isnin lalu dengan satu majlis sambutan yang sederhana - jika majlis makan malam untuk 25,000 orang boleh dipanggil sederhana. Editor TIME asia.com Nick Papadopoulos bercakap kepada wartawan TIME Southeast Asia Simon Elegant tentang Malaysia di bawah naungan Mahathir. Petikan-petikan dari temu bual itu setelah disunting adalah seperti berikut :


BAGAIMANA MAHATHIR DAN ORANG-ORANG MELAYU MERAYAKAN PENCAPAIAN YANG HEBAT INI?

Mahathir memotong sebiji kek di Parlimen dan pada sebelah malamnya berada di Melaka - dan ini adalah sesuatu yang pelik tetapi bersesuaian dengan Mahathir bagi memenuhi nafsu anihnya untuk mencipta rekod, dan ia melambangkan semangat Malaysia 'boleh' - di mana beliau menjadi tuan rumah kepada jamuan makan malam terbesar yang pernah diadakan di Malaysia. Tetamu dari 'Guinness Book of Records' turut hadir; adalah dianggarkan sebanyak 25,000 orang berada di jamuan tersebut. Mereka terpaksa mengangkut orang-ramai dari semua jabatan-jabatan kerajaan, gerombolan yang taat setia kepada parti pemerintah. Mahathir tidak pula memberikan ucapan yang panjang lebar, tetapi apa yang aneh dan paling menarik perhatian berlaku pada malam itu adalah semasa ketibaan beliau. Orang-ramai, walaupun mereka tidak menunjukkan kebencian secara terbuka, kelihatan tidak peduli. Ianya bukanlah kerana mereka tidak menyukainya, namun di sebalik usaha beberapa orang yang cuba untuk memeriahkan suasana, mereka tetap tidak peduli. Keadaan begitu menimbulkan satu suasana yang mengerikan pula.


ADAKAH MAHATHIR MENERAJUI MALAYSIA DENGAN BAIK?

Kekuatan Mahathir yang hebat adalah bagaimana beliau menguruskan krisis ekonomi dan keputusannya untuk memilih cara yang bertentangan dari kebiasaannya. Saya merasakan bahawa cara tersebut telah berjalan dengan baik sekali dan ia dapat menyelamatkan Malaysia. Orang-ramai berhak untuk menilai pencapaiannya, tetapi ramai juga yang merasakan bahawa kesungguhannya menggalakkan perkembangan ekonomi pengeksportan selama 20 tahun yang lalu telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya. Dari segi kelemahannya, walau bagaimanapun, adalah kemunculan projek-projek mega. Seorang pemimpin pembangkang berbangsa Cina memberitahu saya bahawa Mahathir tidak langsung dapat mengakui kesilapan. Beliau ternyata amat degil sekali. Contoh yang terbaik adalah projek Empangan Bakun, yang cuba dibinanya sejak awal tahun 1980an. Pembinaannya tidak akan mendatangkan kebaikan sama ada dari segi komersial atau ekonomi. Mereka telah memindahkan puluhan ribu penduduk, merosakkan kawasan hutan belantara yang keluasannya menyamai saiz Singapura, ia akan memakan perbelanjaan berbilion ringgit - bagaikan sebuah projek yang bodoh. Dan ini sudah cukup mencerminkan pemerintahan Mahathir.


BENARKAH BAHAWA MALAYSIA PADA HARI INI JAUH BERBEZA DARI MALAYSIA PADA 20 TAHUN YANG LALU?

Benar sekali. Rakyat gembira menikmati corak kehidupan yang sangat baik di sini, terutamanya apabila dibandingkan dengan tempat seperti Thailand. Anda hanya perlu melihat Kuala Lumpur dan infrastrukturnya (untuk memahaminya). Mahathir telah menjadi seorang pembina bangunan; terdapat bangunan-bangunan yang mungkin anda tidak sukai, seperti Menara Petronas, bangunan tertinggi di dunia, dan lebuh-raya-lebuh raya yang begitu banyak sekali, tetapi rakyat Malaysia dapat hidup dengan agak baik.


APA YANG TELAH MENYEBABKAN MAHATHIR DAPAT MENGEKALKAN KUASANYA SEBEGITU LAMA?

Semata-mata kerana keazaman yang kuat. Satu daripada kualiti-kualiti hebatnya adalah kesungguhannya dalam mempertahankan kepercayaannya. Namun dari satu segi yang lain pula adalah keyakinan diri yang terlalu tinggi; beliau tidak pernah mengakui kesilapannya. Satu lagi aspek negatif adalah sifat politiknya yang tidak langsung boleh bertolak-ansur, kerana ia begitu yakin yang dirinya sentiasa betul. Itu bermakna, beliau merasakan adalah sesuatu yang wajar buatnya untuk melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.


ADAKAH BELIAU MENDAPAT SEBARANG SOKONGAN DARI RAKYAT?

Adalah sukar untuk menyatakan hal ini dengan jitu. Tiada sebarang pengundian rasmi berkenaan perkara tersebut pernah dijalankan di negara ini. Pihak polis merupakan satu-satunya golongan yang pernah melalui pengundian seperti itu dan mereka telah memberitahu Perdana Menteri bahawa dalam sesetengah negeri di Semenanjung, sokongan Melayu kepada partinya telah menurun kepada satu per tiga dari orang-orang Melayu. Rakyat juga masih amat marah padanya berikutan peristiwa yang menimpa Anwar Ibrahim. Mereka merasakan bahawa perkara itu terlalu kejam dan sifat tidak berhati-perutnya itu begitu menyerlah sekali. Prestasi Mahathir di dalam pilihan raya yang lepas tidak begitu memberangsangkan. Dan saya rasa sekiranya beliau tidak berhati-hati, partinya akan berhadapan dengan kekalahan yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang. Itu akan dijalankan pada awal tahun 2004, tetapi mungkin juga lebih awal dari itu.


ADAKAH TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN BELIAU AKAN MENYERAHKAN KUASANYA DALAM MASA YANG TERDEKAT INI? BELIAU TELAH MEMBAYANGKAN PADA MASA YANG LEPAS UNTUK MELEPASKAN KESEMUANYA SEKALI.

Selepas perhimpunan UMNO lebih kurang sebulan yang lalu, beliau telah menyangkal kemungkinan itu. Kini tiada sesiapa pun yang percaya bahawa beliau mempunyai niat untuk meletakkan jawatan, malahan ramai yang percaya bahawa beliau akan terus memegang kuasa sehingga tahun 2007. Beliau menjelaskan kedudukan dirinya dalam satu sidang media sebagai 'terperangkap'. 'Saya tidak boleh meletakkan jawatan, saya telah terperangkap,' begitulah bunyi kata-katanya, saya rasa. Ramai orang, termasuk diri saya, percaya yang beliau tidak akan sekali-kali meletakkan jawatan.


PADA FIKIRAN ANDA, APAKAH KESAN PENINGGALANNYA NANTI?

Saya rasa itulah yang membimbangkannya kini. Beliau lebih suka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara makmur yang dilengkapi dengan prasarana yang membanggakan dan orang-orang Melayu dapat menikmati hak yang sepatutnya berbanding dengan keadaan mereka sewaktu ditindas oleh golongan penjajah atau menjadi warga kelas dua di negara mereka sendiri. Itulah perkara yang telah mendorongnya sepanjang hidupnya. Namun disebabkan oleh peristiwa Anwar, ramai orang yang menilai dirinya sebagai seorang pemimpin yang tidak berhati-perut dan kejam yang telah menghina dan memusnahkan seorang individu semata-mata untuk terus berkuasa. Jadi mereka inilah yang merupakan dua kesan peninggalannya, dan itulah yang menyebabkannya berada dalam situasi yang tragis sekarang ini.


Terjemahan: SPAR 09 -??-??




Asal:


http://www.time.com/time/asia/news/interview/0,9754,168000,00.html

Malaysia Under Mahathir

Cell Phone from Kuala Lumpur:

TIME's Simon Elegant on the 20-year rule of Prime Minister Mahathir Mohamad

BY NICK PAPADOPOULOS



Wednesday, July 18, 2001

Mahathir Mohamad, the 75-year-old often-controversial leader of Malaysia, marked his 20th anniversary in office on Monday with a low-key party -- if you call a dinner for 25,000 people low-key. TIMEasia.com editor Nick Papadopoulos spoke to TIME Southeast Asia correspondent Simon Elegant about Malaysia under Mahathir. Edited excerpts:

How did Mahathir and Malays celebrate this impressive achievement?

Mahathir cut a cake in Parliament and then that evening in Malacca -- and this is bizarre but appropriate for Mahathir because of his strange lust for records, and it personifies this Malaysian "can do" spirit -- he hosted Malaysia's biggest ever sit-down dinner. People from the Guinness Book of Records were in attendance; it's estimated 25,000 people were at this dinner. They had to bus people in from all government departments, the party faithful from the ruling coalition. Mahathir didn't really make much of a speech, but the bizarre and most interesting part of the evening was when he arrived. The crowd, while they weren't hostile, appeared indifferent ... It's not that they disliked him, but despite the efforts of some people who tried to work the crowd, they just didn't pay much attention. It was kind of eerie.

Has Mahathir been good for Malaysia?

Mahathir's great strength has been his managing of the economic crisis and his decision to go against conventional wisdom. My feeling is that that worked pretty well and it protected Malaysia. The jury is still out for a lot of people, but the feeling among many is that his driving of the export economy over the last 20 years is what has brought Malaysia its wealth. On the downside, however, there are these gigantic white elephant projects. One Chinese opposition leader said to me that Mahathir was absolutely incapable of admitting mistakes. He's incredibly stubborn. The best example of this is the Bakun dam, which he's been trying to build since the early 1980s. It just doesn't make sense commercially or economically. They've moved tens of thousands of people, it's destroying an area of forest the size of Singapore, it's going to cost billions of dollars -- it just seems like an idiotic project. And it says a lot about Mahathir's rule.

Malaysia today is very different from the Malaysia of 20 years ago, right?

That's right. People enjoy a very good lifestyle here, particularly compared to a place like Thailand. You just have to look at Kuala Lumpur and its infrastructure (to know that). Mahathir has been a builder; there are buildings that you may not like, like the Petronas Towers, the tallest buildings in the world, and lots of highways, but Malaysians live relatively well.

What has kept Mahathir in power for so long?

Sheer willpower. One of his great qualities is his passion for his beliefs. But the flip side of that is his utter self-confidence; he never admits that he's wrong. Another negative is his utter political ruthlessness, because he always believes he is completely right. So that means he feels justified doing whatever is necessary to stay in power.

Does he enjoy any support from the people?

It's very difficult to tell exactly. There are no official polls in this country. The Police are the only people who take polls and they have told the Prime Minister that in some states in the Malay Peninsula support for his ruling party is down to one-third of the Malays. People are also still very angry with him over the Anwar (Ibrahim) affair. They just felt that it was extremely cruel that the ruthless element of his character came out too strongly. Mahathir didn't do that well at the last election. And my feeling is that if he doesn't watch out there will be significant losses for his party at the next election. That has to be held by early 2004, but it will probably be earlier than that.

Are there any signs of him relinquishing his power anytime soon?

He has hinted in the past of giving it all up. After the UNMO assembly about a month ago, he rescinded that. Nobody now believes that he has any intention of resigning, and in fact many people believe he may continue until 2007. He described himself in a recent press conference as "caught." "I can't resign, I'm caught," were his exact words, I think. Many people, myself included, believe he'll never resign.

What do you think will be his legacy?

I think that is what's worrying him now. He'd like it (his legacy) to be a prosperous Malaysia that has wonderful infrastructure and one in which Malays have taken their rightful place rather than being oppressed by the white man or being in a secondary position in their own country. That is the thing that has driven him all his life. But because of the Anwar affair, many people will judge him as a ruthless and cruel leader who humiliated and destroyed a man for no other reason than to stay in power. So they are his two legacies, and that is what's making him a somewhat tragic figure now.