Laman Webantu   KM2A1: 5145 File Size: 4.1 Kb *



TJ PK FEER: Selamat Datang buat Wan Azizah di Amerika
By Risik FEER

3/8/2001 5:06 am Fri

Risikan FEER:

Wan Azizah disambut Baik di Amerika

Pertadbiran Amerika nampaknya berbelah bahagi bagaimana mahu berurus-cara dengan pihak pembangkang Malaysia walaupun Washington kerap mengkritik Perdana Menterinya, Mahathir Mohamad kerana layanan teruk beliau terhadap para pengkritik kerajaan.

Menurut beberapa diplomat, dua minggu sebelum Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melawat Washington pada lewat Jun lepas, kedutaan A.S. di Kuala Lumpur (dengan tidak semena-mena) telah memaklumkan kepada kerajaan Malaysia akan lawatan itu.

Seorang pegawai atasan A.S. yang lebih tinggi merasa amat terkejut dengan tindakkan kedutaan mereka yang ganjil itu bila diberitahu oleh majalah REVIEW (FEER). Beliau berjanji akan menyiasat serta menyelidik perkara itu.

Wan Azizah yang juga menyandang jawatan presiden Parti Keadilan Nasional telah menemui Timbalan Setiausaha Keselamatan En Paul Wolfowitz, Setiausaha Kehormat Negara Puan Paula Dobrianksy, dan Presiden Bank Dunia, En James Wolfensohn serta bekas Setiausaha Keselamatan Negara, En. William Cohen.

Henry Hyde, seorang ahli kongres dan juga merangkap pengerusi Unit Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa (House International Relations Committee - HIRC) berjanji akan menulis sepucuk surat peribadi kepada Mahathir untuk memohon agar Anwar dibenarkan pergi ke German untuk mendapat rawatan kritikal untuk sakit belakangnya itu.

Wan Azizah berkunjung ke A.S. untuk menghadiri perjumpaan tahunan Persatuan Masyarakat Islam Amerika Utara atau ISNA (Islamic Society of North America), yang pada tahun lepas telah menolak jemputan kepada Mahathir sebagai membantah layanan jijik beliau terhadap Anwar.

Terjemahan: Pemburu Kata

[Catatan Penterjemah:
Kerajaan Malaysia kerap mengelabah dengan Risikan FEER kerana tidak mampu menjawabnya dengan jelas melainkan saya 'lupa' atau saya 'percaya sahaja'. Kurang lebih ia dinafikan dengan 'setahu saya'.

Rencana ini, antara lain, menunjukkan Mahathir sudah tidak dihormati oleh dunia dan Amerika kerana tidak menghormati hak asasi untuk seorang pesakit untuk mendapatkan rawatan luar. Mahathir gagal mengaibkan Anwar - sebaliknya dia yang teraib pula.

Tindakkan pegawai kedutaan A.S. yang tidak semena-mena itu memang ganjil. Dia seperti berkhidmat kepada kerajaan Malaysia - bukannya kepada negara A.S! Patutlah terkejut pegawai seniornya. ]




Asal:

http://www.feer.com/2001/0108_09/p008intell.html

Azizah's American Welcome

The United States administration appears divided on how to deal with Malaysia's opposition, despite Washington's frequent criticism of Prime Minister Mahathir Mohamad for his harsh treatment of his critics. Two weeks before Wan Azizah Wan Ismail, wife of jailed former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim, visited Washington in late June, the U.S. embassy in Kuala Lumpur informed the Malaysian government of her pending trip, according to diplomats. A senior U.S. official was shocked when told of the embassy's alleged action by the REVIEW and vowed to check. Wan Azizah, who heads Malaysia's opposition Parti Keadilan Nasional, met Deputy Secretary of Defence Paul Wolfowitz, Undersecretary of State Paula Dobrianksy, World Bank President James Wolfensohn and former Secretary of Defence William Cohen. Congressman Henry Hyde, chairman of the House International Relations Committee, promised to write a personal letter to Mahathir requesting that Anwar be allowed to travel to Germany for treatment for a back injury. Azizah Wan came to the U.S. to attend the annual convention of the Islamic Society of North America, which last year withdrew an invitation to Mahathir in protest at his treatment of Anwar.