Laman Webantu   KM2A1: 5151 File Size: 10.7 Kb *



TAG SP 236: Pemikiran Yang Dibenarkan - Suatu Teladan? - Kuch Kuch Hota-hai
By Aliran

4/8/2001 10:44 pm Sat

[BN semakin maju bercakaran sesama sendiri sehingga terdapat adegan bertumbuk, membaling kerusi, dan kini menggunakan mahkamah dan instrumen kerajaan pula. Inilah teladan keharmonian hubungan rencah mereka - asyik bergaduh sepanjang masa beradu kuasa.

Tradisi 'ikut telunjuk atau binasa' sudah lama menular sehingga bekas ketua hakim dan bekas ketua polis pun mengamalkannya. Malah hanya klon sahaja layak mengganti barulah si ketua boleh bersara. Budaya 'ikut caraku' itu perlu diwarisi sampai bila-bila sehingga soal rumahtangga dan hendak beranak-pinak pun perlu mengikut kata menteri juga. Patutlah ada banyak kes bunuh membunuh dalam keluarga sendiri sekarang agaknya?
- Editor
]


Pemikiran Yang Dibenarkan - Suatu Teladan? - Kuch Kuch Hota-hai

Oleh: Aliran

"Pada ketika rakyat di negara majmuk lain masih bercakaran antara satu sama lain, rakyat Malaysia sudah jauh maju ke depan" kata Dr Mahathir.

"Kepelbagaian kaum dalam Malaysia memberikan kelebihan kepada negara berbanding negara lain dalam era globalisasi", kata Ling Liong Sik.

"ISA, bukan sahaja tidak mengurangkan usaha-usaha menguatkan perpaduan kebangsaan malah menyumbang pula kepada Malaysia seperti yang ada hari ini", tambah Pak Lah.

Peristiwa tersebut berlaku di sebuah persidangan yang diadakan pada pertengahan Mei untuk menunjukkan Malaysia sebagai teladan kepada hubungan antara kaum. Ramai orang akan pertikaikan kewajaran Pak Lah akan keperluan ISA dalam negara. Tetapi kenyataan Dr Mahathir dan Ling memang betul. Keharmonian kaum memang wujud dalam Malaysia. Dan keadaaan pelbagai kaum yang saling berbaik dalam negara memang memberikan kita kelebihan.

Bagaimana dengan ikatan antara sesama kaum sendiri?

Memang terdapat kemajuan juga dalam hal ini. Kelompok dalam MIC tidak lagi memilih beradu penumbuk dan membaling kerusi antara satu sama lain. Tetapi pertelagahan antara Ling dan 'kumpulan 8' serta bantahan yang menyeluruh tentang pengambilan Nanyang oleh MCA menunjukkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk kebaikan parti itu. Bagaimana pula dengan perbincangan tentang Perpaduan Melayu antara Umno dan PAS yang sering tenggelam timbul itu? Betullah, apa yang boleh ditakrifkan tentang komen Dr Mahathir - 'kami bukannya sedang bergaduh antara satu sama lain'- apabila ditanya tentang hubungan beliau dengan Daim selepas pengunduran beliau dari kabinet?

Kuch Kuch Hota-hai

Bagi yang tidak bercakap Hindi, ianya bermaksud 'sesuatu sedang terjadi'. Ya, sesuatu memang sedang berlaku dalam PPP. Pernah dikatakan orang bahawa PPP, salah sebuah parti terkecil dalam BN mendapat liputan media yang lebih berbanding rakan-rakannya yang lebih besar dalam BN. Tetapi bukanlah publisiti seperti itu yang menjadikan Malaysia sebagai teladan dalam hubungan antara kaum lain mahupun antara kaum sendiri. Akhirnya pembantaian kerusi telah berpindah dari MIC kepada PPP. Seterusnya pemimpin parti menjadi matang: mereka mula membawa pertikaian dalam parti ke mahkamah!.

Kemudian muncul Kayveas. Beliau memperkenalkan pendekatan baru dalam menempatkan PPP dalam berita. Menurut kata orang beliau lebih handal untuk bermuka-muka dibandingkan dengan presiden MIC itu.

Belum sempat anda berkata kuch kuch hota-hai Kayveas telah pun dilantik sebagai senator dan kemudiannya Timbalan Menteri. Perdana Menteri mesti telah mengenalpasti potensinya.

Kini PPP telah mendapat sebidang di Bandar Universiti yang sedang dalam perancangan, di Seri Iskandar (berdekatan Tronoh), dan mengumumkan rancangan untuk melancarkan universitinya sendiri. Ini bukan lawak Bollywood. Kenapa, Kayveas memberi kenyataan itu, mungkin ditujukan kepada musuhnya dalam BN, bahawa ia bertujuan meminta 8 kerusi Parlimen dan 18 kerusi negeri dalam pilihanraya depan. Samada PPP membayangkan ia sebagai teladan, atau, ini adalah pendekatan terkini yang dibayangkan Kayveas dalam soal bagaimana mempertahankan liputan media untuk dirinya.

Satu Latihan Akademik :

Bayangkan, 'terdapat sebanyak RM40 juta nilai buku-buku tidak terjual yang ditulis oleh ahli-ahli akademik tempatan kini berdebu di dalam simpanan DBP'. Itulah yang diucapkan oleh Pak Lah. Timbalan Perdana Menteri itu mengulas kata-kata Menteri Pendidikan Musa Mohamad mengenai ahli-ahli akademik Malaysia yang menerbitkan terlalu sedikit buku berbanding dengan rakan sejawatan mereka di negara asing. 'Sekiranya tiada pasaran untuk buku-buku mereka, bagaimana boleh anda harapkan untuk mereka terus menulis?'

Kebebasan Di bawah Kuasa Eksekutif di Malaysia, yang ditulis oleh Rais Yatim bukanlah satu dari buku-buku DBP itu. Badan Eksekutif telah dikecam keras dalam kritikannya dan DBP tidak mungkin sanggup untuk menerbitkannya. Lim Kit Siang telah menggambarkan buku Rais sebagai 'pengecaman terhadap ISA yang paling hebat sekal'?.

Apabila ditanya untuk memberikan komen, Rais berkata : 'Saya tidak berpegang kepada apa yang dikaji secara akademik'. Buku tersebut 'hanyalah satu latihan akademik'.

Seandainya semua penulis bersikap seperti Rais, tidak hairanlah mengapa rakyat Malaysia tidak berminat untuk membaca, apalagi untuk membeli buku-buku akademik. Sebaliknya, sekiranya Rais tidak berpegang kepada bukunya yang telah dihabiskan masa selama bertahun-tahun untuk menyelidik dan menulis, apakah pendiriannya yang sebenar? Kita mungkin terfikir bagaimana orang yang dilahirkan semula sebagai pemimpin UMNO ini, yang merupakan timbalan pemimpin Semangat 46 yang mengutuk Dr. Mahathir tanpa henti-hentinya itu, kini boleh menjadi bertambah yakin terhadap orang yang sama? Barangkali Rais hanya menyatakan yang ia telah diwatakkan sedemikian rupa.

Bawa masuk klon-klon itu :

'Ikut telunjuk ketua' bukanlah seperti kanak-kanak bermain. Di dalam politik ia boleh menjadi satu permainan yang meletihkan sekiranya anda bukan pemimpin. Bahkan jika ketua adalah 'nombor 1' dan anda adalah 'nombor 2', permainan mungkin menjadi sengit. Peraturan boleh bertukar di tengah-tengah permainan dan menyebabkan anda terpaksa membawa nasib sendiri. Pemain-pemain boleh ditukar sebelum habis permainan anda akan terpaksa berundur. Sekali ditabalkan, anda mungkin dikecewakan dua kali, atau lebih teruk dari itu. Jika anda tidak mengikut segala kehendak ketua, nasib buruk akan menimpa diri. Jika anda mengikut secara keterlaluan pula??

Mari kita perhatikan sekarang. Apabila no.1 ditanya, 'Orang yang bagaimana paling layak ditabalkan sebagai pengganti anda', ia, tanpa diduga, menjawab, 'Seseorang seperti saya'. Semenjak dari itu para wartawan, ahli-ahli parti, pelabur-pelabur dan sesiapa sahaja sering memikirkan masalah bakal pengganti. Oleh kerana ramai rakyat Malaysia akan merasa terhina jika pada anggapan mereka dunia tidak memberikan perhatian kepada masalah-masalah mereka, boleh dikatakan seluruh dunia telah pun menyoal, 'Adakah sesiapa yang menyerupai dirinya?'

Usah lagi merasa gusar. Hentikan pencarian kamu. Ikut telunjukku:

Apabila bekas no.2 dipukul di dalam penjara, no.1 tidak merasa apa-apa dengan penampilan 'mata lebam' yang hangat diperkatakan itu. Tetapi 'mungkin ianya akibat perbuatan sendiri', no.1 menyindir. Malang sekali, kenyataan bersejarahnya itu terpaksa dipadamkan kerana terdapat seseorang yang secara kebetulan si no. 1 dalam pasukan polis yang telah menjayakan perbuatan itu.(si kaki pukul yang telah didapati bersalah itu kini, walaubagaimanapaun, telahpun dibebaskan kerana berkelakuan baik, satu alasan yang menarik bagi melayakkan ia menjalani hukuman penjara yang begitu singkat berbanding dengan tahanan-tahanan ISA yang tidak pun melakukan apa-apa terhadap sesiapapun?? kecuali mungkin satu peristiwa kekalahan di sebuah pekan kecil yang bernama Lunas).

Kemudian tiba giliran no.2. Seorang hakim mahkamah tinggi mengumumkan bahawa seorang 'pemanggil misteri' telah menalipon mengarahkannya untuk menolak petisyen pilihanraya yang dikemukakan. Petisyen pilihanraya yang melibatkan pengundi-pengundi hantu itu bakal mendedahkan skandal yang dahsyat. Rumah-rumah mungkin secara anihnya dihuni oleh mereka-mereka yang bukan merupakan penduduk-penduduk tetap. Bas-bas dari luar yang penuh muatannya mungkin tiba tepat pada masanya. Kali ini, no.1 mendiamkan diri. Ia telahpun belajar untuk tidak sama menyanyi lagu 'Panggilan itu terdial dengan sendiri'. Lebih selamat untuk terus setia dengan lagu kegemaran lamanya, 'My Way' (Caraku).

Namun no.2 baru sahaja belajar menyanyi. Jadi ia pun menyanyi lagu, 'Itu adalah panggilan palsu'. Nasib tidak baik. Ternyata memang wujud si pemanggil dan ia bukanlah orang sebarangan. Ia adalah orang no. 1 dalam badan kehakiman.

Soalan : Mengapa pula 'Ikut Telunjuk Ketua' sering berakhir dengan lawak jenaka?

Jawapan : Kerana semua orang mahu menjadi ketua sendiri, setiap ketua mahu orang-orangnya sendiri, dan setiap orang pula mahukan klon-klon seperti dirinya? - jadi setiap klon akan menjadi badut.

Melahirkan anak di bawah konsep yang salah :

Guru-guru wanita di Malaysia telah diberi peringatan baru-baru ini oleh Kementerian Pendidikan untuk merancang kehamilan mereka agar jangka masa mereka melahirkan anak yang amat berharga itu akan jatuh pada musim cuti sekolah. Ini adalah, hujah kementerian itu, untuk mengelakkan gangguan kepada jadual pengajaran di sekolah yang berkenaan. Sementara pihak kementerian mungkin boleh dipuji di atas langkahnya untuk menghadapi masalah tersebut, kita sudah tentu kehairanan memikirkan bagaimana arahan seperti itu boleh diterima-pakai sedangkan perkara itu melibatkan proses kejadian manusia, perasaan, tindak balas biologi, dan lebih dari itu, perasaan cinta. Sedangkan bersenggama secara 'coitus interruptus' pun boleh tersasar menghasilkan benih.


Terjemahan: SPAR 09




Asal:

Thinking Allowed - An Exemplar? - Kuch Kuch Hota-hai

Aliran atau

KM2 5134