Laman Webantu   KM2A1: 5153 File Size: 4.5 Kb *



BH: Perhimpunan Agung Pemuda MCA kecoh
By Berita Hairan

4/8/2001 11:18 pm Sat

[Rencana ini memang elok disiarkan kerana inilah teladan terbaru dari MCA mengenai keharmonian hubungan kaum sesama sendiri. Ada satu gambar di siarkan di rencana Berita Harian tersebut tetapi nota di bawah gambar tersebut (caption) tersasul sedikit. - Editor]


gaduh mca
BEBERAPA Perwakilan Pemuda Umno membaling kerusi selepas berlaku perselisihan pada Perhimpunan Agung MCA ke-38 di Hotel Flamengo di ibu negara, semalam.


http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/Saturday/ Mukadepan/20010803231017/Article/pp_index_html

Perhimpunan Agung Pemuda MCA kecoh

KUALA LUMPUR, Jumaat - Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-38 di Hotel Flamengo di sini hari ini, kecoh dan dicemari beberapa kejadian termasuk panggilan bom palsu dan pergaduhan.

Kejadian pertama membabitkan panggilan bom palsu yang diterima seorang telefonis di hotel berkenaan, kira-kira jam 10.05 pagi.

Keadaan semakin kecoh apabila bau busuk menyelubungi seluruh dewan itu hingga memaksa pasukan keselamatan yang bertugas, mengarahkan semua perwakilan keluar.

Berikutan itu, mesyuarat yang sepatutnya bermula setengah jam selepas dirasmikan Timbalan Presiden MCA, Datuk Lim Ah Lek, terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan polis menjalankan pemeriksaan.

Bagaimanapun, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Gombak dengan bantuan Unit Pemusnah Bom, mengesahkan panggilan itu palsu dan perwakilan dibenarkan masuk semula ke dewan.

Namun, mesyuarat itu sekali lagi kecoh apabila beberapa perwakilan, dipercayai penyokong Setiausaha Agung Pemuda MCA, Senator Yew Teong Look, membuat bising sebaik saja speaker Lim Hong

Chong membacakan atur cara perhimpunan.

Sambil meniup wisel, penyokong terbabit menjerit meminta Lim diganti dengan orang lain kerana mendakwa beliau memihak kepada satu pihak.

Keadaan menjadi tegang apabila seorang perwakilan meluru ke meja utama dan cuba mengambil mikrofon di hadapan Ketua Pemuda MCA, Datuk Ong Tee Keat. Bagaimanapun, Ong dengan pantas menghalangnya dan meminta perwakilan berkenaan bertenang.

Ketika Ong cuba menenangkan keadaan, seorang lagi perwakilan yang juga pipercayai penyokong Yew meluru ke arah Lim dan cuba merampas mikrofon di depannya.

Tindakan itu menyebabkan beberapa pengawal keselamatan terpaksa melindungi Lim dan mengawal keadaan. Pada masa yang sama, penyokong Ong pula bangun dan campur tangan hingga mencetuskan kejadian tumbuk menumbuk.

Kejadian itu berlanjutan kira-kira 20 minit hingga memaksa Lim membenarkan Yew berucap bagi mententeramkan keadaan.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi sebahagian besar perwakilan dan keadaan menjadi lebih tegang apabila penyokong kedua-dua pihak bertindak liar dan membaling kerusi serta fail atur cara perhimpunan.

Kejadian itu berterusan selama lima minit hingga memaksa Ong mencabar pasukan keselamatan yang gagal mengawal keadaan, meletakkan jawatan.

Cabaran itu disahut beberapa pengawal keselamatan yang bertindak menanggalkan pakaian keselamatan sebelum keluar dewan. Berikutan itu, Ong terpaksa meminta bantuan polis membawa keluar perwakilan yang masih membuat bising.

Tindakan polis membawa seorang perwakilan itu keluar pula tidak disenangi Yew dan penyokongnya yang mengambil keputusan memulaukan perhimpunan itu.

Ekoran kejadian itu, perhimpunan yang disambung semula selepas keadaan reda, meluluskan resolusi tergempar memecat Yew dan Naib Pengerusi Pemuda MCA Loo Sing Kok yang juga Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.

Resolusi itu diluluskan apabila 730 perwakilan mengangkat tangan menyokong pemecatan Yew dan Loo, 19 membantah manakala 13 lagi berkecuali.

Ong ketika ditemui berkata, beliau tidak menolak kemungkinan insiden itu bertujuan mensabotaj dan menggagalkan perhimpunan itu.

'Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang andaian,' katanya.