Laman Webantu   KM2A1: 5175 File Size: 15.7 Kb *



TJ SP MGG: Mainan Politik UMNO Lagi
By M.G.G. Pillai

7/8/2001 9:13 pm Tue

[Apa yang berlaku sekarang menampakkan Umno asyik menyerang sahaja dan pembangkang cuma bertahan walaupun ramai sudah terkeluar gelanggang. Mahathir amat banyak menggertak dan melakukan percubaan untuk menguji reaksi pembangkang yang nampaknya me'layu' sahaja walaupun pengadil baru sudahpun tiba.

Ada banyak muslihat Mahathir menggunakan perkataan ajaib 'ancaman' mujahiden atau fundamentalis islam kerana itu mungkin mampu menggoda Bush agar menemuinya sehingga masyarakat Cina serta pelabur terpedaya. Ekonomi yang tenat menyebabkan Mahathir perlu mencari kawan tetapi imejnya sudah tercalar di mata dunia kerana isu lebam dan sakit Anwar. Tetapi Bush yang baru menerajui negara amat berwaspada kerana Mahathir baru berpeluk dengan Castro. Sebab itulah dia mengirim duta yang bukan sebarangan orangnya untuk mengajar beberapa perkara. Sepatutnya Mahathir menemui orang Bush itu dulu tapi dia terlalu besar kepala.

Penangkapan anak TG Nik Aziz amat tidak wajar kerana dia memerangi komunis yang memang dimusuhi Malaysia. Malah kerajaan sendiri merestukannya dulu. Jika mencegah lebih mustajab sepatutnya kerajaan tidak membenarkan dia terlibat sejak dari mula - bukannya menangkap sekarang kerana itu langsung tidak kena. Kalaulah begini cara kerajaan menangani orang yang pakar dan terlatih lebih baik tidak dibuat MSC kerana itu akan menyebabkan munculnya penyangak IT pula.....
- Editor
]


Malaysiakini

CHIAROSCURO 6 Ogos 2001

Oleh: M.G.G. Pillai

Mainan Politik UMNO Lagi

(A Political Football for UMNO)

Pada sekitar 1990-an dulu segelintir pemuda Islam Malaysia, yang sebahagian besarnya daripada PAS, telah menyahut seruan untuk menjadi pejuang sukarela di Afghanistan memerangi kerajaan yang disokong oleh Soviet Union. Media massa Malaysia telah mengalukan pembabitan mereka. Dalam kumpulan itu terdapat juga ahli UMNO dan Abim. Kerajaan tidak menahan pemergian mereka kerana ketika itu kerajaan juga yang mencadangkan bahawa adalah sebahagian tugas warga Islam untuk berjihad dengan nama Islam (Allah sebenarnya - penterjemah). Sebahagian daripada kumpulan itu telah berlepas ke Afghanistan, dan pulang tanpa banyak hiruk-pikuk. Apa yang mereka laksanakan di sana tidak ada siapapun yang ambil sibuk.

Namun, masih ada satu yang pasti telah terjadi: mereka telah menjalani latihan ketenteraan, kerana seorang gerilla mesti tahu cara menangani senjata, tidak kira ianya selaras raifel ataupun bazooka ataupun cara melontar bom tangan. Kalau benar mereka sudah bertarung di Afghanistan, sudah pasti mereka tahu menggunakan senjata api.

Sekarang, apakah mereka benar-benar terlibat dengan apa yang dituduh oleh pihak polis? Kita tidak tahu-menahu. Tetapi, penangkapan dilakukan apabila perdana menteri Mahathir Mohamad dan UMNO sedang dihimpit cabaran yang bertali arus yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Jelas, penangkapan terbaru itu dilihat sebagai satu mainan taktik politik sahaja dan bukannya sebagai benar-benar berunsurkan 'keselamatan negara yang terancam'.

Timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri, Abdullah A. Badawi, berkata bahawa kumpulan ini adalah satu ancaman. Jika tidak, kerajaan tidak bertindak, dan tidak pula mengatakan apakah banyak tangkapan lagi.

Timbalan Paklah, Zainal Abidin Zin, menambah pula: pihak polis akan bertindak terhadap sebarang kumpulan militan tidak kiralah siapa yang terlibat. Sekurang-kurangnya empat ahli PAS telah ditangkap daripada 10 orang yang dituduh. Salah seorang daripada mereka itu ialah anak Menteri Besar Kelantan. Anaknya itu berusia 34 tahun. Memang boleh dijangkakan, ramai lagi akan ditangkap.

Apabila Ketua Polis Negara, Norian Mai, menyebut secara bersahaja kumpulan Mujahid Malaysia, dengan konotasi adanya fundamentalis Islam di negara yang bersedia mencetuskan huru-hara, membabitkan pelbagai kes pembunuhan, rompakan yang tidak dapat diselesaikan oleh anggota polis yang dipimpinnya, perkara ini menjadi satu mainan politik dalam perjuangan UMNO untuk menonjolkan kepimpinan yang dikira sah.

Deux et machina

('Deux et machina': penjelasan istilah drama purba: ialah satu peristiwa yang tercetus ataupun sengaja dicetuskan sebagai peristiwa yang tidak boleh ditangani dan diselesaikan dengan mudah, yang selalunya dibentangkan dalam lakonan teater ataupun persembahan cerita novel - penterjemah)

Bilakah agaknya polis sedar bahawa kumpulan ini adalah satu kumpulan berbahaya dan mudah mencetuskan kerja-kerja gila? Seperti juga kisah Al-Maunah, di mana ramai lagi pemimpinnya yang sedang diadili, kumpulan Mujahid Malaysia ini memberikan satu alasan 'deux et machina' untuk membantu kerajaan dan juga UMNO membolosi kegawatan politik yang menghantui mereka bersama.

Dengan hal demikian, penahanan itu mencetuskan lebih banyak soalan daripada jawapannya. PAS memang bijak menafikan pembabitannya dengan segala salahlaku yang dipalitkan oleh polis terhadapnya. Kalaulah kumpulan ini dikatakan bertindak ganas dan militan untuk menghuru-harakan negara, kerajaan seharusnya berdepan dengan kenyataan rasminya. Abdullah, yang selalunya tidak diberitahu dulu akan segala penangkapan di bawah ISA, seperti yang selalu ditegaskannya sehinggalah semuanya terdedah untuknya, pada kali ini mesti telah mengarahkan mereka ditahan bawah ISA dan tidak dibawa untuk dibacakan tuduhan di mahkamah secara terbuka.

Apabila ISA digunakan secara mudah, seperti kehendak nafsu-nafsi Norian Mai, seolah-olah terjadi pembunuhan, jenayah dan segala kebajingan yang berat-berat, mereka yang ditangkap seharusnya dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan. Seandainya polis mempunyai bukti yang jelas dan muktamad, seperti yang sepatutnya apabila mengemukakan segala tohmahan yang ada, mereka mestilah diberikan taraf penjenayah biasa, tanpa berselindung di sebalik ISA, yang pada dasarnya hanya mengikuti keluhuran undang-undang yang memberi tafsiran mereka bertindak secara berahsia. Seperti yang berlaku dalam Episod Anwar Ibrahim, kekerasan telah digunakan. Dalam episod itu, Ketua Polis Negara sendiri yang terlibat tanpa ada sesiapa yang dipertanggung-jawabkan dengan kerja musibat itu.

Ini bukan bermakna kumpulan demikian tidak wujud ataupun tidak adanya agenda politik yang disebut oleh polis. Masa dan ketikanya ataupun 'temengnya' yang diragukan. Tidak ramai yang sanggup mempercayai pihak polis kerana selama ini mereka kerap bertindak buas memihak kepada agenda politik kerajaan dan bukannya mengikut peraturan undang-undang negara. Kalaulah perkara ini begitu serius, perkara ini sepatutnya didedahkan melalui saluran yang lebih rasmi dan berwibawa seperti Parlimen untuk membuat pengumumannya, dan bukannya sebagai satu acara tambahan kepada satu sidang akhbar yang tidak relevan. Demikianlah yang sebenarnya terjadi kerana sidang akhbar itu diadakan selepas selesainya satu majlis yang dihadiri oleh timbalan perdana menteri yang ditemani oleh IGP Norian Mai.

Apabila pentadbiran dokongan Soviet dikalahkan di Afghanistan, dan tertegaknya satu kerjaan Islam yang mengambil-alih kuasa di Kabul, pertelagahan dalaman antara pelbagai fraksi pejuang Islam itu telah mencetuskan peperangan saudara yang membawa kemenangan kepada Taliban. Apa juga pihak yang terlibat pada awalan itu wujud beberapa mujahid daripada pelbagai negara luar, terutama sekali daripada Timur Tengah. Apa jugapun pembabitan mereka, tujuan utama ialah perjuangan yang suci berlapikkan 'Jihad'.

Keresahan dan Pengangguran

Akan tetapi, kemenangan pihak Taliban telah menggugat kerunsingan di tanahair darimana para Mujahid itu mula-mula muncul. Negara Islam di Timur Tengah tidak mengizinkan kepulangan para mujahid di kalangan rakyatnya yang sah. Kewujudan satu kumpulan gerilla yang telah terlatih, tetapi menganggur dan tidak selesa dengan keadaan mereka boleh mencemarkan keharmonian masyarakatnya. Kerana itu mereka bertahan di wilayah itu dan India mengisytiharkan pernah mambunuh ramai kumpulan itu di Khasmir. Di sana memang ramai mujahid daripada negara luar yang terus bertahan meneruskan perjuangan membebaskan negeri Islam itu.

Norian Mai memang tidak silap bila mengatakan mereka yang pergi menentang pasukan Soviet dulu memang telah terlatih. Di Malaysia, bekas anggota tentera terlibat dengan kerja-kerja merompak dan jenayah. Pada satu ketika dalam 1970-an dulu, Parti Komunis Malaya telah menggaji bekas askar untuk berjuang bagi pihak mereka menyebabkan kerajaan bertindak untuk memperbaiki sistem pencen mereka. Dengan demikian, tuduhan kerajaan akan adanya Mujahid Malaysia sudah tentu bukan satu perkara pembohongan.

Akan tetapi, adalah satu perkara yang ganjil apabila Abdullah bertegas mahu bertindak hanya seandainya perkara ini serius. Selama ini saya beranggpan bahawa dalam hal keselamatan negara, kerja-kerja pencegahan adalah lebih utama daripada penyelesaiannya. Apakah kerajaan berfikir sedemikian? Sepatutnya penangkapan itu disusuli dengan satu Kertas Putih Kerajaan memberikan penjelasan betapa seriusnya perkara itu dengan segala alasan seterusnya. Sebaliknya kita hanya disogokkan dengan cakap-cakap menteri kanan termasuk timbalan perdana menteri merangkap menteri hal ehwal dalam negeri, menyatakan segala niat baik kerajaan, bahawa kerajaan tidak bertindak selagi perkara itu tidak serius dan penangkapan tidak dilakukan tanpa sebarang bukti.

Semua ini nampak cantik dan baik. Cuma, ia amat bercanggah dengan kedudukan Malaysia di mata masyarakat antarabangsa. Parlimen Eropah bertegas mahukan Malaysia menghentikan penahanan preventif, seperti di bawah ISA, terhadap semua tahanan politik. Menteri luar Hamid Albar dan menteri kabinet yang lain telah mencemuh pra-syarat presiden George W Bush sebelum beliau bersetuju menemui Mahathir.

Kemelut Anwar

Adalah terlalu samar apakah mahathir mampu berbincang dengan Bush ketika mereka berkumpul di Shanghai dalam kemuncak Apec pada akhir tahun ini. Dia dikatakan akan berbincang dengan beberapa pemimpin Asian, tetapi daripada Asia, hanya empat orang ketua kerajaan yang berkemungkinan bertemu Bush sebagai ketua kerajaan mereka - daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Jepun dan China semestinya. Mahathir telah menafikan dia berniat berbincang dengan Bush, sekaligus mengurangkan peluang adanya pertemuan itu.

Seorang kolumnis The Sun on Sunday (5 Ogos) telah mengutip laporan Far Eastern Economic Review yang melaporkan keinginan Mahathir bertemu Bush di Shanghai sebagai satu tohmahan. Sebenarnya Mahathir mahukan lebih dari itu, seandainya jadual lawatannya itu menjadi selepas Persidangan PBB. Dia mahukan pertemuan dengan Presiden Bush itu sebagai satu tangkal azimat betapa dia sudah diterima kembali oleh Rumah Putih.

Tidak mungkin impian Mahathir akan kesampaian. Pentadbiran Bush memberi penekanan terhadap Amerika Latin. Dasar Timur Tengah Amerika sengaja dibiarkan bantat, pandangannya menyeluruhi Asia adalah lebih berkait kepada China berbanding Jepun, dan kalaupun pandangan itu terpaling arah Asia Tenggara, tentunya ia tertumpu kepada Singapura, proksi pertahanannya di rantau ini dan Indonesia.

Inilah yang menjadi satu teka-teki yang menarik. Apakah segala penahanan itu mahu menunjuk-nunjuk kepada Amerika bahawa kerajaan memang tegas terhadap 'fundamentalist Islam' menonjolkan kepalanya di Malaysia? Ataupun itu hanya satu helah untuk memberitahu dunia orang putih betapa kerajaan Mahathir terpaksa menerima kemasukan orang-orang yang pekat fahaman keIslamannya tetapi tidak sampai menerima kemasukan mereka yang dianggap terlalu ekstrim dalam pendekatan mereka? Ataupun penahanan itu semua adalah satu lagak sombong dan angkuh untuk memberitahu negara barat terutama sekali Amerika Syarikat bahawa kerajaan Mahathir boleh lakukan apa juga bentuk pemerintahan yang dia suka?

Mengikut jadualnya, Perdana Menteri akan berada di Jerman, dan berkemungkinan disoal kenapa beliau tidak membenarkan Anwar keluar negara menerima rawatannya. Kenapa pula dia menangkap semua orang ini bawah Akta ISA? Malahan, dia akan dihantui penentangnya setibanya di Eropah ataupun Amerika Syarikat.

Penentangan setempat kini sudah dikaitkan dengan hubungan luar negara. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku, tetapi Malaysia sengaja menggunakan kisah luar negara sebagai pelencong untuk meredakan masalah dalam negeri. Bukannya sebagai ubat mujarab kepada sebagai pencetus masalah. Serangan Malaysia terhadap Amerika Syarikat memang tidak relevan. Perkara ini sepatutnya tidak berbangkit kerana selama ini Amerika telah membantu melindungi Malaysia ketika era Perang Dingin dulu lagi. Lagipun Amerika merupakan rakan niaga yang terbesar kepada negara. Rakyat Malaysia sudah menjadi terlalu taksub dengan keceluparan dan kata-kata menghina yang keluar daripada mulut busuk Mahathir sehingga tidak sedar hakikatnya di bahagian mana roti di tangan yang disapu menteganya (siapa kawan dan siapa lawan).

Hakikat inilah yang kini melantun dengan segala taik dendamannya. Segala penahanan di bawah ISA itu adalah satu lagi muslihat mega untuk mencemuh segala pengkritik luar negara bahawa Malaysia akan bertindak tegas terhadap fundamentalis Islam. Sayangnya langkah haprak ini tidak akan berjaya, mengikut suasana yang ada, memberi sebarang jempulan kepada Mahathir. Kini, dia mesti membuat kepastian mana satu pilihannya, menghadiri Sidang PBB ataupun menunjukkan muka kerepotnya di Kemuncak Apec di Shanghai. Kalaulah dia tidak berjaya bertemu dengan Bush di kedua-dua majlis itu, terpaksalah dia merencana satu skrip lagi untuk dijadikan alasan untuk menyelamatkan airmuka. Inilah sebabnya sudah semakin besar kesangsian mengenai segala tuduhan haprak terhadap Mujahid Malaysia - kerana rakyat tidak mempercayainya.

MGG Pillai

Terjemahan SPAR 01




Catatan Penterjemah:
Sejak tiga belas bulan dulu, Al-Maunah dirancang oleh satu skrip gila-gila di Putrajaya sebagai pemangkin untuk menangkap orang-orang PAS. Operasi latihan dilakukan dengan menangkap pemimpin Keadilan dan disusuli dengan penangkapan pemimpin pelajar universiti untuk melihat apakah pemimpin PAS sanggup ke hadapan memimpin rakyat membantah penangkapan itu. Pemimpin PAS tidak mampu mencongak langkah bijak regim Mahatir kerana mereka terlalu taksub dengan kemewahan terbaru. Seorang penulis Melayu pernah berkata 'Kalau anda leka dengan berkhayal membiarkan masalah Mahathir mendera rakyatnya, anda akan satu hari terjebak dengan perangkap yang sama !'

Kini, hakikatnya di depan mata, ketahanan PAS dibogelkan dengan sengaja oleh Raja Silapmata Dunia. Apakah tindakan PAS seterusnya? Ada orang kata PAS sekarang ini amat berbeza dengan PAS dulu-dulu!!! Sengat perjuangannya yang suci murni itu sudah turut terpalit tahi dan shit busuk mainan orang dalam yang didalangi oleh UMNO. Betulkah begitu??