Laman Webantu   KM2A1: 5184 File Size: 13.7 Kb *



TAG SP 241: B3D - Perjalanan Yang Panjang [Mandela]
By Nelson Mandela

8/8/2001 11:51 pm Wed

[Sebenarnya sejarah banyak mengajar kita siapa sebenarnya musuh dan kawan. Kita perlu mengkaji semua sumber barulah dapat menilai siapa yang benar kerana ada kisah yang sengaja disembunyi dan diputar untuk memenjara minda. Perhatikan Mandela menyibuk untuk mendengar kerana ada banyak perkara yang boleh dibelajar. Orang tua-tua yang berilmu perlu didekati kerana mereka sudah lama mengharungi hidup ini dan mengalami sejarah itu sendiri. Bila kita memahami sejarah bangsa barulah kita akan sedar mengapa begini jadinya kita terjajah di bumi sendiri.

Kata orang tua-tua: "A good listener is a good orator." - Editor]


PERJALANAN YANG PANJANG

(Long Walk To Freedom)


Oleh: Nelson Mandela



Satu Autobiografi

Terjemahan SPAR 11



Bab 3D

Saya memulakan minat terhadap sejarah Afrika ketika membesar di Mqhekezweni. Sebelum itu saya hanya mendengar kisah perwira Xhosa sahaja, tetapi di Great Palace saya telah mempelajari sejarah perwira Afrika yang lain seperti Sekhukhune, raja Bapedi, raja Basotho, Moshoeshoe dan Dingane, raja-raja kaum Zulu, dan orang lain seperti Bambatha, Hinsa, Makana, Montshiwa dan Kgama. Saya mengetahui nama-nama mereka daripada ketua dan penggawa yang datang menziarahi Great Palace untuk menyelesaikan perbalahan dan masalah. Walupun mereka bukannya peguam, tokoh-tokoh ini mengemukakan kes mereka dan mengadilinya. Ada harinya mereka selesai bersidang lebih awal dan duduk bersembang. Saya sengaja menyibuk pada ketika itu untuk mendengar agar dapat tahu; mereka bercakap secara bergurindam dalam cara yang tidak pernah saya dengar sebelum itu. Ucapan mereka memang formal serta bernas, cara tuturan mereka lembab dan tidak tergesa-gesa, kerana intonasi bahasa kami memang panjang dan dramatik bunyinya.

Pada tahap awal mereka menghalau saya kerana terlalu muda, kata mereka. Kemudian mereka menggamit saya mengambilkan api ataupun air untuk mereka, ataupun disuruh memesan minuman. Kerana itu sayapun sibuk berlegar-legar sambil memasang telinga untuk mendengar. Tidak lama kemudian, mereka membiarkan saya berada bersama, dan ketika itu barulah saya mula mempelajari pejuang Afrika yang bertarung melawan dominasi Barat. Imaginasi saya menjadi membara mendengarkan kejaguhan para panglima Afrika itu.


Chief Joyi

Antara ketua yang paling tua dan amat dihormati ketika itu ialah Zwelibhangile Joyi, seorang putera daripada keturunan Rumah Besar Raja Ngubengcuka. Chief Joyi sudah begitu tua sehinggakan kedutan kulitnya sudah bergayut pada badannya laksana sehelai kot yang longgar. Ceritanya selalu lembab dan kerap tersekat-sekat untuk beberapa minit setiap kali dia bercerita. Chief Joyi adalah pakar susur-galur sejarah Thembu kerana usianya yang begitu lama menghayati sendiri perjalanan peristiwa kehidupan bangsa itu.

Walaupun Chief Joyi sudah terlalu tua dan kurang daya, dia mampu bertenaga apabila menceritakan kisah 'impis' para pahlawan dalam tentera Raja Ngangelizwe. Laksana melakonkan satu pantomin, Chief Joyi, melakonkan lontaran tombaknya dan cara merangkak di bumi sambil dia memberi penerangan kekalahan dan kemenangan zaman silam. Dia telah menceritakan kisah keberanian, kemurahan hati dan keabdian Ngangelizwe.

Bukan semua kisah sejarah Chief Joyi itu tertumpu kepada Puak Thembo. Kali pertama dia bercerita mengenai para pejuang bukan kaum Xhosa saya telah menyoal diri saya kenapa pula dia berlagak demikian. Seperti seorang anak tempatan yang mengidola seorang pemain bola tempatan, sudah tentu saya tidak berapa berminat dengan pemain bola nasional yang tidak ada hubungan dengan peminat tempatan tadi. Hanya beberapa lama kemudiannya barulah saya sedar senariao sejarah Afrika yang lebih luas, dan segala perjuangan pahlawan Afrika tidak kiralah apa kaum dan suku-kaumnya.

Chief Joyi mencaci orang putih kerana dia yakin mereka telah memecah-belahkan Bangsa Xhosa, sehingga terpisah seorang saudara daripada saudaranya yang lain. Orang putih telah memberitahu Bangsa Thembu betapa ketua mereka yang sebenarnya adalah seorang ratu berkulit putih yang bertakhta di seberang samudera. Mereka adalah rakyat baginda. Tetapi, ratu kulit putih itu tidakpun membawa sebarang hadiah kecuali malapetaka kepada rakyat kulit hitam. Kalaupun baginda seorang ketua, baginda merupakan seorang ketua bajingan yang haprak. Segala cerita lama Chief Joyi dan cara dia mencela British telah membuatkan saya naik berang dan merasa tertipu, seolah-olah saya telah dinafikan hak keistimewaan terhadap tanah kelahiran saya.

Chief Joyi telah berkata bahawa rakyat Afrika telah lama hidup aman damai sehinggalah munculnya 'abelungu' orang putih yang datang daripda seberang laut dengan membawa senjata yang mengeluarkan nafas berapi. Pada satu ketika dulu, katanya, Bangsa Thembu, Pondo, Xhosa, dan Zulu adalah daripada rumpun yang sama dan bermula daripada seorang bapa yang serupa dan hidup selesa seperti adik beradik juga. Orang putih telah menghancurkan semangat 'abantu', persaudaraan dan setiakawan pelbagai bangsa dan kaum itu. Orang putih menjadi rakus untuk mendapatkan tanah. Tetapi, orang Afrika sanggup merelakan tanah itu dikongsi bersama seperti kerelaan kulit hitam itu mengongsi air dan udara; tanah bukannya sesuatu yang mesti dimiliki oleh manusia; Namun, orang putih telah merampas tanah itu laksana seseorang merampas kuda kepunyaan orang lain.

Pada waktu itu saya masih tidak sedar bahawa sejarah sebenar negara kami tidak boleh didapati dalam buku sejarah yang disediakan sebagai teks persekolahan yang biasa. Namun, buku sejarah dulu menceritakan betapa Afrika adalah tanah yang diterokai oleh Jan van Riebeeck yang sampai di Tanjung Harapan pada 1652. Hanya daripada Chief Joyi barulah saya sedar betapa sejarah manusia kulit hitam yang berbahasa Bantu bermula daripada bahagian utara, daripada sebuah negeri yang penuh dengan tasik dan lembah perkampungan yang kehijauan, sehinggalah kami sedikit demi sedikit berhijrah ke arah selatan untuk menghuni sebahagian tanah di penghujung perjalanan yang panjang itu. Namun, saya mendapati bahawa sebahagian cerita sejarah Chief Joyi, terutama sekali selepas 1652, ada juga kesilapannya.



--ooOoo--


Di Mqhekezweni saya membesar dengan teratur. Mqhekezweni adalah sebuah bandar yang lebih besar dan sempurna daripada Qunu. Di Qunu dulu penduduk kampung dianggap lebih kuno daripada penduduk Mqhekezweni. Kerana itu putera mahkota memang tidak gemar kalau saya pergi menziarahi ibu di Qunu, memikirkan saya berkemungkinan terpengaruh dengan cara lama. Setiap kali saya pulang menziarahi ibu, saya dapat rasakan ibu sudah pun diberitahu lebih awal lagi akan segala perkara mengenai diri saya oleh regent itu. Ibu kerap menyoal siapakah teman sepermainan saya di istana itu. Tetapi, banyak kali juga putera mahkota mengarahkan supaya ibu dan adik-adik perempuan saya dibawa bertemu saya di istana.

Kali pertama saya tiba di Mqhekezweni dulu, saya telah dianggap oleh kawan-kawan sebaya saya laksana seekor rusa masuk kampung. Mereka menganggap saya tidak cukup latihan untuk menyesuaikan diri hidup dalam lingkungan suasana istana Great Palace. Tetapi, seperti juga anak muda yang lain, saya nekad memperbetulkan kelemahan yang ada dan cuba sedaya upaya menonjolkan perwatakan yang disenangi kalaupun belum dikagumi. Pernah satu hari di dalam gereja saya terpandangkan seorang gadis yang sungguh cantik paras rupanya dan merupakan salah seorang anak perempuan Reverand Matyolo. Winnie adalah namanya, dan saya telah mengajaknya keluar bersiar-siar pada satu hari; dan pelawaan itu telah diterimanya dengan senang hati. Namun, Winnie ada seorang kakak yang berlagak seolah-olah saya ini tidak secocok dengan adiknya. Untuk membuktikan kepada adiknya bahawa saya tidak cukup betamadun, mereka mengajak saya makan tengah hari di rumah mereka. Saya masih lagi dengan kebiasaan cara makan di rumah, secara makan bersuap tanpa sudu dan garpu. Di waktu menjamu saya di meja keluarga mereka, si kakak yang berlagak telah menghidangkan satu kepak ayam untuk saya makan. Tetapi, kepak itu tidak pula lembut dan mudah disiat-siat. Hidangan itu sengaja disediakan keras dan kejang sehingga sukar menyiat daging daripada tulangnya dengan menggunakan sudu dan garpu.

Mula-mula saya perhatikan cara orang lain menggunakan sudu dan garpu dengan mudah sekali. Sayapun cuba meniru gelagat mereka dan cuba menyerang hidangan yang disediakan. Pada mulanya saya pusingkan kepak itu dengan harapan dagingnya dapat disiat. Betapapun saya mencuba memotong ayam itu, ia terus menafikan usaha saya sehinggakan kerap sangat pisau dan garpu bertelingkah di atas pinggan. Saya mencuba juga dan memerhatikan si kakak tadi berbisik-bisik kepada teling adiknya, seolah-olah dia berkata: "Seperti yang kakak sudah katakan." Saya terus mencuba sehingga berpeluh seluruh muka. Tetapi, saya tidak mahu mengalah dengan memegang ayam itu. Pada kali itu saya tidak dapat menikmati hidangan makan tengah hari.

Tidak lama kemudian si kakak telah memberitahu adiknya, "Kamu akan membazirkan masa seandainya kamu jatuh cinta dengan seorang pemuda kampung yang tidak tahu apa-apa." Tetapi saya gembira apabila si adik enggan mendengar nasihat kakaknya - dia mencintai saya. Betapapun kunonya saya ketika itu. Namun akhirnya, kami berpisah juga, mencari haluan masing-masing. Winnie telah dihantar ke sekolah lain untuk dilatih menjadi seorang guru. Kami berutusan surat untuk beberapa tahun sehinggalah saya tidak lagi dapat mengesannya. Sehingga waktu itu saya telah berjaya memperbaiki cara menonjolkan etika beradab ketika makan.

....bersambung....


Rolihlahla88@hotmail.com




Asal: (Sebahagian Sahaja)

http://archives.obs-us.com/obs/
english/books/Mandela/pp20-21.html


Part One

A COUNTRY CHILDHOOD

Chief Joyi

The most ancient of the chiefs who regaled the gathered elders with ancient tales was Zwelibhangile Joyi, a son from the Great House of King Ngubengcuka. Chief Joyi was so old that his wrinkled skin hung on him like a loose-fitting coat. His stories unfolded slowly and were often punctuated by a great wheezing cough, which would force him to stop for minutes at a time. Chief Joyi was the great authority on the history of the Thembus in large part because he had lived through so much of it.

But as grizzled as Chief Joyi often seemed, the decades fell off him when he spoke of having been a young impi, or warrior, in the army of King Ngangelizwe fighting the British. In pantomime, Chief Joyi would fling his spear and creep along the veld as he narrated the victories and defeats. He spoke of Ngangelizwe's heroism, generosity, and humility, and how honored he was to fight for such a leader.

Not all of Chief Joyi's stories revolved around the Thembus. When he first spoke of non-Xhosa warriors, I wondered why. I was like a boy who worships a local soccer hero and is not interested in a national soccer star with whom he has no connection. Only later was I moved by the broad sweep of African history, and the deeds of all African heroes regardless of tribe.

Chief Joyi railed against the white man, who he believed had deliberately sundered the Xhosa tribe, dividing brother from brother. The white man had told the Thembus that their true chief was the great white queen across the ocean and that they were her subjects. But the white queen brought nothing but misery and perfidy to the black people, and if she was a chief she was an evil chief. Chief Joyi's war stories and his indictment of the British made me feel angry and cheated, as though I had already been robbed of my own birthright.

Chief Joyi said that the African people lived in relative peace until the coming of the abelungu, the white people, who arrived from across the sea with fire-breathing weapons. Once, he said, the Thembu, the Mpondo, the Xhosa, and the Zulu were all children of one father, and lived as brothers. The white man shattered the abantu, the fellowship, of the various tribes. The white man was hungry and greedy for land, and the black man shared the land with him as they shared the air and water; land was not for man to possess. But the white man took the land as you might seize another man's horse.

I did not yet know that the real history of our country was not to be found in standard British textbooks, which claimed South Africa began with the landing of Jan Van Riebeeck at the Cape of Good Hope in 1652. It was from Chief Joyi that I began to discover that the history of the Bantu-speaking peoples began far to the north, in a country of lakes and green plains and valleys, and that slowly over the millennia we made our way down to the very tip of this great continent. However, I later discovered that Chief Joyi's account of African history, particularly after 1652, was not always so accurate.