Laman Webantu   KM2A1: 5213 File Size: 30.5 Kb *



TAG SP 248: Asiaweek - Ladang Impian [MSC/E-village]
By William Mellor

13/8/2001 6:23 am Mon

[Kalau projek sudah besar rugipun besar juga. Sebenarnya yang perlu dibesarkan dulu bukannya pembangunan infrastruktur tetapi pembangunan kepintaran terlebih dahulu. Tanpa otak yang cair, pasir yang tidak begitu bernilai itu tidak akan menjadi 'emas' yang amat berharga.

Bill Gates lebih berminat dengan India kerana disana ada otak yang bergeliga yang mengancam dunia IT - bukannya kerana ada projek raksaksa yang memecahkan rekod berbelanja. Yang menjadi daya penarik pelaburan IT bukannya infrastruktur tetapi kepintaran sebenarnya. Dan kepintaran itu selalunya tidak berputik di MSC tetapi di universiti serta garaj sendiri kerana usahawan dapat bergerak bebas tanpa sesiapa mengacau atau memerhati. Kerajaan perlu memahami unsur 'sendiri' dalam usahawan IT - jika tidak MSC akan menjadi impian yang sukar dikecapi. Bukankah semua tokoh IT Silicon Valley itu jenis 'sendiri' kebanyakkannya? - Editor]


Asiaweek
17 Ogos 2001

Ladang Impian

(Field of Dreams)

Oleh: William Mellor

Ibrahim Abdul Ghaffar bukan merupakan insan yang terbaik sebagai bahan pengiklanan untuk mempromosikan dunia baru Lebuhraya Multimedia (MSC). Itulah dia satu rencana berani PM Mahathir Mohammad untuk meniru kecanggihan Silicon Valley dan kemasyhuran Hollywood dan merangkumkan dua konsep itu untuk ditanam di sebuah hutan di bahagian selatan Kuala Lumpur. Pemaju hartanah yang gempal itu terkenal dengan minatnya berkaraoke, kereta Jaguar, dan pengawal peribadi yang besar-besar badannya. Pada akhir tahun lalu beliau telah diberikan salah satu projek terunggul MSC bernilai USD 790juta (sekitar RM3.2 bilion). Projek bernilai begitu adalah untuk membikin studio berunsur hi-tech, dan 'Theme Park' berunsur Disneyland. Apabila dirangkum dua projek ini ia menjadi satu kompleks yang digembar-gemburkan sebagai E-Village.

Hanya pada Septembr lalu, Ibrahim seolah-olah berada dimercu kayangan. Untuk menyambut Fasa Pertama bikinan E-Village itu, yang juga merupakan satu daripada lapan pentas-bunyi yang tercanggih komponenannya, dia telah mengadakan satu majlis yang berbentuk 'gala-extravaganza' (beerti menghabiskan duit raykat marhaen - itu sahaja!) melibatkan Jackie Chan. Tetapi apabila muncul bulan Mei, kerja-kerja pembangunan pada projek yang diwar-warkan sungguh mega itu telah terbantut (bererti sebahagian besar pekerja sudahpun cabut - penterjemah). Tercetuslah tandatanya apakah Ibrahim dan rakan niaganya benar-benar mempunyai kepintaran dan kewangan secukupnya untuk menyiapkan projek impian itu. Berkata Don Groves, editor serantau majalah berpengaruh 'Variety': Memang tidak menjadi satu rahsia lagi, betapa E-Village adalah satu projek gajah putih. Orang yang tidak layak telah dikurniakan projek itu (bererti Mahathir telah menyerahkan bunga emas kepada beruknya - penterjemah)

Lebuhraya Multimedia itu adalah satu lagi contoh betapa pincangnya strategi pembangunan Mahathir: memberikan para kroni, yang tidak mempunyai pengalaman seperti Ibrahim satu francais untuk membina dan menguruskan satu projek mega yang bertujuan menaikkan nama baik Malaysia meniti status negara maju. Selalu sangat rencaan mega seperti itu terbantut. Mujur kepada rakyat Malaysia yang gundah, satu kisah akan terdedah di sebalik segala kehaprakan projek MSC bedebah. Sekumpulan kecil tekno-usahawan telah menunjukkan betapa Malaysia mampu membangun satu perkampung IT ala Lembah Silikon. Ada yang sudah mampu bersaingdi arena sejagat sebagai pengurus sistem pengurusan lapangan terbang. Malahan, Universiti Multimedia berjaya mengembangkan pasarannya ke Eropah. Berkata seorang diplomat kanan Asian di Kuala Lumpur: 'MSC telah memberikan gambaran apa yang terbaik dan terburuk dalam sinario perniagaan Malaysia.'

Kemelut E-Village (Perkampungan Hiburan) sudah tentu akan dirakam sebagai yang paling teruk dan paling memalukan. Pada tahap asalnya, pembangunan E-Village dianugerahkan kepada Datuk Keramat Holdings (DKH) sebuah sayrikat tersenarai di mana Ibrahim merupakan timbalan pengerusi syarikat. Kumpulan DKH memilikki Levesden Studios di London. Di sanalah, perfileman Sar Wars Episode 1 - the Phantom Menace telah dilaksanakan. Tetapi, rentetan satu rebutan kuasa dalaman telah menyingkirkan Ibrahim daripada lembaga DKH. Mulimedia Development Corporation (MDC) badan kerajaan yang mengawasi MSC telah menarik keluar E-Village daripada DKH dan menganugerahkannya kepada Ibrahim sahaja. Sedangkan Ibrahim sudah tidak lagi mempunyai laluan kepada Levesden Studios.

Syarikat peribadi Ibrahim lantas menghadapi kekurangan dana untuk meneruskan lakonannya dan memaksa MSC mengeluarkan pinjaman bersamaan USD 7 juta dalam bentuk 'loan stocks'. Kini, pihak pengurusan sedang mencari pelabur baru yang dan menyuntik modal menyambung semula projek yang dikecilkan skalanya. Dua pelabur sudah disebut: Lim Goh Tong, taikun kumpulan judi Genting dan Syed Mokhtar al-Bukhary seorang anakmas Mahathir yang terkini, seorang hartawan Melayu yang amat gemar bersembunyi. Namun, mereka pun akan tertekan menceriakan Mahathir untuk menyudahkan ladang impian.

Episod kegagalan E-Village itu sudah mencetuskan beberapa cadangan agar kerajaan merobah halatuju MSC. Lima tahun sudah pun berlalu sejak pelancarannya dan kini projek itu akan menghampiri suasana mesyuarat tahunan di mana beberapa ikon sejagat menjadi panel penasihat antarabangsanya. Apa yang dianggap satu ketika dulu projek hi-tech SILLICLONE Asia kini semakin menjadi bahan gurauan para penyelidiknya. Pendedahan berleluasanya proses pembaziran utnuk menyenangkan para kroni, pak-pacak, dan suku-sakat telah menaikkan marah rakyat Malaysia. Saingan hebat daripada wilayah hi-tech di negara lain telah mencetuskan kekurangan minat pelabur dan menambahkan kesulitan meyediakan pekerja mahir dalam bidang IT. Walaupun Bill Gates daripada Microsoft pernah menggambarkan MSC sebagai 'mengkagumkan' dia dan juga beberapa gergasi hi-tech Amerika belum lagi membuat pelaburan yang besar di sini.

Satu lapuran pihak perunding yang dibocorkan kepada media massa rantau ini telah menggambarkan MDC sebagai telalu taksub dengan birokrasi dan menjelaskan betapa projek itu belum menyumbang apa-apa kepada ekonomi negara. Malahan akhbar tempatan yang terlalu taksub memuji kerajaan telah berpusing kerana runsing. 'MSC itu telah kehilangan daya-saingnya sebagai yang terulung di pasarannya,' kata seorang kolumnis A. Shukor Rahman (NST) baru-baru ini.. (Berani dia, cuba tolong periksa dia bekerja lagi ke! - penterjemah)

Mahathir sudahpun mengaku bahawa MSC yang membelanjakan USD 4,000 milion setakat ini tidak mencapai taraf yang diidamkannya. Kini MSC sedang merencana sesuatu yang lebih terperinci. Para pegawai telah mencadangkan penubuhan beberapa syarikat global seandainya MSC berminat menjadi lebih berwibawa daripada hanya satu taman hi-tech semata-mata. Berkata pula timbalan ketua MDC Mohamed Arif Nun: 'Lima tahun yang akan datang akan lebih mencabar. Kami terpaksa menonjolkan wirawan, dan bukannya menonjolkan mereka seperti Spice Girls.'

Setakat ini, MDC hanya berjaya menyudahkan satu bidang infrastruktur yang luarbiasa besarnya. 50 kilometer panjangnya infrstruktur itu bermula daripada menara kembar tertinggi di dunia, (KLCC Petronas) menurun ke arah selatan menuju lapangan terbang antarabangsa KLIA . Kerja masih diteruskan, di mana dunia esok hari ditonjolkan dalam kawasan perladangan yang semula jadi yang mempunyai keluasan 10 kali ganda luasnya daripada keseluruhan kepulauan Hong Kong.

Menjengah kepesatan tumbuhan pepohon kelapa sawit dan getah akn terlihat kubah ala bawang berwana hijau, dan bumbung genting berwarna biru dan merah yang mewarnai bangunan di Putrajaya - merupakan ibukota persekutuan yang terbaru dan Cyberjaya yang dirancang menjadi pusat urusan IT dan pangkalan Universiti Multimedia.

Dua bandar terbaru ini dihubungkan dengan Kuala Lumpurdan KLIA oleh lebuhraya yang banyak lorongnya. Tersorok di tepi lebuhraya itu adalah kabel gentian digital yang ratusan kilometer panjangnya. Inilah dia sebahagian kabel yang memberikan saluran maklumat pantas berbentuk internet yang menghubungi keseluruhan lebuhraya yang luasnya sekitar 15 km itu. Pembanguan masih berjalan, cuma diperlahankan disebabkan krisis ekonomi. Perdana menteri dan jabatannya telah pun berpindah ke Putrajaya. Kementerian dalam negeri dan luarnegeri akan menyusul kemudian.

Walaupun semakin lantang tandatanya akan masadepan MSC, 8000 manusia sudahpun bekerja di Cyberjaya. Enam bulan dulu tempat itu dipanggil 'Siberia' Kini, para pemaju sedang ketawa lagi. Ada satu blok apatment yang menarik minat bakal pembeli yang diberi nama 'Cyberia - ria bererti senang-hati. Satu tren laju dijangka memulakan khidmat di situ akhir tahun ini (salah! April tahun depan, itupun janji kerajaan).

Orang masih tertanya-tanya apakah Cyberjaya mampu menarik 250,000 manusia menghuni di situ pada 2020 seperti yang diramalkan. Namun, universiti di situ sudah menarik minat pelajar yang sedar keperluan tenaga pekerja yang terdidik. Pengambilan tahun ini mencecah 6,000 pelajar. Kerajaan terus memberikan pelbagai insentif untuk menarik pembabitan syarikat tempatan dan luar negara - kelepasan cukai selama 10 tahun, kebebasan menggunakan tenga kerja asing, pengecualian daripada kawalan modal dan had milik asing. Termasuk juga peluang mendapat modal 'venture capital' MDC. Setakat ini sebanyak 541 syarikat yang mempunyai 20,000 pekerja sudahpun mendapat status MSC.

Selain pelepasan cukai itu, insentif yang diberikan hanya merupakan satu usaha kecil kerajaan menentukan jenis perniagaan yang sepatutnya wujud seluruh negara. Sebagai balasannya warga MSC terpaksa membuka kedai di sana sebagai menyahut harapan kerajaan membuka satu versi baru Lembah Silikon. Penggalak MSC masih degil dengan konsep mereka, bertegas bahawa unsur pengkhususan secara berzon adalah perlu untuk menarik syarikat yang terbaik di negara ini dan juga pada luar negara. Seperti kata Arif: 'kalau anda mahu memikat gadis yang terbaik di temasya dansa, tentu sekali anda perlu memakai tuksedo yang terbaik' (Ha.ha.ha. haprak punya otak... orang IT terbaik di dunia ada yang tidak menyimpan tuxedo !!)

Berbeza dengan peniaga Malaysia generasi lama, kumpulan tekno-usahawan generasi baru tidak mudah disogok dengan segala insentif itu. Memanglah mereka akan rugi kalau menolak insentif yang diberikan. Tetapi kebanyakan mereka mahu beroperasi dengan syarat yang serupa untuk yakin menyaingi saingan global. 'Kami tidak menerima sebarang bantuan daripaa MSC, itu sebabnya kami sudah maju sekarang ini' kata Suhaimee Abu Hassan. Syarikatnya XYBASE Technologies baru-baru ini berjaya mengalahkan saingan di Amerika Syarikat untuk mendapatkan kontrak bernilai US 4 million untuk urusan maklumat penrbanganan dan sistem pengurusan di lapangan terbang Logan di Boston.

Mark Chang, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengambilan pekerja secara onlain, Jobstreet.com. merasa curiga MSC boleh merugikannya. Chang menubuhkan syarikatnya di Penang pada 1995, dan merasa tergugat kehilangan pegawai kanan syarikatnya kalau dia berpindah. Dia hairan dengan logik untuk berpindah. 'Perpindahan seharusnya tidak menjadi faktor utama,' katanya. 'Bukankah itu gunanya internet?' Daripada menubuhkan hanya satu MSC, kata Chang, kenapa tidak dibina yang kecil-kecil di seluruh negara?'

Suhaimee daripada XYBASE mempunyai jawapan kepada soalan tadi. 'Itu adalah satu projek pembangunan hartanah, sebenarnya,' kata beliau. Suhaimee lebih senang hati meneruskan urusan pejabatnya di kawasan Tropicana Golf Resort, walaupun sudah diberikan status MSC, memang mempunyai jawapan yang separuh betul. Pemaju utama dalam MSC merupakan konsortium pemaju utama di Malaysia. Harga sewa boleh melambung dua kali ganda berbanding harga di bandar lain. Tetapi MSC membalas balik dengan mengatakan harga sewa adalah jauh lebih murah daripada kadar di Singapura. Tetapi pendapat itu tidak menarik minat N.Gunanathan, daripada e-enabler Smart Transact, 'Kita bukannya di Singapura, kita di Malaysia dan mengikut kadar piawaian kita harga sewa terlalu tinggi,' kata beliau.

Gunanathan tidak berapa ghairah dengan insentif yang ditawarkan oleh MSC. Dia bersetuju tanpa Status MSC dia tidak boleh berniaga disebabkan kawalan modal dan tukaran matawang yng dikenakan terhadap syarikat yang tidak adda kaitan dengan MSC. Tetapi dia menambah: 'Di banyak negara lain tidakpun ada kawalan seperti itu.' Namun dia tidak menyesal menjadi penyewa pertama di Century Square, yang merupakan tempat utama di Cyberjaya, walaupun dia terpaksa menyediakan dormitori untuk para pekerjanya disebabkan kos pengangkutan yang tinggi.

Ada juga orang yang mahu memihak kepada MSC. Alex Kong daripada Asia TravelMart, dan Wai Chun Beng daripada RED Tone Technologies. Mereka menyatakan MSC telah menyumbang kepada kejayaan mereka. Mereka berdua mengisytiharkan mahu menjadi syarikat sejagat seperti yang mahu digalakkan oleh MSC.

Cakap seperti itu memang menceriakan Mahathir. Beliau percaya MSC adalah penting kepada Malaysia dalam usahanya mengatasi usaha bergantung kepada industri pembuatan yang semakin galak berpindah kepada kawasan yang lebih rendah kosnya seperti di China. Tetapi harapannya itu tidak akan terlunas kalau dilihat cara orang yang berpengaruh mencetuskan igauan kepada impiannya. Ketika Mahathir melancarkan MSC pada 1996 dulu, dia mendapatkan khidmat dua orang teknokrat dan seorang akauntan separuh masa, daripada Lembaga Penyelidikan Getah. Dengan persiapan awal itu dia telah mengimpikan mampu menarik syarikat terulung dunia dalam bidang hi-tech dan perfileman.

Dengan wawasan sebesar itu, dia telah pergi ke Los Angeles dan menginap di Beverly Hills Hotel, kerana selalunya ramai bintang filem yang berkampung di situ. Tetapi rombongan Mahathir itu telah merasa hampa kerana bintang yang ternampak berada di situ hanyalah Ali McGraw. Tetapi PM dapat nasib yang lebih baik berjumpa beberapa hartawan di sana. Dia seolah-olah berjaya menyauk cepumas apabila semua nama terunggul dalam dunia hi-tech daripda Bill Gates ke bawah telah muncul mendengar kelentongnya.

Kebanyakan gergasi tekno ini adalah bermusuh ketat, namun mereka menujukkan keghairahan melibatkan diri dalam MSC. Sekitar 40 teknokrat ini termasuk Gates dan Lerry Ellison daripda Oracle telah bersetuju untuk berkhidmat dalam satu majlis penasihat antarabangsa. Ada satu laporan menyebut betapa Singapura merasa tidak senang mendengarkan rancana Gates menjadikan Malaysia sebagai ibupejabatnya di rantau ini.

Secara tiba-tiba krisis kewangan menghenyak Asia. Malaysia teruskan juga projek Cyberjaya dan syarikat telekom Jepun NTT telah datang membuka pejabatnya. Walaupun ada juga syarikat besar Amerika yang membuka pejabat mereka, kehadiran adalah bertahap satu simbol kewujudan sahaja. Microsoft cuma mempunyai sembilan pekerja dalam MSC membabitkan anggaran belanja sebanyak $2.5juta untuk lima tahun berbanding pelaburannya sebanyak $50 million di India.

Kewujudan E-Village tidak mungkin dapat menarik Hollywood - buat pada masa ini, sekurang-kurangnya. Ketika Asiaweek membuat lawatan ke situ, hanya pengawal keselamatan yang kelihatan mengawal bekas tapak lombong bijih itu. Ibrahim tidak pun membalas telefon kami. Genting sudah menafikan pembabitan mereka dalam MSC, namun satu rencana penyelamatan akan dilakukan juga. Syed Mokhtar Al-Bukhary sudahpun menjadi satu pelakun utama di MSC, setelah menerima kontrak e-procurement untuk Putrajaya untuk salah sebuah syarikatnya, Commerce Dotcom. Tetapi dia tidak membuat sebarang komen.

Walaupun satu usaha penyelamatan dapat diatur, impian Mahathir membina satu campuran unsur Dunia-Fantasi dengan Dunia-Esokhari akan terpaksa diperkecilkan skalanya. Di sebalik semua itu, Multimedia Super Corridor (Koridor Raya Multimedia) telah mencetuskan satu generasi tekno-usahawan yang berazam maju dengan mengejar impian mereka sendiri dan bukannya impian kerajaan. Mesej mereka amat jelas sekali: warga niaga Malaysia mampu mencabar dunia, kalaulah kerajaan sanggup memberi laluan dan tidak menyebuk sahaja.


Catatan Penterjemah:
Kalau tidak silap, Marhaintua ada menulis sebanyak tiga kali meramalkan kenapa MSC akan gagal. Sekarang siapa yang akan menanggung kerugian duit rakyat yang dipinjam untuk membangunkan E-Village?

Tamat





Asal:

http://www.asiaweek.com/asiaweek/
technology/article/0,8707,170516,00.html

AUGUST 17, 2001

Field of Dreams

Mahathir Mohamad envisioned a merger of Silicon Valley with Hollywood in rural Malaysia. What he got was great infrastructure, a real estate development and a movie soundstage. But some entrepreneurs are building success on their own terms

By WILLIAM MELLOR


Ibrahim Abdul Ghaffar is hardly the best advertisement for the brave new world of the Multimedia Super Corridor, Prime Minister Mahathir Mohamad's attempt to replicate both Silicon Valley and Hollywood in the jungle south of Kuala Lumpur. The portly propertydeveloper with a penchant for karaoke, Jaguar cars, and burly bodyguards, was early last year awarded one of the MSC's most prestigious projects: creation of a $790-million high-tech film studio and a Disneyesque theme park complex called the Entertainment Village.

Just last September, Ibrahim seemed on top of the world. To celebrate completion of the initial phase of the E-village, the first of eight state-of-the-art soundstages, he hosted a gala extravaganza featuring Jackie Chan. But by May, development of the massive project had ground to a halt, raising questions about whether Ibrahim and his partners ever had sufficient expertise or financing to carry it off. Says Don Groves, regional editor of the influential entertainment industry bible Variety: "There's no secret that the Entertainment Village is a white elephant. The wrong people were given the job."

The Multimedia Super Corridor seems like yet another example of Mahathir's checkered development strategy: give well-connected, if inexperienced, local players like Ibrahim a franchise to build and operate a major project meant to boost the country to developed nation status. All too often those grand schemes come up short. But fortunately for Malaysia, another story is unfolding amid the MSC mess. A small number of young, self-made technopreneurs are proving Malaysia can develop Silicon Valley-style start-ups. Some are competing globally in such highly competitive sectors as airport management systems. Even the new Multimedia University is successfully selling content to Europe. Says a senior Asian diplomat in Kuala Lumpur: "The MSC represents the best and worst of business in Malaysia."

The E-village debacle certainly qualifies as among the messiest. Originally, development of the village was awarded to Datuk Keramat Holdings (DKH), a public company of which Ibrahim was vice chairman. The DKH group owns London's Leavesden studios, where Star Wars: Episode 1-the Phantom Menace had just been made. The plan was to transfer Leavesden's expertise to the E-village. But following a power struggle that led to Ibrahim being removed from the DKH board, the Multimedia Development Corp., the government body that runs the MSC, took the E-village away from DKH and gave it to Ibrahim alone. This despite the fact that Ibrahim no longer had access to Leavesden's know-how.

Ibrahim's private company quickly ran short of cash and the MDC issued $7 million in loan stocks. Now the government agency is attempting to find new investors with the funds to restart development on a more modest scale. Two mentioned, Lim Goh Tong of the Genting gaming group and reclusive Syed Mokhtar Al-Bukhary, a Mahathir favorite, are among Malaysia's richest men. But even they would be hard-pressed to resurrect Mahathir's dream.

The silver lining is that the travails of the E-village add weight to calls for a change of direction at the MSC. Five years after its inception and on the eve of the annual meeting of its high-powered international advisory panel, Asia's most ambitious high-tech "siliclone" is under scrutiny as never before. Claims of cyber cronyism and overspending have angered many Malaysians. Competition from other high-tech zones, both for investors and increasingly scarce knowledge workers, is intense. Although Microsoft's Bill Gates has described the MSC as "awesome," neither he nor any other U.S. tech titan has made a major investment there.

A consultants' report leaked to a regional newspaper describes the MDC as too bureaucratic and says the corridor has made no significant impact on the economy. Even the normally sycophantic local press are upset. "The MSC has lost its competitive edge of being first to market," declared New Straits Times columnist A. Shukor Rahman recently.

Mahathir himself has acknowledged that the MSC, which has so far cost $4 billion, has not met expectations. Now the MDC is promising a more focused plan. Officials speak of the need to create global companies if the MSC is to be more than just another tech park. Says MDC deputy chief Mohamed Arif Nun: "The next five years are going to be very challenging. We have got to build heroes, not manufacture them like the Spice Girls."

So far, what the MDC has built is an extraordinary piece of infrastructure. Stretching 50 kilometers south from the world's tallest buildings, the Petronas twin towers in Kuala Lumpur, to the new international airport, the MSC is a fantastic work in progress - a bizarre mix of futureworld and untouched rural Malaysia spread over an area 10 times the size of Hong Kong Island.

Peeping between rolling hills swathed with rubber trees and oil palms are the green onion domes and blue and red tile roofs of two new cities - Putrajaya, Malaysia's purpose-built and architecturally stunning federal capital, and Cyberjaya, the hub of tech business and home to the Multimedia University.

Linking these new cities with Kuala Lumpur and the airport is a network of multilane highways. Just as important are the hundreds of kilometers of digital fiber-optic cable laid beneath the roadside. The cables form an information superhighway giving high-speed Internet connections throughout the 15-km-wide corridor. And still the construction goes on. The economic crisis only slowed it down. The Prime Minister and his department have already moved into Putrajaya. The home and foreign ministries will follow soon.

Despite the skepticism about the MSC's future, 8,000 people are already working in Cyberjaya, which six months ago was a ghost town that had won the nickname Siberia. Now developers are having the last laugh. A fast-selling apartment block is called Cyberia - ria in Malay means happy. A rapid train service will arrive later this year.

The jury is still out on whether Cyberjaya will reach the 250,000 population projected by 2020, but the university is filling up as students recognize the opportunity created by a chronic shortage of knowledge workers - this year's class has 6,000. And the government has plenty of incentives to dangle before local and foreign companies - 10-year tax holidays, freedom to hire foreigners, exemption from capital controls and foreign ownership limits, and possible access to the MDC's own venture capital funds. Thus far 541 companies employing 20,000 have received MSC status.

But aside from the tax holidays, the incentives amount to little more than an effort by the government to create in the corridor the sort of business environment that should exist nationwide. And in return MSC members eventually will have to set up shop there as the government tries to create a highly artificial local version of Silicon Valley. The MSC's creators are unrepentant, insisting the zone is essential to attract the best international and local companies. Says technocrat Arif: "If you want to get the best girl at the ball, you have to wear a good tuxedo."

Unlike previous generations of Malaysian businessmen, the country's best technopreneurs are not so easily wooed. They would be foolish not to accept the incentives on offer, but most simply want to operate on a level playing field to prepare them for taking on global competitors. "We have had nothing from the MSC - that's why we have come so far today," quips Suhaimee Abu Hassan, whose XYBASE Technologies recently saw off U.S. rivals to win a $4-million contract for flight information and gate management systems at Boston's Logan airport.

Mark Chang, CEO of online recruiter JobStreet.com, fears a move to the MSC could be disastrous. Chang set up his company in Penang in 1995 and worries he will lose key staff if he has to uproot. He is puzzled by the logic of the demand to relocate. "Location should not be a factor," he says. "Isn't that what the Internet's all about?" Instead of one big MSC, Chang asks, why weren't smaller ones set up around the country?

XYBASE's Suhaimee believes he knows the answer to that. "It's a real estate development," he declares. Suhaimee, who prefers to keep his office at the Tropicana golf resort in suburban Kuala Lumpur even though he has MSC status, may be partly right. The major developer inside the MSC is a consortium of Malaysia's biggest builders. Rents can be double those in town. The MDC retorts that the price is much less than Singapore. But that does not impress N. Gunananthan, of e-enabler Smart Transact. "We're not in Singapore, we're in Malaysia and by our standards rents are high," he says.

Similarly, Gunananthan is not rapturous about the incentives the MSC offers. He agrees he would not be able to do business without MSC status because of exchange and capital controls imposed on non-MSC businesses, but adds: "In some other countries you wouldn't have those controls on you anyhow." Still, he has no regrets about becoming the first tenant in Century Square, the commercial heart of Cyberjaya, even though he has to provide dormitories for employees because the public transportation is still inadequate.

The MSC has other defenders too. Alex Kong, of Asia TravelMART, and Wei Chuan Beng, of REDtone Technologies, insist the MSC has been crucial to their success. And both declare they aspire to become the global companies the MDC seeks to produce.

Such talk would hearten Mahathir, who believes the MSC is essential for Malaysia to transcend its dependence on manufacturing that is increasingly moving to cheaper centers such as China. But it won't begin to make up for the way the big players have slighted his dream. When Mahathir set up the MSC in 1996 with two technocrats and half an accountant borrowed from the Rubber Research Board, he believed he could attract the world's top tech and film companies.

That vision took him to Los Angeles, where he checked into the movie stars' favorite home-from-home, the stately pink Beverly Hills Hotel. Mahathir's entourage was disappointed the only "star" they saw was Ali McGraw. But the prime minister had better luck in meeting Tinseltown's moneymen. And he appeared to have hit the jackpot when all the biggest names in the world of high tech from Bill Gates down turned up to listen to him.

Many of these techno titans are sworn enemies, but they were united in their gushing enthusiasm for the MSC. Some 40 of them, including Gates and Oracle's Larry Ellison, agreed to serve on an international advisory panel and it was reported, to Singapore's dismay, that Microsoft would make Malaysia its regional headquarters.

Then the Asian financial crisis hit. Malaysia kept building and Japanese telecom giant NTT moved into Cyberjaya. But while most of the big U.S. tech players eventually opened offices, few had more than a token presence. Microsoft has just nine employees in the MSC. Its investment: a puny $2.5 million over five years compared with $50 million in India.

The Entertainment Village isn't likely to tempt Hollywood either - at least for the time being. When Asiaweek visited it, only security staff could be seen at the desolate site, a former tin mine. Ibrahim did not return calls. Although Genting has denied involvement, a rescue deal appears imminent. The other reported savior, Syed Mokhtar Al-Bukhary, is already a prominent player in the MSC, having secured the e-procurement contract for Putrajaya for one of his companies, Commerce Dotcom. He is not commenting.

Even if a rescue can be arranged, Mahathir's dream of building an Asian cross between Fantasyland and Tomorrowland will likely be drastically scaled back. But almost in spite of itself the Multimedia Super Corridor has spawned a new breed of technopreneurs who succeed by following their own dreams, not the government's. The message is clear: Malaysia's talented businesspeople can take on the world, if only the government will get out of the way.