Laman Webantu   KM2A1: 5216 File Size: 13.9 Kb *



TAG SP 251: HR: Prinsip, Polisi, Politik
By Harun Rashid

13/8/2001 11:15 pm Mon

[Pemerintahan Mahathir penuh dengan polisi yang asyik berubah-ubah baik dalam Umno mahupun dalam kerajaan yang lebih memihak kepada dirinya dan penyokongnya sahaja. Padahal seseorang itu menjadi perdana menteri untuk semua rakyat - bukan sebahagian sahaja. Sesudah 20 tahun berkuasa baru Mahathir mahu menjaja meritokrasi sedangkan baru tahun lepas dia menghentam Suqiu sebagai ekstrim. Ini menunjukkan beliau tiada prinsip dan pendirian atau dengan kata lain - tidak berwawasan. Tindak tanduk kerajaan BN sebenarnya lebih untuk menggapai sokongan. - Editor]


Prinsip, Polisi, Politik

(Principles, Policies, Politics)

Oleh: Harun Rashid

Manusia patuh kepada prinsip kerana banyak sebabnya. Selalunya prinsip yang asas itu memaut kepada kebenaran dan keadilan, bukan untuk mereka dan keluarga, tetapi untuk semua. Malahan, wujud juga desakan naluri memaut prinsip hidup yang ditentukan oleh kesyumulan agama. Adakalanya prinsip seseorang itu dipaut oleh kerakusan diri, seperti mahu terus berkuasa dengan jawatan politiknya, (sampai mati - penterjemah).

Parti politik adalah mengandungi manusia yang mempercayai prinsip kepartian yang dipersetujui bersama. Parti politik yang berunsur demokratik mengasaskan prinsip idealisma yang memperjuangkan kebebasan rakyat ke arah pencapaian nikmat hidup mereka. Sebaliknya ia boleh dilihat sebagai prinsip yang menentukan keceriaan dan nikmat hidup itu disalurkan hanya kepada mereka yang berkuasa di pucuk pimpinan parti.

Secara teorinya, sesuatu demokrasi itu memberikan peluang kepada rakyat melalui pilihanraya bebas, untuk membuat pilihan apakah prinsip yang mereka utamakan. Kerana tu parti politik yang mengumumkan beberapa prinsip yang popular diberikan peluang untuk mengekalkan prinsip ini, menentukan dasar kerajaan yang dirangka untuk menguatkuasakan prinsip itu sebagai amalannya.

Ada satu prinsip demokrasi yang mengatakan: bahawa seseorang rakyat itu dianggap tidak bersalah melainkan kesalahannya dibuktikan di mahkamah. Yang lagi satu menyebut, rakyat boleh berhimpun secara aman untuk apa juga tujuannya baik untuk bermesraan, mendengarkan ucapan pemidato pilihan, atau untuk bertukar fikiran dan maklumat harian. Dalam setiap demokrasi, semua prinsip ini memang termaktub dalam Perlembagaan negara, yang memberikan jaminan bahawa prinsip adalah hak assasi manusia. Semua parti politik negara itu, sebagai menghormati satu kontrak sosial yang tidak bertulis, diharuskan menghormati Perlembagaan sebagai undang-undang terluhur dalam negara. Sesiapa yang diberikan amanah memegang jawatan awam terpaksa memberikan sumpah setianya menghormati undang-undang perlembagaan itu. Malangnya ada antara mereka ini yang tidak ikhlas hatinya.

Apabila sesuatu perlembagaan itu telah menetapkan beberapa prinsipnya, setiap parti yang diberikan amanah memegang kuasa mempunyai tanggungjawab mempertahankan hak asasi rakyatnya, dan tidak mengecewakan mereka dalam apa cara jua. Melumpuhkan harapan rakyat bererti menafikan hak rakyat untuk menikmati demokrasi yang sungguh luhur itu. Apabila politikus yang masih berkuasa gagal memartabatkan prinsip yang menjadi asas penubuhan negara, betapapun alasan mereka, bererti mereka sudah mengkhianati amanah rakyat yang pada tahap awalanya mereka sanggupi.

Sejarah telah merakamkan banyak contoh pengkhianatan ini. Di Jerman, Parti Sosialis Nasional yang dipimpin oleh seorang warga Austria yang memakai nama Hitler, telah merampas hak asasi rakyat Jerman dengan nama keunggulan ras dan ketulenan etnik. Bayi yang dilahirkan dengan rambut perang (blonde) dan bermata kebiru-biruan menjadi keutamaan kebangsaan. Anehnya pemimpin yang taksub dengan prinsip baru negaranya itu adalah seorang insan yang bermata gelap dan berambut hitam. Perbezaan ini tidakpun diambil kisah pada waktu itu. Segala berita ditapis dulu untuk menentukan kesannya. Dia muncul setiap hari di khalayak ramai, bercakap berjela-jela di hadapan mereka dan menaikkan semangat mereka untuk menyokong impiannya, sehingga mereka menjadi kabur untuk terus akur kepada segala prinsip kehidupan yang telah diselewengkan dan kemudiannya dijadikan dasar negara. Inilah yang berkesudahan dengan tercetusnya peperangan dunia kedua yang mengorbankan lebih 50 juta nayawa di seluruh dunia. Beliau membunuh diri akhirnya di tengah runtuhan kubu pertahanannya.

Di Russia, parti komunis pimpinan Lenin merangkul kuasa hasil revolusi rakyat terhadap kerajaan feudal yang aristokratik. Dengan kematian Lenin, parti dan prinsip egalitarian (sama rata sama rasa) mereput dan bertukar kepada satu kerajaan zalim di bawah pemerintahan Stalin. Stalin telah merobah Parti Komunis Russia menjadi satu regim diktator yang elitis dengan cara menguasai badan kehakiman negara dan polis. Dia telah membunuh dan memenjarakan penentangnya dalam jumlah yang beribu secara membuka perbicaraan dengan keputusan mahkamah yang didalanginya itu. Dia menggunakan sistem perundangan negara untuk melaksanakan pembunuhan secara undang-undang dan pemenjaraan berunsur hukuman yang panjang. Dia telah menguasai semua bentuk komunikasi menapis sebarang berita yang tidak menyenangkan hatinya ataupun penentangannya.

Sistem komunis telah menghasilkan satu kelas samseng yang mempunyai kuasa berlebihan yang membesar terlatih untuk melindungi kedudukan istimewa mereka melalui salahguna kuasa politik. Prinsip idealisma kerap ditukar-tukar maknanya untuk melindungi kelunturan hak asasi manusia yang berlarutan. Generasi lapisan pemuda telah mempelajari bahawa kecurangan dan ugutan yang menakutkan adalah kelakuan yang diterima untuk menyusuri lorong kejayaan. Di Russia tiga generasi manusia yang rakuskan peluang, kini merupakan satu ancaman kepada kelahiran sistem demokrasi yang normal. Parti komunis tidak lagi berkuasa, tetapi segala gelagat manusia yang tidak berprinsip terus berkekalan, sehinggakan tahap moral yang rendah menjadi satu hambatan untuk mereka maju. Di bawah komunisme tidak ada Mafia di Russia. Kerajaan itulah Mafia.

Beberapa banyak lagi contoh daripada lembaran sejarah menunjukkan betapa rapuhnya amalan demokrasi itu. Ia mudah dihancurkan apabila manusia yang lebih ambisi (bercita-cita tinggi) dan terlalu rakus terus mahu berkuasa melalui penipuan dan muslihat. Terpulanglah kepada para pejuang rakyat untuk mempertahankan keluhuran hak asasi manusia. Apabila hilang, hanya satu perjuangan yang bersungguh-sungguh yang mampu menjamin keluhuran Perlembagaan.

Beberapa laporan akhbar Amerika menyebut betapa bakal duta Amerika ke Malaysia pernah membuat satu kenyataan kepada Senator Kerry ketika beliau ditemuramah oleh majlis perakuan jawatannya. 'Lagipun Senator, Malaysia ialah sebuah demokrasi.' Amerika Syarikat telah mempunyai perwakilannya di Malaysia, berdekad lamanya, untuk melaporkan kepada US Department setiap pergolakan tempatan. Apabila kenyataan beliau tidak diperbetulkan menunjukkan wujudnya satu kesilapan besar di Amerika dalam cara penilaian bagaimana Perlembagaan negara ini sudah lama tercemar. Malaysia bukan lagi sebuah negara demokrasi.

Semua prinsip demokrasi sudah lama menghilang. Tidak satupun parti komponen BN yang sanggup memperakui hakikatnya: betapa seseorang itu tidak bersalah melainkan sudah dibuktikan di mahkamah. Tidak ada satu parti yang membangkang cara polis mengadakan perbicaraan yang direka-reka. Tidak ada yang membangkang apabila para menteri menyokong keganasan polis dengan menyatakan dakwaan adanya pembabitan persekutuan yang tidak masuk akal. BN dan parti komponennya sudah tersasar jauh daripada prinsip demokrasi, dan itulah sebabnya dasar mereka amat bertentangan dengan hak asasi rakyat.

Kebebasan akhbar sudah tidak ada lagi. Media dimiliki dan dikuasai oleh parti BN dan tidak ada sebarang tentangan yang diizinkan, terutama sekali yang menyentuh kisah pengundi hantu. Media telah kehilangan martabatnya sehinggakan tidak ada akhbar dan stesen TV yang mampu beroperasi dengan keuntungan. Kerana dahagakan kebenaran, rakyat sudahpun memajukan diri mereka menyerap teknologi yang terbaru untuk mendapatkan berita dan telekomunikasi. Komputer dan internet semakin diutamakan. Menyedari trenda ini, wujudlah dasar rasmi untuk mengacau di mana mungkin, dengan penghantaran virus kepada penulis pembangkang dan kumpulan perbincangan pembangkang.

Ramai yang bertugas dalam cawangan khas dikerahkan untuk bertindak sebagai agen propaganda, mencetuskan keresahan dan menyebarkan pembohongan. Mereka mengirimkan emel bertali arus untuk melimpahkan kotak utusan. Mereka sumbatkan senarai perbincangan dengan pesanan yang mengandungi virus yang sedia membaham. Mereka menjadi musibat yang jahanam, dan komputer kerajaan keseluruhannya sudah lumpuh oleh longgokan virus jahanam ini. Pegawai kerajaan sudah jeran membuka emel yang ada 'attachement' tidak kiralah kalau kiriman sampingan itu datang daripada sahabat karib.

Kebanyakan 'government servers' sudahpun lumpuh selumpuhnya. Polisi anti-IT kini sudah menjadi satu kenyataaan hasil rentetan pengurusan yang tidak berprinsip.

Satu cara pihak pembangkang menyebarkan berita dan ceramah oleh personaliti yang popular ialah dengan menggunakan CD yang mudah diedarkan ke seluruh negara. Kini, parti yang berkuasa, menggunakan helah memerangi cetak rompak sedang merencana satu polisi mengharamkan penjualan CD oleh peniaga jalanan. Prinsip kebebasan bersuara dan akhbar sekali lagi dicemari, sepertimana polisi itu diputar-belitkan. Tidak ada satupun parti komponen BN yang menyuarakan bantahan dan berkata bahawa dasar ini adalah menyanggah prinsipnya.

Dalam setiap demokrasi selalunya ada beberapa prinsip yang menjadi panduan kepada polisi harian manusia. Tanpa segala prinsip itu, beberapa polisi akan hilang arah sehingga wujudlah kelentongan perlunya mengekalkan seseorang untuk terus berkuasa sehingga dia tidak bernyawa. Di Malaysia, parti politik yang berkuasa tidakpun berperinsip, dan kekurangan ini memang jelas terserlah dalam setiap polisi yang direkanya. Kepincangan ini semakin terserlah apabila setiap parti di pihak pembangkang mengemukakan satu set prinsip perjuangan mereka. BN hanya mampu bertindak dengan mengubahsuai beberapa polisinya untuk sementara sebagai satu helah sahaja. Cara mudahnya perkara ini dilakukan, seperti menentukan satu sistem meritokrasi sebagai syarat kemasukan universiti menunjukkan Malaysia dipimpin oleh satu koalisi yang tidak ada prinsipnya. Putar belit dasar pentadbiran inilah yang membuatkan ramai menteri yang tersilap langkah sehinggakan mereka bergerak janggal untuk terus menonjolkan keyakinan mereka.

Apabila tercabar untuk menyatakan prinsip mereka, seperti yang ditunjukkan oleh ramai penulis, menteri BN hanya mampu diam membisu. Memang mereka tidak ada prinsip sebagai pegangan. Namun mereka angkuh menyatakan mereka mempunyai sokongan yang kukuh. Mereka tonjolkan calon untuk penelitian awam, tetapi calon ini memang ketiadaan prinsip yang mereka faham. Segala polisi mereka adalah tertakluk kepada pindaan mengikut selera orang atas. Para pemimpin parti tidak boleh mendakwa mereka mewakili kepentingan rakyat ataupun diri mereka, kerana yang lebih dipentingkan ialah kepentingan rakus seorang perdana menteri, yang mempunyai polisi peribadi yang dicengkamnya untuk dibawa mati. Setiap wakil rakyat BN telah mengangkat sumpah untuk menyanjungi Perlembagaan. Kemudian dia diberikan panduan untuk menjadi tukang angguk dan menjaga polisi parti dalam Parlimen. Segala prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan itu boleh hilang terbenam di dasar pasir padang golf.

Walaupun keributan nampak sudah reda, namun ada kemungkinan keadaan demikian tidak akan berkekalan. Kerusi yang berterbangan pada persidangan MCA yang terbaru hanyalah bibit-bibit betapa ada lagi yang lebih kuat terbangnya dan lebih hebat bisanya. Golongan muda sudah bangkit laksana alunan air pasang yang menyapu apa sahaja yang melintang. Orang-orangan di ladang sudah tidak berkesan lagi. Di era millenium ini burung hanya akan takut kepada prinsip yang tidak ada dasarnya.

Walaupun baju dan songkok bersuterakan yang baru, kepala yang akan disungkupnya sudah tua dan wajahnyapun sudah terlalu curiga. Apabila polis muncul di malam hari untuk membuat penangkapan, tidak ada suara yang akan bersorak. Inilah gelagat ajaran lama, tanpa prinsipnya dan tiada minatnya. Voltair pernah berkata "sejarah adalah hentakan sepatu tentera yang menaiki tangga dan selipar baldu yang menyusul menuruninya." Apabila dipermodenkan: Itulah bunyi kasut jogging meniti tangga dan kasut indah menuruninya.

Oleh kerana dia tidak dapat mempertahankan dasar kerakusannya, yang disaluti prinsip yang haprak, perdana menteri tidak berani memandang semua ketua kerajaan negara Komanwel dalam persidangan di Brisbane. Abdullah dan Hamid akan mengantikannya, terpulanglah kepada kepintaran mereka untuk tersenyum riang sambil menutup keaiban secara yang termampu.

Terjemahan: SPAR-05-019


Link Reference : Harun Rashid Worldview: Principles, Policies, Politics