Laman Webantu   KM2A1: 5218 File Size: 8.7 Kb *



Hanya Senjata Mukmin Dapat Menghapuskan Mahathir!
By CDB

14/8/2001 6:22 pm Tue

[Mahathir semakin menggempur dan mencengkam kegiatan dan saluran parti pembangkang yang berkesan. Sekarang bukan sahaja ceramah tidak dibenarkan malah penjualan kaset dan VCD ceramah juga dihalang. Kini ada cadangan DBKL agar semua kafe internet dilesenkan. Bagaimana pembangkang mampu menewaskan kerajaan jika semua saluran penyampaian maklumat itu ditutup rapat?

Disinilah doa - senjata orang mukmin - memainkan peranan agar tuhan membuka pintu di dalam hati manusia walaupun pintu luar itu sudahpun ditutup. Sepatutnya orang Islam mengkaji kenapa adanya doa qunut dalam solat subuh itu kerana ada banyak rahsia di sebalik doa itu. Kenapa ada solat hajat dalam Islam? Jika tuhan membuka hati majoriti pengundi negara ini atau anggota polis - Mahathir akan terhumban. Sepatutnya pembangkang semakin aktif memohon pertolongan tuhan tetapi kenapa kita seperti semakin tidak mahu mengusahakannya? - Editor]


HANYA SENJATA MUKMIN DAPAT MENGHAPUSKAN MAHATHIR!

Sudah agak lama saya tidak menulis. Sebahagiannya kerana didorong oleh situasi dan pemerhatian politik yang kurang memberangsangkan yang dipamerkan oleh kita dalam menghadapi mehnah pihak lawan. Keganasan regim Firaun Mahathir semenjak akhir-akhir ini benar-benar membuatkan saya rasa amat tercabar dan marah yang bukan kepalang. Siri-siri cengkaman dan penindasan ke atas saf pemuda-pemuda Keadilan, pelajar universiti, pengharaman ceramah dan terkini operasi merosakkan imej dan pengaruh PAS dan pimpinannya melalui kaitan dengan apa yang dinamakan Kumpulan Mujahidin Malaysia merupakan rentetan siri tindakan kejam dan buas regim keparat itu untuk terus menerus menekan dan menindas parti-parti pembangkang.

Persoalannya, sampai bila kita mahu bersabar dan berterusan membiarkan mereka melakukan apa sahaja untuk menghancurkan kita dan mengukuhkan kekuasaan mereka ? Saya percaya jika keadaan seperti pada hari ini berterusan sehingga 2004 nanti, kemenangan untuk membentuk kerajaan dengan memenangi pilihanraya akan datang ibarat mimpi sang puteri sahaja. Dengan segala kekuatan dan jentera kerajaan berpihak kepada regim Mahathir, adakah mungkin kita dapat menawan Malaysia pada 2004? Saya amat pesimis untuk mengandaikan kemenangan itu akan berpihak kepada kita, melainkan berlakunya 'keajaiban' dari langit.

Sampai bila kita mahu berterusan membiarkan Mahathir meneruskan keganasannya ke atas BA dan rakyat? Belum jelas dan nyatakah kekejaman dan kezaliman diktator tersebut sehingga kita hanya mampu berputih mata sahaja? Sudahlah polis kini menjadi terlebih hina dan keji dari anjing buruk kepala - kejam, ganas, penipu, pembohong, pemutarbelit fakta palsu kepada rakyat, kaki rasuah, kaki maksiat dan sejuta satu macam kejahatan makhluk bernama polis Malaysia itu, maka kita masih lagi 'bersabar' terhadap semuanya.

Bukan tujuan saya untuk menaikkan semangat rakyat agar mengangkat senjata dan buluh runcing melawan dan berperang dengan polis dan askar regim Mahathir ini, tetapi selagi Mahathir berkuasa, selagi beliau hidup dan selagi beliau menjadi Perdana Menteri, kegawatan dan nasib malang rakyat negara ini amnya, PAS dan Anwar khasnya tidak akan berubah malah akan semakin buruk dan parah. Oleh itu saya ingin menyeru kepada pucuk pimpinan PAS, Keadilan dan PRM serta seluruh rakyat yang cintakan keamanan, inginkan perubahan dan dahagakan keadilan agar melakukan tindakan konkrit secara kolektif dengan melakukan solat hajat pemusnah meminta agar Allah menjahannamkan Mahathir dan kerajaannya, mungkin dengan kematiannya ataupun perbalahan sesama komponen parti di dalam BN itu sendiri yang membawa kepada kehancurannya.

Tentu anda semua masih ingat di awal pemecatan Anwar dulu, ramai rakyat yang melakukan solat hajat selepas dicabar oleh Mahathir. Kesannya, Mahathir diberitakan 'menggelupur' kepanasan sehingga terpaksa mendapatkan air penawar dari seorang tokoh agama di negeri Kedah. Juga dikatakan yang Seri Perdana ketika itu benar-benar 'berpuaka' untuk didiami. Saya cukup yakin dengan cerita-cerita tersebut kerana bahana solat hajat yang dibuat oleh rakyat itu amat ampuh. Pokoknya, setakat pada masa itu sahajakah doa dan 'senjata' yang kita mampu gunakan ke atasnya walhal kezaliman dan kekejamannya tidak pernah surut selepas beliau pulih semula daripada bahana solat hajat itu.

Inilah sikap buruk dan pengecut kita yang patut dikikis sama sekali. Berdoa dan meminta pertolongan cuma untuk ketika-ketika tertentu sahaja sedangkan kemakbulan doa atau senjata ampuh kita itu telahpun menampakkan bekasnya dahulu. Jika Nabi Musa a.s. berdoa selama 40 tahun untuk menghapuskan Firaun Ramses, memadaikah kita cuma berdoa beberapa ketika sahaja untuk menumbangkan Firaun Mahathir? Saya menyeru dan merayu kepada pucuk pimpanan PAS dan BA, ketika saat genting begini, senjata sulit dan ampuh untuk memusnahkan Firaun Mahathir seperti yang dibuat ketika di awal Anwar dipecat dahulu wajar digunakan semula. Apakah kita mahu membiarkan Mahathir berterusan melakukan tindakan ganas yang kita sendiri pun tidak dapat menjangkakannya ? Apakah kita hanya akan bertindak apabila TG Nik Aziz sendiri yang disumbat ke dalam ISA? Apakah kita akan bertindak hanya apabila TG Hj Hadi Awang dilebamkan matanya oleh Norian Mai? Apakah kita akan bangkit mengamuk apabila Ustaz Fadzil Noor dibogelkan di dalam lokap polis ? (Maaf, ini adalah fakta dan realiti semasa dalam tahanan polis Malaysia). Apakah kita ini sebenarnya hanya akan terantuk bila sudah tengadah ?

Oleh itu saya memohon agar kita semua melakukan semula solat hajat besar-besaran di setiap masjid dan surau seperti mana di awal Anwar dipecat dahulu - dengan hanya satu tujuan iaitu meminta agar Allah s.w.t. memusnahkan Mahathir secepat mungkin agar terhentilah kezaliman dan kejahatan di muka bumi Malaysia ini. Agar terhentilah penindasan dan kedurjanaan ke atas mereka yang teraniaya dan tidak bersalah seperti Anwar yang kian parah deritanya, Nik Adli yang teraniaya, Al-Maunah yang disandiwarakan, Ezam dan kawan-kawannya yang terpenjara dan rakyat seluruhnya yang dirompak dan diperkosa hak dan kebebasannya. Tiada gunanya kita mengadu kepada Suhakam. Tiada faedahnya kita meminta bantuan Suhakam sedang Suhakam sendiri hanya mempunyai lidah dan airliur sahaja. Lebih baik kita berterusan mengadu terus kepada Allah s.w.t.

Saya percaya jika kita melakukan solat hajat di setiap masjid dan surau secara berterusan, Mahathir si jahannam itu bukan sahaja akan kepanasan malah akan memasuki liang lahadnya dengan cepat dan 'selamat'. Apakah pihak polis yang kini menjadi alat kepada Syaitan durjana itu akan menangkap pula orang yang bersolat hajat kerana berkumpul lebih dari 5 orang pada suatu tempat dalam keadaan yang 'mencurigakan '? Apakah water canon dan FRU akan digunakan juga untuk rakyat yang sedang solat hajat kerana dianggap mengancam keselamatan negara dan kententeraman awam? Inilah masanya kita membuktikan kepada dunia bahawa regim Mahathir ini sebenarnya terlebih buruk, kejam dan zalim daripada Hitler dan Shah Iran dahulu.

Saya cukup yakin jika seperti hari inilah riak dan reaksi kita dalam menghadapi kezaliman berterusan si keparat Mahathir itu, usahlah bercakap tentang mimpi dan angan-anga menawan Malaysia pada 2004 nanti. Saya mempunyai banyak sebab dan alasan untuk berkata begini. Bukan bermakna tidak percayakan pucuk pimpinan tetapi untuk berdepan dengan jerung ganas di lautan masakan cukup dengan menjerit meminta tolong semata-mata sedangkan di kiri kanannya lautan luas tak bertepi manakala gerombolan jerung mengintai menyeringai gigi!! Apakah kita masih lagi menaruh belas kasihan terhadap manusia durjana yang berhati serigala itu maka dengan itu kita merasa teragak-agak untuk memusnahkannya dengan senjata ampuh orang mukmin itu ? Manusia Mahathir ini sebenarnya TIDAK HARUS sama sekali untuk terus dibiarkan hidup hatta untuk tempoh setengah hari sekali pun!! Kekejaman apa seterusnya bakal dilakukannya tidak dapat dijangkakan sama sekali. Hanya 'senjata mukmin' ini sahaja yang amat digeruni oleh diktator gila itu. Dan mungkinkah hanya malaikat maut sahaja yang dapat mengajar makhluk ini erti kemanusiaan?

Salam kemaafan
Cucu Datuk Bahaman
14 Ogos 2001