Laman Webantu   KM2A1: 5237 File Size: 8.2 Kb *



Cucuku 'Blue' Juga.......
By Dahlia

16/8/2001 8:29 pm Thu

JENAYAH REMAJA BIDANG TUGAS SIAPA?

Terasa amat tersentak bila membaca pelbagai kisah jenayah yang melibatkan remaja terpampang di dada akhbar setiap hari, malah menjadi tajuk utama berita di kaca TV. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena kepada masyarakat hari ini. Ia sudah sakit dari peringkat awal (remaja) akibat lekanya pihak berkuasa mengawasi mereka. Kerajaan lebih berminat mengawasi aktiviti pembangkang yang kununnya mengancam keselamatan negara sedangkan pembangkang tidak perlu melakukan keganasan untuk menang. Bukankah itu yang berlaku di Terengganu dan Kelantan?.

Seperti biasa setiap masalah tidak cuba diselesaikan mengikut cara yang sepatutnya. Banyak keputusan dan tindakkan diambil setelah wawancara selamba - bukannya melalui kesepakatan kata. Mulalah ditemuramah menteri dan tokoh-tokoh masyarakat (kununnya) ... maka berderetlah pula pendapat yang menerpa, padahal isu ini milik satu kementerian sahaja. Sepatutnya yang susah-susah bekerja bukannya wartawan tetapi menteri yang berkenaan. Cuba teka siapa?


CUCUKU 'BLUE' JUGA

Yang lucunya PM merungut cucunya yang masih kecil lagi sudah didedahkan dengan pelbagai kisah yang tidak senonoh dan gambar yang lucah. Padahal selama ini, selama dua puloh tahun dialah sahaja yang memerintah. Tidakkah itu menunjukkan dia sudah gagal untuk membentuk rakyat negara ini? Itu satu kegagalan yang amat besar sehingga cucunya sendiri pun terdedah.

Bukankah beliau sendiri yang memberi ilustrasi lucah (kununnya) perilaku Anwar itu keseluruh negara? Patutlah Adnan MB Pahang menyampuk dengan isyarat yang serupa.

Soalnya di sini perlu sangatkah ditunjuk aksi-aksi itu semua? Tidakkah itu akan menyebabkan anak-anak kecil kebingungan dan bertanya kepada ibu dan bapa? Sudah lumrah anak-anak ini untuk mencari jawapan sehingga semua terjebak dalam kekusutan.

Yang peliknya PM dan Adnan tidak pula dituduh di bawah Seksyen 21 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil sebagaimana yang berlaku terhadap En Alias Md Din di Sg Buloh pada hari sambutan ulangtahun Anwar. Padahal perbuatan mereka berdua lebih tercela dan lebih jauh tersebar merata.

Sebagai doktor Mahathir sepatutnya mencegah sebelum semuanya itu bermula bukannya membaiki setelah teruk terkena. Sekarang barulah sibuk menuding jari dan cuba menutup apa yang telah dibukanya sendiri bertahun-tahun lamanya.


ANAKKU BERI KONDOM PERCUMA

Kita tidak hairan cucu PM pun 'blue' juga kerana anak PM yang seorang itu bergiat memberi ceramah mengenai hubungan 'seks yang selamat' secara terbuka di mana-mana. Malah beliau aktif memberi kondom secara percuma. Tetapi hubungan seks luar nikah tidakpun berkurang melainkan bertambah pula. Malah ia semakin teruk sehingga pelajar sekolah turut terlibat dengannya.

Sepatutnya yang diberi ialah kain tudung percuma kerana itulah tuntutan ugama. Lagipun tudung bukan sekadar menutup kepala sahaja, malah ia menutup mata yang gatal kerana disitulah segalanya bermula. Tidakkah maksiat itu bermula dengan pandangan pertama si mata durjana?


MATAKU GATAL JUGA

Hamid Othman mengatakan Malaysia sudah memenuhi kriteria 'negara Islam'. Ehm.. inilah negara Islam yang menjadi hos ratu cantik dunia satu ketika dulu dan beria-ria menaja sukan komanwel siap dengan sukan separuh bogel jimnastik dan renang. Oh ingat 'melayu mudah lupa' semua, bukankah Mahathir, PM 'negara Islam' ini sanggup datang memberi sokongan moral kepada ahli jimnastik wanita negara - sekaligus memberi peluang kepada mamat-mamat di kaca tv menjamu mata yang gatal dengan percuma.

Alahai Mahathir, kalau anakmu beri kondom percuma, matamu gatal juga, manalah cucumu itu tidak 'blue' juga......


HANYA KERANA MATA YANG MEMPUNYAI KUASA

Malaysia adalah negara yang tidak memelihara pandangan mata. Bagaimana jenayah akibat mata itu tidak berleluasa. Hampir setiap hari akhbar dan TV menyiarkan iklan menguruskan badan dan filem yang menjolok mata.

Oh Ya! Melayu mudah lupa jangan lupa PM pernah berkata 'dalam lagi penting' oleh itu tidak bertudung pun tidak mengapa kerana yang bertudung pun melakukan maksiat juga. Konsep ini jauh bertentangan dengan konsep yang tertera dalam ugama. Islam memberi fokus kepada faktor luar dan dalam kerana kedua-duanya menentukan akhlak manusia.

Sebenarnya kunci masalah ini ialah mata manusia. Inilah yang diberi fokus oleh Islam kerana banyak maksiat bermula daripada pandangan mata. Bagaimana hati di dalam akan menjadi mulia jika asyik dijamu dengan pandangan yang menggoda? Yang membentuk hati itu adalah deria manusia di mana mata dan telinga menjadi input dan penentu sihat atau sakitnya hati manusia. Seks berlaku kerana mata yang merangsang nafsu yang bergelora.



FAKTOR LUAR VS FAKTOR DALAM

Lucu juga! Sesekali mereka merungut tentang perilaku remaja yang terlibat dalam kes-kes Juvana, jenayah berat. Misalnya kes seorang pelajar yang dirogol dan dibunuh di Melaka. Maka, pak-pak menteri siap buat analisis, salah sana salah sini. Berbuih-buih mulut bercakap ketika ditemuramah. Keluarlah teori-teori canggih utk mengurangkan gejala sosial yang bukan sekali diperkatakan, tapi sudah naik meluat mendengarnya. Tetapi sekadar bercakap utk publisiti, lepas itu?? Gasaklah!! Apa nak jadi pada rakyat, pada jenerasi muda, itu tak penting lagi. Yang penting ialah kerajaan BN tetap berkuasa!

Realitinya banyak kes yang mengerikan itu berlaku di negeri yang kuat umnonya - lebih-lebih lagi Melaka dan di ibu kota. Inilah tempat di mana begitu banyak pusat melancung dan hiburan dibina mengila-gila yang tentunya menarik minat remaja juga yang diburu nafsu dan perasaan yang membara. Kerajaan sendiri seolah-olah begitu seronok menyediakan pelbagai prasarana yang boleh menjerumus para pelajar atau jenerasi muda ke kancah jenayah dan budaya yang kuning. Walaupun guru-guru dan kaum ibu bapa beria-ia menjaga perilaku dan disiplin anak-anak di rumah dan di sekolah, faktor luaran lebih kuat mengganggu. Kemudahan mendapatkan video lucah begitu mudah. Pusat-pusat hiburan tumbuh begitu melata dan tidak terkawal. Konsert-konsert hiburan dan program-program yang menghayalkan begitu banyak dihidangkan kepada remaja tetapi ceramah ugama dipenjarakan pula.


SALAH MATA ATAU MATA-MATA

Itu belum lagi bercakap pasal program di TV. Iklan jualan langsung di kaca TV cukup teruk. Contohnya iklan menguruskan badan yang menunjukkan bahagian sulit wanita termasuk mendedahkan peha, sebahagian payudara dan susuk tubuhbadan yang menggiurkan. Apakah yang kerajaan buat? Adakah kerajaan bising? Tidak seekor pun menteri bersuara.

Begitu juga dengan filem-filem yang disukai oleh kanak-kanak yang memaparkan pakaian pelakon yang separoh bogel. Heroin (seperti Xena) dll yang berpakaian menjolok mata. Pakaian seksi wanita di kolam mandi, di pusat pelacuran atau hiburan, itu semuanya bahan kepada santapan diri remaja yang merupakan antara faktor utama menyebabkan remaja tertarik@terdorong melakukan perbuatan-perbuatan tidak senonoh, atau mencuba sesuatu yang menjadi hayalan dalam minda mereka. Sesuatu yang boleh mendorong mereka menjadi perogol.

Di bandar-bandar besar terutamanya di KL, pusat-pusat hiburan dan disco bersepah dan tidak ada kawalan. Pelajar sekolah menengah rendah pun bisa saja menjadi pelacur, atau menjadi GRO. Apakah tindakkan yang sudah dilakukan oleh Wanita umno atau Puteri umno? Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut, bukan main lagi dijadikan isu besar! Itulah sifat manusia hipokrit yang ada dalam umno dan kerajaan BN.

Tiada siapa yang mengendahkan pesta-pesta maksiat-arak, pelacuran dan separa pelacuran berlaku setiap malam di sekitar KL. (kalau adapun, golongan ini akan dianggap anti-establishment). Tetapi jika mahu diadakan ceramah agama dan majlis-majlis ilmu terus sahaja dihalang dan ditentang! Ulamak dan tokoh-tokoh agama terus dipersalahkan.

Masih adakah rakyat yang ingin bertuankan golongan (manusia) penipu dan hipokrit ini?


Dahlia/KL