Laman Webantu   KM2A1: 5258 File Size: 3.0 Kb *



TAG SP 256: The Sun - Hutan Simpan Menjadi Projek Perumahan
By P. Wijan

20/8/2001 6:44 pm Mon

[Sepatutnya Pengarah BPR memberi jawapan 'kami akan siasat' bukannya 'tidak ada komen' dalam isu ini. Apa yang berlaku menunjukkan semua projek ini dijalankan tanpa mengikut prosedur. Tidak sukar untuk menyiasat kerana semua kelulusan jabatan berkenaan mesti ada surat rasminya. Jika tiada hitam putih itu bermakna ada yang tidak kena. MB tidak boleh boleh melakukan seikut suka tanpa kajian atau prosedur terlebih dahulu. Lagipun Jabatan Perhutanan dan Hidupan Liar dan Alam Sekitar sudah ujud ketika itu.

Soalnya sekarang apakah jabatan kerajaan terbabit diberitahu terlebih dahulu? Pegawai kerajaan kerapkali terpaksa berdiam kerana 'arahan dari atas'. Kalau beginilah cara BN memerintah tiada jaminan lebih banyak hutan tidak akan diratah...
- Editor
]


The Sun

Ogos 19, 2001

(Artikel asal ada di 'The Sun on Sunday', muka depan dan ms 14-15).


Hutan Simpan Menjadi Projek Perumahan

(Wildlife Reserve In Cheras Makes Way For Housing)

Oleh: P. Wijan

Hanya dengan menggunakan dakwat pena, kerajaan Selangor telah menukar-taraf satu kawasan hutan simpan di Cheras, menjadi kawasan perumahan pada 1992.

Sembilan tahun selepas kesilapan itu, bekas Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib mempertahankan tindakan itu dengan berkata bahawa keputusan itu dilaksanakan oleh keseluruhan Majlis Exco Negeri. Lagipun, tidak ada seorang ketua jabatan kerajaan yang membantahnya.

Sekitar 305 hektar dari keseluruhan 575 hektar hutan simpan di Bukit Sungai Putih yang merupakan kawasan lindungan haiwan telah diluputkan penggezetannya dan tanah itu diserahkan kepada 15 syarikat yang berbeza untuk pembangunan.

Muhammad berkata keputusan itu adalah tindakan bersama oleh 15 ahli exco. Seandainya seorang yang bangun membantau, kelulusan sudah pasti di tarik-balik.

'Takkan semua buta mata,' kata beliau. 'Malahan ketua jabatan tidak memberitahu kami bahwa kawasan itu ialah kawasan simpan untuk lindungan haiwan liar.'

Empat tahun selepas menerima tanah dan segala kayu kayan habis ditebang, beberapa syarikat itu telah menjadikan kawasan konsessi mereka kawasan lapang. Rintihan rakyat telah mendesak BPR membuat siasatan wujudnya kepincangan, namun sehingga kini mereka masih diam membisu dengan hasil siasatan itu.

Pengarah BPR, Datuk Zulkipli Mat Nor ketika ditanya perkara ini minggu lalu, hanya mampu berkata: 'Saya tidak mahu buat komen. Tidak ada komen.....'

Rakyat yang perihatin dengan keadaan alam sekitar sudah lama mahukan projek ini dihentikan, kerja-kerja membangunkan kawasan terus brejalan dengan giatnya. Sembilan tahun sudah berlalu, ramai yang kehairanan bagaimana perkara semacam ini boleh berlaku.

Terjemahan: SPAR-M-J29