Laman Webantu   KM2A1: 5280 File Size: 8.0 Kb *



Merdeka, Bendera Malaysia dan dot dot dot
By Dahlia

23/8/2001 3:08 am Thu

[Tentu ada sebabnya Mahathir begitu banyak menukar nama benda dan amat suka aktiviti memecahkan rekod dunia. Bukankah itu yang pernah dilakukan oleh Firaun zaman dahulu kala? Dengan mengawal media dan yang penting sekali, kementerian pendidikkan golongan pelajar dinegara ini akan terputar minda mereka. Kesannya Mahathir dan zuriatnya akan disanjung dan diagungi sepanjang masa. Sudah 20 tahun Mahathir berkuasa - bukankah ramai yang kecil dulu itu sudah besar kini dan boleh mengundi belaka? Adalah sukar untuk membaiki minda anak bangsa yang sudah diputar sejak dari mula.

Dengan tindakkan yang keras terhadap guru yang berani menyindir terhadap pihak berkuasa nampak jelas Mahathir tidak mahu programnya terjejas. Tidak hairanlah ramai guru yang menyintai keadilan tersepit dalam dilema kerana tiada apa yang hendak dibanggakan dengan kemerdekaan jika sekadar menegur pun dianggap satu kesalahan. - Editor]


Merdeka, Bendera Malaysia dan dot dot dot

Apabila saya membaca artikel Marhaintua tentang mengibarkan bendera Malaysia sempena Sambutan Kemerdekaan Negara ke-44, saya turut dapat merasakan keresahan sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama di KL. Oleh kerana saya adalah sebahagian daripada masyarakat KL yang saban hari melihat suasana@fenomena yang berlaku di depan mata sendiri, saya turut merasakan perasaan serba-salah tersebut.

KE MANA RIBUAN BENDERA YANG DIEDARKAN?

Misalnya kelmarin, ketika saya ke rumah keluarga di Ampang Jaya, ketika hujan lebat dan banyak kenderaan terkandas di jalanraya sepanjang jalan, di kedua-dua hala samada dari KL ke Ampang, KL ke Ulu Kelang dan sebaliknya, dan saya melihat antara ratusan dan ribuan kenderaan tersebut, hanya beberapa buah kenderaan sahaja yang mengibarkan bendera Malaysia (maafkan saya, sehingga kini, saya tidak pernah sebut Jalur Gemilang seperti juga ramai di kalangan rakan saya yang tidak suka menyebut JG - dan kami mempunyai alasan yang sama). Alasannya tidak lain dan tidak bukan spt kata seorang Ketua Pengarah (di Jabatan Kerajaan) bahawa kalau boleh, semua benda kat Malaysia ni Mahathir nak bubuh nama baru, supaya buku-buku sejarah catit nama beliau sorang saja yang ada kaitan dengan tempat@lambang kebanggaan negara.

Berbalik kepada kibaran bendera tadi, saya sempat memerhatikan nombor-nombor kenderaan berkenaan, dan ada 7 buah kenderaan yang mengibarkan bendera di kereta mereka (atau kereta syarikat@Jabatan?) antara 1-2 jam observation tersebut. Van Telekom, Kereta FAMA, kereta Proton Saga merah bernombor NAA ****, WFM 408* (proton putih), sebuah Van yang agak uzur (angkat kayu dan besi) dan dua buah Teksi Wilayah. Mulanya nak juga saya tulis nombor plat berkenaan, tapi, tak payahlah!

Pelik juga, seorang menteri mendakwa bahawa ratus ribuan bendera telah disediakan dengan percuma dan telah diedarkan. Sambutan sungguh menggalakkan kerana bendera-bendera tersebut sudahpun kehabisan dan perlu disediakan lagi untuk menampung kekurangan di seluruh negara. Hahaha... kelakar betul pak-pak menteri Mahathir ni. Tak cukup dengan Mahathirnya yang suka buat lawak pandir, berjangkit plak kat anak buahnya. Yelah... kalau dah cikgu kencing berdiri, anak murid apatah lagi laaahhh.... tak dapat nak bayangkan!

SAMBUTAN KEMERDEKAAN - seperti tiada makna.

Semalam, saya ke rumah emak saudara saya , beliau memberitau bahawa sebagai seorang guru (kanan), beliau juga berasa serba-salah kerana tertekan dengan perasaan antara sayangkan negara dengan perasaan bencikan kepimpinan Mahathir. Sebagai seorang guru, pasti beliau ingin memberitau ke semua anak-anak muridnya agar menghayati dan menyintai negara, sekaligus memberi penghargaan atas sambutan kemerdekaan negara. Justeru, beliau ingin sekolah dihiasi bendera dan para pelajar dapat merasai kehangatan sambutan tersebut. Tapi kata beliau, perasaan sayang dan benci silih-berganti yang kadangkala membuatnya rasa resah, ada ketikanya rasa sedih. Beliau berkata kepada saya, "alangkah baiknya kalau Malaysia ini dipimpin oleh seorang pemimpin yang ikhlas menyayangi negara dan rakyatnya. Bukan sekadar menunjuk-nunjuk sayangkan negaranya kepada rakyat sedangkan sebenarnya mereka lebih sayangkan hasil mahsul dan kekayaan negara semata-mata". Lembutnya ucapan beliau tetapi tegas. Ketika itu, matanya tidak berkelip, tetapi raut mukanya menunjukkan perasaan keresahan yang sudah lama.

Saya terdiam seketika. Dalam hati saya, kalau saya tak silap, maknanya beliau mengatakan bahawa :


  1. Pemimpin yang ada sekarang tidak ikhlas menyayangi negara dan rakyatnya,

    atau;

  2. Pemimpin yang ada mementingkan diri sendiri,

    atau;

  3. Pemimpin yang ada tidak bertanggungjawab ke atas negara dan rakyatnya,

    atau;

  4. Pemimpin yang ada hanya ingin mengaut keuntungan negara sahaja,

    atau;

  5. Yang mudahnya untuk saya buat andaian ialah, pemimpin yang ada sekarang memang HAPRAK dan tak berguna langsong!


Betul? Atau saya yang silap buat andaian. Sayangnya, analisis begini tidak memerlukan teori khusus seperti digunakan dalam mathematics. Kalau tidak, jawapannya sudah lama menjadi mudah.

SEJARAH YANG HILANG

Saya masih bersama emak saudara saya, beliau melihat ke arah satu gambar lama , gambar Allahyarham Tunku yang sedang mengangkat tangan ke atas ketika menyambut hari kemerdekaan negara pada 1957. Gambar itu walaupun hitam putih, tetapi masih kemas di gantung di family-hall rumah itu. Saya mengkagumi emak saudara saya kerana beliau sangat teliti dalam soal sejarah negara, dalam soal-soal yang dilihat remeh, tetapi penting. Walaupun beliau bukan ahli sejarah, jauh sekali seorang kelulusan sejarah atau guru sejarah, tetapi beliau sangat faham dan teliti. Sebab itulah beliau mengatakan bahawa beliau sungguh resah untuk meraikan dan mengibarkan bendera Malaysia setelah apa yang berlaku dalam negara beberapa tahun kebelakangan ini.

Kedut-kedut di dahi emak saudara saya tidak terus hilang, beliau menarik nafas panjang, perlahan-lahan. Seperti tidak mau menghembusnya terus. Beliau menyambung, " bilalah Mahathir berundur ya? Kenapa lambat sangat?". Beliau seperti bertanya soalan itu pada saya. Saya terperanjat. Tak mungkin beliau perlukan jawapan dari saya. Beliau jauh lebih berpengalaman dan berpengetahuan dalam soal-soal sejarah dan perundangan negara. Beliau bangun dan meninggalkan saya dengan persoalan yang tidak ada jawapan. Atau, beliau sengaja membiarkan saya mencari jawapannya?

OH ANWAR! oh EZAM! oh... REFORMASI!

Hari ini, ketika saya memandu di awal pagi di lalauan Dataran Merdeka di hadapan Mahkamah Tinggi (di mana saya pernah beberapa kali berada di sana bersama ribuan para pendokong reformasi tahun lepas dan tahun sebelumnya), saya terdengar-dengar suara Anwar Ibrahim yang melaungkan reformasi beberapa kali. Tersentak betul saya. Saya seperti ternampak lambaian beliau ke arah saya dan rakan-rakan ketika beliau menaiki trak polis yang membawa tubuhnya ke penjara! Tangannya ke atas, sambil tersenyum mulutnya seperti berkata, " KALAU TAKUT RISIKO, JANGAN BERCAKAP SOAL PERJUANGAN".

Airmata saya mengalir tanpa disedari. Saya mengesatnya ketika menjawab panggilan teman dari utara yang bercuti di rumah hari ini. Teman saya pasti tidak tau apa yang bermain di fikiran saya, beliau juga pasti tidak tau isi hati saya yang penuh keresahan, sepertinya resahnya seseorang yang menanti kematian seorang penjenayah negara!

Tertanya-tanya sendiri.... ke manakah perginya laungan keramat itu kini? Adakah hilang perginya bersama Anwar dan Ezam? Huh.... tak taulah!

REFORMASI! ALLAHU-AKBAR!!

Wassalam
Dahlia/KL