Laman Webantu   KM2A1: 5304 File Size: 6.1 Kb *



TJ SP MGG: Meningkatnya Bilangan Cawangan MCA Yang Berhantu
By M.G.G. Pillai

25/8/2001 8:56 pm Sat

[Ahli Umno patut belajar dari akar-umbi MCA yang sudah mula mempersoalkan gejala pelik-pelik dalam parti. Kerana dalam organisasi maruah parti lebih penting dari presiden sendiri. Tentangan yang begitu tersusun oleh akarumbi MCA itu amat membimbangkan Mahathir kerana Ling tidak pandai membelit seperti tuannya tetapi dia semakin terbelit leher sendiri.... Mana Mahathir tidak bimbang kerana sudah ada banyak tali yang bersimpul di leher anak buahnya ini tetapi Ling masih goyang kaki.
- Editor
]


Meningkatnya Bilangan Cawangan MCA Yang Berhantu

(The Rise Of Phantom Branches In The MCA)

Oleh: MGG Pillai


Presiden MCA yang masih tidak pasti apakah dia akan meletakkan jawatannya ataupun tidak, kini dihantui dakwaan wujudnya pengundi hantu. Kisah pengundi hantu ini adalah persis kisah yang sama yang berlaku kepada Mayor Daley di Chicago satu ketika dulu, di mana nama orang yang sudah mati digunakan untuk menambahkan bilangan keahlian. Sebelum diadakan penyusunan semula organisasi parti, terdapat satu bahagian, Petaling Jaya yang belum dipecah-pecahkan ketika itu - menghantarkan lebih ramai perwakilan kepada pesidangan tahunan parti itu berbanding jumlah perwakilan daripada lima buah negeri. Resolusi persidangan itulah yang menonjolkan Ling menjadi presiden MCA. Kemelut Nanyang Press kini sudah menghenyak Ling. Dia telah bertindak memaksa penjualannya, di sebalik tentangan pihak yang membangkang, sambil menjebak MCA kepada risiko kewangan. Tetapi apakan daya, kerana Ling terpaksa akur kepada arahan perdana menteri agar akar umbi parti menerima Ling sebagai presiden parti, betapapun mereka membencinya.

Persidangan parti telah memberikan kemenangan yang tidak berbaloi kepada Ling untuk membolehkannya membeli Nanyang Press. Kini, baru dia sedar betapa kemenangan itu adalah sinonim dengan satu kekalahan. Mereka yang dulunya menentang pembelian Nanyang Press telah menukar muslihat tentangan mereka dengan memberi penekanan kepada masalah parti dan tidak lagi kepada kisah pengambil-alihan Nanyang Press. Bahagian Petaling Jaya Utara merupakan sasaran pertama mereka, banyak lagi bahagian lain yang akan menjadi sasaran berikutnya. Satu persatu akan dikelebek sehingga memaksa ibupejabat parti mendedahkan cara mereka menguruskan parti. Sepatutnya cawangan yang baru mesti mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi parti, masalahnya kini presiden parti yang semakin pelupa itu tidak ingat apakah kelulusan pernah diberikan. Kini dia pura-pura bertegas: Kalau ada masalah yang timbul, kita mesti membetulkannya ataupun mungkin juga terpaksa membatalkannya (cawagan yang baru)....... kita perlu melaksanakan semuanya mengikut peraturan. Dulu dia enggan mengikut peraturan ketika membeli Nanyang Press, kerana menganggapnya sebagai perkara kecil untuk diluluskan jika tidak dia menganggap mereka yang mengengkarinya sebagai petualang parti.

MCA Selangor sudahpun memulakan siasatan mereka. Dr. Ling bertegas bahawa pasukan penyiasat itu dianggotai oleh orang yang berwibawa. Kemudian dia menjelaskan: Penubuhan 20 cawangan dalam satu tahun adalah satu perkara luarbiasa walaupun ia telah berlaku di bahagian lain. Logik cakapnya itu kalau diambil kira budaya dalam Barisan Nasional, memberi kiasan bahawa apa salahnya kalau banyak cawangan yang ditubuhkan dalam sesuatu bahagian kerana perkara ini pernah dibuat oleh bahagian yang lain. Demikianlah jawapannya kepada kisah penubuhan 22 cawangan baru di bawah takluk Bahagian Petaling Jaya Utara, di mana hanya 17 cawangan yang diberikan kelulusannya oleh Majlis Tertinggi Parti walaupun semuanya tidak menepati peraturan perlembagaan parti. Jawatan Dr. Ling semakin tercabar apabila adanya permintaan agar dilangsungkan satu persidangan luarbiasa membincangkan masalah dalam bahagian ini, dengan kemungkinan banyak lagi masalah yang sama yang wujud di bahagian lain yang akan menggugatnya. Yang menakjubkan dengan kewujudan 20 cawangan ini ialah ketiadaan ahlinya dan siapa pula pengerusinya. Mesyuarat Agung Tergempar pada 6 September 2001 nanti, bertujuan meluluskan satu undi tidak percaya kepada pengerusi bahagian, Dr. Wong Sai Hon. Dia telahpun berjanji menyediakan segala butiran yang diperlukan oleh pihak yang memerlukannya 'menepati masanya'.

Akan tetapi, Dr.Ling beranggapan perkara ini tidak serius kerana ia membabitkan sebilangan kecil cawangan sahaja. Namun, kepentingannya nampak jelas dan serius apabila perkara itu dihantar melalui faks kepadanya di Yemen di mana dia menemani perdana menteri melawat negara itu. Dr. Ling 'tidak mahu bertindak berlebihan dalam hal ini'. Lagipun, seandainya terdapat 160 daripada 167 bahagian dalam keadaan seperti itu bererti perkara itu memang serius. Setakat ini kita boleh bertindak cepat untuk membetulkan keadaan. Jikalau hanya 32 bahagian mempunyai masalah berkaitan cawangan hantu dan ahli yang tidak pernah wujud, perkara ini boleh diselesaikan, lagipun takkan kesemua 160 bahagian mempunyai masalah seperti ini. Apabila masalah itu dianggap kecil, Dr. Ling seharusnya dibiarkan bersenang-lenang dengan angan-angannya. Lagipun, banyak perkara lain yang perlu difikirkannya, kemelut Nanyang Press merupakan satu fiasko yang dianggap boleh menonjolkan martabatnya, untuk membolehkan beliau terus memegang jawatan presiden MCA dan menyelamatkan masyarakat Cina daripada bencana. Walaupun ini bermakna akhbar The Star telah membelanjakan wang yang banyak untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dalam pembelian Nanyang Press dulu.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR-01-1511




Asal: KM2 5289: MGG: The Rise Of Phantom Branches In The MCA