Laman Webantu   KM2A1: 5310 File Size: 12.6 Kb *



TAG SP 258: Adakah Kumpulan Pemikir US Diupah?
By FAC

26/8/2001 9:24 pm Sun

[Kerajaan menafikan ia membayar kepada kumpulan pemikir US ini. Tetapi mengapa penafian itu agak lambat dikeluarkan? Media pro kerajaan terlalu gopoh menonjolkan rencana oleh Amy Ridenour tanpa betul-betul meneliti kandungannya. Kesannya kerajaan sendiri telah terlebam kerananya. Mana mungkin Anwar agen CIA dan sekarang fundamentalis Islam pula. Lain kali baca dan cuba kaji dulu kerana itulah tugas wartawan - bukannya main potong dan tampal (cut and paste) sahaja.
- Editor
]


Adakah Kumpulan Pemikir US Diupah Untuk Menghasilkan Laporan Ke Atas Anwar?

(Was the US Think Tank paid to produce a report on Anwar?)

Oleh: FAC News


Amerika Syarikat telah diberi amaran agar tidak memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim. Amaran ini datangnya dari Amy Ridenour, Presiden Pusat Penyelidikan Dsar Awam Kebangsaan (National Center for Public Research, NCPPR), dan telah disiarkan oleh Washington Times pada hari Rabu (15 Ogos).

Ridenour berkata bahawa Anwar telah memulakan karier politiknya pada tahun 1960an sebagai aktivis pelajar dan kemudian menubuhkan Angkatan Belia Islam (ABIM), sebuah pergerakan fundamentalis belia Islam yang bertujuan untuk mencetuskan satu gerakan Islam sebagai landasan kepada kebangkitan semula Islam di Malaysia.

Berikut adalah petikan dari laporan Ridenour :

Sejarah politik Anwar bermula sebagai aktivis pelajar di Universiti Malaya pada tahun 1960an. Beliau percaya bahawa pelajaran agama yang diterimanya semasa belajar di sekolah berasrama penuh dahulu telah dibuat sambil lewa sahaja, dan mula berkecimpung memberikan ucapan-ucapan awam yang berapi-api tentang Islam di dalam mahupun di luar universiti. Selepas tamat pengajian pada tahun 1971, beliau memainkan peranan utama di dalam penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia, atau ABIM, sebuah pergerakan fundamentalis belia Islam Malaysia. Melalui apa yang digambarkan dari namanya itu, ABIM berhasrat untuk membentuk satu pergerakan Islam sebagai landasan kepada kebangkitan semula Islam di Malaysia. Anwar telah pergi ke Iran untuk bertemu dengan Khomeini. Beliau telah ditangkap pada tahun 1974 kerana peranannya di dalam demonstrasi pelajar manakala pertubuhannya yang merujuk kepada ajaran Marx dan fahaman radikal Islam telah mengecam eksploitasi tenaga pekerja dan 'semua perkara yang tidak boleh diterima oleh semangat keadilan Islam'.


Apakah NCPPR yang diwakili oleh Ridenour ini?

NCPPR adalah sebuah organisasi kecil yang berhaluan kanan. Laman webnya adalah :

http://www.nationalcenter.org/NCPPRHist.html

Berita FAC mempunyai orang perhubungan di US untuk menyiasat latar belakang NCPPR dan ini adalah apa yang dilaporkannya :

Nampaknya tiada sesiapapun di Washington yang pernah mendengar tentang organisasi yang kononnya dipanggil sebagai 'kumpulan pemikir' (think tank) ini sehinggalah apabila rencana tersebut disiarkan oleh Washington Times.

Di dalam bandar yang dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan pemikir yang hebat - the Brooking Institution, the Center for Strategic and International Studies, the Heritage Foundation, the CATO Institute of Economics dan banyak lagi yang lain - adalah salah bagi Bernama untuk menggelar NCPPR itu sebagai sebuah kumpulan pemikir, kerana ia tidak benar sama sekali. Institusi-institusi yang lain itu menjalankan penyelidikan yang penting, penerbitan, dan program-program awam. Mereka juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pemikiran berkaitan hal-ehwal antarabangsa.

Akan tetapi NCPPR tidak langsung tergolong di dalam kumpulan ini. Kebanyakan orang tidak pernah mendengar tentangnya. Seperti yang dinyatakan di laman webnya sendiri, ia mengkhususkan kepada maklumbalas- maklumbalas yang cepat, menyiarkan rencana-rencana dan fakta-fakta yang digunakan terutamanya oleh ahli-ahli kongres yang konservatif, penulis-penulis kolum, dan pengacara-pengacara rancangan radio. Laman web mereka juga memperlihatkan bahawa hampir kesemua pandangan-pandangan mereka adalah berkaitan dengan hal-ehwal domestik US. Mereka membenci Demokrat tetapi menyukai Republikan; membenci undang-undang alam sekitar, menyukai cukai yang rendah dan sebagainya.

Pada satu bahagian 'pertahanan kebangsaan' di laman web mereka menunjukkan bahawa mereka hanya menghasilkan 12 rencana-rencana pendik berkenaan pertahanan kebangsaan dan hal-ehwal asing sejak dua tahun yang lalu! Kebanyakan darinya menyokong cadangan sistem pertahanan peluru berpandu dan menentang Cuba, Bangsa-bangsa Bersatu, dan Iraq.

Apa yang menyebabkan rencana tentang Malaysia itu pelik, sesungguhnya, adalah bahawa mereka jarang sekali menulis tentang negara-negara yang spesifik (selain dari Cuba). Mengapa pula mereka memilih topik ini? Siapakah yang menyalurkan mereka dengan semua maklumat yang menyimpang dari kebenaran ini?

Amy Ridenour bukanlah seorang yang pakar tentang Malaysia, Asia atau hal-ehwal Asing (sepertimana yang ditonjolkan dengan ketara sekali oleh artikelnya). Mengapa pula kini beliau cuba untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang yang pakar tentang topik-topik seperti ini? Beliau akan dikecam hebat akibat tindakannya itu kerana :

1) Ketidakpekaannya terhadap hal-ehwal Malaysia akan menjadikan beliau sebagai bahan ketawa di kalangan komuniti Washington DC yang mengikuti perkembangan hal-ehwal Asing, dan

2) Kenyataan anti-Islamnya (yang menyatakan dengan lantang sekali bahawa orang-orang Islam adalah radikal, pengganas-pengganas yang anti-Barat) tidak akan dapat diterima dengan mudah di dalam komuniti Islam Amerika. Ia adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga kepada mereka kerana secara 'stereotype' digolongkan dengan maksud yang sama.

Ini adalah apa yang dikatakan oleh NCPPR di dalam laman webnya :

'The National Center for Public Reseach adalah sebuah yayasan komunikasi dan penyelidikan yang penuh dedikasi untuk menyediakan penyelesaian pasaran bebas kepada masalah-masalah yang berbangkit dari dasar awam pada masa kini. Kami percaya bahawa prinsip-prinsip pasaran bebas, kebebasan individu dan tanggungjawab peribadi memberikan harapan yang besar untuk mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Amerika pada abad ke 21.

Pada tahun 1982, kami memulakan Pusat Kebangsaan (The National Center) untuk menyediakan pergerakan konservatif dengan sesuatu yang tidak dimilikinya - sebuah organisasi yang serba boleh dan bertenaga, berupaya untuk bertindakbalas dengan cepat dan tepat kepada isu-isu yang baru tercetus. Pada hari ini, kami terus mengisi bidang yang kritikal ini melalui suatu penyelidikan dan operasi komunikasi bermutu yang didorong dari hasil keputusan dan perkara yang penting sekali.'



Dengan mengambilkira bahawa NCPPR dapat terus bertahan dengan bayaran pembiayaan dari para pelanggannya, adakah mungkin mereka juga dibayar untuk menghasilkan laporan terhadap Anwar itu? Oleh itu, siapakah pelanggannya? Kerajaan Malaysia barangkali?


Terjemahan : SPAR 09




Asal:

http://www.freeanwar.com/facnews/facnews210801.html

FAC News - 21 August 2001

Was the US Think Tank paid to produce a report on Anwar?


The United States has been warned not to support Anwar Ibrahim. This warning came from Amy Ridenour, president of the National Centre for Public Policy Research, and was published by the Washington Times on Wednesday.

Ridenour said Anwar started his political career in the 1960s as a student activist and then founded the Angkatan Belia Islam (ABIM), a "fundamentalist Islamic youth movement", whose aim is to generate an Islamic movement as a path to Islamic revival in Malaysia.


As follows is an excerpt from Ridenour's report:

Anwar's political history began as a student activist at the University of Malaya in the 1960s. He believed the religious instruction he received at boarding school had been perfunctory, and began to make fiery public speeches about Islam both inside and beyond the university. Upon graduation in 1971 he played a leading role in founding Angkatan Belia Islam Malaysia, or ABIM, the Malaysian fundamentalist youth movement. By its own description, ABIM aimed to generate an Islamic movement as a path to Islamic revival in Malaysia. Anwar traveled to Iran to meet with Khomeini. He was arrested in 1974 for his role in a student demonstration while his organization taking one page each from Marx and the screed of radical Islam denounced labor exploitation and "all things repugnant to the spirit of Islamic justice."


What is this National Center for Public Policy Research that Ridenour represents?


The National Center for Public Policy Research is a tiny rightwing husband and wife outfit. It's Website is:

http://www.nationalcenter.org/NCPPRHist.html

FAC News got its contact in the US to investigate the background of the National Center for Public Policy Research and this is what he had to report:

No one in Washington seems to have heard of this so-called "think tank" outfit until this op-ed appeared in the Washington Times.

In a city that is filled with great think tanks -- the Brooking Institution, the Center for Strategic and International Studies, the Heritage Foundation, the CATO Institute, the International Institute of Economics and many others -- it is wrong for Bernama to call the National Center a think tank, because it is not. Those other institutions have major research, publications, and public programs. They also have a real influence on thinking about international affairs.

But the National Center is not in this class at all. Most people have never heard of it at all. As it says on its own Website, it specializes in quick responses, cranking out op-eds and fact sheets that are used primarily by very conservative Congressmen, columnists, and radio talk show hosts. Their website also indicates that almost all of their opinion pieces are about US domestic affairs. They hate Democrats and love Republicans; they hate environmental legislation; they love low taxes, and so on.

Their section on "national defense" indicates that they have produced only 12 short op-eds on national defense and foreign affairs in the past two years! Most of those were supporting the proposed missile defense system and opposing Cuba, the United Nations, and Iraq.

What makes the piece on Malaysia unusual, therefore, is that it is so rare for them to write about specific countries (other than Cuba). Why did they choose this topic? Who provided them with all the misinformation?

Amy Ridenour is not an expert on Malaysia, Asia, or foreign affairs (as her article makes abundantly clear.) Why does she now try to set herself up as an expert on these topics? She is going to end up with a lot of egg on her face because

(1) her ignorance of Malaysian affairs will make her a laughingstock among the informed Washington DC foreign affairs community, and

(2) her anti-Muslim statements (implying very strongly that Muslims are radical, anti-West terrorists) will not go down well in the American Muslim community. It is an insult not only to Anwar but also to them to be stereotyped in that way.

And this is what the National Center for Public Policy Research has to say in its Website:


The National Center for Public Policy Research is a communications and research foundation dedicated to providing free market solutions to today's public policy problems. We believe that the principles of a free market, individual liberty and personal responsibility provide the greatest hope for meeting the challenges facing America in the 21st century.

In 1982, we started The National Center to provide the conservative movement with something it sorely lacked -- a versatile and energetic organization capable of responding quickly and decisively to late-breaking issues. Today, we continue to fill this critical niche through a top-flight research and communications operation driven by results and the bottom line.


Considering the National Center for Public Policy Research survives by getting paid by its clients, is it possible they were paid to produce the report on Anwar? In that case, who is its client? The Malaysian government maybe?