Laman Webantu   KM2A1: 5322 File Size: 11.3 Kb *



TAG SP 259: Kenapa ISA Mesti Dimansuhkan
By Harun Rashid

28/8/2001 8:11 pm Tue

[Kalau rokok menjahanamkan kesihatan, ISA pula akan menjahanamkan demokrasi dan hak asasi seseorang. Gembar-gembur ancaman keselamatan sengaja dilakukan sebagai satu kempen atau iklan agar ISA tidak dikecam. Bayangkan begitu banyak kematian misteri berunsur perkauman telah dilakukan tanpa ada sebarang tangkapan. Yang menariknya kaum India asyik menjadi korban dalam beberapa kejadian yang dirancang manakala kaum Melayu dan Cina pula asyik mendapat tohmahan. Tentu kita masih belum kes lupa pembunuhan Joe Fernandez (juga seorang India) yang masih gagal diselesaikan tetapi KMM telah awal-awal lagi dituduh melakukannya. - Editor]


Kenapa ISA Mesti Dimansuhkan

(Why The ISA Must Not Sell)

Oleh: Harun Rashid

Pengiklanan mempunyai satu sasaran, untuk memaut minda para pengguna dengan pukauan psikologi agar memeli barangan ataupun khidmat yang dipromosi. Haruslah diperingatkan walaupun etika merupakan pertimbangan utama para pengiklan, selalunya ia tidak menjadi panduan ataupun penghindar utama yang diamalkan. Agensi pengiklanan diberi taraf keunggulan berasaskan kejayaan, dan bukannya disebabkan kepekaannya terhadap kesihatan masyarakat ataupun kepentingannya. Lagi haprak sesuatu barangan itu, lagi kuat usaha dan belanja untuk memasarkannya.

Unsur-unsur berahsia dan penipuan bersahaja adalah pra-yarat untuk menipu para pengguna apabila sesuatu barangan merupakan barang larangan yang menyalahi undang-undang ataupun tercemar disebaban campuran benda-benda toksik ataupun kesannya yang memudaratkan. Satu contohnya ialah pengiklanan rokok yang dikaitkan dengan satu senarai panjang akan risikonya terhadap kesihatan para pengguna yang terpaut kepada nikotin.

Beberapa bulan dahulu, sebuah syarikat tembakau telah membuat pengumuman penyertaannya dalam pasaran rokok dan melancarkan satu kempen pengiklanan yang mahal di Malaysia. Tetapi, pengiklanan tembakau adalah dianggap haram di TV oleh undang-undang Malaysia. Kemenerian kesihatan telah secara rasminya menolak sebarang usaha menjual barangan tembakau, terutama sekali usaha untuk memerangkap panagih yang sudah berumur. Tetapi, kempen TV itu disaluti oleh satu iklan memasarkan satu jenis kopi yang berjenama besar.

Beberapa bulan yang lalu, kabinet telah mengeluarkan satu panduan menghentikan kegiatan antara syarikat rokok dengan kementerian belia, dan peraturan ini telah dipatuhi. Kerugian besar kementerian disebabkan peraturan ini telah diselamatkan oleh penajaan Nestle yang menganjurkan iklan minuman cokolat Milo. Semua papan iklan di arena sukan sudahpun diganti kini dengan iklan yang menonjolkan warna-warni Milo sebagai ganti warna iklan rokok dan logonya. Ini adalah satu petanda baik kerana kerajaan memberikan tumpuan baru menyedarkan rakyat akan bahaya nikotin (melalui hisapan rokok).

Di sebalik semua perubahan ini, kempen pengiklanan terbaru di TV telah dibenarkan beriringan dengan pengiklanan lama yang berbentuk iklan rokok yang diselewengkan. Syarikat rokok kini menaja iklan TV yang menunjukkan aktiviti luaran seperti berkayak di lautan terbuka dan acara sukan yang lainnya dengan menggunakan model yang molok-molok. Namun, warna dan logo syarikat rokok itu masih menonjol dan mendedahkan hasrat sebenar iklan tersebut. Walaupun iklan itu dikatakan tajaan syarikat pelancongan, tidak siapa yang terpesona dengan penipuan itu sepertimana susahnya mereka menipu dengan kempen meminum kopi yang berjenama.

Sejak beberapa hari yang lalu beberapa iklan di akhbar telah mendedahkan kisah sebenar kempen kopi itu, dengan terdedahnya nama dan harga rokok yang baru diiklankan. Yang tidak memeranjatkan ialah kesamaan warna dan logo bungkusan rokok dengan bungkusan kopi. Ia menjadi satu lelucon melihatkan kopi itu tersusun di rak-rak kedai. Ini semua adalah satu contoh bagaimana syarikat rokok sanggup menjalankan usaha untuk memperlekehkan undang-undang dan mengabui orang ramai untuk mengiklankan rokok mereka.

Apabila wakil rakyat mengeluarkan kenyataan kepada orang awam, mereka diharapkan mematuhi peraturan yang sama perlu dipatuhi oleh pelajar sekolah. Apabila berlaku perbezaan ini, ia dilihat sebagai satu 'double-standard' oleh semua pihak, terutama sekali oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan proses pendidikan, para pentadbir, guru-guru, pelajar dan masyarakat ibu bapa. Usaha terbaru untuk memantau dan mengenalkan peraturan baru dalam kegiatan pendidikan oleh parti yang berkuasa dilihat sebagai kehaprakan dan otak dungu para pemimpin politik. Demikianlah apabila ada menteri kerajaan yang mendakwa pelajar dan guru-guru yang menentang dasar dan amalan kerajaan sekarang ini sebagai kelakuan yang tidak senonoh dan mencemarkan hak asasi manusia.

Kerajaan UmnoBN kini sudah dianggap sebagai satu kerajaan yang tidak sah, setelah semakin ketara bagaimana pemilu yang berlalu telah mereka putarbelitkan untuk mendapatkan kemenangan. Seperti pengiklanan rokok, segala putarbelit telah dilaksanakan dengan penuh bijaksana, dan kini secara perlahan semakin menonjol penipuannya. Untuk terus menutup penipuan ketika pilihanraya dulu, berserta segala dakwaan mengenai penggunaan wang yang berleluasa, mereka yang membuat dakwaan dan tuduhan secara terbuka telah ditangkap dan dipenjarakan oleh ESBIM (pasukan cawangan khas polis negara ini). Mereka kini dipenjarakan bersendirian, dinafikan hak diwakili oleh para peguam, dan senantiasa disiasat dan diputarkan minda oleh pegawai terlatih yang memang pakar dalam penderaan fisikal dan mental.

Segala penangkapan dan penderaan yang menyusulinya, dipermudahkan oleh undang-undang yang zalim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta ini membenarkan parti yang berkuasa mengawal sebarang bentuk rintihan rakyat dengan mengugut masyarakat. Ahli pembangkang yang giat berperanan, ditangkap dan dipenjarakan, sebagai satu usaha untuk menyekat mereka meneruskan pendedahan dan membolehkan segala kerja bajingan itu berterusan.

Semakin jelas kini, penangkapan rakyat marhaen di rumah mereka pada malam hari tanpa sebarang surat waran, dan tanpa sebarang bukti adanya kegiatan jenayah, adalah satu tindakan yang menyalahi hak asasi manusia. ISA sudah menjadi bahan sumpah seranah rakyat. Parti yang berkuasa terpaksa melancarkan satu kempen memancing pengaruh dengan cuma menyogok minda betapa ISA masih diperlukan. Beberapa siri sandiwara ditaja oleh kerajaan dengan tujuan menunjukkan semua 'sandiwara' itu adalah kejadian yang mengancam keselamatan negara. Polis telah mengaibkan pasukan mereka kerana memainkan peranan utama dalam semua sandiwara ini dengan kerjasama dan sekongkolan pegawai di jabatan ketua peguam negara.

Seperti yang ditunjukkan dalam kempen iklan rokok, segala kempen menakutkan betapa negara sedang diserang pengganas, adalah bertentangan dengan kepentingan negara, lagipun ia amat bertentangan dengan segala bentuk keadilan amalan sejagat. Rakyat menjadi malu dan merasakan keaibannya apabila segala kejijikan ini boleh disebut-sebut oleh para menteri kerajaan.

Timbalan perdana menteri yang berkuasa terus terhadap polis, kerap sangagt berlakon seolah-olah dia tidak lagi menerima sesuatu surat, ataupun belum diberitahu akan kes penangkapan si polan dan si polan. Sedangkan dia digaji sebagai menteri untuk diberitahu dan semua pegawai polis digaji untuk bertugas mengikut apa yang dia mahu. Dia enggan memikul tanggungjawab, tetapi setiap hari sanggup pula mempertahankan segala kerja bajingan puak yang sanggup melanggar prinsip 'betapa seseorang itu bersalah hanya selepas dibuktikan di mahkamah'.

Perdana menteri memang bersedia memperakukan segala kerja haprak polis, kerana dia memang bersedia merestukan kerja-kerja zalim mereka. Dia kerap mendodoikan lakonan kebenciannya terhadap orang Barat (penjajah, memang bencikan saya), orang Cina (gerombolan pengganas komunis), orang Melayu (pemalas, dungu). Hanya orang India yang tidak diperlekehkannya kerana mereka diperlekehkan dengan cara lain pula. Di Malaysia setiapkali diperlukan pengorbanan untuk memperakukan sesuatu kejadian, masyarakat India digunakan untuk membuktikan mayatnya.

Perdana Menteri kerap bercakap mewakili negaranya, baik di dalam negara ataupun di luar sana, dan menepati negara yang berbilang bangsa, Sepatutnya dia membentangkan apa jua kebaikan yang mampu ditonjolkan oleh negara, bukannya segala bentuk kehaprakan yang menunjukkan bisa unsur-unsur perkauman negara. Inilah yang tidak dapat ditonjolkannya dalam usaha melakonkan wibawa seorang diplomat dan negarawan yang unggul. Sebaliknya setakat ini, nampak sangat dia memang tidak mempunyai ketokohan menyerlahkan martabat ini.

Mahathir sudah tidak mampu berkhidmat untuk negara ini dengan segala kehormatannya, apatahlagi dalam usaha menyerlahkan segala harapan dan inspirasi rakyat jelata. Dia semakin galak memalukan negara dan mengaibkan bangsanya, sedangkan inilah masanya negara amat memerlukan satu kepimpinan yang penuh ketokohan. Dia tidak mampu memberikan kepimpinan berbentuk ini dan selalu menghalang sesiapa yang mampu memberikan kepimpinan itu.

Kempen kerajaan agar rakyat merelakan ISA dikekalkan, adalah satu bentuk pembaziran wang rakyat marhaen. Segala lakonan dan sandiwara betapa wujudnya ancaman keselamatan negara memerlukan perancangan kerahan tenga polis sehingga memesongkan mereka daripada tugas yang lebih penting lagi. Mahkamah dan penjara semakin dipenuhi oleh manusia yang dikenakan pelbagai tuduhan palsu semata-mata bertujuan memperakukan segala sandiwara jijik dan drama polis itu.

Sebaliknya, ISA tidak akan mampu dikekalkan secara berterusan. Kalau demokrasi mahu diberi ruang untuk bertapak di Malaysia, ISA mestilah dimansuhkan. Setiapkali menjelangnya pemilu, asas utama yang mesti didebatkan ialah prinsip bahawa 'seseorang itu masih tidak bersalah melainkan kesalahannya itu disahkan oleh mahkamah'. Segala calon dan parti politik yang enggan mematuhi prinsip ini mestilah diketepikan. Demokrasi memerlukan kita memilih secara undi mereka yang memperakukan kepentingan dan keunggulan prinsip hidup ini.

Inilah masanya untuk kita mengisytiharkan bahawa kempen kerajaan untuk mengekalkan ISA sudahpun gagal. Inilah masanya kerajaan menghentikan segala sandiwara yang bertujuan memberikan kesahihan kepada segala tindakan menghenyak rakyat jelata. ISA secara sendirian, sudahpun ketinggalan zaman. Kerana itu ia sentiasa memerlukan kempen berterusan oleh penajanya. Seperti barangan rokok, yang memang berbahaya. ISA sudah tidak laku, ia merupakan bahaya yang amat mengancam walaupun pada tahap awalannya ia dikatakan bertujuan mengekalkan demokrasi. Sebenarnya ISA menghancurkan demokrasi. Seandainya ia dibenarkan beleluasa, segala bentuk kebebasan para pengguna membuat pilihan hidup yang bebas, akan jahanam tanpa tepiannya.

Harun Rashid

Terjemahan: SPAR-05-020