Laman Webantu   KM2A1: 5337 File Size: 11.9 Kb *



TAG SP 260: Kelentongan Untuk Siapa mengenai Malaysia?
By John R. Mallot

30/8/2001 6:18 pm Thu

[Amy Ridenour nampaknya tidak membaca dan mengikuti perkembangan semasa sehingga menulis entah apa-apa. Padahal Mahathir adalah antara musuh akhbar yang utama dunia. Malah kerajaan Amerika sendiri begitu terkilan dengan tindak-tanduk Mahathir yang jelas melanggar hak asasi manusia. Bukan itu sahaja, banyak badan NGO antarabangsa seperti Amnesty International ada menyebutnya. Tuduhan melulu Ridenour itu hanya menjatuhkan kredibiliti dirinya sendiri kerana kumpulan pemikir lain yang lebih hebat pun tidak sanggup untuk menulis dan menafsir seperti itu. Ia hanya layak dibakul-sampahkan sahaja.... tetapi Bernama datang pula mengutipnya sekaligus menunjukkan betapa hapraknya media Malaysia. Bayangkan tidak ada satu pun laman web terkemuka dunia seperti IHT atau CNN mengutip rencana haprak itu kerana ia hanya mencemarkan imej mereka sahaja.
- Editor
]

FAC

Kelentongan Untuk Siapa mengenai Malaysia?

(Who Is Fooling Whom about Malaysia?)

Oleh: JR Mallot

Adalah mudah untuk mengenepikan rencana Amy Ridenour,'Turmoil in Malaysia' (15 Ogos), sebagai satu kerja yang mencemarkan, berdasarkan tulisannya yang secara terang-terangan cuba menggambarkan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai seorang fundamentalis Islam yang radikal, mengikuti jejak Khomeini di Iran dan Taliban di Afghanistan.

Ms. Ridenour memberikan gambaran seseorang yang berpegang kepada agama Islam itu mengikut takrifnya sebagai seseorang yang 'ganas dan begitu fanatik dengan kebencian' terhadap Barat. Secara keseluruhan, rencana itu membayangkan bahawa Anwar tidak ubah seperti seorang Islam yang gila, anti Amerika dan sukakan keganasan.

Sungguh memeranjatkan apabila Ridenour menimbulkan prasangka perkauman, anti Islam yang 'stereotype' dan kemudian menasihatkan kita agar jangan tertipu dengan Anwar dan apa yang sedang berlaku di Malaysia pada hari ini. 'Ia adalah satu tragedi sejarah apabila para diktator seringkali merampas kuasa dengan mengeksploitasi pergerakan-pergerakan yang popular,' tulisnya.

Sebagai bekas duta US ke Malaysia, biarlah secara ringkasnya saya mengatakan bahawa Ms. Ridenour telah memperolehi maklumat yang begitu menyimpang tentang situasi politik di Malaysia, dan juga tentang Anwar serta matlamat gerakan reformasinya.

Pertama sekali, ramai yang percaya bahawa seseorang telahpun merampas kuasa politik di Malaysia - tetapi ia bukanlah Anwar, yang menderita di dalam penjara. Seorang intelek Malaysia yang dihormati, Harun Rashid, baru-baru ini menulis, 'Malaysia bukanlah negara demokrasi. Semua prinsip demokrasi telah hilang'. Tiada sesiapapun yang akan membantah apabila kuasa polis disalahgunakan untuk mementaskan perbicaraan mahkamah. 'Tiada kebebasan akhbar. Akhbar dimiliki dan dikawal oleh (kerajaan) parti dan tiada pertentangan pendapat yang dibenarkan.'

Sejak beberapa bulan lalu, mereka yang menentang kerajaan Malaysia Perdana Menteri Mahathir Mohamed telah ditahan di bawah undang-undang bekas penjajah Kerajaan British yang diwujudkan bagi melawan gerila-gerila komunis. Mereka telah dihantar ke penjara untuk selama dua tahun tanpa dibicarakan, tanpa bukti-bukti dan tanpa diberikan hak untuk mendapatkan bantuan perundangan. Rakyat dengan mudahnya diminta untuk menerima bulat-bulat kata-kata kerajaan bahawa sesiapa sahaja yang cenderung untuk mengkritiknya merupakan ancaman kepada keselamatan negara.

Jelas sekali bahawa Perdana Menteri Mahathir semakin menunjukkan sikap kuku besi di dalam tindak-tanduknya dan tidak dapat menerima sebarang penentangan. Di dalam laporan terbaru hak-hak asasinya kepada Kongres, Jabatan Negara mendokumentasikan sekatan kepada kebebasan bersuara, akhbar dan berhimpun. Sejak tiga tahun yang lalu, Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan (Committee to Protect Journalists) telah mengecap Mahathir sebagai salah seorang dari 'sepuluh musuh akhbar utama' di dunia, seiringan dengan Castro, Mugabe dari Zimbabwe dan Ayatollah Khameini dari Iran. Freedom House menyatakan dengan jelas sekali bahawa akhbar di Malaysia 'tidak bebas'. Reporters Sans Frontieres, Human Right Watch dan Amnesty International semuanya telah menghasilkan laporan-laporan meluas yang mendokumentasikan tentang kebebasan politik yang terhakis di Malaysia pada hari ini.

Adalah menghairankan apabila jauh sekali dari mengamalkan cara Taliban yang radikal dan sangat anti Barat, Anwar telah dituduh oleh Mahathir dan para penyokongnya sebagai agen CIA, alat kepada IMF dan berbagai-bagai tuduhan lain yang dahsyat.

Sebaliknya, Mahathirlah yang saban hari menghentam US, meletakkan kesalahan bencana kewangan yang melanda negaranya kepada Wall Street dan bangsa Yahudi, tetapi mendakapi Castro.

Anwar bukanlah boneka Amerika. Tetapi beliau percaya kepada demokrasi. Beliau seringkali memetik kata-kata dari Tocqueville dan ahli-ahli pemikir demokrasi dari India sehingga ke Filipina.

Beliau juga berpegang kepada Islam dan dapat bertoleransi. Pernah beliau membacakan petikan dari Al-Quran kepada saya yang berbunyi, 'Tuhan menjadikan manusia dari pelbagai bangsa yang berbeza warna kulit supaya kita dapat belajar di antara satu sama lain.' Beliau amat berpegang teguh kepada agamanya, dan Islam yang diamalkan oleh Anwar itu membawa lebih kepada perpaduan dari perpecahan. Ia mencari titik persamaan di kalangan mereka yang berbeza pendapat. Inilah Anwar yang kita semua kenali, sama ada anda tinggal di Tehran atau London, New York mahupun Jakarta.

Akhir sekali, matlamat perjuangan gerakan reformasi Amwar adalah mudah sahaja. Mereka tidak berniat untuk menggulingkan kerajaan melalui revolusi yang ganas. Mereka mahukan hak-hak untuk bebas bersuara, tanpa diselubungi rasa takut untuk ditangkap. Mereka mahukan hak untuk mengedarkan akhbar-akhbar dan penerbitan-penerbitan dengan bebas. Mereka mahukan penggunaan yang adil terhadap akhbar, televisyen dan radio yang dikawal oleh kerajaan. Mereka mahukan hak untuk berhimpun dan berkempen secara terbuka, tanpa perlu pihak polis menggunakan 'water canon' dan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. Mereka mahukan pilihan raya yang bebas, di mana mereka tidak perlu mendapatkan kebenaran polis untuk mengadakan perhimpunan. Mereka mahukan pemimpin mereka dibebaskan dari penjara - yang dikenakan kepadanya selepas melalui perbicaraan yang keadilannya telah dikecam oleh kesatuan-kesatuan guaman dan pemerhati-pemerhati perundangan dari seluruh dunia.

Di tahun 2001, ini bukanlah sesuatu yang radikal ataupun revolusi. Ini adalah hak-hak yang dinikmati oleh kebanyakan orang di dunia. Thomas Jefferson pasti memahami Anwar, begitu juga Ronald Reagen. Mengapa tidak Ms. Ridenour?


Terjemahan : SPAR 09




Asal:

http://www.freeanwar.com/articles/article210801.htm


Who's Fooling Whom about Malaysia?

By John R. Malott

Note: The author, a former career Foreign Service Officer, was US Ambassador to Malaysia, 1995-1998.

It would be easy to dismiss Amy Ridenour's op-ed, 'Turmoil in Malaysia' (August 15), as a hatchet job, given the way it seeks so blatantly to portray jailed former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim as a radical Islamic fundamentalist, hell-bent on following in the steps of Iran's Khomeini and the Taliban in Afghanistan.

Ms. Ridenour paints a portrait of a man whose Islamic faith by definition must mean he is filled with 'ferocious and fanatical hatred' of the West. In its entirety, the article implies that Anwar is some kind of crazed, anti-American, terrorist-loving Muslim.

Ridenour shockingly brings forth every racist, anti-Muslim stereotype there is and then advises us not to be fooled by Anwar and what is happening in Malaysia today. 'It is a tragedy of history that dictators often seize power by exploiting popular movements,' she writes.

As a former U.S. Ambassador to Malaysia, let me simply say that Ms. Ridenour is woefully misinformed about the political situation in Malaysia, and also about Anwar and the goals of his reform movement.

First, there are many people who believe that one man already has seized political power in Malaysia -- but it is not Anwar, who suffers in jail. A respected Malaysian intellectual, Harun Rashid, recently wrote, 'Malaysia is not a democracy. All the principles of democracy have been lost. 'No one will object when police power is misused to stage show trials'. There is no freedom of the press. The press is owned and controlled by the [Government's] parties and no dissent is allowed.'

In the past few months, political opponents of Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamed's Government have been arrested under a law the former British colonial Government wrote to fight communist guerrillas. They have been sent to prison for two years - without trial, without evidence, and without access to legal advice. One is simply asked to take the Government's word that anyone with the courage to criticize it is a threat to national security.

There is no question that Prime Minister Mahathir has become increasingly authoritarian in his ways and intolerant of dissent. In its most recent human rights report to Congress, the State Department documents the restrictions on freedom of speech, press, and assembly. For the past three years, the Committee to Protect Journalists has labeled Mahathir one of the world's 'Top Ten Enemies of the Press,' along with Castro, Mugabe of Zimbabwe, and the Ayatollah Khameini of Iran. Freedom House says clearly that the press in Malaysia is 'not free.' Reporters sans Frontieres, Human Rights Watch, and Amnesty International all have produced extensive reports that document the lack of political freedom in Malaysia today.

The irony is that far from being a closet Taliban-style radical and rabidly anti-West, Anwar has been accused by Mahathir and his supporters of being a CIA agent, a tool of the IMF, and worse.

And to the contrary, it is Mahathir who spends his days bashing the United States, blaming his country's financial woes on Wall Street and the Jews, and embracing Castro.

Anwar is not 'America's boy.' But he does believe in democracy. He regularly quotes from Tocqueville as well as democratic thinkers from India to the Philippines.

He also believes in Islam, but a tolerant Islam. He once quoted the Koran to me, ' God made man in all different colors so we can learn from each other.' He believes strongly in his religion, but Anwar's Islam seeks to embrace rather than divide. It seeks to find common ground among people of different views. This is the Anwar that all of us know, whether you live in Tehran or London, New York or Jakarta.

Finally, the goals of Anwar's reform movement are simple. They do not seek to overthrow the Government through violent revolution. They want the right to speak their opinions freely, without fear that they will be arrested. They want the right to distribute their newspapers and publications freely. They want access to the Government-controlled press, television, and radio. They want the right to assemble and campaign openly, without the police using water cannon and tear gas to disperse them. They want free elections, where they do not need police permission to hold a rally. They want their leader released from prison - where he sits after a trial whose fairness has been condemned by bar associations and legal observers from around the world.

In the year 2001, this is not radical or revolutionary. These are the rights that most of the world enjoys. Thomas Jefferson would understand Anwar, and so would Ronald Reagan. Why doesn't Ms. Ridenour?