Laman Webantu   KM2A1: 5348 File Size: 7.7 Kb *



TAG SP 261: Kegawatan Yang Tidak Boleh Disorokkan
By Harun Rashid

1/9/2001 4:30 am Sat

[Catatan Penterjemah: Dulu Putrajaya dibina oleh Mahathir dengan "harga RM17 juta sahaja", sedangkan angka sebenar mencecah RM200juta. "Menara Kembar Petronas dibina RM 2 bilion sahaja', sedangkan yang sebenar menelan lebih 10 bilion. Kini kita tidak gawat...?)]


Kegawatan Yang Tidak Boleh Disorokkan

(The Not So Hidden Recession)

Oleh: Harun Rashid

Malaysia hampir menyudahkan bulan kedua dalam sukutahun ketiga. Gabenor Bank Negara mengisytiharkan negara tidak gawat. Analisisnya kelihatan sengaja dianjak ke atas dan kerana itu segala fakta teknikal menjadi bahan yang boleh dipertikaikan.

Kita faham kenapa perdana menteri mahu mengelakkan stigma yang boleh mengaibkan caranya nmentadbir ekonomi negara, seandainya berlaku satu kegawatan yang amat menyerlah dan meledak tanpa terkawal. Untuk mengelakkan semua itu maka dilaksanakan kerja-kerja engsot-mengengsot dan anjak-menganjak untuk menonjolkan angka yang nampak menyelerakan. Sebenarnya negara ini sedang dihayun oleh angin kegawatan begitu teruk sekali, yang memerlukan satu keberanian untuk memperakuinya supaya beberapa tindakan yang berani dapat diambil untuk menghindari keburukan yang lebih mudarat lagi.

Jabatan Perangkaan Negara mempunyai satu laman web yang menerbitkan Kenyataan berikut: 'Ekonomi Malaysia sudah menguncup pada sukutahun kedua dan tumbuh secara tahun demi tahun pada kadar 0.5 peratus setelah mengalami pertumbuhan sebanyak 3.2 peratus pada sukutahun yang pertama." Kenyataan ini kelihatan aneh kerana beberapa sebab.

Seandainya ekonomi sudah menguncup, tentu ada petanda pertumbuhan yang lebih laju pada tempoh yang sebelumnya, terutama sekali pada sukutahun yang pertama. Dengan demikian, sahlah negara sedang gawat sekarang. Berlaku penguncupan pada sukutahun pertama dan berulang pula pada sukutahun yang kedua. Apa jenis silap mata yang dimainkan oleh Gabenor Bank Negara yang dipilih sendiri oelh perdana menteri?

Kenyataan kerajaan di bahagian kedua menjadi lebih aneh lagi. Pertumbuhan tahun demi tahun dikatakan positif dengan pertambahan 0.5 peratus. Angka KKN pada sukutahun kedua tahun 2000 dulu disenaraikan oleh jabatan perangkaan sebagai RM84.7 bilion. Angka KKN untuk sukutahun kedua tahun 2001 dilaporkan dengan RM82.6 bilion. Jelas di sini adanya susut nilai sebanyak RM 2.1 bilion dari setahun ke setahun.

Apabila berlakunya kenyataan kerajaan yang bercelaru ini, apakah Kebarangkalian menentukan kejituan keadaan ekonomi negara sebenarnya? Kalau disorot angka untuk sukutahun pertama (RM82.1 bilion) dan angka sukutahun kedua (RM82.6 bilion), memang nampak ada kenaikan, yang mungkin disebabkan sumbangan kerajaan terhadap bayaran hotel dan tiket kapal terbang untuk pegawai kerajaan, caruman KWSP kepada pesanan komputer (yang belum dilunaskan pesanannya), dan beberapa projek mega yang diumumkan. Semua itu dikira sebagai kehendak dalaman sahaja. Kenaikan ini dilaporkan sebagai pertumbuhan bertambah sebanyak 0.5 peratus, berbanding sukutahun sebelumnya, sedangkan suasana menguncup dirujuk kepada angka tahun demi tahun.

Adakah cara lain untuk mendapatkan gambaran ekonomi negara yang lebih jelas? Mujur, jawapannya ialah 'ada' dan kepastiannya itu adalah menepati jangkaan kita. Kita hanya perlu melihat kepada 'pergerakan purata' KKN yang diambil dua sukutahun sekali. Dalam rajah 1, pergerakan purata KKKN untuk sukutahun pertama tahun 2000 hingga kini ditunjukkan dalam garisan merah manakala 'data mentah' adalah dengan garisan biru. Kita dapat melihat trenda ini dalam keluk yang selesa (smooth curve) yang naik ke atas secara melonjak dan kemudiannya menurun secara mendadak mengikut perubahan milineum.


Rajah 1:


Apabila dilihat kelok yang selesa itu, adalah jelas bahawa negara sedang gawat dan berkelakuan demikian untuk dua sukutahun berturut-turut. Tidak ada sebarang alasan yang boleh menaikkan kelok itu menjadi kiasan keadaan ekonomi yang berubah baiknya ataupun keupayaannya untuk pulih. Trenda yang ada menunjukkan kegelonsoran yang menghunjam dan tidak ada sebarang tanda keadaan ini akan berubah untuk pulih dalam bulan-bulan yang mendatang.

Apakah boleh dibuat pelunjuran akan gelagat KKN untuk sukutahun ketiga dan keempat? Rajah 2 menunjukkan usaha ini, dengan menggunakan kaedah 'smoothed moving averages', walaupun kita mesti akui sebarang telahan mempunyai batasannya tersendiri. Namun angka KKN negara tidak akan berubah secara mendadak tanpa penglibatan faktor luaran yang kuat dan menekan. Kerana itu adalah tidak mungkin keluk itu akan berubah begitu ketara daripada lengkongannya yang sedia ada.


Rajah 2


Kebarangkalian berlakunya anjakan yang lebih ketara daripada keluk yang tersedia memerlukan kemunculan aktiviti perniagaan yang lebih besar dan hubungan perniagaan negara dengan rakan niaganya di luar secara lebih aktif lagi. Tetapi, Jepun tidak akan memberi sebarang harapan untuk kebaikan. Singapura masih dihenyak pengalaman dalaman yang amat ketara, dan Amerika Syarikat masih tidak mampu memberikan petanda walaupun kadar faedah perbankan sudah menurun.

Kalaulah plot keluk semasa bertahan sehingga akhir tahun, ia akan menunjukkan penurunan sebanyak RM14.5 bilion dari kemuncak angka RM87.5 bilion, menjadi RM73 bilion. Ini bererti akan berlaku kemuncupan sebanyak -16.7 peratus yang sama sekali amat berbeza dengan anggaran awal perdana menteri, yang mengatakannya sebanyak 8 peratus. Dia pernah menyebut, kemungkinan adanya penurunan ataupun penilaian semula. Malahan dia juga ada berkata: 'Kita mungkin berada di tahap yang positif untuk tahun ini. Pertumbuhan dua peratus adalah serba mungkin.' Jika demikian, kerja-kerja lambung-melambung terpaksa disusun untuk menyorokkan angka yang tidak menyelerakan. Namun, kita berharap, kenyataan yang sebenar akan membantunya. Setakat ini dia sudah faham bersama gabenor Bank Negara, betapa sukarnya untuk terus berkelentong menyorokkan kegawatan yang semakin mengembung.


Tamat

Terjemahan: SPAR-05-021




[Sebenarnya gelagat Mahathir dan Zeti itu sendiri sudah menunjukkan kegawatan.... APabila mulkut Mahathir tidak henti-henti menyerang dan menuduh orang lain sebagai punca kemelesetan itu maknanya dia sudah kepanasan dan ekonomi sudahpun kegawatan....

Bayangkan tahun ini sahaja sudah pelbagai formula ekonomi baru dikemukakan. Itu termasuk pengunduran Daim (tanpa dikenakan apa-apa tindakkan walaupun apa yang dilakukannya jelas tidak mengikut peraturan) namun ia masih gagal membawa kesan kerana semua orang tahu (pinjam kata Khalid Jafri), termasuk Mahathir juga, Daim tetap akan disimpan.

Zaman Mahathir nombor bukan lagi menjadi ukuran tetapi raksinya itulah angka petunjuk keadaan. Apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau sudahpun keresahan kerana sudah tiada negara luar yang dapat menolong Malaysia untuk menghadapi kemelesetan. - Editor]

Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Not So Hidden Recession