Laman Webantu   KM2A1: 5350 File Size: 6.0 Kb *



TJ SP MGG: KPN Perlekehkan Lapuran Suhakam
By M.G.G. Pillai

1/9/2001 6:43 am Sat

[Sepatutnya polis mengambil pengajaran dari kisah Rahim Nor itu untuk membaiki imej mereka tetapi nampaknya ia semakin ganas dan kurang ajar. Rahim Nor hanya berani melakukan keganasan secara tertutup atau bertopeng sahaja tetapi anak buah Norain Mai sudah naik lemak sehingga mengganas secara terbuka. Sekarang rasalah padahnya secara terbuka juga... Dimana polis mahu menaruh muka sekarang?? - Editor]


KPN Perlekehkan Lapuran Suhakam

(IGP Dismisses The Suhakam Report)

Ketua Polis Negara, Norian Main, kini menjadi ketua satu pasukan polis yang lebih terkenal kerana kerja-kerja melanggar undang-undang daripada mengawasinya. Kerana itu apabila Suhakam menyiasat kisah keganasan yang mencabul hak asasi manusia yang dilakukan oleh polis terhadap perhimpunan manusia di satu tajaan pembangkang, pada November dulu, polis telah berdegil tidak mahu memberikan kerjasama. Kedegilan polis membincangkan kisah Lebuhraya Kesas itu telah menafikan haknya mempertahankan kedudukan mereka. Sebaliknya, polis sengaja melecehkan perkara ini dengan menggunakan segala tipu muslihat perundangan untuk cuba membersihkan wibawa yang tercemar. Harus diingat Suhakam, bukannya serupa dengan NGO (organisasi bukan kepunyaan kerajaan) biasa dan sembarangan. Ia adalah satu badan yang dilantik oleh Parlimen yang dilengkapi pelbagai kuasa yang membuatkan pertubuhan hak asasi manusia yang lain boleh terliur kerana cemburu.

Suhakam sudahpun menunjukkan kebolehannya. Ketika mantan KPN Rahim Noor, melanyak manan timbalan perdana menteri sebaik sahaja dia ditangkap dan digari tangannya di belakang, kerajaan mengambil sikap membisu untuk mengaku perbuatan kurang ajar itu. Kerajan lebih bersedia membuat pengumuman bahawa mata lebam Anwar adalah kesan tindakan sendiri untuk mencederakan diri. Tetapi, Suhakam berjaya membuatkan Rahim Nor mengaku membuat kerja jijik itu dan kesannya beliau telah dihukum penjara (walaupun dia berehat sahaja di luar penjara.)

Tetapi, polis tidak makan ajar. Ketika Suhakam mengambil keputusan untuk menyiasat pencabulan hak asasi manusia pada bulan November yang lalu, semua agensi rasmi kerajaan enggan memberikan kerjasama mereka. Yang paling menonjol dan degil ialah Polis. Kerana itu lapuran Suhakam itu dianggap menyebelahi satu pihak kerana ia meruapkan bukti yang diberikan oleh satu pihak sahaja. Suhakam memang terpaksa mengeluarkan lapuran setiap siasatannya, dan sudah tentu lapuran yang dibentang berasaskan andaian kepada bukti yang dibentangkan. Tindakan polis itu telah melonggokkan keaiban yang amat sangat kepada organisasi itu, kerana tidak mampu memberikan penjelasan kepada tindakannya. Pihak polis beranggapan dengan segala keangkuhan bahawa ia adalah mengatasi undang-undang dan kerana itu memperlekehkan siasatan Suhakam. Kini, polis terpaksa merasakan bahana keangkuhannya itu.

Kini Norian Mai mengatakan lapuran Suhakam itu 'bias' yakni berat sebelah. Memanglah berat sebelah. Pasukan polis telah diberikan peluang untuk memberikan penjelasan tetapi meonolaknya dengan angkuh. Norian Mai menambah: 'Saya tidak ambil pusing lapuran itu kerana sifatnya yang bias dan tidak menepati kenyataan.' Kata-kata Norian Mai seperti yang dilapurkan oleh Benama pada 29 Ogos, adalah satu keangkuhan yang memang kerap muncul daripada mulut celupar pegawai kerajaan tertentu. Mereka beranggapan hanya versi kerajaan sahaja yang benar. Kalau ada sesiapa yang mencabarnya merekalah yang bias (bayas). Kalau ada orang awam yang tercedera, orang itulah yang mesti disalahkan; rakyat tidak ada hak menggunakan hak asasi mereka berhimpun secara bebas dan aman.

Bukan Norian Mai sahaja yang tidak senang dengan lapuran Suhakam. Perdana Menteri berfikiran bahwa lapuran Suhakam adalah kesan pengaruh Barat. Beliau membuat celaan itu dengan nada seolah-olah pengaruh Barat itu mesti diperlekehkan jua. Apa yang difikirkan oleh Perdana menteri ataupun Norian Mai mengenai lapuran itu bukannya menjadi satu soal pokok sekarang ini. Yang lebih penting ialah pendapat masyarakat awam betapa Norian Mai dan pasukan polis tidak lagi boleh diharapkan untuk memberikan perlindungan kepada rakyat jelata. Lagi hebat sikap polis dan agensi kerajaan lain yang cuba menyanggah sikap Suhakam yang mahukan mereka bertindak penuh keadilan, lagi buruk martabat agensi ini di pandangan rakyat jelata.

Dalam dua lapurannya, Suhakam sudah menjelaskan betapa Polis telah bersalah dalam mencabul hak asasi manusia. Dalam dua kes ini polis tidak boleh membuat sebarang tuntutan bahwa mereka dinafikan hak untuk mempertahankan martabat mereka. Pernah polis memberikan kerajasama dengan kenyataan mereka dan pada waktu itu, ketua polis negara telah mengaku bahawa dialah musibat yang menghenyak mantan timbalan perdana menteri. Dalam kes kedua Polis enggan bekerjasama, namun Suhakam bertegas mengatakan polis telah mencabul hak asasi manusia. Tetapi perkara itu tidak akan selesai begitu kerana Norian Mai sudah mengatakan Suhakam bertindak bayas. Malahan, kenyataan itu akan menunjukkan polis akan terus berdegil. Apa yang perlu dilakukan oleh Norian Mai ialah mencari jalan bagaimana polis mampu mendapatkan kembali martabatnya yang sudah lama menghilang. Selagi dia tidak berjaya melakukan perkara itu, balai polis akan merupakan tempat yang terakhir di mana marhaen akan cuba mendapatkan pertolongan.


M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR-01-1551




Asal: KM2 5343: MGG: IGP Dismisses The Suhakam Report