Laman Webantu   KM2A1: 5365 File Size: 8.7 Kb *



Mahathir - Jangan Ghairah Sangat Bermain Api!
By CDB

3/9/2001 9:08 pm Mon

MAHATHIR - JANGAN GHAIRAH SANGAT BERMAIN API!

Nampaknya sudah masuk minggu ketiga kerajaan Mahathir memainkan isu sandiwara KMM. Bermula dari 'Kumpulan Mujahidin Malaysia', bertukar menjadi 'Kumpulan Mujahidin Militan Malaysia' dan terkini berubah menjadi cuma 'Kumpulan Militan Malaysia'. Kenapa kumpulan yang kununnya dikatakan amat merbahaya dan menjadi ancaman serius kepada keselamatan negara ini boleh bertukar-tukar nama dan gelarannya? Adakah polis gagal menjumpai nama yang sesuai untuk menggelarkan mereka tersebut yang kewujudannya tak ubah seperti hantu, bunyinya ada tapi kelibatnya tak kelihatan pun? Maka sebab itu polis terpaksa menukar-nukar namanya demi meyakinkan rakyat akan sandiwara terkini serba sensasinya?

Inilah padahnya bila seorang Ketua Polis berubah watak menjadi seorang pembohong besar, tiada siapa pun yang akan percaya kepadanya. Sementelah 'pelancar roket' dan 'grenade' Ezam dan kawan-kawannya masih belum dijumpai sehingga kini, inikan pula dengan anggota KMM tersebut? Malang sungguh manusia hipokrit yang baru pulang dari mengerjakan haji tersebut kerana lawak jenakanya ke atas rakyat gagal sama sekali untuk meyakinkan mereka sehingga akhbar dan media terpaksa berhempas pulas menyiarkan dakyah dan propaganda kununnya negara berada dalam ancaman 'pengganas' yang cukup berbahaya.

Selepas isu Black Metal menggegarkan negara sebelumnya, pelakon-pelakon utama watak sandiwara yang diarahkan oleh sang director di Putrajaya nampaknya terpaksa berkerja keras saban hari untuk meyakinkan umum bahawa mereka sebenarnya tidak berlakon. Kesian sungguh! Bila Pak Pandir bertemu Mak Andih, anak sendiri mati pun tak dikenali. Kan bodoh namanya itu!

Saya tak bertujuan untuk menulis panjang kali ini tetapi maklumat yang saya perolehi mengenai isu KMM dengan pimpinan tertinggi PAS ini membuatkan saya terpaksa menulis di sini untuk mendedahkan kepada rakyat betapa jahatnya perancangan Mahathir ke atas PAS. Salah satu objektif utama isu KMM ini dicetuskan ialah untuk mencapai matlamat akhir mengharamkan PAS selepas kegagalan mengharamkan nama Islam pada nama parti dahulu ditolak mentah-mentah olah Raja-raja Melayu. Kebimbangan Mahathir terhadap pengaruh mendadak PAS selepas pilihanraya umum 1999 membuatkan beliau merasa gerun akan nasib UMNO pada 2004 nanti. Lawatan Lee Kuan Yew yang kini berada di Kuala Lumpur turut berkait rapat dengan isu ancaman PAS dan survival masa depan kerajaan BN pimpinan Mahathir itu.

Penangkapan beberapa orang pimpinan muda PAS di atas dakwaan kununnya terlibat dalam KMM merupakan percubaan awal untuk pergi lebih jauh. Mungkin pembaca terkejut apabila saya mendedahkan bahawa Mahathir telah pun mengarahkan Ketua Polis Terengganu (melalui Norian Mai) agar menangkap Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersabit dengan 'penglibatan' beliau dalam isu KMM beberapa minggu lepas. Namun permintaan Mahathir tersebut telah ditolak oleh Ketua Polis Terengganu dengan alasan bahawa penangkapan TG Hj Hadi akan mencetuskan huru hara besar, bukan sahaja di Terengganu, bahkan di seluruh negara. Jika TG Hj Hadi ditangkap, bukan sahaja rakyat Terengganu yang akan bangkit berperang dengan polis, malah seluruh rakyat Malaysia akan tampil mengamuk dan nyawa Mahathir sendiri akan terancam. Berasaskan kebimbangan inilah maka arahan penangkapan tersebut terpaksa dibatalkan.

Tentu pembaca melihat betapa penangkapan anak TG Nik Aziz merupakan 'percubaan' pertama untuk menguji sentimen penyokong-penyokong PAS dan pucuk pimpinannya. Mungkin rakyat boleh bersabar seketika kerana Nik Adli bukanlah 'sesiapa' pun di kalangan rakyat meskipun beliau anak kepada MB Kelantan. Tetapi Mahathir akan silap perhitungan dalam menguji kesabaran rakyat jika TG Hj Hadi sendiri yang mahu diISAkan.

Sebenarnya, arahan penangkapan Hj Hadi ini bukanlah kali pertama disuruh oleh Mahathir. Ketika kes Memali dahulu, Mahathir telah mengarahkan pihak polis agar menangkap Hj Hadi dan Mustaffa Ali atas dakwaan kununnya mereka berdualah yang menjadi punca tercetusnya peristiwa Memali tersebut. Saya masih ingat ketika itu, 'cuaca' negara begitu panas sekali dan sekitar hujung 1985 dan awal 1986 TG Hj Hadi dan Mustaffa Ali merupakan sasaran utama yang diburu polis. Saya masih ingat bagaimana ketika itu saya menumpang tidur di Masjid Rusila dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, di dalam Masjid Rusila penuh dengan SB-SB yang menyamar untuk mengintip rahsia TG Hj Hadi. Antaranya termasuklah SB dari Singapura yang mungkin diminta bantuannya oleh polis Malaysia. Namun kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya, dimana akhirnya isu tersebut beransur kendur ekoran sanggahan Anwar Ibrahim ke atas arahan Mahathir tersebut dengan mengatakan bahawa Malaysia akan menjadi kutukan masyarakat Islam dan antarabangsa sekiranya Hj Hadi ditangkap.

Kemudian, dalam apa yang dinamakan 'Operasi Bukit Gasing' , kalau tak silap ingatan saya dalam tahun 1989, Mahathir telah mengarahkan Haniff Omar yang ketika itu menjadi Ketua Polis Negara agar menangkap Hj Hadi di Marang, Terengganu. Berpuluh-puluh trak FRU telah dikerahkan ke Terengganu untuk menjayakan misi tersebut. Namun mereka merancang, Allah juga merancang. Sebahagian besar trak FRU yang mengangkut anjing-anjing berkepala merah tersebut telah digagalkan oleh Allah s.w.t. dalam satu kemalangan ngeri dengan bas Ekspres Temerloh-KL di Karak. Saya kenal dengan pemandu bas ekspres yang terbunuh tersebut kerana selalu berbual dengan beliau ketika menaiki bas itu. Kemalangan yang meragut nyawa berbelas-belas anggota FRU itu telah membantut dan menggagalkan objektif Operasi Bukit Gasing di Marang. Baki anggota FRU yang hidup terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur dan Haniff telah memaklumkan kepada Mahathir bahawa operasi menangkap Hj Hadi terpaksa dibatalkan. Mahathir cukup marah dan kecewa! Inilah perancangan Allah dalam melindungi hambaNya yang soleh.

Mungkin pembaca tak sedar bahawa TG Hj Hadi merupakan satu-satunya pimpinan tertinggi PAS yang enggan ditemui oleh Mahathir. Beliau cukup digeruni dan dibenci oleh diktator tersebut. Berbanding dengan Ust Fadzil Noor dan TG Nik Aziz, meskipun TG Hj Hadi dah hampir dua tahun menjadi Menteri Besar Terengganu tetapi permintaannya untuk berjumpa Mahathir telah ditolak beberapa kali. Dengan TG Nik Aziz dahulu, Mahathir sanggup berjumpa beberapa kali untuk membincangkan kepentingan bersama, tetapi hal yang sama tidak berlaku pada TG HJ Hadi.

Kini isu KMM sengaja digembar-gemburkan selepas niat jahat untuk mendakwa Hj Hadi dalam isu amanatnya sebelum itu gagal meyakinkan mereka untuk memperolehi sokongan dan simpati rakyat. Dengan mencetuskan isu gempar KMM dan cubaan mengaitkannya dengan pucuk pimpinan PAS, Mahathir berharap niat jahatnya untuk mensabitkan Hj Hadi melalui soal siasat ke atas beberapa orang anggota PAS yang ditangkap akan berhasil. Saya berani bersumpah bahawa pihak polis telah menjalankan soal siasat yang jahat dan kejam untuk memaksa pengakuan mereka yang ditangkap itu akan penglibatan Hj Hadi dengan isu yang didakwakan. Berasaskan 'pengakuan' itulah maka Ketua Polis Terengganu telah diarahkan untuk menahan Hj Hadi di bawah ISA. Ini bukan cerita dongeng dan khayalan saya semata-mata. Saya mencabar Norian Mai dan Mahathir menafikan niat jahat mereka ini (tapi mana mungkin kaki pembohong bercakap benar sekalipun menafikannya - beruk dua ekor ini memang pembohong besar kepada rakyat).

Berhubung dengan ini, saya dan ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat yang mendokong perjuangan PAS amnya ingin memberikan AMARAN KERAS, bahawa Mahathir memang menempah maut yang nyata jika beliau berani mengambil tindakan bodoh lagi bebalnya untuk menangkap Hj Hadi. Jika tidak mahu melihat negara ini menjadi seperti Lubnan, jangan cuba bermain api! Teruskan dengan sandiwara-sandiwara bodoh anda yang lain wahai Mahathir tetapi ingat, sehelai bulu roma Hj Hadi pun tidak akan kami izinkan disentuh polis. Sekali api menyala, amat sukar untuk memadamkannya! Berhati-hatilah ahli-ahli Pas yang berada di sekeliling Tuan Guru dan perketatkanlah kawalan keselamatan ke atas beliau!

SEKALI LAGI INGIN SAYA NASIHATKAN MAHATHIR, USAH TERLALU GHAIRAH BERMAIN API, KELAK NANTI TERBAKAR HANGUS!!


Darah pahlawan yang menggelegak,

Cucu Datuk Bahaman
Peramu, Pekan, Pahang.
3 September 2001