Laman Webantu   KM2A1: 5367 File Size: 4.9 Kb *



TAG SP 262: Asiaweek - Pertaruhan Yang Tidak Berkemungkinan
By Assif Shameen

3/9/2001 10:38 pm Mon

[Awal tahun ini BSKL adalah pasaran saham yang paling teruk di rantau ini tetapi sekarang ia seperti 'naik tocang' secara tiba-tiba sedangkan kekuatan sebenarnya tidak ada. Rencana ini menyindir BSKL yang sudah menjadi pasaran berdasarkan momentum - ataupun tiupan angin sahaja laksana satu papan berjudi pula. Kerajaan sengaja membuat bising dengan pelbagai iklan dan wajah baru setelah beberapa rancangan awal pada tahun ini telah disambut hambar oleh pelabur. Kalaulah Mahathir cerdik sedikit jangan naikkan BSKL itu terlalu tinggi kerana itu nampak sangat.... - Editor]


Asiaweek
September 7, 2001


Pertaruhan Yang Tidak Berkemungkinan

(The Unlikeliest Bet)

Oleh: Assif Shameen

Cuba teka dengan cepat: Manakah pasaran saham yang menunjukkan prestasi yang terbaik sejak tiga bulan yang lalu? (Klu terbaik: bukan Indonesia). Jawapannya ialah Kuala Lumpur, dan adalah satu kebenaran 'pelakon terbaik' tidak semestinya merupakan kategori yang terbaik di rantau ini buat masakini. Bursa saham Kuala Lumpur (BSKL) memang sudah merakamkan pertumbuhan pada kadar 23% sejak akhir bulan Mei. Ini sudah bererti sesuatu yang menarik. Kalau anda percaya kepada kisah penyusunan semula yang telah dirancangkan, berserta sikap ketelusan di Malaysia, sebenarnya ada satu permainan istimewa yang perlu difahami di pasaran itu. 'Mulai daripada sekarang kita terpaksa bersifat memilih,' kata Ang Siok Peng, seorang pengurus pelaburan di Credit Suisse di Singapura. 'Semua peluang meraih keuntungan mudah sudahpun berlalu.'

Ada satu cara melakukan perkara ini ialah dengan menumpukan perhatian kepada kisah penyusunan semula itu. Ng Eian Kiam, pengurus dana di Indocam Asia, Singapura berminat kepada Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) yang kini melantik Abdul Rahman Ahmad sebagai ketua pengarah terbarunya, dan Time Engineering yang satu ketika dulu merupakan empayar niaga Halim Saad. Ng berpendapat sebarang usaha menyusun semula industri pasaran telekomunikasi akan membantu anak syarikat Time - Timedotcom. Kum Seok Chin, seorang pengurus dana di Morley Fund Management di Singapura, meminati syarikat infrastruktur dan pembinaan yang akan meraih faedah daripada pakej peransang kerajaan. Pada bulan Mac, Malaysia telah mengumumkan satu rencana peruntukan RM800 juta. Kum berminat dengan IJM Corp, Gamuda dan Road Builder, dua buah syarikat pembinaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Kum berkata keadaan yang lebih memesrakan untuk pembahagian kontrak yang besar-besar sudah semakin ketara.

Namun, semua pihak harus berwaspada. Setakat bulan Jun, kebanyakan syarikat brokerage asing menganggap pasaran Malaysia adalah satu pasaran yang mesti disipikan - tidak menarik adalah keputusan mereka. Hanya apabila beberapa analis merobah pendirian dan menganggap pasaran Kuala Lumpur diberikan satu 'neutral' (berkecuali, makanya bermulalah satu kenaikan aktiviti di BSKL. Namun ini bukannya satu pertanda berlakunya perubahan. 'Malaysia telah bertindak membuat bising dan melakukan gerakan yang betul setelah memperlekehkan sentimen pelabur,' kata Ng. 'Namun, masih ramai orang yang tidak yakin.' Lagipun, Malaysia amat terdedah kepada kemerosotan teknologi global kerana sebahagian besar ekonominya tertumpu kepada pengeksportan elektronik ke pasaran Amerika Syarikat.

Masih ada para optimis yang mengsyorkan beberapa bahagian ekonomi Malaysia yang mesti dielakkan. Mahathir pernah mengsyorkan agar bank menyerap sedikit kerugian daripada pinjaman yang terbayar. Ramai pengeluar barangan teknologi yang masih bergantung harap kepada perniagaan dengan Jepun dan Amerika, dan itulah jenis pasaran yang masih tidak nampak lagi pergerakan nafasnya. Ada pengamat yang meramalkan lebih banyak lagi pekerja yang akan dihentikan oleh syarikat berteknologi tinggi di Malaysia. Pembuat PC Gateway, telahpun mengumumkan pengguguran beberapa pekerjanya di Melaka, yang kini mempunyai 400 orang pekerja semuanya. Kalau kita lihat akan peluang yang ada seperti pendapat Kum daripada Morley's Fund: 'saham-saham Kuala Lumpur mempunyai momentum.' Masih ingatkah anda zaman dulu-kala apabila ramalan seperti itu menjanjikan sesuatu? 'Momentum investing' (pelaburan mengikut ragam momentum) membawa maksud betapa saham yang menonjol pada minggu yang lalu, mempunyai kebarangkalian untuk menjadi saham pilihan pada minggu berikutnya. Kalaulah begitu mudah ramalan pelaburan saham itu....

Tamat

Terjemahan: SPAR-01-




Asal:

http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/Enterprise/0,8782,173087,00.html

atau KM2 5358: Asiaweek: The Unlikeliest Bet