Laman Webantu   KM2A1: 5373 File Size: 4.2 Kb *



TJ SP 265: WTimes - Anwar dari Malaysia Bukan Militan Islam
By Tioulong Saumura

4/9/2001 7:39 pm Tue

[Sekali lagi rencana Amy Ridenour mendapat kritikan hebat - kali ini dari orang luar Malaysia - seorang wakil parlimen Cambodia. Apa yang menarik perjuangan Anwar itu dapat diterima oleh semua bangsa dan ugama di Malaysia telah dapat dibaca oleh MP ini. - Editor]


Washington Times

3 September 2001

Anwar dari Malaysia Bukan Militan Islam

Surat kepada Pengarang :

Gambaran yang diberikan oleh Amy Ridenour berkenaan keadaan politik Malaysia adalah tidak berhemat dan mengelirukan, begitu juga dengan penilaiannya terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim (rencana bertajuk 'Turmoil in Malaysia' 15 Ogos).

Baru-baru ini saya berkunjung ke Malaysia untuk menyiasat tentang penahanan yang sewenang-wenangnya dilakukan terhadap beberapa penyokong Anwar oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamed di bawah akta drakonian ISA. Individu-individu yang berani ini bukanlah ditangkap kerana membangkitkan revolusi Islam tetapi kerana bersuara menentang amalan korupsi di dalam kerajaan dan penyalahgunaan kuasa di dalam mengendalikan perhimpunan-perhimpunan awam serta kerana mengendalikan beberapa laman web politik. Sebahagiannya pula bukanlah orang-orang Melayu atau beragama Islam tetapi dari keturunan Cina atau India.

Malaysia telah menikmati beberapa kejayaan ekonomi di bawah Mahathir, namun keinginannya untuk terus berkuasa telah jauh menjangkui rasa hormatnya terhadap asas-asas kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berita akhbar. Langkah terbaru untuk melenyapkan pertikaian politik adalah dengan mengharamkan perjumpaan-perjumpaan politik pihak pembangkang dan perhimpunan, penyingkiran pelajar-pelajar universiti yang menentang kerajaan, serta memperkenalkan ikrar lafaz setia kepada para guru sekolah awam.

Saudara Anwar bukanlah seorang militan Islam. Selepas penyingkirannya secara biadap dan disabitkan dengan kesalahan yang direka-reka, beliau menjadi satu simbol buat semua bangsa dan penganut-penganut pelbagai agama di Malaysia yang sudah jelak dengan penyalahgunaan kuasa Mahathir dan tidak mengendahkan hak-hak asas rakyat.


TIOULONG SAUMURA
Member of Parliament
Kingdom of Cambodia
Phnom Penh, Cambodia

Terjemahan: SPAR-20




Asal:

http://www.freeanwar.com/news012001/wt030901.htm

Washington Times - 3 September 2001


Malaysia's Anwar is no Islamic militant

Letter to Editor: Amy Ridenour's description of Malaysia's political environment is reckless and misleading, as was her assessment of former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim ("Turmoil in Malaysia," Op-Ed, Aug. 15).

I recently visited Malaysia to investigate the arbitrary arrest of several Anwar supporters by the government of Prime Minister Mahathir Mohammed under the draconian Internal Security Act (ISA). These brave individuals were not arrested for fomenting Islamic revolution but for speaking out against government corruption and mismanagement at public gatherings and for running political Web sites. Some were not even Malay or Muslim but were of Chinese or Indian descent.

Malaysia has enjoyed some economic successes under Mr. Mahathir, but his desire to maintain his power has far outstripped his respect for the fundamental freedoms of speech, assembly and the news media. Recent measures to silence political debate have included a ban on opposition political meetings and rallies, expulsion for public university students who oppose
the government, and the introduction of loyalty oaths for public school teachers.

Mr. Anwar is no Islamic militant. After his unceremonious sacking and conviction on fabricated charges, he became a symbol for Malaysians of all races and religions who are tired of Mr. Mahathir's abuse of power and disregard for fundamental rights.

TIOULONG SAUMURA
Member of Parliament
Kingdom of Cambodia
Phnom Penh, Cambodia