Laman Webantu KM2A1: 3813 File Size: 15.7 Kb * |
Tabung Haji: Baru Nak diKaji? By Kapal Berita 18/2/2001 9:59 pm Sun |
TABUNG HAJI: BARU NAK DIKAJI?
Baru sekarang ramai pihak mula bising dengan prestasi Tabung Haji (TH),
termasuk Pemuda Umno sendiri. Padahal mereka sudah bersidang entah berapa
kali sehingga muncul di kaca tv. Sepatutnya Umnolah yang mula-mula
mencetus isu ini, jika mereka betul-betul memperjuangan nasib orang melayu.
Campurtangan politik pemimpin Umno telah merosakkan TH. Ia begitu
banyak melabur dalam saham berisiko tinggi untuk menyokong kroni. Kita
mempunyai ramai pakar ekonomi tetapi ia dikemudikan oleh orang politik
dan suku sakat kroni yang dipilih oleh menteri. (Mengapa Ahmad Razali Ali,
saudara lelaki kepada Hasmah Ali, isteri perdana menteri dipilih menjadi
pengerusi TH?). Pernah satu ketika dulu Professor Ungku Aziz menempelak cadangan membeli
saham MAS kerana TH bukan tabung menyelamatkan kroni kerana itu peranan
lain institusi. YB Ustaz Taib Azamudden ketika membahas belanjawan 2000
mengkritik Tabung Haji yang mengambil insuran tidak islamik sedangkan ia
sepatutnya membeli dari Syaarikat Takaful kerana TH memilikki 30% saham
dalam bank Islam. Malah TH melabur dengan Syarikat Times Off set Malaysia
Bhd yang mencetak kitab injil dibawah nama Times Publicizing Publishing!!.
TH juga terlibat dalam projek ERL (RM2.4 bilion) dengan YTL tetapi risikonya
terlalu tinggi seperti yang terjadi kepada Putra dan Star LRT. Pelaburan
kelapa sawit di Indonesia juga bakal menjerut TH kerana harga minyak kelapa
sawit sudah jatuh merudum seperti yang disebut dalam Siri 5 MMM oleh Pak -MT-.
Sebelum itu kita dikejutkan dengan pelaburan berkait membotol wiskey/brandy di
India. (KTLBELB 11 oleh Pak -MT-)
* 100% mereka tidak setuju wang mereka untuk menyelamatkan DRB-HICOM.
* 78.6% mengatakan tujuan mereka menyimpan dalam TH adalah untuk ke Mekah,
* 13.1% untuk melabur dan 8.1 untuk tujuan lain.
* 34.4% merasakan wang mereka sudah tidak selamat lagi.
* 55.7% tidak pasti dan hanya [Hj. Mahfuz Omar, PENGERUSI JUWARA] GERAK
Penulisan diinternet dan ahli Parlimen BA sudah lama mempersoalkan pelaburan TH,
tetapi kerjaan Umno masih berdiam diri. Selagi struktur TH tidak diubah
dari campurtangan politik selagi itulah TH hanya menjadi alat untuk
menyelamatkan kroni. Sudah tiba masanya TH diperbaiki, jika tidak
bersedialah untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang sudah haji.
Kebangkitan rakyat kaum petani di Kubang Pasu sudah pun terjadi dan kini
kesedaran penabung Tabung Haji hanya akan menggegarkan lagi bumi yang
sudah dijajah oleh perdanan menteri. Soalnya bila dia mahu lari?
-Kapal Berita- Rencana Rujukkan: http://www.emedia.com.my/z/Current_News/
BH/Saturday/National/20010217000231 Berita Harian : Pelaburan rugi patut dikaji semula
17 February 2001 KUALA LUMPUR, Jumaat - Pelbagai pihak hari ini meminta Lembaga Tabung Haji
(Tabung Haji) mengkaji semula kedudukan pelaburannya terutama dalam sektor
yang tidak menjamin pulangan menguntungkan.
Malah, jika perlu, anak syarikat Tabung Haji yang rugi ditutup bagi mengelakkan
terus menanggung kerugian, sekali gus menjejaskan prestasi keseluruhan Tabung
Haji. Pengerusi Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda Umno, Wan Muhammad Khair-il
Anuar Wan Ahmad, berkata berdasarkan keadaan semasa, Tabung Haji perlu
mengkaji semula bidang pelaburan yang diceburinya, terutama yang tidak
menjamin pulangan yang menguntungkan kerana ia membabitkan wang pendeposit.
Katanya, selama ini pun Tabung Haji dilihat sebagai sebuah institusi yang sering
membuat pelaburan dalam sektor perniagaan mega dan tidak menumpukan kepada
sektor sederhana lebih stabil yang menjamin pulangan pelaburannya.
"Tabung Haji sepatutnya mencari peluang pelaburan selamat kerana pelaburnya
membabitkan umat Islam yang ramai. Selain itu, Tabung Haji perlu mengelakkan
institusi itu digunakan pihak tertentu demi memenuhi kepentingan mana-mana
pihak," katanya. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor
Othman, berkata sudah sampai masa Tabung Haji meneliti semua pelaburannya,
terutama yang dijalankan anak syarikatnya bagi mengelakkan terus berlaku
kerugian. Katanya, penubuhan anak syarikat yang sebelum ini tidak mendatangkan
keuntungan kepada Tabung Haji perlu ditutup.
"PPIM ada menerima maklumat mengenai kedudukan dan prestasi beberapa anak
syarikat Tabung Haji yang didakwa kurang memuaskan. Ada anak syarikat
dikatakan membayar gaji tinggi kepada pekerjanya," katanya.
Beliau berkata, Tabung Haji sebagai sebuah badan yang membawa imej
keupayaan umat Islam menjana ekonomi akan terjejas sekiranya langkah pemulihan
segera agensi itu tidak diambil. "Umat Islam yang menyimpan dalam Tabung Haji pasti inginkan badan itu berurus
niaga dengan cekap dan berhemat. Malah, pengguna juga mahukan wang itu
dilaburkan di tempat yang bersih dan bebas daripada subahat," katanya.
Pakar ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Mansor H
Ibrahim, berkata Tabung Haji harus menilai semula operasi anak syarikatnya yang
terdedah dengan risiko bagi mengelakkan ia terus mengalami kerugian.
"Dalam membuat sebarang keputusan pelaburan, jangkaan pulangan keuntungan
yang tinggi tidak harus diberikan perhatian semata-mata, sebaliknya ia perlu juga
melihat kepada risiko kerugiannya yang tinggi.
"Dalam hal ini, Tabung Haji perlu melihat jaminan pulangan yang sederhana, tetapi
stabil dan berterusan," katanya. Beliau juga berkata, pendeposit Tabung Haji tidak seharusnya mengharapkan
pembayaran dividen yang tinggi setiap masa kerana agensi itu bukanlah tempat
pelaburan paling sesuai untuk mencari keuntungan.
Sementara itu, bekas Setiausaha Tabung Haji yang pertama, Datuk Idris Ibrahim,
berkata pengurusan Tabung Haji perlu bebas daripada campur tangan politik,
terutama membabitkan pemilihan ahli lembaga pengarahnya bagi mengelak
pertikaian mengenai sebarang keputusan membabitkan operasi pelaburan serta
kewangan syarikat. Katanya, kepentingan peribadi wajar diketepikan bagi membolehkan badan itu
beroperasi dengan baik dan berkesan. "Kerenah birokrasi dan politik yang berlaku dalam Tabung Haji kini secara tidak
langsung menjejaskan tumpuan agensi itu untuk kemajuan pengurusan syarikat.
Sehubungan itu, beliau mengesyorkan Tabung Haji dijadikan sebagai badan
bebas. "Tabung Haji adalah lambang kekuatan umat Islam di negara ini. Ia perlu ditadbir
oleh mereka yang benar-benar layak. Negara ini melahirkan ramai kalangan
profesional dan intelektual dalam lapangan ekonomi. Kenapakah mereka tidak
dipilih untuk mentadbir Tabung Haji?
"Sepatutnya kepakaran mereka seperti Prof Diraja Ungku Aziz hendaklah diberi
ruang mentadbir Tabung Haji," katanya.
Sebagai bekas pentadbir Tabung Haji, beliau kesal dengan kelemahan pengurusan
Tabung Haji kini yang dilihatnya tidak cekap menguruskan dana umat Islam.
Berhubung laporan ketiadaan pemantauan membabitkan kegiatan pelaburan badan
itu, beliau berkata ia tidak sepatutnya berlaku, terutama ketika masyarakat sedang
bercakap mengenai k-ekonomi. Idris yang kini Timbalan Presiden Pemadam memegang jawatan setiausaha Tabung
Haji bermula 1966 hingga 1968. Sebelum dilantik setiausaha, beliau bertugas
sebagai pegawai penerangan di Tabung Haji.
"Kita tidak mahu keyakinan masyarakat terhadap Tabung Haji yang disemai sejak
dulu luntur disebabkan mereka yang tidak menjalankan kerja yang diamanahkan
dengan baik," katanya. http://www.parti-pas.org/mppas/isusemasa/10mac2000_taibazam.htm
Sedutan Ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh YB. Ustaz Taib
Azamudden Mohd Taib di Parlimen pada 6/3/2000
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, penglibatan Tabung
Haji dalam kegiatan ekonomi negara. Umum mengetahui bahawa Tabung
Haji berperanan sebagai tempat untuk umat Islam menyimpan dan
menabung, seterusnya mendapatkan keuntungan daripada simpanan
mereka, hasil dari usaha pelaburan yang dijalankan oleh Tabung Haji
melalui anak-anak syarikatnya di pelbagai sektor. Untuk kejayaan
seterusnya kepada pelaburan-pelaburan ini, Tabung Haji perlu
mendapat keyakinan sepenuhnya terutama daripada pihak umat Islam
yang menyimpan dan melabur melaluinya. Keyakinan ni terutamanya
adalah berpunca dari usaha-usaha yang lebih bercorak Islam dan halal
dari segi hukum Islam. Difahamkan bahawa ada anak-anak syarikat Tabung Haji di
sektor-sektor perladangan tidak mengggunakan insurans-insurans
yang diambil dari syarikat-syarikat insurans Islam atau Takaful
Islam sepenuhnya, Syarikat Insurans Takaful misalnya adalah anak
syarikat bBank Islam. Dan Tabung Haji mempunyai kurang lebih 30%
saham dalam Bank Islam , tetapi kenapa kalau dakwaann ini benar,
syarikat-syarikat tersebut tidak menggunakan insurans Takaful atau
insurans Islam sepenuhnya. Pihak Perbadanan Perusahaan dan Pengangkutan Tabung Haji (PPPTH),
yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan insurans-insurans untuk
Tabung Haji tidak memberi sepenuhnya kepada insurans Islam, sama
ada syarikat Takaful atau MNI untuk syarikat-syarikat di bawah
Tabung Haji . Pihak PPPTH, menggunakan syarikat Royal Insurans dan
pihak PPPTH ini mendapat imbuhan daripada Syarikat Royal Insurans
yang bukan beroperasi secara Islam. Oleh itu kalau dakwaan ini
benar maka saya melalui Dewan yang mulia ini menggesa supaya pihak
Tabung Haji dapat menyemak semula dan biarlah wang hasil tabungan
orang-orang Islam yang sebahagian besarnya untuk ke tanah suci ini
dilaburkan dengan cara yang lebih meyakinkan umat Islam.
Seperkara lagi, saya difahamkan bahawa pihak syarikat
Tabung Haji juga dibawah anak syarikatnya telah beroperasi dengan
perkongsian dengan Syarikat Times Off set Malaysia Bhd. Time Off
set Malaysia Bhd adalah sebuah syarikat percetakan yang beroperasi
di bawah payung Times Publicizing Publishing di bBatu 3, Shah Alam,
Selangor,. iIa adalah syarikat joint-venture, dengan izin, dengan
Lembaga Tabung Haji. Syarikat ini difahamkan bahawa antara lain
adalah mencetak bahan-bahan yang menjadi rutin cetakan harian ialah
bahan-bahan biblical, sama ada bible atau cerita-cerita berkaitan
dengan agama Kristian,. iIa dicetak dalam pelbagai bahasa dunia dan
untuk edaran seluruh dunia. Jadi, dengan sebab itu yang kita pentingkan di sini, yang
ditimbulkan di sini ialah bukan persoalan agama tetapi persoalan
wang umat Islam yang ditabungkan untuk tujuan menunaikan fardhu haji
telah disalah gunakan untuk sesuatu usaha yang bercanggah daripada
niat dan hasrat umat Islam itu sendiri. Dan kalau dakwaan ini juga
adalah benar, maka di Dewan yang mulia ini saya menggesa supaya
pihak Tabung Haji agak lebih cermat dan lebih perihatin di dalam
menggunakan wang-wang tabungan umat Islam itu untuk
pelaburan-pelaburan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di negara ini.
http://members.spree.com/abman/tabunghaji.htm
Awas Penyimpan Tabung Haji! Apa Dia? Mengikut laporan akhbar Business Times 22 Julai 2000, ERL
Sdn Bhd sedang menyempurnakan projek express link (ERL)
yang bernilai RM2.4 bilion. Latar Belakang Projek ERL Dua pemegang saham ERL Sdn Bhd adalah TH Technologies Sdn
Bhd dan YTL. TH Technologies Sdn Bhd menguasai 60%
pemilikan dalam ERL Sdn Bhd, manakala YTL, 40%. Oleh
kerana TH Technologies dikuasai oleh Tabung Haji, ini
bermakna pelaburan yang dibuat oleh TH Technologies
samalah pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji sendiri.
Dengan nisbah ekuti 60:40, dapatlah kita menjangkakan kira
RM1.4 bilion akan dilaburkan oleh Tabung Haji dalam projek
ini melalui anaknya itu. Dilaporkan kira-kira 35% daripada projek telah disiapkan.
Projek ini adalah baik kerana ia menyediakan kemudahan
perjalanan cepat di antara Kuala Lumpur, khususnya
daripada KL Sentral dengan lapangan terbang KLIA. Tahniah
kepada Kerajaan kerana melaksanakan tindakan bijak dalam
menyediakan pilihan kemudahan perjalanan yang efisyen
negara. Projek ERL seperti juga projek LRT dan Putra adalah projek
infrastruktur, atau projek kemudahan asas. Projek
infrastruktur adalah penting dalam menggerakkan ekonomi
negara, dan selalunya ia menjadi tanggungjawab Kerajaan
menyediakannya. Ini kerana projek infrastruktur melibatkan
kos yang tinggi, dan demi kepentingan negara dan rakyat,
asas untung rugi tidaklah penting sangat. Lagi pun, ia
dibiayai oleh pendapatan negara, terutamanya cukai
pendapatan. Kalau tak cukup pendapatan, pinjaman boleh
dibuat. Sebab itu jarang sangat sektor swasta melibatkan
diri dalam pembinaan projek infrastruktur.
Analisis dan Isu Projek ERL yang disertai oleh Tabung Haji bukanlah projek
komersil. Dengan lain perkataan, ia tidak akan memberi
keuntungan kewangan dalam jangkamasa terdekat ini. Kalau
ia benar-benar menguntungkan tentulah Tabung Haji tidak
berpeluang menjadi pemegang saham terbesar ERL Sdn Bhd.
Difahamkan projek LRT dan Putra yang sedang beroperasi di
Lembah Kelang mendatangkan kerugian kepada syarikat yang
mengusahakannya. Antara sebabnya ialah bilangan pelanggan
yang menaiki LRT dan Putra tidaklah sehebat yang
diramalkan oleh mereka. Kesan kerugian dan beban hutang
pengusaha LRT dan Putra ura-ura Kerajaan akan mengambil
alih projek LRT dan Putra. Orang Kedah kata 'pi mai pi mai
tang tu juga'. Ini membuktikan Kerajaan sahaja yang layak
membina projek infrastruktur. Contoh yang lain adalah kes
Indah Water di mana syarikat swasta tak boleh buat dan
akhirnya Kerajaan ambil balik peranan Indah Water dalam
hal pengurusan pembentungan. Giliran Tabung Haji Penglibatan Tabung Haji dalam projek ERL adalah
dipersoalkan dari segi kerasionalan untung-ruginya.
Dengan berpandukan kepada contoh LRT dan Putra, saya
berpendapat sekurang-kurangnya 5 tahun lagi, tak mungkin
Tabung Haji akan menerima sebarang dividen daripada
pelaburan anak syarikatnya itu. Kalau Tabung Haji membuat pelaburan mudharabah dengan Bank
Islam atau simpanan tetap dengan bank lain pun dah tentu
untung. Dengan kadar keuntungan semasa lebih kurang 4%
setahun, pulangan RM1.4 bilion dalam setahun adalah RM56
juta. Jika 5 tahun dah jadi RM280 juta.
Jadi Apa Yang Patut Dibuat?? Penyimpan Tabung Haji dan pemegang saham Tabung Haji
sahaja yang berhak menyuarakan risauan ini kepada Lembaga
Pengarah Tabung Haji yang bertanggungjawap membuat
keputusan dalam melabur projek infrastruktur di atas.
Kerajaan Pusat tidak harus dipersalahkan apabila Tabung
Haji terlibat dalam projek ini. Ini kerana bukannya
Kerajaan yang menguasai Tabung Haji. Kalau marahkan
Kerajaan pun, Kerajaan pun ketawa? kerana penyimpan
(melalui pengarah Tabung Haji dalam TH Technologies) yang
pandai-pandai pilih projek ini. Kesimpulan Pelaburan Tabung Haji dalam projek ERL umpama penyimpan
Tabung Haji menyaksikan anak syarikatnya sedang menyertai
permainan Roda Impian. Mungkin Kerajaan sebagai "Halim".
|