Laman Webantu KM2A1: 3818 File Size: 13.6 Kb * |
TAG MT 42: B1 Keganasan Yang Mencabar By MSNBC 19/2/2001 6:33 pm Mon |
TAG 042 B1 [Amerika asyik mengaitkan Islam dengan keganasan (terrorism). Istilah
keganasan menjadi katakunci untuk menghalalkan tindakkan terhadap
perjuangan Islam. Semua yang tidak enak dihamburkan kepada pejuang
Islam belaka. Tetapi pembunuhan oleh regim Israel di Sabra dan Chatila
tidak pula diistilah sebagai keganasan. Begitu juga sebuah pesawat awam
Iran yang ditembak Amerika di Iran sehingga semua di dalamnya terkorban.
Malah Amerika membekalkan Iraq dengan senjata kimia untuk untuk membunuh.
rakyat Iran. Kemudian ia menghancurkan Iraq dengan Desert Storm dengan
restu PBB dan sudah tentu izin Malaysia pimpinan Mahathir (dengan satu
panggilan talifon Bush sahaja!). Osama Bin Laden mempelopori gerakan bawah tanah (underground) yang
sistematik dan canggih (sophisticated) serta berlapis-lapis dan sukar
dikesan. Kini CIA mati akal untuk menjejakki beliau dan makin risau
organisasi beliau sudah menyusup dalam intifada Palestin. Ini membuatkan
Timur Tengah bergelora, tambah lagi Sharon baru sahaja memegang kuasa.
Amerika tidak mampu membazirkan peluru sahaja kerana ekonominya sedang
tersedak seketika. Perbalahan di sana akan mengoyakkan muka Bush juga
kerana minyak di bumi Arab adalah jantung ekonomi dunia.
- Editor] Penterjemah: -MT-
(Danger: Terror Ahead) Oleh: Mark Hosenball and Evan Thomas Newsweek International (February 19 Issue)
Bahagian Satu
(Awalkata: Penterjemah mungkin membahagikan artikel yang panjang
ini kepada tiga bahagian. Artikel ini penting memandangkan umat Islam
sedang menanti kemunculan 'Zulhijjah' dan keselamatan Timur Tengah
merupakan sesuatu yang menghenyak ummah ketika jemaah haji berada
di Arab Saudi. -MT-) Pakar pencegah keganasan Amerika telah memburu Osama bin Laden,
bertahun lamanya. Berjuta dollar telah dibelanjakan, berjumlah
waktu tenaga manusia telah dihabiskan. Begitu juga usaha diplomatik
yang dibazirkan untuk menjejak perancang-unggul yang dikatakan
bertanggungjawab secara terus ataupun sebaliknya dalam pelbagai
peristiwa. Inilah peristiwa yang merangkumi ledakan ke arah USS
Cole sehinggalah kepada pengeboman kedutaan Amerika di Afrika.
Pada minggu yang lalu Pengarah CIA (Central Intelligence Agency)
George Tenet telah memberitahu Jawatankuasa Perisik Senat betapa Osama
Laden mepunyai satu jaringan operasi 'yang sungguh berbahaya dan
mengancam' keselamatan Amerika Syarikat. Adalah sesuatu yang agak
aneh juga perkara ini kerana hanya satu minggu sebelum keterangan
Tenet itu, seorang wartawan NEWSWEEK telah duduk semeja dengan
salah seorang rakan seperjuangan Osama Laden di sebuah kedai kopi
di sebuah hotel di London. Orang itu Yasser el-Sirri berbadan tegap
tetapi kurus dan mempunyai janggut yang tebal. Namun, beliau
kelihatan peramah dan tenang. Secara terbuka dia megah dengan
tindakan kerajaan Mesir yang telah menjatuhkan hukuman mati
keatasnya kerana beberapa tuduhan jenayah dan keganasan. Dia
telah menafikan tuduhan kerajaan Amerika bahawa dia telah mengusahakan
pengumpulan wang dan mengambil rekrut untuk membantu Osama Laden.
Tetapi dia bangga dengan keupayaannya mendekati beberapa pegawai
tinggi Osama Laden yang amat digeruni itu. Dia juga mengaku
betapa dia baru sahaja menerima amanah menguruskan Pusat
Penelitian Islam, seperti yang telah diumumkannya, di mana pesanan
diterima daripada orang-orang yang rapat dengan Osama Laden.
Peperangan Jihad Terbuka Yassir el-Sirri merupakan salah seorang sekutu Osama Laden yang
menyokong perjuangan memerangi Amerika dalam apa yang mereka sebut
sebagai perjuangan berjihad. Bahagian risikan memang lebih gemar
mengekori orang yang mereka syakki itu secara terbuka dan tidak
selesa kalau mereka menjalankan aktibiti secara haram. Sememangnya
strategi ini memudahkan Amerika. Seperti yang selalu dilaungkan
oleh perisik kanan Amerika, memang jaraang sangat kita mendengar
puak-puak ini berjaya melakukan tugas mereka kerana tindakan
serangan mereka itu mudah dapat dipatahkan hasil kerjasama erat di
antara Amerika Syarikat dengan sekutunya.
Ramai pegawai risikan memberitahu NEWSWEEK betapa mereka
percaya Osama Laden, yang merupakan seorang bilioner Arab Saudi
yang kini menyorok di Afghanistan, memang mampu melakukan serangan
bila-bila masa. Soalnya sekarang ialah di mana
serangan itu akan berlaku. Sejak beliau menubuhkan Kumpulan Al Qaeda
pada awal 90-an dulu, Osama Laden telah mengambil ramai kumpulan
pengganas melalui pejabatnya di Timur Tengah dan Afrika Utara
hinggalah ke Asia Timur, Eropah dan Amerika Utara. 'Kalau anda
berjaya membubarkan satu cawangannya, satu lagi yang baru akan muncul
pula. Kalaupun Osama Laden jatuh menjunam ke dalam gaung di
Afghanistan, kita mungkin akan bertepuk tangan mendengarkan berita
itu. Namun, pertubuhannya akan terus menjalankan peranannya.'
Demikian pendapat seorang pegawai kanan kedutaan Amerika.
'Dia mungkin sudah mencipta satu program untuk
100 tahun lamanya. Mungkin beliau baru mencecah lapan tahun dalam
perancangannya itu. Kerja semacam itu bukannya dapat mencapai kejayaan
dalam masa 10 tahun; tetapi dia sedang menyatukan Afghanistan. Dia
telah turut serta dalam peperangan di Chechnya dan berjaya mengaibkan
Russia. Kini mereka semakin berjaya di Filipina, dan Indonesia.
Dan juga di sini. Kebelakangan ini Osama Laden nampaknya sedang menjalin hubungan
dengan pengganas Palestin. Seorang pegawai telah memberitahu
NEWSWEEK betapa bahagian risikannya telah dapat mengesan beberapa
petanda bagaimana Al Qaeda bukan sahaja mencuba
berbaik dengan Kumpulan Hizbullah tetapi dengan dua kumpulan
radikal Palestin yang bergerak dalam Israel dan kawasan yang
dijajahnya, Hamas dan Palestinian Islamic Jihad. Pada tahun
yang lalu, mengikut lapuran risikan Amerika, pasukan keselamatan
Israel telah menumpaskan satu cawangan Al Qaeda di Pinggiran Gaza. Para
pegawai Amerika merasa gerun bahawa kemenangan Ariel Sharon sebagai
perdana menteri Israel mungkin mencuit kemaraan ugutan pengganas itu
bukan sahaja terhadap orang Israel malahan juga terhadap orang
Amerika. 'Apakah Sharon faham bahawa kemenangannya itu
membuatkan pihak pengganas naik berang?' tanya seorang pegawai Amerika.
'Memang, dia sedar perkara itu.'
Urusan menyelesaikan masalah di Timur Tengah itu untuk mendapatkan
kedamaiannya ketika Bill Clinton hampir mengakhiri tempoh
kekuasannya telah menemui jalan buntu. Pentadbiran Bush cuba menarik
diri daripada rantau itu. Tetapi, keadaan yang muncul disitu
nampaknya tidak mengizinkan mereka berbuat begitu. Sebelum
berakhirnya bulan ini, Setiausaha Negara Colin Powell akan menjelajah
keseluruhan Timur Tengah dengan mengadakan persinggahan berjadual di
Kuwait, Israel, Mesir, Jordan dan Arab Saudi. Powell pernah
mengkritik cara pentadbiran Clinton menangani masalah Timur Tengah
itu dan dijangka melancarkan kaedah lain pula. Tetapi, dalam cara
memerangi keganasan, beberapa pegawai pentadbiran berkata,
Amerika sebenarnya tidak mempunyai inisiatif baru untuk
ditonjolkan. Beberapa pakar anti-keganasan dalam pentadbiran
kerajaan Amerika telah memberitahu NEWSWEEK betapa Bush dan juga
para perancang utamannya masih belum menyediakan satu rencana
memerangi keganasan itu. Setakat ini, pasukan Bush itu hanya
mengekalkan jawatan seorang pakar anti-keganasan yang bernama
Richard Clarke. .....Bersambung..... Rencana Asal: Danger: Terror Ahead (Part 1) By Mark Hosenball and Evan Thomas NEWSWEEK INTERNATIONAL Feb. 19 issue - American counterterrorism experts have been
hunting Osama bin Laden for years. They have spent millions of
dollars, countless man-hours and considerable diplomatic capital
in order to track down the mastermind blamed, indirectly or
directly, for terrorist incidents ranging from last fall's
suicide attack on the USS Cole to the 1998 U.S. Embassy bombings
in Africa. LAST WEEK CIA Director George Tenet told the Senate
Intelligence Committee that bin Laden's global terror network is
'the most immediate and serious threat' to U.S. national
security. So it may seem more than a little strange that, only a few
weeks before Tenet's testimony, a NEWSWEEK reporter sat
down with one of bin Laden's alleged associates in the comfort
of a London hotel coffee shop. Yasser el-Sirri, a slight wiry man
with a full beard, was genial and relaxed. He openly boasted
that the Egyptian government had sentenced him to death for
various crimes of terrorism. He denied U.S. charges that he
raised money and recruited operatives for bin Laden, but he
cheerfully confirmed that he was close to some of bin Laden's
most feared henchmen. And he admitted that he has recently
received-and made public through an entity he operates called
the Islamic Observation Center-messages from 'people who are
close' to bin Laden. AN OPEN HOLY WAR Yasser el-Sirri is only one of several bin Laden associates
who hides in plain sight, openly working to support a holy war
against America. Intelligence services often prefer to keep
suspects out in the open, where they can be watched, rather
than driving them underground. And it is true, as America's top
spies have long proclaimed, that we rarely hear about their
victories-the terrorist attacks quietly thwarted by close
coordination between the United States and its allies. Still, bin
Laden's fast-moving international network seems to be
outpacing international efforts to destroy it. There is an uneasy
feeling in the upper levels of the U.S. government that the threat
posed by bin Laden is growing-and coming ever closer to
home. ['If Osama bin Laden were to fall off a cliff in Afghanistan, we would
all cheer, but his organization would still be in place.' - SENIOR U.S.
OFFICIAL] Intelligence officials tell NEWSWEEK that they believe bin
Laden, the Saudi billionaire who is thought to be hiding out
somewhere in Afghanistan, could strike at any time. The real
question is where: since its formation in the early '90s, bin
Laden's Al Qaeda group has recruited terrorist cells in
countries all through the Middle East and North Africa-and
possibly in East Asia, Europe and North America. 'You break
up a cell, and another one grows. This is [no longer] one man. If
Osama bin Laden were to fall off a cliff in Afghanistan, we would
all cheer, but his organization would still be in place,' says a
senior U.S. official. 'From his perspective, he's got a 100-year
program. He's probably eight years into it... and you can't
expect to get too far in the first 10 years. But he's consolidating
Afghanistan. He's fighting a war in Chechnya that has bled the
Russians, and now they're making inroads in the Philippines
and Indonesia, and here.' Lately bin Laden seems to be forging
ties with Palestinian terrorists. A U.S. official told NEWSWEEK
that U.S. intelligence recently has picked up indications that bin
Laden's Al Qaeda has been trying to increase its influence and
contacts not only with Lebanon's Hizbullah but with two radical
Palestinian groups that operate inside Israel and the occupied
territories, Hamas and Palestinian Islamic Jihad. Last year,
according to U.S. intelligence sources, Israeli security forces
'broke up' an Al Qaeda cell on the Gaza Strip. U.S. officials
fear the election of hard-liner Ariel Sharon as prime minister of
Israel could heighten the terrorist threat not just against Israelis,
but against Americans. 'Does [Sharon] in and of himself get the
extremists excited?' says a senior U.S. official. 'Yes, he does.'
With the collapse of the Middle East peace process and
the end of Bill Clinton's intense diplomatic involvement, the
Bush administration had hoped to be able to step back from the
troubled region. But events may dictate otherwise. By the end of
the month, Secretary of State Colin Powell will be traveling all
through the Middle East, with stops scheduled in Kuwait, Israel,
Egypt, Jordan and Saudi Arabia. Powell has been critical of the
Clinton administration's handling of Mideast issues and has
hinted he will take a new approach. But when it comes to
fighting terrorism, administration officials say the United States
has no new initiatives to offer. Top antiterrorism officials in the
U.S. government tell NEWSWEEK that Bush and his lieutenants
have yet to put forth a counterterrorism plan. So far at least, the
Bush team has kept on Clinton's counterterrorism czar, Richard
Clarke. .....to be continued..... |