Laman Webantu KM2A1: 3821 File Size: 13.0 Kb * |
TAG MT 43: Ghaibnya Peluang Keemasan MSC By Oon Yeoh 19/2/2001 9:35 pm Mon |
TAG 043 [Jika kerajaan faham apa itu Knowledge Ekonomy, MSC tidak akan
teroleng-oleng sebegini. Microsoft atau Yahoo misalnya, berasal dari
institusi pengajian tinggi. Malah Microsoft lebih banyak melabur di
Bangalore kerana di situ ada banyak sumber manusia berilmu, bukannya
kerana ada banyak gentian optik fiber.
India mengekspot sumber manusia dengan universiti tetapi Malaysia membuncitkan
kroni dengan IPTS dan tidak berminat dengan pendidikkan murah atau percuma.
Padahal ilmu itu bakal mendatangkan pendapatan berlipat kali ganda buat
ekonomi negara. Membina program atau teknologi memerlukan tumpuan yang tinggi yang tidak
boleh dikongkong dengan sempadan itu ini atau kos yang tinggi. Sebab itulah
banyak syarikat IT bermula dari kedhaifan yang mendorong penciptaan, dan
dorongan (profesor) institusi pengajian yang menjanakan pemikiran.
Saya memetik kata seorang rakan: MP
"Sini tak ada nampak orang pakai casual. Tak macam di USA, pakai seluar
pendek dan selipar pun boleh (Mat Salleh lerrr.) - lagi satu banyak mat
salleh ni (macam orang jepun juga) kuat hisap rokok, jadi kalau duduk dalam
air-cond MSC ni tak best lerrr - tak leh merokok senang2. Ini antara kebebasan
dan privacy yang diinginkan oleh kebanyakkan "hantu komputer" - mesti ada
makanan ready anytime atau boleh order right on desk - mamak punya pun tak
ape... asal fast and light food. Ini penting sebab kalau perut kosong macam
mana nak buat program2 yang boleh membawa untung? Cukup lah kita kena
kelentong..... silap haribulan kompeni kita kerja kena gantung!! "- MindBroker.
- Editor] (MSC's First Mover Advantage Lost) Oleh: Oon Yeoh Dipetik daripada www.thesundaily.com - Sunbiz 12/2/2001
Perdana Menteri Mahathir Mohammad mempunyai satu wawasan yang
menakjubkan dengan cara beliau memberikan kepentingan kepada IT di
waktu pemimpin lain di rantau ini masih belum lagi memikirkan
perkara itu. Ironinya, seperti juga dengan lain projek dotcom
sejagat, MSC telah gagal mengambil peluang keemasan daripada
statusnya sebagai peneroka bidang ini. Singapura dan Bangalore (India
- penterjemah) kini sudah berada di tempat yang lebih ke hadapan
dari segi tahunan kemajuannya dan daripada aspek kemajuan IT nya.
Pergilah ke Cyberjaya sekarang ini, anda akan hampa mengetahui
bahawa kewujudan syarikat IT yang sebenarnya adalah indah khabar dari
rupa. Malahan, keriuhan kegiatan IT memang tidak wujud langsung. Berbeza
dengan yang pernah berlaku ketika 1996-97 dulu, suasana digerati
telah diriuhkan oleh cakap-cakap betapa Malaysia sedang sibuk
mewujudkan Lembah Silikon di sebelah Timur. Kini, tidak ramai yang
berminat berbincang mengenai MSC itu lagi. Saya pernah menulis
beberapa kali betapa pentingnya kewujudan riuh-pekuk mengenai IT
itu, terutama sekali dalam dasar Ekonomi Baru. Malangnya MSC tidak
pun mempunyai semua benda itu. Memanglah, setiap kali diadakan persidangan tahunan IT negara, akan
muncul beberapa muka lama dan tokoh ternama yang menganggotai Majlis
Penasihat Sejagat MSC, media tempatan akan akur mencetak segala
kata-kata pujian yang tersembur daripada mulut tokoh-tokoh itu. Dalam
hal ini saya mahu meminjam satu ungkapan orang Amerika yang sungguh
popular itu: 'Talk Is Cheap,' bererti memang senang kalau setakat
bercakap sahaja. Billl Gates mungkin telah berkata 'its awesome' bererti MSC itu
memang menakjubkan. Tetapi, dia melaburkan wangnya di Bangalore di
India. Baru-baru ini saya menemuramah seorang CEO sebuah pembekal perisian
onlain (online) yang meberitahu bahawa kepulangannya ke tanah air
daripada Amerika Syarikat adalah disebabkan MSC. Ramai pegawai
utamanya adalah rakyat Malaysia. Yang peliknya dia masih
menempatkan ibupejabat syarikatnya di Singapura.
Kita boleh rakamkan pelbagai dalil yang menunjukkan betapa tenatnya
MSC. Kekurangan 'venture capital' (dana permodalan usahasama). Bank
tidak bersedia memberikan kemudahan 'merchant accounts' untuk
pembayaran melalui elektronik kepada syarikat dotcomtulen. Terdapat
terlalu sedikit ISP. Terlalu banyak halangan birokrasi. Kekurangan
pakar programing, Kemudahan 'broadband' (ruang teknikal) yang terlalu
mahal. Prestasi MESDAQ (pasarsaham syarikat elektronik) yang
kurang meyakinkan. Begitulah seterusnya kalau mahu dijadikan satu
senarai yang panjang. Akhirnya akan menonjol punca kesilapan MSC yang cuba membuat
peraturan agar semua aktibiti dipusatkan dalam satu ruang yang disebut
cyber sity (bandar siber). Sedangkan kewujudan asas internet itu
sebenarnnya bertujuan untuk keluar daripada ruanglingkup yang
memusatkan itu. (Sebagai catatan: bandar-bandar siber yang rasmi itu
adalah; Menara Kembar Petronas, Taman Teknologi (Technology park),
UPM-MDC Incubation Centre (pusat inkubasi), dan sudah semestinya
Cyberjaya). Kemajuan Ekonomi baru itu sepatutnya membolehkan seorang programer di
Perlis bertugas untuk sebuah syarikat multinasional di California.
Saya mempunyai ramai kawan yang mereka laman web bagi pihak
syarikat Amerika. Semuanya dilakarkan secara elektronik dan bersifat
remot (jarak jauh). Mereka tidak pernah bertemu pengurus projek
mereka secara bersua muka. Segala tugasan, mereka terima melalui
emel, dan mereka sudahkan secara onlain, dan bayaran upah pula
diuruskan dengan cara pindahan telegrafik ke dalam akaun bank mereka.
Inilah cara sebenar aktibiti K-ekonomi. Tidak kisahlah kalau ia
berlaku di Cyberjaya ataupun di Kota Bahru. Itu sebabnya konsep
pembikinan Lembah Silikon Timur di Cyberjaya tidak terlaksana.
Sepatutnya, kewujudan internet itu akan menghasilkan dunia sejagat
yang tidak mempunyai sempadannya. Tetapi di negara ini kita cuba
membina satu industri IT dengan cara mengongkong lokasinya kepada satu
kawasan berukuran 15 km x 50 km. Malahan kita perlu ingat betapa
orang-orang yang mempunyai otak dotcom tidak suka dikongkong baik dari
segi fisikal mahupun dari segi metafora. Lagipula kita mesti ambil kira
cara pembikinan Lembah Silikon yang diilhamkan itu. Syarikat
teknologi dan bisnes dotcom berkumpul di satu tempat kerana mereka
mahu berbuat begitu. Satu budaya semulajadi Lembah Silikon dan
teknologi eco-system pun akan muncul. Semua ini tidak boleh dicernakan
secara artifisal. Sebaliknya, kita dapat menyaksikan bagaimana Cyberjaya dibina oleh
manusia secara sengaja (oleh otak gila-penterjemah). Di situ memang
mungkin wujud talian fiber optik (gentian). Malahan juga wujud beberapa
bangunan cangih-canggih dan sebuah Multimedia Universiti. Tetapi,
tidak banyak kemudahan sokongan (ancillary) di sana. Tidak ada pusat
membeli-belah, tidak ada tempat bersantai dan minum-minum, tidak ada
disko, pawagam, 'Coffee Bean' malahan juga McDonald's.
Penganjur MSC mungkin menjawab bahawa semua kemudahan ituakan
diwujudkan juga. Tetapi, inilah yang akan mencetuskan bebrapa soalan
susulan. Bila lagi? Malahan kita mesti fikirkan, yang mana satu yang
patut didulukan, McChicken ataupun McEgg? Orang tidak mahu berpindah
ke sana kerana ketiadaan burger untuk mengisi perut mereka. Syarikat
makanan segera memang tidak berminat ke sana kerana tidak ada sesiapa
untuk melanggan layanan mereka.
Sekiranya kerajaan memang bersungguh-sungguh mahu menjadikan ekonomi
negara kita menjadi K-ekonomi, sepatutnya keseluruhan Kuala Lumpur itu
dijadikan MSC. Malahan, keseluruhan negara dijadikan begitu. Kenapa
tidak? Kalau sesuatu syarikat itu adalah besifat IT, ia diberikan status
MSC dan insentif khas yang melibatkannya, tidak kiralah kalau ia
ditempatkan di Cyberjaya ataupun Balik Pulau. Tetapi, itu bukan caranya
sekarang sedangkan itulah yang sepatutnya. Apakah MSC itu sudah gagal?
Jawapannya tentulah tidak begitu. Dalam beberapa hal ini ia memang satu kejayaan juga dan saya akan
tuliskan sebabnya. MSC meruapkan satu konsep - bahawa ia akan membuka
peluang besar kepada segtiap frakyat malaysia yang menganuti dan
menggunakannya untuk memperbaiki cara hidupnya, di tempat kerja dan di
tempat bermain. Kalau anda anggap MSC itu sebagai satu konsep dan
bukannya satu projek infrastruktur, adalah jelas ia dikatakan sudah
mencapai sedikit kejayaan. Inilah yang seya katakan ketika CNET
Malaysia menemubual saya untuk sebuah artikel mengenai MSC pada Jun
tahun lalu. Saya masih mempunyai pendirian yang sama sejak itu.
Walaupun tidak ada syarikat yang besar dalam dunia IT dan bertaraf global
mengalihkan ibupejabat mereka ke Cayberjaya sebagai intipati strategi
mereka, MSC masih juga dikira berjaya dari segi kemampuannya mencetuskan
kesedaran di khalayak rakyat marhaen betapa pentingnya IT.
Mungkin tidak ada seorang pun ibu dan bapa di Malaysia kini yang tidak
yakin betapa pentingnya anak-anak mereka menjadi celik IT dan Cinta IT
seperti yang dilaungkan oleh lagu yang pelik satu ketika dulu. Kesedaran
ini adalah disebabkan inisiatif MSC agar internet tidak ditapis.
'Salah satu kebaikan hasil MSC itu ialah janji kerajaan untuk tidak
menapis internet dan sehingga kini kerajaan nampaknya mematuhi janji
itu.' Demikian pendapat Steven Gan, editor Malaysiakini, sebuah akhbar
poltik onlain yang memang kerap mengkritik kerajaan.
Kita juga dapat menyaksiakan satu budaya bekerja kuat di kalangan
kakitangan MultimediaDvelopment Corporation (MDC), agensi kerajaan
yang bertanggungjawab memajukan dan memasarkan MSC. Ketika
menyediakan artikel ini saya memerlukan sedikit penjelsan dan telah
mengirimkan beberapa emel kepada MDC di jabatan perkhidmatan
pelanggannya. Saya terkejut dengan kecepatan dan jawaban berhemah
daripada mereka. Syabas kepada pegawai di situ (jabatan kerajaan yang
lain harus mempelajari kecepatan internet).
Kini, kita sudah pun terlepas peluang keemasan yang ada di tangan kita
satu ketika dulu. Kita tidak akan menjadi pusat teknologi di Asia.
Singapura dan juga Bangalore mungkin lebih layak melaungkan hak untuk
mendapatkan gelaran itu. Namun, ini tidak bererti segala-galanya sudah pun berakhir. Kita masih
ada peluang untuk mewujudkan satu industri IT yang mampu maju.
Lagipun, bukannya kita mempunyai insan yang lebih kreatif, lebih
berusahawan dan lebih tabah daripada yang sudah sedia ada di Singapura.
(Saya belajar dan hidup selama empat tahun di Singapura dan tentulah
layak menulis mengenainya). Kita tidak seharunya mematahkan semangat golongan usahawan kita dengan
peraturan yang ketat-ketat mengenai lokasi projek mereka. Berilah
mereka insentif untuk memulakan bisnes internet di negara ini, samada
di sebuah kampung yang nun jauh di sana ataupun di sebuah lokasi canggih
di bandar siber. Daripada alamat perniagaan kita boleh tahu samada
seseorang itu menjalankan operasi perniagannya daripada sebuah gudang
ataupun sebuah bangunan yang tertinggi di dunia. Tetapi, melalui alamat
emel, kita tidak mampu menelahnya. Bolehkah anda melakukannya. Tentu ada
sesuatu di sebalik soalan itu. Catatan Penterjemah: Saya pernah menulis panjang lebar secara berkias mengenai Cyberjaya.
Bill Gates memulakan bisnesnya di sebuah garaj kereta. Yahoo dan
Hotmail dicetuskan di sebuah kelas universiti sahaja. Tetapi Cyberjaya
bermula dalam otak seorang diktator gila.
Negara luar memulakan industri IT dengan mendidik penduduknya dulu.
Tetapi kita mulakan industri IT dengan mengimpot pekerja IT, sehinggakan
tukang gunting pun terpaksa diimpot dengan ihsan Mr.Sammmyyyy!!!
-MT- |