Laman Webantu KM2A1: 3828 File Size: 17.8 Kb * |
TJ MT MGG: Budaya Kesederhanaan By M.G.G. Pillai 20/2/2001 11:35 am Tue |
MGG4201 [Budaya kerja bersambil lewa atau tidak bersungguh pokok
pangkalnya berpunca dari sikap pihak atasan juga. Ramai yang
berkerja untuk menjaga nama menteri - bukannya untuk menjaga
hati rakyat. Pernah satu ketika dulu DBKL menggempur Bukit
Bintang yang bersepah dengan sampah sarap hanya setelah PM
naik berang kerana malu dengan pemimpin Pakistan.
Mutu kerja boleh ditingkatkan jika kerajaan membuang semua
mahluk perosak yang ada, malangnya kerajaan bukan sahaja membuang
mereka yang cekap (seperti Tajuddin Ali), tetapi menambahkan
lagi mahluk yang merosakkan. Sekadar merepek dan menuduh lembab
dan tidak berkualiti kita tidak akan kemana kerana apa yang kita
mahukan ialah pendedahan NAMA MEREKA yang terlibat. Tanpa itu
sampai bilapun masalah tidak akan berkesudahan.
- Editor] (The Cult of Mediocrity) Kini, tidak ramai yang bercakap perkara itu sedangkan apa
juga ruang kosong yang masih tinggal sedikit itu
dirobek-robek untuk dipasang cerusuk bagi mewujudkan
bangunan pencakar langit lagi. Di sana-sini kita dapat lihat
bagaimana pokok-pokok yang ditanam dengan harga ribuan ringgit
tiap sebatang, kini dikerat dan dipunggah beberapa bulan
kemudiannya untuk membolehkan kerja-kerja melebarkan jalan.
Paklah menyalahkan etika kerja yang longgar. Apabila rakyat
Malaysia lebih selesa melihatkan pendatang haram daripada
Indonesia dan Bangladesh membuat kerja-kerja kotor itu
bagaimana pula perkara ini boleh mencetuskan etika kerja yang
baik? Apakah sudah menjadi satu dasar menggalakkan
kesederhanaan dalam pekerjaan di pihak kerajaan dan juga
swasta? Sebaik sahaja seorang penyelia itu memalingkan mukanya,
orang yang diawasinya pun cabut lari pergi minum kopi, selalunya
berkali-kali dalam sehari. Deringan telefon memang selalu
dibiarkan begitu di hampir semua jabatan kerajaan.
Bangunan yang memang tidak pernah diselia bertahun lamanya,
tiba-tiba sahaja dibersihkan setiap kali ada orang penting
datang membuat lawatan. Kalaulah kerja-kerja menyelia
bangunan itu dibuat selalu, Kuala Lumpur tidak 'menjadi
bandaraya kelas bawahan di mana wujudnya struktur bangunan
bertaraf kelas utama di sebuah negera kelas dunia ketiga.'
Inilah pandangan Abdullah sendiri. Tetapi sebuah negara dunia
ketiga tidak semestinya mempunyai budaya kerja yang jijik
ataupun negara dunia utama mesti mempunyai budaya kerja yang
baik-baik. Dr. Abdul Kalam, orang yang bertanggungjawab mengetuai program
senjata nuklear India pernah ditanya dalam satu wawancara BBC,
sebaik sahaja India berjaya meledakkan bom atom ciptaannya;
apakah dia sangsi kalau-kalau para pekerja dalam projeknya itu
dapat melaksanakan tugas mereka memandangkan sikap mereka yang
suka ponteng bila diberikan peluang. Dia menjawab betapa dia
amat curiga kalau dia sendiri dan juga para pakar saintisnya
berkemungkinan menghampakan semua petugas itu kerana kegagalan
mereka. Seseorang pekerja India apabila telah dipastikan tugasannya
akan melaksanakan tugas itu mengikut kemampuannya yang terbaik
sekali. Dia tidak takut kalau tugas itu tidak terlaksana. Dia
merasakan puas melaksanakan tugas, tidak kiralah betapa
rendahnya anggapan orang terhadap tugasnya itu ataupun apakah
tugas itu sesuatu yang membosankan kerana perlu dilakukan
berulang-ulang. Dia lebih takut dimarahi orang kalau dia gagal
melaksanakan tugasnya. Semua ini bergantung kepada cara dan
persepsi seseorang perkerja itu menilai peranannya dalam
masyarakat. Perbezaan sudah semakin ketara di negara ini. Tidak ada sesiapa
yang peduli lagi. Memang amat mudah menggaji seorang pekerja
Indonesia ataupun Bangla untuk melakukan sesuatu. Abdullah
boleh terus bersuara lantang mengenai budaya kesederhanan ini
dan tidak ada perubahan yang dapat dilakukan selagi sikap
bekerja secara sederhana sudah menjadi satu budaya. Sikap ini
tidak lagi terkongkong di kalangan pekerja biasa. Cubalah
hubungi sepuluh orang pegawai di satu pagi dan anda akan
diberitahu mereka sedang berada di meja mesyuarat yang tidak
tentu bila akan berakhirnya. Kalau anda mahu menilai status
sesuatu permohonan anda? Jangan haraplah. Pegawai yang
berkenaan sedang bercuti dan tidak ada sesiapa pun di situ
sebagai pengganti. Reput Yang Bermula Di Kepala
Baru-baru ini Timbalan Perdana menteri membuat lawatan rasmi ke
Singapura. Dia telah ditemani sebaris menteri (pusat) dan
ketua menteri dan sekumpulan pegawai yang menjadi ahli
kontijennya. Kenapakah perlunya dia membawa begitu ramai
tukang iring dengan membazirkan wang kerajaan. Kebanyakan
mereka yang mengirinya itu sengaja bersantai dengan menggunakan
peruntukan kerajaan sahaja. Bagaimanakah Paklah sanggup
mengkritik apabila kakitangan di bahagian bawah perkhidmatan
kerajaan itu tidak mahu menjalankan tugas dengan berkesan?
Kereputan pentadbiran Malaysia bermula di kepala, seperti ikan
juga. Memang tidak ada panduannya. Hanya kenyataan akan
hasratnya. Menteri kabinet memang orang yang pakar dalam perkara
ini. Tetapi, mereka juga amat pakar untuk mengengkari sebarang
panduan yang dikeluarkan. Begitu juga yang bertugas di setiap
kementerian. Media massa memang gemar membesarkan cerita
mengenai kelemahan ini. Tetapi, tidak mencetuskan kesan
apa-apa. Tidak ada sesiapa yang bersedia mengeluarkan peraturan
bertulis agar sesuatu peraturan dipatuhi. Ia hanya merupakan
satu kenyataan spontan yang dikeluarkan untuk bahan persidangan
akhbar semata-mata. Kerana itu kenyataan demikian tidak perlu di
ambil perihatin secara serius.
Jadinya, Abdullah mahukan pekerja kelas bawahan mempunyai etika
kerja sedangkan perkara yang sama tidak perlu dikenakan kepada
para pegawai dan yang setaraf dengannya. Kita tidak menjadikan
usaha menabung kepakaran sebagai satu kemestian. Kita tidak
membudayakan kerja yang bermutu tinggi. Kita mempunyai beberapa
maktab tusyen yang menyediakan pelajar untuk memasukki ambang
universiti untuk mendapatkan kelulusan sarjana mereka. Kerana
itu kita mudah bermegah betapa kita unggul dalam industri
pendidikan. Inilah caranya kita menggalakkan rakyat Malaysia
menjadi doktor perubatan, jurutera, akitek, perancang bandar dan
sebagainya. Kita mudah mengelat dalam setiap tahap kehidupan kita. Apabila
kita membeli rumah, tidak lama kemudian kita dapat tahu betapa ia
tidak di bina dengan sempurna. Saya belum lagi berjumpa dengan
seorang pembeli rumah yang merasa puas dengan pembeliannya kerana
ia diusahakan oleh seorang pemaju yang mempunyai sikap yang sama
kalau dia membuat sosej. Buatlah pengaduan, dan kementerian
perumahan dan kerajaan tempatan akan menjawab sambil melegakan
perasaan anda kenapa anda harus terus tinggal di rumah itu
dengan perasaan yang selesa. Tidak kiralah kalau jaminan pemaju
itu sudah luput kelmarin dan anda tidak boleh membuat tuntutan
lagi. Masyarakat yang Sakit Pihak polis terpaksa melancarkan 'jualan murah' untuk
menggalakkan masyarakat yang berhutang beratus ribu banyaknya
dalam bentuk saman yang pihak polis gagal untuk mendapatkannya.
Jabatan pengangkutan jalan tiba-tiba sedar betapa puluhan ribu
lesen pemandu telah diedarkan secara ajaib. Lihat sahajalah
kepada semua kelengkapan stadium yang dibina khas untuk Sukan
Komanwel 1998. Semuanya hampir lingkup kerana kekurangan
kerja-kerja seliaan. Ia tidak boleh digunakan untuk satu pesta
sukan yang besar lagi tanpa membelanjakan ratusan juta ringgit
untuk memperbaikki dan menggantikan barangan yang telah lama
hilang kerana sengaja dicuri orang. Semua ini adalah satu
gambaran betapa masyarakat Malaysia sedang diserang penyakit yang
sengaja diabaikan oleh kerajaan.
Satu ketika dulu kerajaan menjadi tertekan kerana kekurangan
tenaga manusia sehingga melaksanakan satu projek agar ada satu
juta manusia bekerja dengannya. Tidak ada satu usaha sehinga kini
untuk menilai apakah semua yang diambil bekerja itu betul-betul
membuat kerja. Begitulah segterusnya. Kerana itu, apa perlunya
membersihkan Kuala Lumpur kerana timbalan perdana menteri naik
marah? Kalau Abdullah serius dengan kenyataannya, dia harus mulakan
merombak sikap di bahagian atasan. Di sinilah mulanya segala
kereputan itu. Eloklah dia mendedahkan para menteri dan ketua
jabatan yang tidak menjalankan tugas. Ia harus menjadikan urusan
itu sesuatu yang diutamakan sementara dia masih menjadi timbalan
perdana menteri dan sehingga dia menjawat jawatan perdana
menteri, kalaulah nasib memihak kepadanya. Dia mesti menunjukkan
tauladan, walaupun kita tahu dia tidak berupaya melakukannya.
Inilah yang dirasai oleh perdana menteri selepas berkuasa
selama dua puluh tahun. Inilah juga yang akan diketahui oleh
seorang perdana menteri pada 2020 nanti.
Untuk melakukan perubahan kepada semua itu, mesti ada reformasi
terhadap sikap dan persepsi. Inilah sesuatu yang tidak akan
disetujui oleh pentadbiran Barisan Nasional. Menuduh sebahagian
masyarakat kerana tidak mahu bersikap unggul tidak akan merobah
keadaan. Apabila tidak ada sebarang imbohan untuk melakukan
perubahan dan apabila lebih menguntungkan sesaorang itu kalau
dia mengikut sikap dan gelagat ramai, apakah gunanya dia
melakukan perubahan? Inilah budaya kerja di bahagian atasan. Kalau
ia dicontohi di bahagian bawahan apakah kita mesti hairan?
Perlukah kita memberitahu Abdullah dengan penuh kiasan?
-MGG Pillai- Rencana Asal: malaysiakini 16 February 01 CHIAROSCURO MGG Pillai Today, no one talks about that while the few, far too
few, green lungs are ripped up for yet another unfillable
skyscraper. The legacy of that is seen in fits and starts
when exotic trees are planted at a few thousand ringgit a
piece all over Kuala Lumpur only to be cut down a few months
later because the road has to be widened.
He blames it on a poor work ethic. When Malaysians
would rather have illegal Indonesians or Bangladeshis do
their dirty work, how could this bring about a proper "work
ethic"? It is national policy to encourage mediocrity in
government and in commerce. Pride in one's work is not
encouraged. The moment the supervisor's eye is turned, the
workers go for their obligatory "minum kopi", often several
times a day. Phones are routinely unanswered in almost all
government departments. Underclass City Buildings, unkempt for years, are spruced when a VIP is
about to visit. If this spring cleaning had been routine,
Kuala would not be the underclass city with "first world
structures in a third World country", as Abdullah claims.
But a third world country does not automatically mean poor
work habits or a first world country ensure good work
habits. When Dr Abdul Kalam, the man who oversees India's
nuclear weapons programme, was asked on a BBC interview,
after India's atomic explosion, if he feared the labourers
and menials in the programme were not up to the mark, given
their propensity to down tools at the drop of a hat, he said
he was more afraid he and the scientific establishmen would
let them down by failing. The Indian worker, once alloted a task would do it to
the best of his ability. He had no fear they would not.
There is pride in their work, no matter how low or
repetitive. There is a sense of purpose in India about what
is good for India. He was more afraid of having to face
them after he failed. It is a matter of how a worker
perceives his role as in the society he lives in.
Here it is different. No one cares. There is always
the Bangladeshi or Indonesian who could be hired to do what
he would not. Abdullah can beat his breast about all this,
but nothing would change so long as mediocrity rules. It is
not limited to menial or semi-skilled work. Telephone any
ten senior officers this morning, and they would be,
inevitably, away at interminable meetings. You want to find
the status of your application? You cannot. The officer is
on leave and no one can help you. The Rot At the Head Let the deputy prime minister go on an official visit,
as he did this month to Singapore, and he would be
accompanied by sundry cabinet ministers and chief ministers
and a huge contingent of officials. Why? If he had taken a
handful of officials and politicians in his entourage he
should have set an example. As it is, most of those who
went with him went for the ride at government expense. And
he dares complain that those at the bottom of the civil
service totem pole do not pull their weight?
The rot in Malaysia begins, like in fish, at the head.
There is no direction. Only statements of intent. Cabinet
ministers are good at this. But they would not follow it
up. Nor would those in his ministry. The newspapers are on
hand to publicise it. But nothing happens. No one bothers
to send written instructions to see that this is carried
out. It is an offhand statement the worthy makes at an
impromptu press conference. It is not meant to be taken
seriously. So, Abdullah wants a superb work ethic for menial and
semi-skilled workers he does not want for his officers and
others. We do not nurture skills. We do not pursue
excellence. We have tuition colleges preparing students for
degrees in a dozen universities and proudly proclaim we are
the cutting edge of education. We allow Malaysians to be
medical doctors, engineers, architects, townplanners by this
means. We cut corners at every stage of national life. We buy
a house and invariably it is poorly built. I have not met a
single Malaysian happy with the house he bought from a
developer who built it in the same way he would make
sausages. Complain, and the ministry of local government
and housing is happy to tell you why it is all right for you
to stay in it. Or that the guarantee ran out yesterday and
you have no recourse. Malaise In Society The police had to have a fire sale to pressure people
to settle hundreds of thousands of traffic summons it had
not, in negligence, pursued. The road transport department
suddenly discovered that tens of thousands of driving
licences were issued in stealth. Look at the worldclass
sports stadia we built for the 1998 Commonwealth Games; it
is now rundown and seedy for lack of maintenance. It cannot
be used for another sports extravaganze without a few
hundred million ringgit worth of sprucing up and replacing
looted equipment. All this points to the malaise in
Malaysian society, one which the government routinely
ignores. The government was once so upset that it was
understaffed and went on a spree recruiting staff so that it
had one million workers. No attempt was made then, nor is
today, if the workers work. This goes down the line. So,
why should anyone bother to clean up Kuala Lumpur just
because the deputy prime minister is angry it is not?
If Abdullah means what he says, he should start from
the top. That is where the rot begins. Let him in public
pull up cabinet ministers and senior civil servants who do
not meet expectations. Make it central to his position as
deputy prime minister and, with luck at a future date, prime
minister. He must set the example. But he would not. He
cannot. As the prime minister finds after 20 years in
office. As the prime minister in 2020 would find.
For this to change, there must first be a reformation
in attitudes and worldviews. This the National Front
administration would not agree to. So, blaming sections of
the community for not pulling their weight will not buck the
trend. When there is no incentive to change, and much to
gain from not doing one's work, most would give up the ghost
and join the crowd. When that happens at the top, those
down the line would do with alacrity. I should not have to
tell Abdullah that. M.G.G. Pillai |