Laman Webantu KM2A1: 3848 File Size: 16.6 Kb * |
TJ MT MGG: Songlapan Di Farmasi By M.G.G. Pillai 23/2/2001 5:39 pm Fri |
MGG 4301 [Apabila perniagaan ubat dimonopoli oleh kroni, nyawa dan kesihatan rakyat
sudah tidak dikasihani lagi. Seperti yang diduga kenaikkan harga ubat bertujuan
untuk mengubat kroni yang masih rugi walaupun mereka membolot perniagaan ini dan
meletak harga yang terlalu tinggi. Yang peliknya tiada alasan munasabah pula
diberi oleh menteri dan tiada punca alternatif diumumkan dengan terperinci.
Sikap sebegini hanya akan mempercepatkan orang yang hendak mati pergi kerana
rata-rata mereka sudah tidak berkerja lagi. Inikah sikap masyarakat penyayang
yang dilaungkan BN selama ini? (Artikel asal ada dalam Harakah terkini Keluaran 1-15 Mac,01)
Songlapan Di Farmasi (Fleecing At The Pharmacy) Ubat-ubat farmasi memang berharga lebih tinggi lagi daripada ubat kebiasaan di
wilayah ini disebabkan monopoli oleh syarikat yang dikongsisama oleh anak perdana
menteri, Mokhzani Mahathir dan syarikat Renong yang dikuasai oleh menteri kewangan
Tun Abdul Daim Zainuddin. Syarikat pembekal ubat yang lain tidak mampu
mengemukakan tender harga melainkan mereka membayar komisen melebihi tiga persen
kepada syarikat yang dikuasai oleh Mokhzani. Komisen semacam ini yang sepatutnya
membuatkan beliau tersengeh di bank kalau tidak kerana hutangnya yang menggunung
tingginya. Kerana inilah harga ubat di negara ini akan terus tinggi. Pharma Niaga yang
dikuasai oleh Renong juga menguruskan Perpustakaan Pengawalan Farmasi Kebangsaan
(National Pharmaceutical Control Library) sebuah institusi yang diswastakan untuk
menguji setiap ubat yang dibawa masuk untuk dikawal dan menentukan jenis yang boleh
dijual di pasaran tempatan. Kalaulah perdana menteri berada lebih lama lagi di
kerusinya sekarang, tidak lama lagi anaknya yang ini akan membalun semua perkhidmatan
sokongan di seluruh hospital di negara ini. Dia sudah pun menguasai Kumpulan
Hospital Pantai. Walau apa pun yang dijanjikan kerajaan memberi kesaksamaan kepada
rakyat di negara ini, ia hanya merupakan kesaksamaan kepada dua kumpulan yang
ini sahajalah. Ubat-ubat yang membantu pernafasan seperti penenang tekanan darah adalah sesuatu yang
amat diperlukan untuk membantu sesaorang yang kesesakan nafasnya. Tetapi, harganya
melonjak terlalu cepat sehinggakan ramai yang tidak mampu membelinya. Saya kini tidak
lagi mampu menjalani pemeriksaan doktor secara berjadual terhadap jantung saya - saya
pernah menjalani pembedahan injap jantung 13 tahun yang lalu -- kerana harganya
yang terlalu tinggi -- walaupun pemeriksaan itu dilakukan di hospital kerajaan.
Nasib baik saya mempunyai seorang doktor yang bersikap sebagai seorang sahabat yang
kerap sedia membantu. Dia memang merupakan seorang 'general physician' yang terbaik
di Kuala Lumpur. Kini, kos perubatan adalah satu masalah besar kepada majoriti
rakyat marhaen. Harga ubat yang tinggi adalah satu bebanan kepada sesiapa yang bukan
menjadi pegawai kerajaan, ataupun pesara kerajaan ataupun yang mempunyai insuran
perubatan kumpulan. Bermacam jenis putar belit dimainkan dalam songlapan pemasaran ubat-ubat agar kuasa
penjualan ubat itu hanya dinikmati oleh syarikat pilihan dan kumpulannya untuk
menentukan ubat mereka tetap tinggi harganya. Satu ketika dulu ada juga semangat
berlawan sebelum dua syarikat pilihan tidak mengambil alih monopoli pengurusan hospital
dan perkhidmatan perubatan. Kini, semangat berlawan-lawan itu sudah tidak ada
lagi. Memang ada satu jalan lagi untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi ia tidak akan
dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. Sepatutnya setiap kali satu jenis ubat itu ada di
pasaran, ia mestilah disimpan oleh setiap klinik dan farmasi. Terpulanglah kepada
pesakit untuk memilih jenis ubat yang diminatinya.
Saya tidak pernah terpesona dengan dakwaan bahawa ubat alternatif atau pun jenis
ubat tradisi (seperti akar kayu) adalah tidak berguna dan berbahaya. Bahaya ubat
itu tidak lebih menandingi bahaya penyakit yang patut diubatinya. Kalau boleh saya
memang menjauhkan diri daripada perubatan yang dibuat secara 'allopathic' dan
mencari kaedah alternatif sebaik mungkin. Saya kerap mudah alah kepada ubat moden
itu dan kini lebih cenderung mendapatkan perubatan secara tradisional. Saya semakin
lega sekarang dan terkejut dengan jumlah mereka yang mempunyai pengalaman yang sama.
Saya bernasib baik kerana doktor peribadi saya mempunyai pemikiran yang terbuka dan dia
sentiasa bersedia membantu untuk menolong pesakitnya mendapatkan perubatan yang
selesa. Dia tidak pernah ambil pusing apakah perubatan itu jenis moden ataupun tradisi.
Tetapi, ini bukannya satu opsyen kepada orang ramai. Mereka terpaksa bergantung kepada
ubat yang mesti dibeli. Apatah lagi ubat itu mahal dan para doktor tidak mampu
membekalkannya. Inilah yang kerap berlaku di hospital kerajaan dan menyebabkan mereka
terjerut membeli ubat berjenama yang berharga tinggi. Kalau kerajaan mahu
menyelesaikan masalah ini (mana mungkin) kerajaan mesti bertindak mengurangkan harga
kos perubatan. Dato Chua boleh melalak mengenai penggunaan ubat 'generic' yang lebih
murah itu. Tetapi selagi kementeriannya sengaja liat untuk bertindak mengikut ragam
dua syarikat yang monopoli industri itu, tidak ada perubahan yang boleh diharapkan.
Terpaksalah kita membuat perkiraan sendiri laksana seorang yang hampir ditelan oleh
seekor ular sawa berlawan dengannya sehinggalah dia lumat dikerjakan oleh ular itu.
-MGG Pilai- Kerja-kerja songlapan di institusi kerajaan melibatkan kementerian kesihatan memang
telah berjalan lama. Seperti yang pernah kita bincangkan dulu lagi, inilah sebabnya
segala bentuk makjun yang telah lama digunakan oleh datuk nenek orang Melayu dianggap
tidak sesuai di zaman moden kerana pemerintahan acuan Mahathir Mohammad mengatakan
makjun dan akar kayu itu semuanya berbahaya kepada orang Melayu. -MT-
Rencana Asal: Harakah Issue 1-15 March 01 Column Fleecing At The Pharmacy M.G.G. Pillai Not in Malaysia. The medical fraternity and the
pharmaceutical drug companies discourage it. They are a
powerful lobby in the dispensing of medicine. If the
doctors do not stock them, you cannot get them. The doctors
do not stock them because the drug companies give them
incentives so lucrative that they ignore the patient's
needs. It is not unusual for drug companies to give the
double the drugs ordered for the price of one, which adds to
the doctor's income. But pharmaceutical drugs cost more than in the rest of
the region because of the monopoly shared by a company
controlled by the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir
Mohamed's son, Mokhzhani Mahathir, and the finance minister
Tun Daim Zainuddin-controlled Renong. No drug company can
tender unless a Mokhzani-controlled company is paid a
commission, variously between three and per cent, a
commission which should make him laugh all the way to the
bank if it were not for his huge bank loans.
This ensures that drug costs remain high. The
Renong-controlled PharmaNiaga also controls the privatised
National Pharmaceutical Control Library, which must test all
drugs brought into the control, and can decide which can and
which cannot be sold on the local market. If the Prime
Minister remains long enough at the helm, his son's venture
into the medical field would ensure he would provide all
support services of hospitals in Malaysia. He already
controls the Pantai Hospital group. However much the
government talks of a fair deal for Malaysians, it is no
more than a fair deal for the two groups.
The cost of branded drugs rise so frequently that, like
the road tolls, they are beyond the reach of most
Malaysians. Common everyday drugs like pain killers are far
too expensive. Cardiprin, a specially-concocted aspirin to
thin the blook, which I take, cost about RM9 for 28 here,
but I get them from Australia through a friend and there is
costs about A$7 for 100 tables. Aspirin, which is what
Cardiprin is, is easily available in the United States for a
few dollars for a bottle of 500. The cost of one branded
multivitamin tablet cost the equivalent of 14 sen in India
and RM1.50 here. Price gouging is common in most
pharmacies, though they justify it by rising prices.
Life-saving drugs you need to keep you alive, like
blood pressure tables, rise so fast so often that many
cannot afford it. I cannot now afford, and could not for
years, routine checks on my heart -- I have had a heart
bypass 13 years ago -- for the costs have become prohibitive
-- and that in a government hospital. I am lucky my doctor,
in my view one of the best general physicians in Kuala
Lumpur, reduces the risk by stepping in as best he can.
Medical care is beyond the reach of most Malaysians. The
high cost of all medicine makes it a burden for any who is
not a government servant or retiree or has group medical
insurance. When the system breaks down, as health and medical
services have, the health minister tries to calm down the
growing anger by suggesting alternatives he has no intention
to bring about. He provides no explanation why drug prices
must rise so sharply as now, why we pay far higher prices
than citizens in neighbouring countries, why some drugs used
widely is not allowed into the country. A friend orders his
vitamins in bulk from the United States until he found he
could get them cheaper in Singapore. This particular brand,
one of the best known, is not allowed into Malaysia.
All sorts of political and marketing games are played
to keep drugs in the hands of a few companies and groups to
keep them costly. There was some form of competition when
the two monopolists did not take over the hospital and
medical care services. Not any more. There is a way out of
it, but this suggestion would never be allowed to become a
fact: insist that when generic drugs of branded drugs are
available they must be stocked in every pharmacy or doctor's
clinic. The patient then has a choice to what he wants.
I am not impressed with allopathic claims that
alternative and native cures are useless or dangerous. They
are no more dangerous than the cures they prescribe. I move
away from allopathic solutions where possible, indeed I look
for other than allopathic cures for most of my ailments. As
one who is, by common definition, an old man, these ailments
become common companions. I have become allergic to several
common allopathic cures for some of them, and resort to
traditional methods of cure. If anything, I am the better
for it. I am surprised at the number who do think so too.
I am lucky in that my doctor has an open mind, and concedes
that all that he can do is to help you find a cure. It does
not interest him if that be allopathic or traditional.
But this is not an option for many. They depend on
drugs that must be bought, especially if they are expensive
and the doctors would not supply them -- as often happens in
government hospitals -- and are then caught in this
monopolistic strangle in high drug prices. If the
government wants to address this -- it does not -- it must
look seriously into taking steps to ensure reasonable
medical costs. Dato' Chua can call for more generic drugs
to be used, but when his own ministry drags its own feet and
the two monopolies have no desire, nothing would change.
And so we must adjust ourselves as a man swallowed by a
python has to until he is crushed to death.
M.G.G. Pillai |