Laman Webantu KM2A1: 3852 File Size: 9.1 Kb * |
TAG MT 47: Kalau Gus Dur Mahu Terus Berkuasa By Asia Letter 25/2/2001 8:45 am Sun |
TAG047 [Indonesia mewarisi pelbagai masalah kerana membiarkan
Suharto bermaharaja-lela terlalu lama. Dalam siri TAG lepas kita
dapati IBRA bermasalah, ekonomi bawah tanah atau sindiket haram
merebak, pergaduhan ugama meletus dan kini perbalahan ngeri kaum
Dayak dan Madura. Pendeknya pemerintahan Suharto telah memusnahkan hampir segala-galanya
dan itu semua memakan masa yang amat lama untuk memperbaikinya, tambah
lagi dengan sikap Gus Dur yang masih banyak terlena dari terjaga. Padahal
banyak pihak sudi memberi khidmat nasihat buatnya. Sebaliknya Gus Dur
menerima pakai nasihat dari orang yang tidak sepatutnya.
Begitu jugalah halnya dengan negara kita. Selagi pemimpin berdegil dan
mengambil kata dari orang yang tidak berguna (seperti Umi Hafilda,
Khalid Jafri, Astora, gang KEJAM dll), negara akan semakin hancur dan binasa.
Bersedialah untuk menderita kerana tekanan ekonomi dan kemusnahan
budaya akan membuat banyak pihak sudah tidak lagi bersikap manusia.
Lihatlah akbar hari ini, banyak jenayah pelik-pelik sudah berlaku
yang mengaibkan kita mendengarnya. (buang bayi, terjun bangunan,
pesta bogel, mandi buih dll lagi). (How Gus Dur Can Survive) Oleh: The Asia Letter #1875. Para penasihat itu bukannya orang sembarangan. Mereka adalah Menteri
Kanan Singapura Lee Kuan Yew, bekas pengerusi bank pusat Amerika Paul
Volcker, bekas diplomat Jepun Nobuo Matsunaga dan bekas pegawai bank
pusat Jarman Ulrich Cartellieri.
Mereka telah mencadangkan agar kerajaan memperbaiki hubungannya
semula dengan IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) yang telah membantu
menyelamatkan Indonesia sejak November 1997 tetapi tidak pernah
diberikan penghargaan kerananya. Mereka telah berpendapat selagi
reformasi yang berkesan tidak dilaksanakan, keyakinan pelabur tidak
boleh diharapkan. Mereka telah memberi ingatan agar tidak mudah
terpedaya dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak lima persen tahun lalu,
dengan menyatakan bahawa pemacu sebenarnya ialah pertumbuhan ekonomi
Amerika dan kemewahan kenaikan harga minyak. Kedua-dua unsur ini
dijangka menurun tidak lama lagi.
Sebenarnya, tidak ada sesuatu yang terbaru dalam saranan mereka.
Itulah juga yang dilaungkan oleh rakyat marhaen selalunya, dalam setiap
situasi, yang sepatutnya mampu menggoncang Indonesia untuk bertindak
menjadi sebuah negara yang rancak sekali lagi.
Hakikatnya masalah sebenar terletak pada Abdurrahman Wahid juga.
Sepatutnya dia mempergunakan sokongan padu rakyat di tahap awal
kuasanya dan juga dengan bergeraknya ekonomi negara yang mencetuskan
angka pertumbuhan yang merangsangkan. Sebaliknya dia semakin menyimpang
dan telah menyalahgunakan segala peluang untuk mengharumkan wibawanya
lagi. Dia berjaya bukan sahaja dalam mengurangkan popularitinya di
kalangan rakyat yang mengundinya dulu, tetapi dia telah memecah-belahkan
Dewan Perundingan Rakyat ketika perpaduan adalah satu kemestian untuk
melaksanakan segala usaha mereformasikan negara yang amat diperlukan.
Semua ciri-ciri reformasi yang menyangkuti kewangan, korporat,
kehakiman dan pentadbiran negara yang menjadi intipati perjanjian
kerajaan Indonesia dengan IMF sudah menjadi kucar-kacir, dan ada
setengahnya yang sudah hampir terpinggir. Ia bukan lagi menjadi satu
perkara kecil kepada Indonesia. Kami percaya Abdurrahman Wahid harus diberikan peluang berkhidmat
sehingga pupus ruang kuasanya. Lagipun ini adalah satu demokrasi yang
masih belum berjalan betul lagi. Stabiliti negara adalah faktor yang lebih
penting lagi. Namun, kalau dia memperlekehkan nasihat yang diberikan
oleh penasihat antarabangsa itu, tidak ada sesiapa yang berani
meramalkan apa yang akan jadi kepada masa depan poltiknya.
-sales@Asialetter.com 23/2/2001 Rencana Asal: Extract from The Asia Letter #1875, February 19, 2001
Dear Sir, The only way for Indonesian President Abdurrahman Wahid to
survive now is for him to heed the advice given him over the
weekend by the four foreign advisors consulted by his
government. For these really are big-hitters, and understand
the problems far more clearly than does the increasingly
eccentric cleric. Whether or not he is capable of this is,
however, questionable. The advisers were not back-room string pullers. They were
Singapore's Senior Minister Lee Kuan Yew, former US Federal
Reserve chairman Paul Volcker, former senior Japanese
diplomat Nobuo Matsunaga and a former executive of the
German central bank, Ulrich Cartellieri. They spoke for only
a few hours to the President and assorted Indonesian
economics ministers, and they did not mince their words.
They told the government to mend its relationship with the
International Monetary Fund, which has kept Indonesia afloat
since November 1997 and received little thanks for it. They
said that until real reform measures are undertaken,
investor confidence will not return. They warned against
premature complacency over last year's almost five percent
growth, pointing out that the main engines were US growth
and the oil market boom, and that both will likely slow down
this year. In truth, there is nothing new in what they said. But it was
the people saying it, in a face-to-face situation, which
should jolt Indonesia into becoming a functioning nation
again. Beyond the facts there is the problem of Abdurrahman
himself. The President, rather than capitalizing on his
initial public support and subsequently last year's healthy
growth figures, has become increasingly wayward and has
squandered the potential he had going for him. He has
succeeded not only in losing his popularity amongst those
who voted for him, and the support of influential factors
within his coalition, but he has also split the House of
Representatives at a time when full cooperation is vital to
implement the desperately-needed reform measures.
Another minister who may not be able to follow the advice of
the all-star line-up of advisors is chief economics minister
Rizal Ramli. Rizal appeared annoyed by their criticism, for he has been
flaunting last year's growth figures as an indictor of the
reform policy's success. He has even brushed aside the IMF's
postponement of its loan disbursement as a simple irritant,
perhaps not fully appreciating that it means more than no
hand-out: it means an international vote of no confidence.
The financial, corporate, judicial and administrative reform
measures that make up the essence of the Indonesian
government's letter of intent to the IMF are all falling
behind schedule, and some are in danger of being dropped or
reversed. Small wonder it is no candy for Indonesia.
We still believe Abdurrahman should be allowed to serve his
full term. This is after all a democracy that has scarcely
begun to walk. Stability within the country is of
inestimable importance. But if he ignores the advice of his
four international advisors, no one can vouch for his
political future. |