Laman Webantu KM2A1: 3859 File Size: 12.9 Kb * |
TJ MT MGG: Rayuan Seorang Wanita Bidayuh Kepada Perdana Menteri By M.G.G. Pillai 26/2/2001 9:04 am Mon |
MGG5001 [Di negara kita banyak pihak boleh tergugat dengan sepucuk dua surat.
Tetapi pihak yang terlibat selalunya mengirim maklumat kepada perdana
menteri dan mungkin ditemu bual oleh beliau sendiri. Padahal semua ini
bukan tugas presiden parti atau seorang PM kerana kita mempunyai
institusi perundangan yang lengkap (walaupun dicemari).
Kisah wanita Bidayuh yang penuh misteri ini harus ditangani dengan
berhati-hati kerana Umno memang mengidam untuk bertapak di negeri yang
kaya dengan balak dan minyak ini. Sarawak begitu sukar ditembusi BA
tetapi beberapa isu mutakhir ini (khususnya isu masyarakat Cina) mungkin
memberi sedikit tuah kepada BA. Skandal Bidayuh ini hanya akan memudahkan
BN terpinggir kerana bapak segala kunci BN di sini adalah Tan Sri Taib
sendiri. Jika kunci ini dapat dibuka, lebih banyak lagi pintu yang
tertutup akan terbuka. BA hanya perlu menolak daun pintu sahaja.
- Editor (sila baca komen menarik Pak -MT- di bawah)]
Penterjemah: -MT-
(MGG: A Bidayuh Lady Appeals To The Prime Minister)
Besar kemungkinannya pilihanraya umum peringkat negeri akan dilaksanakan di Sarawak,
awal bulan hadapan. Perdana Menteri sedang membuat lawatannya di sana untuk memancing
undi penyokong Barisan Nasional. Pada kali ini dia tidak berapa selesa dengan ketua
menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, seperti yang pernah mereka jalini dulu-dulu. Dia
seolah-olah lebih cenderung kepada orang lain dari luar Parti Bersatu Bumiputra
yang sinonim dengan 'UMNO' dalam gagasan Barisan Nasional Sarawak. Mungkin jua
sebagai satu alternatif dia lebih selesa dengan seorang ahli kabinetnya Dato'
Effendi Norwawi. Di Sarawak, Tan Sri Taib sudah ternyata sudah melepasi tarikh
gunanya kepada kerajaan negeri dan kepada Barisan Nasional, persis yang dialami
sendiri oleh perdana menteri secara keseluruhannya di negara ini. Semua ini
sedang dilakonkan secara berselindung di sebalik tabir.
Ada satu perkara kecil yang memang tidak pernah diduga oleh pihak yang berkuasa,
apabila sehelai surat telah diserahkan kepada perdana menteri di Kucing pada
hari Khamis 22 Februari, 01. Surat itu datangnya daripada seoranng wanita di
Payau Achau, sebuah kampung Bidayuh yang terpinggir kira-kira 20 minit perjalanan
dengan berkereta daripada Serian. Surat itu merupakan satu salinan kepada surat
yang sama yang dikirimkan kepada Perdana Menteri, satu minggu sebelum itu. Satu
salinan surat itu sudah pun dikirimkan kepada seorang pemimpin pembangkang di Kuala
Lumpur. Kita tidak tahu apakah isi kandungan surat itu, tetapi wanita itu memang
dikenali di kampung itu sebagai isteri (mengikut hukum alam) kepada seorang
pemimpin Barisan Nasional Sarawak selama empat tahun di awal tujuh puluhan dulu.
Wanita ini, khabarnya telah pun melahirkan seorang anak lelaki hasil perhubungan itu
dan anaknya kini bekerja di sebuah kilang membuat bumbung di Kuching. Mungkin juga
cerita ini adalah satu usaha untuk memeras ugut tokoh politik ini, tetapi saya
tidak fikir begitu. Rakyat marhaen yang mempunyai masalah tidak bertindak melulu
semata-mata kerana mereka ditipu. Adalah tidak bersalah untuk mengandaikan bahawa
tokoh politik ini tidak pun mengiktiraf wanita itu dan juga anak mereka.
Kisah ini sengaja dibesar-besarkan di halaman web Sarawak sambil mengutuk kerajaan.
Ia tersibar luas di negeri itu melalui perbualan. Saya telah menelefon seorang
teman di Miri mengenai desas-desus ini dan dia telah memperakukannya sebagai sesuatu
yang memang diketahui oleh penduduk Miri. Kalau perkara itu diketahui oleh orang Miri,
tidak payahlah bertaruh kalau-kalau orang negeri itu tidak mengetahuinya. Kerajaan dan
para pemimpinnnya sengaja diam membatu dalam perkara ini sambil mengharapkan ia akan
lesap di angin lalu seperti beberapa skandal yang dulu-dulu. Selalunya kalau skandal
itu membabitkan pemimpin Barisan Nasional, orang itu mampu bertahan mengharunginya. Saya
memang tahu banyak skandal yang tidak diberikan liputan akhbar ataupun sampai ke
pengetahuan umum. Kisah terbaru ini mungkin satu lagi skandal yang tidak diberi ruang
dimedia masa. Tetapi, tidak mungkin ia dapat ditutup dengan nyiru sahaja.
Inilah skandal yang sedang menghantui Tan Sri Taib di luar dugaan sesiapa sahaja.
Sejak tiga dekad yang lalu, jawatan ketua menteri Sarawak telah dijadikan satu warisan
keluarga, selepas Taib menggantikan bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Yaakub, yang
kini merupakan musuh ketatnya. Apabila bekas yang Di Pertuan Agung (Negeri??)* yang sudah berusia 79
tahun terpaksa ditabalkan balik ke jawatan yang pernah ditinggalkannya, menunjukkan di
sudah terlalu kebingungan. Dia tidak boleh mencadangakan nama lain kerana kemungkinan
ia mencetuskan masalah besar. Lagipun dia memerlukan sesaorang di istana yang akan
memihak kepadanya seandainya dia mempunyai peluang untuk menjadi ketua menteri
sekali lagi. Ramai para analis di Sarawak percaya betapa Barisan Nasional Sarawak
akan berjaya lagi, tetapi sama ada Taib boleh menang lagi, tidak ramai yang pasti. Dia
sedang dihantui masalah untuk mempertahankan kerusinya. Oleh kerana dia bercadang
berubah tempat pencalonan menunjukkan betapa banyak perkara yang tidak menyenangkan
sedang menghambatnya. [* Ralat: Yang di Pertuan Negeri dan Bukan Yang di Pertuan Agong!
Teks asal mungkin tersilap - Editor]
Soalan terakhir MGG itu mudah saja untuk dijawab. PM tidak akan berbuat apa-apa,
dengan surat itu kerana dia hanya akan bertindak kalau surat itu ditulis oleh U.
Felda ataupun mungkin juga Baginda Tukang Pelihara Dara Sunti.-MT-
Rencana Asal: Sarawak would hold elections for the Council Negri, its
state assembly, soon, as early as next month. The Prime
Minister is there to rally the faithful to the National
Front cause, but he is not as enamoured of the chief
minister, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, as he once was. He
clearly prefers some one else, preferably from outside the
Parti Bersatu Bumiputra. the "UMNO" of the Sarawak National
Front coalition. Or, as an alternative, a member of his
federal cabinet, Dato' Effendi Nawawi. Tan Sri Taib in
Sarawak has outlived his usefulness to the state and the
National Front coalition as the Prime Minister has
nationwide. All this is played out behind the scenes.
One small item the powers that be did not anticipate is
a letter handed to the Prime Minister in Kuching on
Thursday, 22 February 01. It is from a lady in Payau Achau,
a small Bidayuh village, 20 minutes drive from Serian, near
Kuching. It is a copy of a similar letter sent to the Prime
Minister a week earlier. A copy is also in the hands of an
opposition leader in Kuala Lumpur. What it contains we do
not know, but this lady is known in the village was the
common law wife of a Sarawak National Front leader for four
years in the early 1970s. She is said to have borne him a
son, who works in a roofing manufacturing plant in Kuching.
It is well possible this could be an elaborate attempt to
blackmail this personage, but I doubt it. Simple folk with
a grievance do not act to destroy people just because they
have been cheated. It is also fair to assume that this man
does not acknowledge either the lady or their son.
It is highlighted in the Sarawak websites attacking the
government. And spread by word of mouth throughout the
state. I called a friend in Miri about this rumour, and he
confirmed it is widely known in the town. If it is known in
Miri, it is a fair bet it is throughout the state. The
government and its leaders keep a nervous, discreet silence.
They hope it will blow over, as many a sexual scandal has.
Often, the politician involved, if from the National Front,
can also survive. I am aware of numerous scandals that have
not made the newspapers or the public eye. This could be
one more. But if it is, not after a messy public
discussion. But it threatens Tan Sri Taib beyond belief. The chief
ministership of Sarawak is, for the past three decades, a
family fiefdom, he succeeding his uncle and now mortal
enemy, Tun Abdul Rahman Yaakub. When he had to bring in a
79-year-old former Yang Dipertuan Agung [Negeri?? - Editor] back to the helm to
succeed the late governor, he blinked. For any name
suggested would have created a problem. In any case, he had
to have someone in the Astana who would look his way in the
event he may be in the running to be chief minister again.
Many seasoned analysts in Sarawak believe the National Front
would return but Tan Sri Taib may not. He is in the
unenviable position of having to defend his seat than he has
ever had to. That he has to consider moving from his
constituency itself is cause to suspect that all is not well
for him. The opposition has the best chance to date to knock
deeply into the National Front majority. That they can form
the next state government is not Those who want Tan Sri Taib
moved is orchestrated, in the National Front and the
Opposition, by forces in Kuala Lumpur. This upsets the
political sensitivities in the state: they would prefer the
rascal they know can be independent of Kuala Lumpur than the
rascal who obeys dictates from across the Peninsula. The
Chinese vote is critical: its grievances include the loss
of Chinese banks, forcibly merged into larger units, the
Suqiu demands, the Damansara Chinese school episode -- all
these and more are seen as signs of larger problems with the
Malay-led government in the future, and they do not want
this to happen in Sarawak. The non-Muslim natives, the Dayaks and others, feel
left out in an administration where they play second fiddle
and with no prospect of one of them ever becoming chief
minister in their land. The National Front itself runs
helter skelter at the absolute control of the chief
minister. But the opposition does not have a common
platform, and with the forces at the government's command,
they can be easily sidelined. It should be a battle royal
nevertheless. I wonder how the Prime Minister would react
to that letter. M.G.G. Pillai |