Laman Webantu KM2A1: 3862 File Size: 8.9 Kb * |
BTS: Kerajaan Negeri Kedah Beli Hicom By Kapal Berita 27/2/2001 1:13 am Tue |
Nampaknya tahun ini episod menyelamatkan kroni akan terus berjalan
lagi. Kini kerajaan negeri pula menjadi mangsa untuk membeli
bangkai yang sudah membusuk ini. Kerajaan Negeri Kedah akan membeli Hicom dari DRB-Hicom Bhd.
pada 28/2/2001 melalui SEDC (PKNK, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah).
MB Syed Razak akan menandatangani perjanjian dengan Hicom
bagi pihak SEDC. Beliau mengatakan langkah tersebut akan
menaikkan imej SEDC tetapi beliau tidak pula menyebut dengan
terperinci bagaimana. Hicom ditubuhkan pada 1980an oleh kerajaan persekutuan untuk
memacu Malaysia sebagai negara industri berat seperti mengilang
kereta. Tahun lepas ia menjual kepentingan di dalam Proton
kepada Petronas. Menurut analis, langkah SEDC akan menjadikan Taman Teknologi
Kulim sebahagian daripada Hicom Holdings, akan tersenarai
di bursa. KOMEN: Negeri Kedah begitu banyak membazirkan wang sejak kerajaan
BN Umno menguasainya. Sanusi Junid tertewas kerana projek
sewelnya (Taman Safari di Sik, Pusat Penyembelihan Lembu
Terbesar, Padi atas bumbung, Kampung Buku di Langkawi dll)
dan Syed Razak kini mengorak langkah yang sama untuk
kecundang juga dengan membeli Hicom. Dengan tidak memberi butiran
terperinci kenapa SEDC membeli Hicom nampak jelas ia satu lagi
mainan politik untuk menyelamatkan kroni. Baru-baru ini kita
didedahkan oleh berita betapa kerajaan negeri Kedah berhutang
lebih 1.2 bilion. Malah akaun kerajaan Negeri pernah tinggal
KOSONG! [- Saifuddin Nasution, ceramah Lunas 6/12/200
Rujuk: MR2]
Sepatutnya SEDC membeli jentera dan cuba mengubah nasib kaum
petani, khususnya penanam padi di negeri jelapang padi itu.
Negara kita hari ini dipenuhi dengan pelaburan yang langsung
tidak ada kena mengena peranan asal institusi. Mereka lebih banyak
terlibat dengan sektor koporat sedangkan mereka sepatutnya
berkhidmat kepada rakyat. Apabila sesuatu masalah diambil alih oleh pihak yang bermasalah
juga, kita hanya akan mendapat lebih banyak masalah. Siapakah
MB Syed Razak dan Sanusi Junid itu jika tidak orang pilihan
Diktator Mahathir sendiri. Sekarang apa sudah jadi?
Perhatikan Selangor juga berhutang sarat RM 1.1 bilion dengan tunggakkan
sebanyak RM61 juta. Mungkin kerana itu tarif air dinaikkan kerana
sudah hampir lemas bermandi hutang agaknya? (Lapuran akhbar Bernama hari
menyebut Khir Toyo tidak akan berganjak dari keputusan menaikkan tarif air)
The Business Times, Singapore Kedah govt to buy Hicom Official expects to ink pact with DRB-Hicom on Feb 28
THE government of Malaysia's Kedah state said yesterday it was closing
a deal to take over Hicom Holdings Bhd from diversified DRB-Hicom Bhd.
The national Bernama news agency quoted Kedah Chief Minister Syed
Razak Syed Zain as saying both sides were expected to seal the
agreement on Feb 28. Mr Syed Razak said government-run Kedah State Economic Development
Corp (SEDC) would buy Hicom, set up in the 1980s by the federal
government to spearhead Malaysia's move into heavy industries such as
car-making. "The acquisition of Hicom will help raise the image of the SEDC," he
said, but gave no other details. Kedah is the home state of Prime Minister Mahathir Mohamad.
DRB, the parent of Hicom Holdings, merged with Hicom Holdings, Gadek
Bhd and Gadek Capital Bhd through a share swap.
Analysts said the Kedah government could inject its technology park
operator Kulim Hi-Tech Park into Hicom Holdings, thus making it
Malaysia's first listed technology park operator.
DRB-Hicom is involved in hotel management, property development as
well as vehicle assembly and distribution.
DRB-Hicom last year relinquished its controlling stake in carmaker
Proton to national oil company Petronas.
DRB-Hicom shares closed up one sen at RM1.11 on Friday. They have
fallen 1.76 per cent this year against the broader market's 4.8 per
cent rise. Trade in shares of Hicom Holdings, Gadek and Gadek Capital has been
suspended since May 2000. -- Reuters http://harakah2.tripod.com/Dis/m4dis2000_5.shtml
Laporan audit: Kedudukan kewangan Kedah tidak stabil
Oleh Ismail Hashim ALOR SETAR, 4 Dis (Hrkh) - Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri kedah adalah
tidak stabil, lapor Ketua Audit Negara Malaysia, Dato' Dr Hadenan Abdul
Jalil dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Kedah Tahun 1999.
Menurutnya, aset kerajaan negeri berjumlah RM67.45 juta tidak mampu
menyelesaikan tanggungannya berjumlah RM244.33 juta.
Dato' Dr Hadenan melaporkan itu dalam intisari laporan penyata akaun
kerajaan negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 1999.
Laporan itu juga menyebutkan hutang kerajaan negeri dengan Kerajaan
Persekutuan pada akhir 1999 berjumlah RM1,261.45 juta (RM1.26 bilion)
meningkat sejumlah RM47.95 juta daripada 1998 berjumlah RM1,213.50 juta
sahaja. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Dun Kedah yang juga
Adun Anak Bukit, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dalam ucapan menjunjung kasih
atas titah Sultan Kedah merasmikan dewan 20 Disember lalu dan belanjawan
negeri 2001 oleh Menteri Besar. Menurut Dr Hadenan lagi, pemeriksaan audit mendapati pengurusan kewangan
di peringkat Perbendaharaan Negeri masih kurang memuaskan terutamanya dari
segi kawalan peruntukan, perbelajaan, akaun amanah, pengurusan akaun
pinjaman dan penyelengaraan buku tunai.
Di mukasurat 7 pula, laporan itu menyatakan kedudukan kewangan negeri pada
tahun 1999 bertambah lemah berbanding tahun 1998 di mana baki wang tunai
menurun sejumlah RM3.04 juta daripada RM33.02 juta pada 1998 menjadi
RM29.98 juta pada akhir 1999. "Dengan baki wang tunai itu, kerajaan negeri tidak dapat menampung
tanggungan berjumlah RM46.33 juta di dalam Akaun Kena Bayar yang perlu
dijelaskan segera pada awal 2000. Pada akhir 1999, hasil sebenar kerajaan
negeri sebanyak RM187.13 juta berbanding RM217.87 juta bagi 1998 iaitu
kekurangan sejumlah RM32.74 juta," tegas laporan itu.
Prestasi pelaburan kerajaan Kedah pula pada akhir 1999 berkurangan
sejumlah RM11.15 juta daripada RM48.61 juta menjadi RM37.46 juta.
Rumusan yang dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara adalah mutu penyediaan
Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Kedah 1999 masih lagi kurang memuaskan,
dua Kumpulan Wang Amanah dan Akaun Deposit tidak dapat disahkan serta Baki
beberapa akaun lain yang ditunjukkan dalam Penyata Akaun Awam tidak tepat.
Setakat ini, hutang Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan
Kerajaan Negeri pada akhir 1999 berjumlah RM214.38 juta kerana dua sebab
utama termasuk hartanah dan tapak industri yang siap tidak dapat dijual.
http://www.parti-pas.org/faq/hutang.htm
Kelantan tiada baki hutang tertunggak
KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan telah membayar sejumlah RM126 juta dalam masa lapan tahun
menjadikannya satu-satu kerajaan negeri yang tidak ada baki hutang tertunggak bermula sejak 1997 dan
jumlah hutang kerajaan berkurangan kepada RM622 juta.
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Husam Musa berkata, bayaran balik itu menunjukkan
kecekapan pengurusan kewangan kerajaan yang diterajui oleh PAS berbanding dengan negeri-negeri
lain. Husam berkata demikian berikutan kenyataan Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato'
Hishammuddin Hussein Selasa lepas bahawa kerajaan Kelantan tidak pandai mentadbir dan cadangan
Husam agar hutang negeri dilupuskan sebagai memalukan.
Sebelum ini, Husam mencadangkan agar Pengerusi Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah diberikan
tugas memujuk Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad melupuskan hutang kerajaan negeri
termasuk Kelantan untuk membolehkan kerajaan negeri menggunakan sumber kewangan mereka untuk
membangunkan negeri masing-masing. Husam berkata, rekod pengurusan kewangan Barisan Nasional di Kelantan tidaklah cemerlang,
lebih-lebih lagi apabila didapati sebahagian pinjaman kepada agensi-agensi kerajaan negeri tidak
mempunyai dokumen-dokumen lengkap. Husam juga mendedahkan Kelantan hanya mempunyai hutang sejumlah RM622 juta berbanding Selangor
(RM1.1 bilion), Terengganu (RM645 juta), Kedah (RM1.2 bilion).
Manakala bagi hutang tertunggak, Kedah mencatatkan jumlah tertinggi dengan RM81 juta, diikuti dengan
Selangor (RM61 juta), Sarawak (RM 47.99 juta) dan Terengganu (RM35.73 juta). |