Laman Webantu KM2A1: 3867 File Size: 25.8 Kb * |
TAG MT 48: Menggigit Kuasa Yang Menggugat (FEER) By Lorien Holland 27/2/2001 9:42 pm Tue |
TAG 048 [Bukan mudah untuk menggoncangkan Mahathir walaupun dari luar atau
dalam apatah lagi jika telatah si penyerang meragukan. Mahathir tidak
mahu dirinya dipersoalkan tetapi mahu sipengkritik pula dipersoalkan.
BBM hari ini sudah tidak mampu bergerak kerana sudah disekat tetapi
Umno sendiri sudahpun berkocak. Tiada tindakkan disiplin dikenakan
kepada ahli Umno kerana itu hanya akan meledakkan retak. BBM tersilap
kerana ia sepatutnya mengumpul puluhan ribu penyokong terlebih dahulu
barulah Mahathir akan tersentak. Sekadar menjentik Mahathir cuma tidak
akan menggoncangkan apa-apa, malah BBM sendiri yang terlingkup dulu jua.
Sepatutnya BBM kembali ke desa kerana di sana banyak melayu hilang dunia
mereka termasuk akar-umbi yang memangkah Umno sekian lama. Bukankah Kubang
Pasu itu sudah merakam sesuatu yang tidak tersangka?
- Editor] Menggigit Kuasa Yang Menggugat
(Shaking the Party Grip On Power)
Lorien Holland/ Kuala Lumpur Issue Cover dated March 1, 2001 "Apa yang telah terjadi membawa makna yang besar sekali," kata Mohamad Ezam Nor,
ketua pemuda Keadilan. "memang amat jarang untuk melihatkan orang-orang daripada
partinya yang keluar berhimpun beramai-ramai untuk mengganyangnya."
Memang jelas, Mahathir sudah merasakan dirinya tergugat. Satu ketika dulu, beberapa
teman-temannya dalam UMNO yang mengetuai kerajaan koalisi yang memerintah,
hampir-hampir berjaya menyingkirkannya pada 1987. Sebelas tahun kemudiannya, dia
telah dihantui protes jalanan, satu parti yang sudah berpecah belah dan cemohan
daripada dunia luar kerana tindakannya memecat Timbalan Perdana Menteri Anwar
Ibrahim. Dalam dua episod ini dia telah bertegas menentang mereka dan menang. Tetapi, keadaan
sudah berubah. Serangan yang menggigitnya yang sudah pun berusia 75 tahun itu, bukannya
datang daripada saingan fisikal. Yang lebih menekan ialah kemungkinan pihak
pembangkang mampu memecahkan benteng monopoli kuasa yang telah dipegang oleh kerajaan
yang sedang memerintah sejak 1957, dan memenangi pilihan raya umum pada 2004.
Mahathir sedang digigit oleh bisikan desas-desus yang bertiup bertali arus di
kalangan para pemimpin kanan parti bahawa dia sudah dihambat oleh pihak lawan
dan tidak lagi layak memegang kuasa untuk bertahan.
Hanya dua pemidato daripada jumlah sedozen yang berdiri di khalayak ramai yang
bercakap mengenai ugutan yang dicetuskan oleh masyarakat Cina. Pemidato yang lain
telah memilih untuk menghiburkan hati manusia yang berhimpun untuk terus mengutuk
dan mencemuh pucuk kempimpinann parti. Kebanyakan pemidato ini adalah bekas selebriti
UMNO ataupun pemimpin pencen yang telah dipinggirkan. Mereka bercakap mengenai
kepimpinan parti yang telah menyimpang daripada semangat perjuangan parti. Mereka
mahu Umno membasmikan rasuah dan kronisma. Mahathir telah menerima banyak kutukan
dan diminta membersihkan kabinetnya. Yang paling menonjol ialah cara kerajaan
membeli balik saham MAS daripada seorang korporat dengan harganya dua kali ganda
daripada harga pasaran. Inilah yang diserang bertubi-kali oleh pihak pembangkang
sedangkan kerajaan diam membisu mengenainya.
Apabila berakhir sahaja himpunan itu Ibrahim Ali masih bertegas bahwa usahanya itu
adalah untuk memperteguhkan kepimpinan parti dan bukannya untuk menyanggahnya. Dia
telah memberitahu REVIEW: "Kumpulan kami adalah laksana cili pedas. Rasanya pedas,
tetapi tanpanya makanan kita menjadi tawar. Pihak pembangkang sedang mengambil
peluang daripada keadaan tawar-hambar ini, kerana itu kami mah kerajaan bangkit
menyelesaikan perkara ini. Mereka mungkin mempunyai alasan (mengenai MAS) tetapi
alasan itu belum dijelaskan lagi dan kerana itu pembangkang masih lagi memperlekehkan
kerajaan". UMNO Yang Semakin Lumpuh Di satu kenyataannya selepas itu, Mahthir ada berkata betapa BBM telah mencetuskan
satu suasana seperti sebuah parti yang membangkang. "Saya memang tidak faham perkara
ini. Pada mulanya mereka berjumpa dengan saya, mereka kata mahu menganjurkan
perhimpunan ini untuk menyatukan orang Melayu," kata beliau.
Yang lebih penting lagi, himpunan itu tidak mampu menyatupadukan orang UMNO untuk
mendapatkan kembali sokongan yang hilang. Sebaliknya, Mahathir telah bertindak untuk
memeram BBM itu dengan menghentikan sokongan UMNO terhadapnya dan menentukan tidak
ada permit (polis) dibenarkan kepada mereka. BBM telah menerima jemputan untuk
mengadakan perhimpunan itu di 18 lokasi seluruh Malaysia dan telah merancangkan satu
ceramah jalanan untuk mendekati rakyat marhaen.
Ramai pemimpin UMO beranggapan bahawa tindakan Ibrahim Ali itu sengaja mengerohkan
suasana. "Kebanyakan isu yang mereka bangkitkan adalah perkara yang menghantui kami
juga. Apabila Ibrahim Ali mendedahkan perkara ini, ia menyulitkan usaha kami
menyelesaikannya. Ia akan menyulitkan kedudukan Ibrahim Ali juga," kata seorang veteran
UMNO. "Seolah-olah ada satu keadaan lumpuh sehinggakan tidak ada sesiapa yang berani bangun
dan memberitahu beliau (Mahathir) untuk mengundurkan diri kerana suara protes di
akar-umbi semakin kuat gemanya setiap hari," kata beliau lagi.
Berbeza dengan kegagalan UMO untuk bertindak, parti pembangkang yang selama ini tidak
pernah dapat termimpi memenangi pemilu sehinggalah Mahathir mengnyahkan Anwar, sedang
mara kehadapan dengan kuat dan hebat. Setakat ini, kemuncak kehebatan mereka berlaku
apabila mereka memenangi pilihanraya kecil DUN Lunas pada November lalu. Inilah kerusi
yang merupakan kubu kuat kerajaan sejak tercapainya kemerdekaan. Sejak BBM
menghenyak Mahathir dan masalah UMNO, pihak pembangkang telah melancarkan empat
perhimpunan rakyat mendesak agar Mahathir mundur. Satu perhimpunann itu telah
dilangsungkan di kawasan pilihanraya Mahathir pada Februari 14 yang disertai oleh
ribuan manusia. Polis pencegah rusuhan telah menggunakan gas dan air
(berasid-penterjemah) untuk melemahkan manusia yang berhimpun itu.
Namun demikian, mengikut sumber daripada UMNO sendiri, lebih setengah pengundi Melayu
telah pun berpindah ke khemah pembangkang. Daripada jumlah keseluruhan pengundi yang ada
40% pengundi India masih lagi bertahan dengan parti BN sedangkan pengundi cina
masih belum dapat ditentukan kesetiannya.
Terdapat 27% pengundi cina di kalangan penduduk negara ini. Kuasa mengundi mereka akan
menentukan nasib kerajaan yang sedang memerintah. Apatah lagi apabila kuasa undi
Melayu sudah berpecah-pecah. Mahathir tidak berusaha mendapatkan undi orang Cina kerana
kerap sangat memperlekehkan mereka. "Trik yang paling tua dalam buku tipu muslihat ialah menyerang orang Cina untuk
mendapatkan balik simpati orang Melayu. Tetapi, itu adalah trik lama dengan congak
politik yang usang," kata Kua Kia Soon, pengetua New Era College di Kuala Lumpur. Kua
pernah menjadi Ahli parlimen parti pembangkang.
Untuk terus memancing undi orang Melayu UMNO kini cuba memujuk PAS untuk berunding
mengenai 'Perpaduan Melayu' dan telah memainkan isu menawarkan jawatan kabinet kepada
PAS sekiranya ia menyertai Barisan Nasional. Tetapi, pihak pembangkang sedang
menentangnya sambil berjanji menghormati budaya cina dan menjanjikan pembikinann
banyak sekolah Cina lagi. "Kami nampak betapa sokongan akar umbi yang sudah bertukar,
tetapi kami tidak mampu membincangkan isu yang hangat ini tanpa menaikkan marahnya."
Demikiaan pendapat seorang veteran UMNO yang menyedari betapa UMNO sudah tersedak.
"Kalau kita telah lama berkuasa kita perlu mencari tenaga muda, tetapi sebarang usaha ke
arah ini akan dianggap sebagai menentang Mahathir."
Mahathir telah berkata dia tidak mahu bertanding lagi pada 2004. Tetapi masih ada
tiga tahun lagi dan dia masih lagi samar-samar dengan ketegasan untuk menyerahkan kuasa
yang ada padanya. Dalam satu pertemuan dengan para peniaga British dia telah menolak
berita angin mengenai persaraannya. Dia telah berkata bahawa ini masanya untuk
bertenang dan memberikan tumpuan kepada kemajuan negara.
Dari perhitungan rasmi, dia memang nyata mempunyai mandat yang jelas kerana parti
komponen BN menikmati dua pertiga majoriti dalam parlimen. Suasana perbalahan pucuk
pimipinan parti tidaklah setara dengan keadaan pada 1987 dulu di mana dia menang
pertandingan kepimpinann parti. Ada satu konsensus politik yang beranggapan bahawa
Mahathir mendapat sokongan penuh daripada tiga tokoh penting dalam parti: Timbalan
Perdana Menteri dan Calon Pengganti Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi, Menteri
Kewangan Tun Abdul Daim dan Menteri Pertahanan Najib Razak. Satu ketika dulu orang
menganggap Abdullah tidak mampu bertahan, rupanya bukan begitu pula.
Secara teori, perwakilan di persidangan tahunan UMNO boleh menaruh undi tidak percaya
kepada kepimpinan yang akan menghumbankan Mahathir dari pucuk pimpinan parti. Tetapi,
persidangan tahunan itu adalah satu lakonan sandiwara yang sungguh hebat sehinggakan
usaha undi tidak percaya itu tidak mungkin akan berjaya. Begitu juga dengan segala
himpunan dan protes jalanan seperti yang terdapat di Filipina dan Indonesia yang
mampu menggulingkan Joseph Estrada dan hampir juga menumbangkan Abdurrahman Wahid.
"Saya fikir keadaan sudah banyak berubah, rakyat marhaen akan sedia menunggukan
pemilu yang lagi satu," kata seorang veteran UMNO, sebagai satu amaran yang sudah
pasti mencuit perasaan takut di kalangan penyokong UMO.
"Waktu itu barulah PAS, Keadilan dan DAP (parti pembangkang Cina) akan membentuk satu
kerajaan baru di negara ini. Akan wujud seorang timbalan perdana menteri Cina. PAS
akan bersetuju menglaksanakan undang-undang Islam hanya di negeri yang ramai penduduk
Islamnya dan itu sahaja." Rencana Asal: Shaking the Party Grip on Power
A Malay rally unexpectedly turns on Umno; fears grow that paralysis
within the party leadership may even lead to its half-century of
political dominance ending with the next general election
By Lorien Holland/KUALA LUMPUR ACCUSING PRIME MINISTER Mahathir Mohamad of cronyism and
authoritarianism is the bread and butter of Malaysia's opposition
parties. But on February 4, it was card-carrying members of his own
ruling coalition who broke ranks to do that very same thing. Their
attack at a 3,000-strong rally in the heart of Kuala Lumpur made
politicians across the spectrum sit up sharply.
"What happened was very significant," says Mohamad Ezam Nor, head of
the youth wing of the opposition National Justice Party, known as
Keadilan in Malay. "It is very rare to see people from his own party
coming out against him." For sure, Mahathir has come under threat in the past. Senior
colleagues in the United Malays National Organization, which leads the
ruling coalition government, came close to ousting him in 1987. Eleven
years later, he faced street protests, a divided party and a barrage
of international criticism for his sacking of Deputy Prime Minister
Anwar Ibrahim. In both those cases, he fought back and won. But this time is
different. The threat to Mahathir, 75, is not from a physical rival,
but from a creeping fear that the opposition just might break the
ruling coalition's monopoly on power, held since 1957, and win the
next general election in 2004. He faces a snowballing of
whispers--spread in part by several senior Umno officials--saying he
is playing into the hands of the opposition and is no longer up to the
job. "Power has never been so challenged as it is now," says Patricia
Martinez, a senior research fellow on religion and culture at the
University of Malaya. "Umno has been used to having a population that
supports them. And now there are divergent voices, they appear to have
little idea where they are heading."
Ibrahim Ali, the organizer of the February 4 rally at the Putra World
Trade Centre in Kuala Lumpur, tapped into this groundswell of Umno
unease with his calls to defend the party and win back Malay voters
from an increasingly powerful opposition. Despite a reputation as a
rabble-rousing politician (who sided with Mahathir's challengers in
1987), Ibrahim won Mahathir's prior consent for the event--billed to
champion Malay rights under the umbrella of the newly-formed Malay
Action Front, or MAF. But only two of the dozen speakers took the established route to shore
up Malay support by focusing on the "threat" of the ethnic-Chinese
population. To the delight of the crowd and the horror of Mahathir's
supporters, other speakers--who were largely sidelined Umno
politicians--went straight for the jugular: Malay support was falling
off because Umno was out of touch. Umno had to listen to its
electorate and wipe out corruption and cronyism. Mahathir needed to
clean up his cabinet. In particular, the government's decision to buy
back a controlling share in Malaysia Airlines, or MAS, from a
politically connected businessman was criticized. The cost of the
buyback--over twice the current market price of MAS's shares--is an
opposition rallying cry, but the government has kept a stony silence
about the deal. After the rally, Ibrahim insisted his efforts were aimed at supporting
the party leadership, not undermining it. He told the REVIEW: "Our
group is like a chilli. We taste very hot, but without us food is
bland. The opposition is capitalizing on the blandness, so we want the
government to speak up and publicly address these issues. They may
have a good explanation [for deals like MAS], but they have yet to
give it and stop the opposition capitalizing on their silence."
But many analysts wondered whether a hidden agenda to weaken Mahathir
was starting to play out from inside his own party. "If the speeches
had been uttered at an opposition meeting, the speakers would have
found themselves charged with sedition and worse," said Harakah, the
newspaper of the Islamic Party, or Pas, which is the lead opposition
party. "What [MAF] aims to do is nothing as serious as what it did. It
openly challenged the legitimacy of Dr. Mahathir to remain in office."
Mahathir came to a similar conclusion. The 47-member Umno Supreme
Council spent two-and-a-half hours of a closed-door session on
February 10 criticizing the group. According to three members present,
no one spoke in favour of the MAF, even though Ibrahim claimed support
from more than 10 members of the council before the meeting.
UMNO'S PARALYSIS In later public comments, Mahathir said the MAF effectively created a
rival political party. "I really don't understand them because when
they saw me before, they said they want to hold this thing to foster
Malay unity," he said. More significantly, the bombshell of the rally failed to galvanize
Umno into an offensive to win back support. Instead, Mahathir resolved
to silence the MAF by cutting all Umno support for the group and
ensuring that permits for further public meetings were refused. Prior
to the Supreme Council meeting, the MAF had received invitations to
speak at 18 locations around Malaysia and planned a roadshow to reach
out to the electorate. But for mainstream Umno politicians, Ibrahim's foray to win back the
Malay vote only muddied the waters. "Many of the issues raised are
issues that we are also concerned with. But now that Ibrahim Ali has
had a go, it makes them even harder for us to address, as they get
discounted out of hand, along with Ibrahim Ali," says a senior Umno
member. "There is a feeling of paralysis that no one is brave enough to stand
up and tell him [Mahathir] that it is time to go because the voices of
protest from the grassroots are multiplying," he adds.
In contrast to Umno's failure to act, the opposition--which has never
come even close to winning a general election and appeared unlikely
ever to do so until Mahathir sacked Anwar--is powering ahead. Its high
point so far was a victory in the Lunas by-election in late November,
in a seat that had been a government stronghold since independence.
Since the MAF rally highlighted problems within Umno, the opposition
has held four rallies demanding Mahathir's resignation. One rally in
his own constituency on February 14 drew thousands of people. Riot
police used tear gas and water cannon to subdue the crowds.
Key issues affecting the swing away from Umno are the role of Islam, a
lack of government transparency and a positive discrimination policy
that is meant to aid Malays, but is widely perceived to help rich
Malay businessmen more than others. Mahathir contests charges of
cronyism and lack of transparency and warns that an increasingly
"Islamicized" state will widen divisions between Malaysia's three main
racial groups. However, according to Umno sources, well over half the all-important
ethnic-Malay vote appears to have already swung toward the opposition.
Of the remaining 40% of the electorate, ethnic Indians remain largely
loyal to the ruling coalition, but the Chinese vote is wavering.
As ethnic Chinese make up 27% of the population, their voting power
could make or break the government--given that the ethnic-Malay vote
is split between Umno and the opposition. But instead of wooing
Malaysian-Chinese, Mahathir has only alienated significant numbers by
floating the idea of a Chinese bogeyman in a bid to win back
disillusioned Malays. "The oldest trick in the book is to attack the Chinese to win the
Malay vote but it was a miscalculation that it would still work," says
Kua Kia Soong, principal of the New Era College near Kuala Lumpur and
a former opposition MP. Umno meanwhile is trying to recover the Malay vote by coaxing Pas into
"Malay Unity" talks and has raised the idea of Pas even joining the
ruling coalition. But the opposition is hitting back, luring Chinese
with promises of respecting Chinese culture and allowing more Chinese
schools. "We can see the ground is shifting, but we can't address most
of these issues without making him [Mahathir] angry," says a veteran
Malay politician who feels Umno has worked itself into a corner. "If
you stay in power too long, you have to rejuvenate yourself, but any
attempt to improve the party's standing is seen as a move against
Mahathir." Mahathir has stated he will not contest the election in 2004. But that
is three years away, and he remains determinedly vague over any
timetable to hand over power. At a recent meeting with British
businesspeople he discounted rumours of imminent retirement, saying it
was time to calm down "feelings and emotions" and get on with running
the country. On paper, he has an impressive mandate, with his coalition enjoying a
two-thirds majority in parliament. Factional fighting in Umno's
leadership is nowhere near the levels of 1987 when he narrowly won a
leadership contest. The political consensus is that the premier has
the full support of three key players: Deputy Prime Minister and
anointed successor Abdullah Ahmad Badawi, Finance Minister Daim
Zainuddin and Defence Minister Najib Razak. Abdullah, once thought
unable to survive post-Mahathir, has shown himself made of tougher
stuff. Mahathir said recently he believes the Umno coalition will win the
next election, albeit with a reduced majority. Still, the allegiance
of the Umno rank-and-file is unclear. There are no political opinion
polls in Malaysia and division elections in April, when Umno's
grassroots organizations elect delegates to the Umno general assembly,
are being watched cautiously by the leadership. According to an Umno
Supreme Council member, almost all incumbent division chiefs face
challengers, and the political leaning of the winners will show just
how accurate Ibrahim and others were in warning that Umno is losing
its grassroots support. Theoretically, delegates to the Umno general assembly could pass a
vote of no-confidence in the leadership and force Mahathir's
resignation. But the assembly is heavily choreographed, and such a
move seems unlikely. Also unlikely are street protests like those in
the Philippines and Indonesia that toppled Joseph Estrada and have
come close to doing the same to Abdurrahman Wahid.
"I think the tide has turned, but people will just sit it out and wait
for the next election," says the veteran Umno politician, delivering a
warning sure to send a shiver up the spines of Umno stalwarts. "Then
Pas, Keadilan and the DAP [Chinese opposition party] will form the
next government. The second deputy prime minister will be Chinese, Pas
will agree to implement Islamic law only in the Islamic states and
that will be that." http://www.feer.com/ |