Laman Webantu KM2A1: 3882 File Size: 16.2 Kb * |
TJ MT MGG: Peperangan Besar Dalam MCA By M.G.G. Pillai 2/3/2001 5:57 pm Fri |
MGG5301 [Kewibawaan MCA di bawah Ling begitu tercemar kerana ia gagal membela
nasib kaum yang diwakili mereka kerana Ling lebih berpaut kepada Mahathir
sebenarnya. Lim Ah Lek menonjol kerana Ling memang sudah tumpul dan itu
adalah citarasa akar-umbi MCA yang sudah meluat melihat karenah Ling.
Sudah pasti ada yang terkorban dalam peperangan ini dan MCA akan berkecai.
Masyarakat Cina akan mengalih sokongan mereka kepada BA kerana MCA asyik
mendiamkan diri dengan masalah kaum mereka. Lagipun krisis dalaman MCA
tidak akan menguntungkan masyarakat Cina selagi pemimpin MCA masih melutut
kepada Umno. Dengan Suqui menemui Umno, itu tanda taring MCA sudahpun tiada.
- Editor] (Chiaroscuro: Gun Fight At The MCA Corral)
Krisis ini tercetus ketika masyarakat Cina sedang bergolak untuk mengenal
pasti arah tuju masadepan mereka. Orang Cina memang semakin galak
mengalihkan sokongan mereka terhadap MCA seperti yang dilakukan oleh
orang Melayu terhadap UMNO. Ling semakin dipencilkan sebagai seorang
pemimpin Cina seperti mana Dr. Mahathir dipencilkan oleh orang Melayu.
Namun, Dr.Mahathir masih berupaya mempunyai pilihan lain untuk
memperbaiki keadaan, Ling tidak pula mempunyai kemudahan seperti itu.
Isu MCA sekarang ini adalah serupa sahaja dalam setiap krisis yang
dihadapinya sejak 1969 dulu. Ia adalah mengenai bagaimanakah dan bilakah
akan munculnya seorang pemimpin MCA yang baru. Sesiapa sahaja yang menjadi
presiden MCA selalunya akan mengenakan peraturan agar para pengikutnya
memberikan kesetiaan yang tidak berbelah-bagi kepadanya. Dia juga mempunyai
kuasa mutlak untuk menyingkirkan sesiapa sahaja daripada parti. Inilah
caranya mencengkam kuasa dalam parti. Apabila ahli-ahli parti naik muak
dengan kepimpinannya, cara untuk menghumbankannya ialah dengan mencetuskan
revolusi dalaman di kalangan kumpulan politik dalam parti.
Itulah yang berlaku kepada Tan Chen Lock ketika dia mahu diusir keluar
oleh Lim Chong Eu, tetapi beliau telah ditundukkan oleh anak lelaki Tan
bernama Tan Siew Sin. Penggantinya Lee San Choon telah mengambil alih
kuasa dalam satu krisis politik yang berakhir dengan penyingkiran beberapa
pemimpin muda yang mendesak dilakukan pembaruan dalam parti. Neo Yee
Pan telah menyingkirkan Lee San Choon. Tetapi dia pun terhumban beberapa
tahun kemudiannya oleh Tan Koon Swan. Ling Liong Sik telah menendang
Tan Koon Swan dan kini menunggu masa ditendang keluar pula oleh Lim Ah Lek.
Nampaknya, kewujudan MCA ialah untuk membolehkan beberapa pemimpin Cina
menjadi ahli kabinet kerajaan pusat ataupun ahli dewan undangan negeri
dan untuk mengisi beberapa jawatan empuk di seluruh negara. Masyarakat yang
sepatutnya mereka wakili sudah pun sengaja menukar haluan dalam sokongan
politik mereeka. Para pemimpin masyarakat telah mengalihkan haluan mereka
sehinggakan berlakunya pertembungan antara kuasa budaya dan kuasa politik
mereka. Apabila pemimpin politik dan pemimpin budaya berganding bahu dalam
suasana yang ceria, berkatnya dapat dinikmati oleh masyarakatnya. Apabila
pemimpin politik membuat pendirian bahawa mereka lebih selesa memihak
kepada kerajaan untuk kebaikan diri sendiri dan dengan tujuan memudahkan
usaha memperkayakan ahli-ahlinya, maka lunturlah perjuangan mereka itu.
Ciri-ciri ini tidak berlaku kepada MCA sahaja. Ia mudah berlaku kepada
semua parti lain dalam kerajaan dan akan berjangkit juga kepada
parti di pihak pembangkang.
Pergolakan untuk menjadi jagoan dalam MCA kini bertukar menjadi satu
peperangan. Ling tersilap congak akan sokongan yang diberikan kepada Lim.
Lim merupakan seorang ahli politik yang sebenarnya liat untuk cergas
dalam dunia politik. Tetapi dia ditonjolkan ke tengah pentas
sedangkan nalurinya sudah lama merintih untuk bersara. Sebagai pewaris
kepada satu dinasti Kapitan Cina di Pahang, beliau memang sudah lama
faham bahawa politik itu bukannya sesuatu yang boleh dipercayai
sepenuhnya. Beliau bukannya seorang yang mudah melepaskan tugas dan
tanggungjawabnya. Tetapi beliau juga bukannya seroang yang sanggup membisu
melihatkan orang atasan yang menyalahgunakan kuasa mereka.
Akhirnya dua orang yang lama berkawan kini menjadi musuh ketat dalam
politik. Seperti yang berlaku dalam UMNO dan MIC, presiden MCA
mensyaratkan hak kuasa sepenuhnya ke atas parti dan mengharapkan
kesetiaan yang padu kepada kuasanya. Perkara semacam itu hanya boleh laku
selagi dia disanjungi sebagai seorang pemimpin. Apabila aura kepimpinan
itu menghilang, dia mungkin mampu bertahan untuk seketika seperti yang
dinikmati oleh Ling. Namun segala rekahan yang terdapat kepada permukaan
sokongan yang palsu itu akan terserlah juga. Itulah yang terjadi akhirnya.
Lim memang telah lama mengelak ambisi menjadi presiden MCA. Dia lebih
mementingkan kelicinan perjalanan parti. Tetapi, unsur begitu memang
tidak disenangi oleh Ling kerana dia lebih seronok kalau dikelilingi oleh
para juak dan para kroni. Lagi lama dia memegang tampuk kuasa, lagi jauh
jaraknya daripada kebenaran akar umbi. Bermakna dia akan terus melekap
kepada ekor baju presiden UMNO. Pada tahun lalu tersiar berita krisis di antara Ling dengan Lim,
sehinggakan Ling bertindak melepaskan jawatannya sebagai seorang menteri
kabinet. Dia terpaksa menarik balik surat perletakan jawtan itu kerana
presiden UMNO dan juga perdana menteri menegahnya. Inilah yang secara
lahiriahnya membuatkan beliau menjadi seekor itik yang tempang. Dia
mungkin boleh berlagak seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,
tetapi tarikh pupusnya sudah lama berlalu.
Ling telah mengarahkan agar media tidak menyiarkan berita mengenainya.
Beliau telah berjaya mendapatkan sokongan beberapa negeri yang
menyebelahinya. Tetapi, langkah yang serupa mampu juga dilaksanakan oleh
Lim. Sejak itu terpasanglah kubu peperangan di antara mereka berdua.
Usaha untuk mencari kambing-hitam pun bermula. Cuma, pembekuan berita
mengenai krisis itu tidak dapat dipendam lama-lama.
Di waktu yang sama MCA telah semakin berenggang dengan para pengikutnya.
Kelemahannya menangani isu Suqui, projek Sekolah Wawasan, dan Sekolah
Cina di Damansara menjadi contoh penyebabnya. Malahan, MCA tersilap
langkah apabila mendesak agar jawatan ketua menteri Pulau Pinang
diserahkan kepada MCA sebaik sahaja keputusan pemilu ke-10 sudah
diumumkan. Permohonan itu tidak disenangi oleh UMNO.
Ling dan Lim telah bertemu untuk meredakan keadaan. Mereka gagal
kerana keadaan yang sudah lama teruknya. Kalau pun Ling menang dalam
pusingan ini, dia tidak boleh berpatah balik ke pangkal jalan. Kemenangan
itu hanya akan bersifat kejayaan selepas berlaku suatu kerugian yang besar
sahaja. Ia merupakan sesuatu yang tidak berbaloi dan dia mesti melepaskan
jawatan itu akhirnya. Jika tidak, segala remeh-temeh akan tercetus lagi di
dalam MCA. Soalan yang lebih besar sekarang ialah ke manakah hala tuju MCA itu?
Seorang analis ada mengatakan bahawa MCA sudah menghala ke kancah
kereputan. Yang mebuatkan kereputan itu semakin ketara ialah disebabkan
semua parti komponen Barisan Nasional memang menghadapi masalah yang
serupa. Apa yang berlaku kepada MCA memang sedang berlaku dalam UMNO. Walaupun
punca krisis dalam MCA tidak sehebat punca krisis dalam UMNO, ia tidak
juga memberikan kelegaan yang selesa. Punca krisis MCA itu akan
menghancurkannya, tidak kiralah apa yang akhirnya berlaku kepada UMNO.
Kalau dulu masyarakat Cina menguap besar dengan masalah MCA, kini mereka
sudah dijangkiti kuak yang beracun pula. Sikap masyarakat Cina yang tidak
mengendahkan krisis MCA tidak dapat membantu Ling dan para penyokongnya.
Tetapi, sikap yang serupa sedang ditganggungi juga oleh dua lagi parti
Cina: Gerakan dan juga DAP. Lim nampak segala perubahan ini dengan lebih jelas lagi berbanding orang
lain. Tetapi sesiapa juga yang akan menggantikan Ling perlu mengurangkan
kuasa presiden parti mereka. Jika ini tidak dilakukan dan seandainya
sokongan masyarakat Cina tidak diperolehi semula, besar kemungkinannya
peluang MCA mempunyai wakil mengisi kerusi pembangkang di parlimen dan
juga dewan undangan negeri akan menjadi satu impian sahaja. Itu sebabnya
MCA perlu berusaha mendapatkan sokongan masyarakat Cina semula, kalau
betul parti itu masih lagi mewakili mereka.
- MGG Pillai- Rencana Asal: 27 February 01 malaysiakini CHIAROSCURO MGG Pillai But the crisis comes amidst the Chinese community's
convulsions about its future. The Chinese cultural ground
deserts the MCA as surely as the Malay UMNO. Ling is as
isolated as a Chinese leader and Dr Mahathir the Malay.
But while Dr Mahathir has options left to heal the breach,
Ling has none. The issue, as in every MCA crisis since 1969, is how
and when the new MCA leader should emerge. Whoever is MCA
president demands and expects absolute loyalty, and is armed
with enough powers to remove any who disagrees. This is how
he entrenches his control over the party. So, when the
members are fed up of his presidency, he can only be removed
by an internal revolt from his cabal. That was how Tan Cheng Lock was forced out by Lim Chong
Eu who was outsmarted by Tan's son, Tan Siew Sin. His
successor, Lee San Choon, took office in a crisis which
dismissed several young party leaders demanding change.
Neo Yee Pan forced Lee San Choon out, only to be given the
coup de grace a few years later by Tan Koon Swan. Ling
Liong Sik booted out Tan Koon Swan and is now waiting to be
by Lim Ah Lek. The MCA, it seems, exists so that its leaders hold
cabinet and state executive positions in the federal and
state governments, and sinecures throughout the country.
The community it purports to represent moves away decidedly
and deliberately; its cultural leaders have found other
dependable leaders, causing an inevitable clash between the
two contradictory forces of culture and politics.
When political and cultural leaders work in harmony,
the community benefits. But when political leaders decide
that their best bet is to be in government, for their own
benefit and to bestow largesse to its members, the battle is
lost. Again, that happens not only in MCA, the other
parties in government and opposition are caught in the same
maelstrom. The power struggle in the MCA turned into a witch hunt.
Ling miscalculated Lee's support. Lee is a reluctant
politician, reluctantly brought to centre stage and
remaining in politics long after he had wanted to retire to
his business. An urbane scion of a Kapitan Cina family from Pahang,
he had a healthy distrust in the political process that kept
him sane and above the fray. He is not one to run away from
responsibility, but he is not one to keep quiet when those
above him abuse their position. So, the two friends became bitter political enemies.
Like in UMNO and MIC, the MCA president demands total
control of the party and expect total devotion. That works
only so long as he is adulated as a leader. When the aura
of that leadership disappears, he can stonewall it awhile,
as Ling did, but cracks in that superficial facade of
support would come soon enough. As it now has.
Lim eschews ambition to be MCA president. He wants a
more equitable running of the party. Ling does not want
that, preferring to surround himself with cronies and
acolytes. The longer he is in office, the more definitively
he is out of touch with the ground. And the more
determinedly he clings to the coattails of the UMNO
president. When Ling last year said he would resign from the
cabinet in the first publicised clash between him and Lee,
he withdrew it because the UMNO president and prime minister
forbade him to. That effectively made him a lame duck. He
could pretend nothing happened, but his days were numbered.
He ordered a news blackout. He got states loyal to him
to come out in enthusiastic support. But then, so did Lim.
The battle lines are drawn. The search for scapegoats
began. But the blackout could not hold.
Meanwhile, the MCA alienated the cultural ground even
further, mishandling the Suqui demands, the Vision school
project, the Chinese school issue in Damansara. And shot
itself in the foot to demand, after the November 1999
general election and against UMNO's wishes, that the chief
minister be from the MCA. Ling and Lim met to defuse the crisis. They could not.
The rot has set in. If Ling wins this round, he cannot
return to square one. It would be but a pyrrhic victory.
He must now step down. Or ensure even more travails for the
MCA. The bigger question is where MCA heads to now. The
party faces what one analyst calls "advanced internal
decay". What makes it all but terminal is that it happens
when the other parties in the National Front face similar
problems. What happens in the MCA mirrors what happens in UMNO.
The gridlock in MCA is not as serious in UMNO, but that is
no small comfort. The MCA gridlock will bring it down, no
matter what happens to UMNO. The big yawn in the Chinese community becomes
infectious. It does not care what happens to MCA. The
indifference does not help Ling and his supporters. But the
same indifference is noticeable in the other two
Chinese-based parties, its National Front partner, Gerakan
Rakyat Malaysia, and the Democratic Action Party in the
opposition. Lim sees this more clearly than the rest. But if
whoever succeeds Ling does not drastically prune the
president's powers and wean the Chinese cultural ground to
its fold, it would not even have the option of sitting on
the opposition benches of parliament and the state
assemblies. For that, they must first be a political party
with support from the community it is believed to represent.
|