Laman Webantu KM2A1: 3890 File Size: 3.0 Kb * |
Surat Palsu - Umno Buat Lapuran Polis By MSuri 3/3/2001 11:15 am Sat |
Ibu pejabat UMNO telah membuat lapuran polis berikutan tersebarnya
surat bertajuk: 'Keputusan Biro Politik MT Perpaduan Melayu' yang
dikatakan tidak dikeluarkan oleh parti.
Lapuran polis itu dibuat oleh Abu Khamis. s/u kewangan dan pentadbiran
Umno. Dalam lapuran polis itu Abu Khamis menyebut beliau mencetak surat
itu dari laman Tranung Kite dan mendapati tanda-tangan pada surat itu
adalah palsu. S/u Eksekutif UMNO, tAM (Datuk tengku Adnan Tengku Mansor) menyebut
ibu pejabat UMNO masih menerima pertanyaan mengenai surat bertarikh
11/2/2001 itu walaupun beliau menafikannya sejak 16/2/2001.
Laman web perlu semakin berhati-hati menyiarkan berita walaupun
ia nampak sahih dan tidak cacat di mana-mana. Kisah ini membayangkan
ahli UMNO begitu lembab mengikuti peredaran isu semasa dan mereka
mudah tertipu dengan sesuatu yang palsu jika mereka dapat diyakinkan
olehnya. Lagipun inilah cara Mahathir menipu mereka sekian lama.
Disinilah kelemahan ahli UMNO dan mungkin inilah punca BBM menukar
tema ucapan yang tidak disangka. Mahathir kini berdepan dengan tentangan
dari dalam yang tahu selok belok dan mentaliti ahli UMNO. Mereka sudah
semakin pandai mengorak langkah untuk menjatuhkannya. Mungkin inilah
kesan kerana Mahathir menghina pejuang lama UMNO dengan melantik orang
baru dalam kabinetnya. Dengan membuat lapuran polis nyatalah ini satu
kes yang amat serius yang boleh menggugat UMNO jika dibiar berleluasa.
Bagi kita UMNO sudah berpecah lebih dari tiga. Dan itu semua kerana
Mahathir memerintah dengan penindasan yang amat ketara. Sekarang dia
perlu mencari sumbernya tetapi kita percaya orangnya tentu pintar juga.
Kerana mereka belajar dari Mahathir juga......
http://www.bernama.com/bernama/general/ge2702_6.htm
Febuary 27 , 2001 15:21PM UMNO MAKES POLICE REPORT OVER DISTRIBUTION OF LETTER
KUALA LUMPUR, Feb 27 (Bernama) -- Umno headquarters has made a police
report over the distribution of a letter titled "MT Political Bureau
Decision on Malay Unity" purportedly issued by the party.
The report was lodged by Umno Malaysia Secretary of Finance and
Administration Abu Khamis at the Sentul Police Station at 1.15pm yesterday.
Abu Khamis in his report said he had made a "print-out" of the letter from
the Tranung Kite website and found that his signature had been forged and
the contents were also false as they were not written by him.
Speaking at a news conference at the Umno headquarters here, Umno Executive
Secretary Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor said Umno headquarters continued
to receive queries on the letter dated Feb 11, 2001 even after he had
denied on Feb 16 that the letter was from Umno.
-- BERNAMA |