Laman Webantu KM2A1: 3901 File Size: 19.8 Kb * |
TAG MT 52: Perisikan (FEER) By S. Jayasankaran 4/3/2001 8:54 pm Sun |
TAG 052 [Bukan sebarang panglima capek Amerika dipelawa menemui Mahathir.
Yang peliknya mengapa tentera dan bukan kementerian? Mengapa misalnya
tidak satu delegasi kehakiman dan hak kemanusiaan? Juga mengapa tidak
disebut menemui menteri pertahanan?. Ini semua petanda betapa Amerika
cukup sayang dan amat memerlukan Mahathir tidak bergoyang. Begitu juga
sebaliknya. Rakyat Korea memang pandai dan berani memprotes terang-terangan. Tetapi
rakyat Malaysia lebih banyak bersorak di pentas tetapi begitu lembab untuk
bertindak secara lebih menyerlah. Mungkin kita perlu mengirim wakil kaum
pekerja berkursus di Korea dan MP kita melawat Parlimen Taiwan.
Jika Tommy pandai menyembunyikan hartanya, dia tidak perlu marah kepada
bumi kerana menyembunyikan minyak pada dasarnya! Tuhan Maha Kaya, Dia
mengambil dan memberikan kekayaan kepada sesiapa sahaja dalam sekelip mata.
Peniaga Amerika memang memerlukan sokongan Cina kerana di situ banyak
pasaran yang masih terkunci buat mereka dam imej Cina yang dihormati semua.
Begitulah - kalau kita kuat kia menjadi tumpuan sesiapa sahaja... tanpa
perlu banyak berteori dan berbicara seperti diktator tua.
Soros atau Gates - sebenarnya mereka ini lebih kurang sahaja cuma
cara menjalar sedikit berbeda. Gates lebih dibenci oleh koporat Amerika
sendiri kerana berniaga secara monopoli dan menindas pesaing yang juga
rakyat Amerika sendiri. Pastinya Gates dijemput bukan kerana itu tetapi
untuk mencetus kesedaran IT agar rakyat Thailand berlumba-lumba untuk
menjadi gergasi hanya dengan menekan papan kekunci (keyboard).
Rahsia merahsia di Vietnam sungguh lucu sekali. Tetapi kerajaan masih
membuka pintu jika tidak minda rakyat akan terbelenggu juga. India pula
amat memerlukan keakraban Amerika kerana bimbang program musnah Bush
termasuk juga India. Singapura masih menjadi minat Amerika tidak kira
siapa presiden mereka. Kenapa agaknya selain berdagang sahaja?
- Editor] Penterjemah: -MT-
(Intelligence) Issue depan bertarikh Mac 8, 2001 Pegawai tinggi angkatan tentera Amerika Syarikat sedang berusaha
meredakan keadaan tegang hubungan Amerika dengan Malaysia.
Hubungan antara Washington-Kuala Lumpur berada dalam keadaan
dingin apabila Perdana Menteri Mahathir Mohamed menyingkirkan
timbalannya Anwar Ibrahim pada 1998 dengan tohmahan korupsi dan
kelakuan sumbang. Anwar kini dipenjarakan selama 15 tahun setelah
didapati bersalah (oleh mahkamah kera - penterjemah). Admiral
Dennis Blair, ketua utama angkatan tentera Amerika di Rantau
Pasifik telah membuat lawatan pada bulan Januari dan dipelawa
untuk bertemu Mahathir. Inilah pertama-kalinya komander angkatan
armada Pasifik bertemu dengan perdana menteri Malaysia. Lawatan
itu akan disusuli oleh Jeneral Richard Myers, timbalan pengerusi
U.S Joint Chiefs of Staff. Mengikut pendapat beberapa orang
diplomat Asean, Jeneral Eric Shinseki, ketua utama angkatan
tentera Amerika, dijangka tiba di akhir tahun ini untuk menyertai
satu seminar yang akan dihadiri oleh semua ketua tentera Asia dan
Pasifik. Pekerja Uzbekistan telah menjadi pilihan syarikat multinasional
yang mahu mempercepatkan kerja-kerja pembinaan dua janakuasa
elektrik di Korea Utara. Mereka akan menggantikan pekerja
tempatan yang berbalah mengenai gaji mereka hingga Pyongyang
turut menuduh syarikat multinasional sengaja mahu melengahkan
kerja-kerja mereka. Penganalis barat berpendapat, tindakan
syarikat multinasional adalah cara mereka membalas helah
Pyongyang. Oleh kerana Pyongyang memang ghairah mahukan matawang
asing, tindakan itu tentunya terpaksa diterima dengan memeram
rasa. KEPCO, Korean Peninsular Energy Development Organisation,
telah mendapatkan 250 pekerja Uzbek itu untuk memulakan tugas
merekapada awal Mac. Demikian kenyataan seorang jurucakap kepada
konsortium yang dianggotai oleh syarikat Jepun, Korea Selatan dan
Amerika Syarikat. Namun, pegawai itu masih sangsi apakah pekerja
tersebut dibenarkan memasuki Korea Selatan. Pembinaan itu
dilaksanakan di bawah satu perjanjian yang ditandatangani pada
1994 di antara Washington dan Korea Selatan, di mana Pyongyang
bersetuju membekukan rancangan nuklear dengan bersetuju membina
dua reaktor yang menggunakan konsep 'light-water'. Korea Utrara
telah membekalkan 200 pekerja tetapi separuh daripadanya telah
diundurkan awal tahun lalu kerana mahukan kenaikan gaji
sebanyak lima kali ganda daripada pendapatan bulanan mereka
sebanyak $110 dollar. Kesian Tommy Suharto! Walaupun hanya satu telaga ujian yang sudah
digerudi, masyarakat industri petroleum percaya ExxonMobil
semakin hampir menjumpai satu telaga minyak yang baru di blok
konsessi Jawa Timur yang satu ketika dulu dipunyai oleh anak Pak
Harto yang kini masih menjadi orang buruan. Ada laporan
mengatakan bahawa kawasan baru itu mungkin mempunyai kemampuan
membekalkan 1 bilion tong minyak. Namun ia masih bersifat satu
spekulasi. Kalau benar, ia akan merupakan telaga terkaya di
wilayah pulau yang sungguh padat penduduknya. Kumpulan Humpuss
yang dikuasai oleh Tommy telah membelanjakan $28 juta
mencarigali bekalan minyak itu sekitar kawasan 1,670 kilometre
persegi di blok Cepu, selepas memilikki hak kerja pada 1990.
Namun, ia tidak mempunyai teknologi menggerudi dalam-dalam di
kawasan yang pernah mengeluarkan minyak tahap permukaan sejak
1920-an lagi. Ada satu petanda yang menjanjikan sesuatu yang
meyakinkan: sumber dalaman menyatakan ExxonMobil sedang
merancang membina satu paip bekalan sepanjang 60 kilometer
daripda Cepu kepada Tuban di pantai Jawa Utara. Kawasan minyak
terbesar yang pernah dijumpai oleh Indonesia sejak tahun
kebelakangan ini hanya terdapat di kepulauan Borneo.
Dewan Perniagaan Amerika Syarikat memang ghairah mahukan China
menyertai WTO (World Trade Organisation - Pertubuhan Perdagangan
Sedunia) secepat yang boleh kerana takutkan sebarang kelewatan
akan menjejaskan pertubuhan itu. Dewan itu mengharapkan
persidangan APEC di Shanghai pada Oktober ini, akan memberi ruang
untuk mempercepatkan perundingan. Kesannya dijangka dapat
menceriakan puncak WTO yang dijadualkan bulan November. Tetapi,
sebagai tuanrumah persidangan APEC itu, China belum lagi menjadi
anggota WTO, adalah tidak mungkin APEC akan mencadangkan satu
pusingan perundingan yang baru ataupun menjadikan isu itu
sebagai salah satu agenda mereka. Satu delegasi dewan Amerika itu
telah melawat Beijing pada Februari dan membangkitkan isu ini. Ia
diberitahu mengenai keperluan China dalam meneruskan subsidi
pertaniannya - inilah isu utama yang menyekat kemasukan China ke
dalam WTO Thaksin Shinawatra mahukan hartawan Microsoft, Pengerusi Bill
Gates melawat Thailand dan memberikan ucapan mengenai teknologi
maklumkat (IT) pada akhir tahun ini. Wakil kepada perdana
menteri yang terbaru ini akan menyerahkan kad jemputan itu pada
persidangan Microsoft di Seattle pada awal Mac, demikian
kenyataan para penasihat kanan beliau. Pelawaan itu muncul sebaik
sahaja berlaku pembatalan lawatan peribadi hartawan kewangan
George Soros pada Januari lalu, kesan tunjuk perasaan oleh aktivis
anti-globalisasi yang mengugut untuk mencemarkan lawatannya.
Lagipun pasukan keselamatan Thailand tidak dapat memberikan
jaminan akan keselamatannya itu. Usaha perdana menteri itu
bertujuan meredakan suasana retorik yang dilakukannya ketika
berkempen dalam pilihanraya yang baru sahaja selesai. Kemunculan
Gates difikirkan dapat menaikkan janji Thaksin untuk merapatkan
jurang perbezaan yang terdapat di Thailand disebabkan kemajuan
dunia digital. Seorang penasihat kerajaan telah berkata Thaksin
menjemput Gates untuk berucap mengenai teknologi maklumat dalam
sistem pemerintahan yang dapat dilaksanakan secara murah dan
termampu. Menepati pembangunan era internet, Vietnam sedang melakukan
pelbagai tindakan untuk menyekat aliran rahsia dan maklumat
sensitif melalui elektronik. Artikel 15 dalam perundangan baru
Vietnam mengenai rahsia negara, telah diterbitkan pada
pertengahan Februari yang memberi ingatan 'sebarang rahsia negara
yang disalurkan melalui peralatan telekomunikasi dan komputer
hendaklah dibuat dalam bentuk kod mengikut peraturan dan
menepati perundangan yang disediakan.' Ordinans terbaru ini
menggantikan peraturan 1991, tetapi masih gagal menyekat pihak
tertentu di Vietnam mengirimkan faks dan emel yang
panjang-panjang. Sekaligus ia mencetuskan tandatanya rakyat
marhaen mengenai definisi longgar rahsia kerajaan, yang termasuk
setiap statistik ekonomi ataupun perkara menyangkuti parti
komunis yang tidak dilapurkan oleh media massa kerajaan. Pada
Februari 27, seorang pegawai kementerian keselamatan awam telah
mengaku betapa adanya pegawai kerajaan yang sengaja meletakkan
cop 'rahsia' ke atas artikel akhbar asing yang alihbahasakan
kepada bahasa tempatan. Berapa ramaikah rakyat Vietnam yang telah
didakwa kerana melanggar peraturan rahsia ini? Mengikut Mahkamah
Tinggi Vietnam, jawapan kepada soalan itu adalah satu rahsia
juga. India telah memilih seorang diplomat yang paling berpengalaman
untuk menjadi dutanya terbaru di Amerika Syarikat. Lalit Mansingh
akan bertolak ke Washington pada April ini untuk menggantikan
Naresh Chandra yang telah dibayangi oleh hubungan dingin dengan
Amerika hasil kejayaan India menguji bom nuklear pada 1998.
Dengan adanya usaha merapatkan hubungan ekonomi kerajaan Bush
dengan New Delhi, Mansingh dijangka mempunyai masa yang lebih
selesa. Beliau yang kini menjadi setiuausaha luar negara, telah
berkhidmat di Washington sebagai timbalan ketua kedutaan pada
1989-92. Bapa Bush menjadi presiden ketika itu dan Mansingh
memang mempunyai ramai kenalan di kalangan pegawai tinggi
Republikan. Harapan Singapura untuk melaksanakan satu perjanjian dagangan
bebas dengan Amerika Syarikat nampaknya terbantut juga disebabkan
berakhirnya tempoh kuasa pentadbiran Bill Clinton pada Januari
lalu. Pasukan perdagangan bekas presiden itu telah berusaha
sedaya upaya untuk melaksanakan tugas itu tetapi terpaksa
membantutkannya apabila diseranah oleh ahli Republikan yang
menuduh proses yang sengaja dibuat terburu-buru. Ramai pemerhati
yang beranggapan perjanjian itu akan terbengkalai sambil
menunggukan pasukan pilihan Presiden George W. Bush merangka satu
strategi baru bagi urusan yang serupa. Sebaliknya, mengikut para
diplomat Asian, wakil perdagangan terbaru Amerika Syarikat
Robert Zoellick telah berjanji kepada Singapura bahawa
perundingan baru akan disambung semula sebaik sahaja Menteri
Perdagangan dan Industri Singapura George Yeo melawat Washington.
Singapura sedang merundingkan perjanjian yang serupa dengan
hampir semua rakan perdagangan terbesar di dunia.
Sumber: FEER - The Far Eastern Economic Review
http://www.feer.com/_0103_08/p008intell.html
Rencana Asal: INTELLIGENCE Issue cover-dated March 8, 2001 U.S. Brass Help Heal Malaysia Ties
Top U.S. military brass seem to be spearheading a thaw in
relations with Malaysia. Washington's relations with Kuala Lumpur
entered a chilly spell after Prime Minister Mahathir Mohamad in
1998 fired his former deputy, Anwar Ibrahim, on suspicion of
corruption and s###my. Anwar is now serving a total of 15 years
in jail after conviction on those charges. In January, Adm.
Dennis Blair, the commander-in-chief of U.S. Pacific forces,
visited Kuala Lumpur and was invited to meet Mahathir. The
meeting is believed to be the first between the premier and a
U.S. Pacific commander. Blair's call will be followed shortly by
a visit to Malaysia by Gen. Richard Myers, the vice-chairman of
the U.S. Joint Chiefs of Staff, according to Southeast Asian
diplomats. Gen. Eric Shinseki, the U.S. army chief of staff, is
expected to arrive later in the year for a seminar that will be
attended by army chiefs from Asia and the Pacific.
A multinational consortium has hired workers from Uzbekistan in a
bid to speed up construction of two power plants in North Korea.
The workers will ostensibly replace local labourers withdrawn in
a row over pay by Pyongyang, which also accuses the consortium of
delaying completion of the project. A Western analyst reckons the
move may be aimed at calling the North's bluff, but adds that
Pyongyang, which is desperate for foreign currency, will likely
take a dim view of the move. The Korean Peninsula Energy
Development Organization, through South Korean power company
KEPCO, hired the 250 Uzbeks in mid-February and wants them to
start work on the project in March, says an official from the
consortium led by Japan, South Korea and the United States. But
the official says he doesn't know if the workers will be allowed
into North Korea. The construction is being carried out under a
1994 agreement between Washington and North Korea, by which
Pyongyang agreed to freeze its nuclear programme in exchange for
two light-water reactors. North Korea supplied 200 workers but
withdraw half of them early last year because it wanted a
five-fold hike in their monthly wage of $110.
Eat your heart out, Tommy Suharto! Although it has drilled only
one test well, those in the oil industry believe ExxonMobil is on
the brink of a major oil find in an East Java concession block
once owned by the fugitive son of former President Suharto. A
company spokesman says reports that the discovery could be as
much as 1 billion barrels is "all speculation," but if proven it
would be the largest oilfield found on Indonesia's most populous
island. Tommy's Humpuss group spent $28 million exploring the
1,670 square kilometre Cepu block after acquiring it in 1990. But
it didn't have the technology to drill deeper into a field that
has been producing surface oil since the 1920s. One sign that
things look promising: Industry insiders say ExxonMobil is
contemplating the construction of a 60-kilometre pipeline from
Cepu to Tuban on the north Java coast. The only other major oil
discovery in Indonesia in recent years has been on the island of
Borneo. The U.S. Chamber of Commerce is keen to see China in the World
Trade Organization as soon as possible, fearing last-minute
delays to its entry could have a negative impact for the trade
body. The chamber hopes this year's Asia-Pacific Economic
Cooperation forum summit, to be held in Shanghai in October, will
push for a new round of WTO trade-opening talks. This could help
set a positive tone going into the planned WTO summit in
November. But if China, as the Apec host, is not a member of the
WTO, it's unlikely Apec will push for new trade-opening talks or
place the issue on the agenda. A chamber delegation visited
Beijing in February and raised its concerns. It got an earful
about China's need to continue agricultural subsidies--the main
issue blocking its WTO entry. Thaksin Shinawatra wants billionaire Microsoft Chairman Bill
Gates to visit Thailand and give a speech on information
technology later this year. Representatives of the new Thai
premier will hand over the formal invitation at a Microsoft
conference in Seattle in early March, his senior advisers say.
The invitation comes in the wake of the abrupt cancellation of a
private visit by controversial financier George Soros in January
after anti-globalization activists threatened to disrupt his
itinerary and security forces claimed they could not guarantee
his safety. After Thaksin's brazen populist election campaign,
replete with anti-foreigner rhetoric and policy promises, the
telecoms tycoon is keen to burnish his government's
internationalist credentials. An appearance by Gates would also
give a high-profile boost to Thaksin's pledge to bridge
Thailand's growing digital divide. An adviser says the Thaksin
invitation will ask Gates to speak on employing information
technology in government and, considering increasing fiscal
constraints, how to do it on the cheap.
Keeping up with the Internet age, Vietnam is moving to clamp down
on sensitive information sent electronically. Analysts point to
Article 15 of Vietnam's new ordinance on state secrets, published
in mid-February, that warns "any substance of state secrets which
is sent via telecommunication equipment and computers must be
coded according to the laws and regulations on importance." The
new ordinance, replacing its 1991 predecessor, hasn't stopped
Vietnamese dissidents from bombarding readers with lengthy faxes
and e-mails. But it has sparked public queries over the broad
definition of state secrets, which include virtually any economic
statistic or Communist Party matter not reported by the
state-controlled media. On February 27, a Ministry of Public
Security official admitted to the Labour newspaper that some
government receptionists are even stamping "secret" on Vietnamese
translations of foreign newspaper articles. How many Vietnamese
have been prosecuted under the state-secrets ordinance? That's a
secret, according to Vietnam's Supreme Court.
India has picked its most senior career diplomat as the country's
next ambassador to the United States, a colleague says. Lalit
Mansingh will travel to Washington in April to replace Naresh
Chandra, whose tenure was marked by a chill in relations
following India's nuclear-weapons tests in 1998. With the
administration of President George W. Bush shifting its focus to
closer economic ties with New Delhi, Mansingh may well have an
easier time. Mansingh, currently foreign secretary, served in
Washington as deputy chief of the Indian mission in 1989-92.
Bush's father was president at the time and Mansingh knows many
of the top Republicans. Singapore's hopes for speedy conclusion of a free-trade agreement
with the United States seemed to have expired with the end of
Bill Clinton's administration in January. The former president's
trade team raced to wrap up the pact in its final days, but
pulled up short in the face of Republican criticism that the
process was overhasty. Most observers assumed the agreement would
languish while President George W. Bush's team worked out its own
template for bilateral trade pacts. Instead, Asian diplomats say
new U.S. Trade Representative Robert Zoellick has promised
Singapore that talks can resume in April--shortly after Singapore
Trade and Industry Minister George Yeo visits Washington.
Singapore is negotiating similar pacts with most of its top trade
partners. |