Laman Webantu KM2A1: 3919 File Size: 23.4 Kb * |
TJ MT MGG: Tugu Buddhas di Bamiyan dan Taliban By M.G.G. Pillai 8/3/2001 4:29 am Thu |
MGG5501 [Dunia begitu mudah melenting kepada Taliban yang memusnahkan patung Buddha
tetapi memandang enteng kemusnahan bumi Afghan dan masalah kebuluran akibat
peperangan yang dimainkan oleh kuasa luar. Dunia bersikap seolah-olah nyawa
beberapa patung lebih berharga dari nyawa beribu-ribu manusia. Padahal banyak
negara lain melakukan kemusnahan yang serupa dan lebih teruk dari itu tetapi
didiamkan sahaja. Apa yang dilakukan oleh Taliban tidak seberapa berbanding keganasan Amerika,
Rusia, Israel, Serbia dan lain-lainnya yang lebih teruk melakukan kemusnahan
bukan sahaja harta malah nyawa yang tidak berdosa. Malah PBB sendiri
bertanggungjawab membiarkan rakyat Afghan dan Iraq teraniaya dengan
memulaukan mereka. Begitu juga dengan sikap negara Islam yang lainnya.
Kita mahu Taliban bersikap toleran tetapi kita sendiri tidak ambil pusing
nasib rakyat mereka. Malah lebih terikut-ikut dengan suara raksaksa yang
mempolisi dunia. Padan muka?? (The Bamiyan Buddhas and The Taliban) Chiaroscuro Malaysiakini Mach 5, 2001
Menteri Penerangan dan Kebudayaan Afghan Mawlawi Qudratullah Jamal, telah
memberikan arahan agar semua bentuk budaya pra Islam dimusnahkan dalam masa
empat hari; termasuk beberapa tugu tegak Buddha yang berusia lebih 2,000
tahun. Sehingga kini, (di waktu anda membaca tulisan ini) besar kemungkinannya semua
tugu dan patung itu sudah musnah samasekali. Beberapa artifak pameran di Muzium
Kabul yang merupakan khazanah sejarah negara yang unggul mungkin sudah hancur
menjadi debu. Apa sebabnya puak Taliban melakukan satu kerja yang sungguh tidak
berperi-kemanusiaan ini? Kuasa yang dirangkul oleh Taliban itu adalah kesan daripada sokongan kuasa
barat yang mencabar penaklukan Soviet keatas negara itu. Negara barat,
terutama sekali Amerika Syarikat telah membekalkan kelengkapan perang kepada
hanya satu kumpulan pencabar yang mampu mengnyahkan Soviet Union -- itulah dia
heiraki angkatan Islam yang mencetuskan satu kebangkitan bersenjata yang berakhir
dengan kejayaan juga. Setiap revolusi akan menelan para pemimpinnya, dan revolusi pergerakan Islam di
Afghanistan tidak berkecuali dengan fenomena ini. Apa yang dimulakan oleh
kebangkitan pelajar menjadi satu angkatan bersenjata yang bergelar Taliban dan
kini bejaya merangkul kuasa. Sebaik sahaja mereka merangkul kuasa itu, Afghanistan pun dipulaukan. Pentadbiran
Taliban dianggap seperti masyarakat kusta oleh masyarakat sejagat. Mereka
dianggap tidak setaraf dengan tamadun dunia yang dipelopori oleh Amerika Syarikat
dan United Kingdom, yang beranggapan hanya mereka yang mempunyai kuasa untuk
menggugurkan bom ke atas bumi Iraq dan memusnahkan warisan sejarahnya.
Sepatutnya, semua ini harus dijadikan sandaran kalau mahu menilai sikap Taliban
menghancurkan tugu warisan sejarah mereka. Apa yang dilakukan oleh Taliban itu
tidak banyak bezanya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Mesir 30 tahun
dulu ketika menenggelamkan pelbagai monumen sejarahnya dalam pembikinan Ampangan
Aswan. Kaherah mempertahankan tindakannya itu dengan betegas betapa zaman silam
tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kehidupan zaman yang mendatang.
Ketika itu Perang Dingin sedang memuncak dan Soviet Union telah bertindak
membina ampangan itu sementara dunia barat terus mencemohnya.
Di Afghanistan kini, lebih satu juta kanak-kanak, bersamaan seorang bagi setiap
enam orang rakyat Afghan; sedang dihantui kebuluran. Inilah taksiran laporan
Barat. Seluruh dunia memandang sepi akan fenomena ini. Apa juga bantuan yang
termampu menjenguk fenomena itu kerana terhalang oleh masalah geopolitik. Banyak
agensi kemanusian sejagat yang telah mengeluarkan isyarat itu tetapi semua itu
diperlekehkan sahaja. Rupa-rupanya tugu dan patung-patung itu semua adalah lebih
penting daripada keadaan anak-anak yang kebuluran dan menderita.
Taliban mahu mengembalikan sejarah silam Afghanistan untuk membina sejarah baru
negara. Itulah yang dilaksanakan oleh Khmer Rouge di Kambodia setelah berjaya
mengalahkan regim Presiden Lon Nol pada 1975 dulu yang disokong kuat oleh
Amerika Syarikat. Seluruh dunia hanya membiarkan segala tindakan mengganas, dan
segala pemusnahan berterusan sedangkan seluruh dunia tidak mampu menghalangnya.
Itulah juga sikap mereka terhadap Kabul. Tidak ada sebarang usaha yang dipelopori
oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun institusi sejagat yang lain untuk
meredakan kehancuran itu ataupun mengurangkan kebinasaan yang dilancarkan. Sebuah
museum di Amerika memang bersedia menunggu untuk membeli segala artifak
sebagai langkah mencegah pemusnahan itu.
Mungkin difikirkan ada gunanya mengekang Taliban itu dengan menyedarkan mereka
yang telah melanggari norma 'tamadddun'. Kumpulan Taliban terlalu taksub kepada kod
etika hidup warisan kabilahnya sehingga sanggup berdegil dengan melindungi
Osama Ben Laden. Samada beliau sudah dicop sebagai virus fundamentalis yang
paling berbahaya di dunia tidak menjadi satu isu kepada kumpulan Taliban. Puak
Taliban sanggup melindunginya dan begitu juga sikap Osama terhadap mereka, tidak
kiralah berapa pula ganjarannya. Sikap ini dianggap songsang oleh seluruh dunia
sejagat. Tetapi puak Taliban hanya sibuk dengan dunianya sahaja.
Kini, seluruh dunia menjadi gempar kerana sikap Taliban yang sengaja memusnahkan
tugu-tugu Buddha, terutama sekali yang tegak berdiri di Bamiyan, sedangkan dunia
yang sama juga yang pernah membisu melihatkan sikap keganasan Khmer Rouge di
Kambodia dulu ataupun kebinatangan askar tentera Belgian di Kongo di awal abad
yang lalu. Negara Arab dan juga Islam tidak pula bertindak seperti gelagat mereka
ketika sebuah masjid yang berusia 400 tahun di Babri, Ayodhya India dimusnahkan
oleh golongan nasionalis Hindu. Namun dunia masih berminat dengan tugu-tugu di
Bamiyan itu sambil membiarkan anak-anak di Afghanistan terus kelaparan untuk
menujui akhir hayat mereka. Di Malaysia, kerajaan memang marah dengan pemusnahan itu, tetapi tidak pula kepada
keadaan anak-anak yang kelaparan, sambil memendam pendapatnya. Lagipun Malaysia
adalah laksana kumpulan Taliban di Afghanistan itu, yang mempunyai masalah yang
sama dengan sejarah pra-Islam, dan kerap bersedia menafikannya samada secara rasmi
ataupun sebaliknya. Parlimen India turut mengutuk kumpulan Taliban sambil
menawarkan khidmat untukk memelihara tugu-tugu itu. Bagaimanakah caranya melakukan
perkhidmatan itu tanpa menjejaskan kedaulatan Afghanistan tidak pula
dijelaskannya. Islam dan juga apa juga agama yang lain, memperteguhkan anggapan duniawinya
dengan sejarah pra-islam yang diharunginya. Mesir menjadi satu negara yang kaya
raya kerana kewujudan pyramid dan juga struktur yang lain yang dibina beribu
tahun yang lalu, sebelum munculnya agama Kristian di situ. Iran, Iraq, Jordan,
Syria, Lebanon dan beberapa negara lain di Asia Barat adalah negara Islam yang
mempunyai hubungan sejarah yang hebat dengan tamaddun pra-Islam.
Di sinilah wujudnya peranan geopolitik. Negara-negara yang tidak mematuhi hukum alam
yang diaturkan itu memang mudah disisihkan. Negara itu dikira tidak wujud lagi,
dalam apa bentuk pun, seolah-olah ada satu kuasa pengkhukum yang menentukan negara
itu tidak berhak hidup seragam dengan dunia yang bertamaddun.
Puak Taliban mahu keluar daripada acuan itu semuanya. Cuma selepas memusnahkan
segala lambang kepalsuan yang menjadikan negara itu sebagai penampan dalam satu
permainan politik di antara Great Britan dan Russia pada abad ke-19 hingga
ke-20; dan pada abad ke-20 di antara Russia dengan Amerika Syarikat. Penaklukan
British keatas India adalah satu taktik untuk menyekat perkembangan kuasa Russia
dalam bidang penjajahan dan juga perdagangan. Di sebalik segala mainan poltik
inilah Taliban telah melancarkan satu percaturan politik yang menarik minat
seluruh dunia dengan cara pemusnahan tugu dan patung purba.
Orang Afghan merupakan satu bangsa yang megah dan bangga kerana berjaya bangkit
daripada musibah Percaturan Besar Dunia dan juga Perang Dingin yang sudah pun
reda. Kelompongan kuasa yang ditinggalkan telah mencetuskan satu pertelingkahan di
antara kumpulan tuantanah Pathan dengan kumpulan marhaen yang satu ketika dulu
merupakan kumpulan tukang kebun dan tukang masak.
Menerusi Taliban itulah kumpulan Pathan cuba menonjolkan kuasanya semula. Pakistan
memang berhati-hati dengan mengirimkan para dutanya yang berkhidmat di Afghanistan
itu adalah daripada kaum Pathan dan juga mereka yang dianggap daripada puak yang
disenangi ataupun ada pertalian darah dengan kumpulan diraja yang telah dibuang
dulu. Kebebasan yang diberikan kepada Taliban untuk bertindak sesuka hati itu adalah
satu gambaran betapa PBB tidak mampu melaksanakan kuasanya untuk membetulkan dunia
mengikut kehendak Washington. Amerika mahukan pemerintahan sesabuah negara itu
mengikut rentak gendang yang dipalunya. Dunia masih bangga betapa beberapa
penglima perang Serbia dapat dihadapkan kepada Mahkamah Dunia untuk dibicarakan.
Fenomena gelagat inilah yang menjadi ragam mainan dalam ura-ura memusnahkan
tugu purba itu. PBB tidak mampu melakukan sesuatu untuk menghalangnya seperti juga
ia tidak mampu melakukan sesuatu untuk menghentikan pembunuhan longgokan di
Yogoslavia dulu. Amerika Syarikat tidak boleh bertindak, tidak juga Masyarakat
Persatuan Eropah. Russia tidak akan membantu. Setelah tertipu sekali dulu, ia
tidak mahu tertipu sekali lagi.
Puak Taliban sedang menyakat dunia Barat dan Barat tidak mampu melakukan sesuatu.
Lagipun dalam acahan kali ini, bukannya patung purba warisan Judah-Kristian yang
akan menjadi mangsa. Tempat itu bukan mudah dimusnahkan sewenangnya tanpa
melibatkan nyawa orang Amerika tergadai sama.
-MGG Pillai- Rencana Asal: CHIAROSCURO MGG Pillai The Bamiyan Buddhas And The Taliban
The Afghan information and culture minister, Mawlawi
Qudratullah Jamal, has ordered that all pre-Islamic cultural
traces, including 2,000-year-old Buddhist statues, be
destroyed within four days. By the time you read this, most
would probably be. The priceless artifacts in the Kabul
Museum, which contained some exquisite examples of its rich
historical past, could well be reduced to rubble by now.
Why did the Taliban do what seems a senseless destruction?
The world is in shock. The global condemning misses
the geopolitical rationale. When the bombing of Iraq
reduced its historical past to rubble, it was justified to
bring to heel a dictator it once backed. Islam's holiest
shrines escaped the bombing, so what happened there was all
but ignored. The need to condemn President Saddam Hussein
was more important than the loss of its historical past.
But more heritage sites were destroyed in Iraq than in
Afghanistan. Somehow, destruction from the air is
excusable, but not if with cannons and dynamite.
The Taliban was helped to power in part by the Western
World's challenge to the Soviet occupation of that country.
The West, particularly the United States, armed the only
challenge that could oust the Soviet Union -- the Islamic
heirarchy, and helped foment a rebellion, which succeeded.
Every revolution swallows its leaders, and the Islam
revolution in Afghanistan was no exception. And the
Taliban, what started as an army of students, eventually
took power. But once it did, Afghanistan was ignored. The Taliban
Administration was treated as a leper on the world
community, which should not be allowed to sup in such
genteel civilised company as the United States and the
United Kingdom, which arrogates upon themselves to drop
bombs on Iraq and its historical sites to prove an
unprovable point. It is in this context that the Taliban destroying its
historic monuments be viewed. What the Talibans do is no
different than what the Egyptian government did 30 years ago
to submerge the monuments to build the Aswan Dam. Cairo
justified this by insisting the past should not stand in the
way of the future. Then it was at the height of the Cold
War and the Soviet Union helped build it, and the West
condemned the move. But more than one million children, or one in six of
the Afghan population, is near starvation, according to
Western reports. The world ignores its plight, what little
help filters through is constrained in geopolitics.
Western huminitarian agencies have sounded the warning
signals but they are, by and large, ignored. But the
statues, it seems, are more important than the dying
impoverished children. The Taliban wants to return Afghanistan back to its
pre-modern past to rebuild it afresh. The Khmer Rouge tried
that in Cambodia after it overthrew the United States-backed
regime of President Lon Nol in 1975. The world stood by
while the carnage and the destruction continued, and did
little in Cambodia. As it can do little in Kabul. No
attempt is made by the United Nations or other international
institutions to ameliorate the damage or the scale of the
destruction. An American museum is happy to buy the
artifacts to prevent their destruction.
But it is also useful to keep the Taliban in a harness
by pointing out its transgressions from the "civilised"
norm. The Taliban adheres to its tribal code of honour so
steadfastly that it refuses to give up Osama ben Laden.
Whether he is the world's worst fundamentalist pest is not
the issue with the Taliban. It has given him protection,
and so he would at whatever cost. This does not fit in well
with the worldview. But then the Taliban lives with only
its worldview. So, it horrifies the world in deliberately destroying
Buddhist monuments, especially in Bamiyan, but with a
steadfast worldview like that of Khmer Rouge's Cambodia or,
indeed, of Belgium in the Congo at the turn of the century.
The Arab and Islamic nations does not react as it did when
the four-hundred-year old Babri Mosque in Ayodhya in India
was destroyed by Hindu nationalists. But the World is still
interested in the Bamiyan statues than in the children near
death. In Malaysia, the government is incensed at this
destruction, not the famished children, but keeps its own
counsel. But then Malaysia, like the Talibans in
Afghanistan, has a problem with its pre-Islamic past, with
every effort, official and unofficial, to deny it. The
Indian parliament condemned the Taliban though it also
offered to take charge of the monuments. How she could
without impinging upon Afghan sovereignty is not explained.
Iran, proud of its extensive pre-Islamic historical
sites, are at odds at the Taliban, but more because it is
Shia and the Talibans Sunni. Saudi Arabia routinely destroys
prayer books of other religions who bring it into the
country, is quiet. Even Pakistan, which led the worldwide
campaign against the Hindu militants over Babri Masjid, is
strangely silent. Islam, indeed any religion, strengthens its worldview
with its pre-Islamic past. Egypt is all the more richer for
its pyramids and other structures built millennia before its
Hellenistic past, long before the advent of the Christian
Era. Iran, Iraq, Jordan, Syria, Lebanon and other countries
in West Asia are Muslim countries with a fierce pride in
their non-Islamic past. Into this comes geopolitics. Countries which do not
belong to the prevailing order are consigned beyond the
pale. It ceases to exist, for all intents and purposes,
brought out periodically to show why it cannot co-exist with
the civilised world. Saudi Arabia, which if it was not a satrap of the
United States and the guardian of Mecca, would be regarded
as hostilely as the world now perceives Afghanistan. If you
have oil and routinely behead the condemned, you are a
friend defended to the death; if you do not, and are as
backward, you will be condemned as a persistent violater of
human rights and worse. The Taliban wants to break out of this mould, but only
after it destroyed the superficial Western underpinnings
that kept the state a useful buffer in the Great Game
between Great Britain and Russia in the 19th and 20th
centuries, and in the late 20th, the United States and the
Soviet Union. British rule in India was as much to keep the
Russians at bay as to expand colonies and trade. Into this
unmentioned scheme Taliban attracts world attention with
this senseless destruction of ancient monuments.
The Afghans are a proud race left to its own devices
after the Great Game and the Cold War are over. In the
scramble for power in the political lacunae they left
behind, the lordly Pathans confronted those who in its
feudal setup were gardeners and cooks.
The Pathans via the Taliban reasserted its feudal
overlordship. Pakistan is still careful that those it sends
as ambassadors to Afghanistans are not only Pathans but from
the "correct" tribes, preferable related to the
now-overthrown royal family. What the Taliban does with impunity also reflects upon
the United Nations' impotence in putting the world into a
strait jacket of Washington's choice. It wants a global
governance according to its dictates. The world is proud it
can bring Serbian genocidal commanders to trial in a special
World Court tribunal. It can crack the whip on how much oil Iraq can sell so
the people it impoverished could save their children. But
it can, and would, do nothing which would put someone like
the Talibans out of kilter. When you turn proud people with
a proud history into beggars, there is a price to pay -- but
not yet. In one sense, the Talibans are a byproduct of
globalisation in the age of a Single Superpower. Not all
would accept the cracking of the superpower's global whip.
As in every centralised authority, cracks befall where the
whip cannot reach, except at its peril.
It is this that is played out in this senseless
destruction of Buddhist and pre-Islamic statues. The United
Nations can do nothing to stop it, as it could not the
carnage in Yugoslavia. The United States can do nothing;
nor can the European Union. Russia will not help; after
bitten once, it does not want to twice.
The Taliban taunts the West, and the West can do
nothing. It is not, in any case, Judae-Christian artifacts
and statues that are at risk. You cannot even bomb the
place without putting American lives at risk.
M.G.G. Pillai |