Laman Webantu   KM2A1: 3927 File Size: 10.8 Kb *



PAS Jangan Tertipu - Umno Sudah Haru!!
By Dahlia

8/3/2001 8:22 pm Thu

[Umno dan Mahathir sedang menggunting tetapi tidak cukup kain. Begitulah sedikit ibarat isu perpaduan melayu tajaan Umno yang kini sudah menggelisahkan mereka. Tindakkan bersyarat PAS menyebabkan rancangan Umno untuk memukau kaum Cina (melalui akhbar Cina nanti?) supaya tidak menyokong PAS terbantut seketika. PAS begitu berhati-hati tetapi Umno bagai tidak sabar untuk bersua. Isu ini diharap dapat memberi nyawa kepada Umno yang sudah tidak bermaya.

Wanita Umno sedang sakit perut tetapi tidak mahu dibedah segera. Ia boleh terbelah dua atau tiga bila-bila sahaja untuk melahirkan puteri sulungnya. Tetapi masalah perceraian dan surat beranak membuatkan sakit terpaksa ditahan dulu. Dengan Wanita sendiri menganjur perhimpunan, mana tidak terkoyak muka Rafidah? - Editor]


RAFIDAH YANG SEMAKIN TIADA

Satu perjumpaan tertutup yang dianjurkan oleh Biro Pendidikkan Wanita umno Malaysia telah diadakan di PWTC pada 30hb Januari lalu. Majlis tersebut dihadiri oleh semua barisan kepemimpinan wanita umno Bahagian dari seluruh negara.

Turut hadir ke majlis adalah Shahrizat yang semakin ceria kerana sudah naik pangkat dan Rafidah yang nampak lain macam saja. Rafidah hadir hanya sebentar, seperti ada benda yang sudah tidak kena. Isu perlembagaan dan pindaan seperti penubuhan puteri umno telah mengoyak sedikit (atau banyak?) muka Wanitanya. Ramai makcik merah mata sejak bahtera puteri dicipta walaupun ia belum belayar kemana-mana. Ia membawa petanda bahawa Wanita umno sudah gagal memainkan peranan yang efektif untuk menawan hati golongan muda. Dan pastinya Mahdet telah murka sehingga bahtera Sharizat dilayarkan pula.

Cuba perhatikan kekerapan gambar Shahrizat di dada akhbar berbanding Rafidah. Atau cuba memerhati saiz gambar yang terpapar. Ini adalah tektik propaganda halus untuk menaik dan menurunkan seseorang melalui surat khabar.



PAS INGIN DITIPU

Dalam perhimpunan khas itu beberapa penceramah yang hensem dijemput memberi penerangan:



  1. Tan Sri Musa (pendidikan - sekolah wawasan),
  2. Muhyidin (isu Perlembagaan/pindaan) dan
  3. Mustapha Mohamad (suqui).



Ramai ahli pergerakkan Wanita masih samar dengan isu suqui sebab itulah satu taklimat khas telah disampaikan oleh Ketua Biro Penerangan umno Malaysia, Mustapha Mohamad, atau panggilan manjanya, Tok Pa.


Maka berkatalah Tok Pa, "Kita sememangnya menggunakan isu Suqui untuk menarik semula minat orang Melayu yang telah meninggalkan umno. Kita juga menggunakan isu ini untuk menarik pihak pembangkang khususnya PAS dan KeADILan agar bersetuju dengan kita untuk mengadakan perbincangan atas isu perpaduan."

Rupanya, tak habis lagi serangan dan strategi jahat umno kepada bangsa Melayu. Sedang senyuman terukir di wajah, tapi hati busuk laksana bangkai babi yang menjijikkan. Sampai bila pemimpin umno ini hendak berlakon? Bersandiwara dan berpura-pura?

Ingat Tok Pa, banyak mata yang memerhati sikap dan bicara mu. Jangan sampai bicara bohong memakan diri. Orang Melayu memang takkan hilang di dunia kalau umno tidak hipokrit dan membunuh bangsa sendiri!


REAKSI PAS GUSARKAN MAHDET

Ramai tokoh umno veteran, termasuk beberapa ahli MKT sendiri beranggapan bahawa tindakan PAS memberi 3 syarat kepada Mahdet@umno bagi meneruskan perbincangan dengan umno adalah satu tindakan politik yang sungguh bijak. Dari cakap-cakap orang umno sendiri, tindakan PAS itu telah membuat Mahdet tidak senang duduk, malah diberitakan Mahdet panik dan beliau merasakan seperti diperbodohkan oleh PAS. Beliau cukup marah dan rasa terhina.

Rata-rata pemimpin umno (yang bosan dengan Mahdet) menganggap bahawa sikap PAS itu merupakan satu sindiran tajam kepada Mahdet secara peribadi. Malah seorang tokoh veteran umno yang baru-baru ini juga ada membuat komen di hadapan rakan-rakan rapat beliau mengatakan bahawa Mahdet cuba untuk meraih kepercayaan orang umno khususnya dalam menangani isu perpaduan Melayu dengan mengambil langkah demikian, namun pada hakikatnya kata beliau, Mahdet juga telah memperakui kekukuhan PAS yang jelas berada di dalam kedudukan yang kuat dan selesa.

Kini jelas bahawa PAS membuktikan kematangannya dalam arena politik tanahair. Syabas dan tahniah kepada pemimpin PAS yang berwibawa dan sentiasa sabar dan berhikmah dalam menangani setiap isu serta cabaran politik semasa.



ORANG CINA JUGA TERTIPU DENGAN ISU SUQUI

Isu Suqui adalah 'prelude' (tayangan pra mula) sebelum isu perpaduan melayu. Sepatutnya umno tidak mendedahkan rayuan Suqui kepada NEC II ( Mapen II). Tindakkan itu dilakukan untuk meraih sokongan melayu kepada umno.

Pertemuan umno-Suqui tahun ini adalah untuk menyelamatkan air-muka umno kerana tersilap pijak dalam sandiwara perpaduan melayu. Umno tewas di Lunas kerana orang cina dan Suqui merasa tertipu oleh janji BN dalam pemilu 1999 dulu. Mereka semakin merasa tertipu kerana MCA gagal berbuat apa-apa dalam menekan kerajaan BN supaya menyelamatkan Sekolah Rendah Cina. Sekarang sokongan orang Cina sudah menipis teruk kerana menteri pelajaran umno (pilihan istimewa Mahdet juga) masih berdegil mahu menang dengan apa jua cara. Pengalaman beliau yang amat kurang menyebabkan krisis ini semakin berlarutan dan pemimpin umno yang lain terpaksa campur tangan. Tetapi bercanggah pula kenyataan yang dikeluarkan. Kesian! Ini semua boleh buat Mahdey pitam!!


LAMAN WEB PUN NYARIS TERTIPU

Siapa tak tahu, Tok Pa juga menjaga perang saraf umno. Mujur laman pro-reformasi tak terkena dan sempat menarik balik notis demo (4hb Feb. 2001) segera. Kalau tak ketawa sakan lah Tok Pa kerana pengendali laman main sumbat sahaja berita.

Baru-baru ini saudara Amin Sapiro ada cerita mengenai laman umno reform tengku Adnan Mansur menjemput berinteraksi dengan perpaduan sebagai agenda. Nak reformasi macam mana kalau tudung di kepala yang tuhan suruh pun masih degil nak pakai? Sudahlah tu kepala hotak Umi Hapelda yang dah tak terpakai oleh bapak sendiri plak nak diambil pakai.



TAMBAH HULUBALANG: ADA TUJUAN SEBENARNYA

Sebenarnya tambahan kabinet adalah 'prelude' juga untuk memantapkan Mahdet dan untuk menikam PAS habis-habisan dalam projek isu perpaduan melayu. Komen editor Berita Harian dan Utusan Meloya cuba menonjolkan umno amat ikhlas menghulur tangan untuk bertemu tetapi PAS digambarkan sebagai mencari peluang untuk kepentingan diri.

ZAM cukup aktif sekarang ini. Apa tidaknya kredibiliti Mahdet dan akhbar meloya semakin terjejas sekarang. Gambar dan rencana Asiaweek lepas telah menjatuhkan imej Mahdet begitu teruk sekali. Reaksi hulubalang mereka membuktikan betapa menggelabahnya Mahdet.

tengku Adnan Mansur sudah menghantar surat bantahan. Dengar cerita GPMS sudah berdemo tetapi mana pemuda umno?. Khalil Yaakob merangkap Menteri Penerangan, pula sedang merangka satu badan untuk memantau berita luar negara yang 'tidak tepat' (misreporting). Hashim Makaruddin, pembantu khas perdana menteri pun dah komplen di Asiaweek - disiarkan pada 16hb Feb. 2001.

Kesian Mahdet, lembab betul orang beliau mencapai berita padahal gambar dalam berita Asia week itu tersiar 26hb Jan. 2001. Sudah 12 hari baru tahu? Sia-sia ajalah ada MSC, nak pakai internet pun masih tak terkial-kial? Agaknya tengok benda lain yang lebih seronok kot?


HULUBALANG TERBANG UNTUK AGENDA PERPADUAN?

Begitulah karenah empat hulubalang:


  1. Tok Pa (penulis upahan, laman web)
  2. Khalil Yakob (pengundi hantu, subsidi pengundi)
  3. tengku Adnan (buku dan kabar palsu, surat layang)
  4. ZAM (putar alam surat akhbar)


Budak empat orang ini semuanya sama - mereka menjaga media perang saraf umno. Semua dilantik secara terbang oleh mamak bendahara. Tapi tak seorang pun berani saman Asiaweek, sebab itu gambar betul tidak tipu punya. Mereka juga tidak berani mencabar kesahihan isi rencana tersebut. Mereka semua kena kuat bekerja sekarang sebab



  1. Mahdet sudah tak betul bekerja. Banyak saranannya tidak masuk akal sehingga Jepun pun mahu diajarnya. Sekarang mahu negara kaya dicukai pula.

  2. Orang umno sendiri (Kubang Pasu) sudah memprotes pemimpin mereka (pangkah BA di Lunas atau langsung tidak mengundi) Banyak rahsia dibongkar diam-diam oleh orang kuat umno. Rencana di FAC itu salah satu dari buktinya. Malah Raja Petra dan isteri sudah ditangkap, dan komputer mereka sudah digelidah. Saya berharap semua penulis dan pengendali laman web lebih berwaspada.

  3. Borang kemaskini umno banyak yang tidak diisi tetapi dihantar dengan perli. Orang umno pun membaca laman web pro-reformasi dan harakah juga. Laman web makin popular tapi laman chat Mahdet belum siap-siap juga.


Jika Mahdet ikhlas dia tidak akan menambah hulubalang yang amat kuat bermusuhan dengan pembangkang. Dia juga tidak perlu Tok Pa untuk melancarkan kempen perang siber. Semua jangan tertipu, termasuk PAS juga sebab sekali bertemu ramai penyokong dan kawan akan dilapurkan kecewa. Beringatlah sebelum kena. Umno sekarang sudah pupus nyawa, mengapa harus PAS hulur kepala? Ezam diberkas segera pada malam raya dan dituduh mencetus hura-hara tetapi tidak pernah pun ada sebarang kekacauan dan kemusnahan bila polis tiada. Yang musnah adalah sokongan kepada Mahadet dan umno sahaja.


Perpecahan melayu tidak ada, yang ada cuma perpecahan dalaman umno. Itu semua berlaku kerana Mahdet menjadi perencana. Dia mahu reformis dan kaum Cina sangsi kepada PAS kerana dengan sokongan ini umno akan hilang dari dunia. Buktinya ada dalam VCD yang disebarkan kepada ketua bahagian umno di seluruh negara. Mahdet sendiri yang menyebarkannya dari mahligai. Jika kaum Cina bertukar selera umno akan tamat riwayatnya. Maka serangan dan belit media semakin diperkuatkan dengan ZAM sebagai penghulunya.


Dahlia/KL